Ds

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG PASIR,

08400 MERBOK, KEDAH

KOLABORASI

UiTM CAWANGAN KEDAH

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI SINDROM
DOWN PERINGKAT DAERAH
KUALA MUDA / YAN 2020

TARIKH : 26 MAC 2020

HARI : KHAMIS
TEMPAT : DEWAN SRI JERAI,
UiTM KEDAH
1.0 PENGENALAN:

Mungkin ramai yang pernah mendengar perkataan sindrom down namun ramai juga yang cetek
pengetahuan mengenai penyakit ini. Sindrom down bukanlah penyakit moden atau penyakit orang kaya
malah adalah tidak tepat sindrom down itu dikatakan sebagai penyakit.
Nama sindrom down telah diambil sempena nama seorang doktor British iaitu Doktor John Langdon
Handon Down. Beliau merupakan orang yang pertama menjelaskan sindrom ini pada tahun 1886.
Di Malaysia, kelahiran bayi sindrom down yang berlaku adalah satu dalam setiap 660 bayi. Secara
perbandingan, kelahiran bayi sindrom down di Amerika Syarikat hanya berlaku satu dalam setiap 1000 bayi.
Hal ini bermakna kelahiran bayi sindrom down di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Amerika Syarikat.
Sindrom down ini tidak boleh diubat namun ada beberapa kaedah yang dapat membantu mereka dalam
memperkembangkan fizikal ,kogniti, sosial semaksima yang boleh. Oleh itu kanak-kanak yang mempunyai
sindrom down perlu dihantar ke sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas seawal yang mungkin
agar dapat membantu mereka berdikari.
Hari Sindrom Down Sedunia merupakan hari istimewa bagi meraikan mereka yang
menghidapi Sindrom Down di seluruh dunia. Hari tersebut disambut pada 21 Mac setiap
tahun dengan pelbagai penganjuran aktiviti dan acara bagi meningkatkan kesedaran awam
terhadap hak dan kesejahteraan kepada mereka yang mengalami penyakit ini.

2.0 MATLAMAT:

Untuk menonjolkan kepada masyarakat tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh


individu Sindrom Down agar masyarakat menghargai dan prihatin terhadap mereka.

3.0 OBJEKTIF:

Memberi kesedaran di kalangan warga masyarakat agar prihatin dan menghargai individu
sindrom down.

4.0 SASARAN:

Warga sindrom down Program Pendidikan Khas Integrasi Daerah Kuala Muda / Yan dan warga
Uitm terutama pelajar.
5.0 JAWATAN KUASA PELAKSANA

Pengerusi : Encik Zubir bin Hassan (Guru Besar)


Timbalan Pengerusi : UITM

Naib Pengerusi : 1. Puan Shukirah binti Abdullah (GPK Pendidikan Khas)


: 2. (GPK Pentadbiran)
: 3. (GPK HEM)
: 4. (GPK Kokurikulum)
Penyelaras Program : Pn Rokiah
Ajk gimik perasmian : Pn Bazliana bt Nordin
: Pn shimah
Fotografi : sharif
Dokumentasi : Azimah
Brosur / Banner : Ummi Mahmud

Doa : ustaz
Persiapan Tempat : 1. Haslina
: 2. Faridah
Pendaftaran : 1. Ummi
: 2. Sharif

AJK Aktiviti :
Aktiviti 1 (Senam Robik) : Nurul
: Pelajar Uitm
Aktiviti 2 (Kerusi Muzik) : yana
: Pelajar UiTM
Aktiviti 3 (Cerdas Minda) : Shimah
: Pelajar UiTM

Kebersihan dan kawalan murid : Semua Guru, PPM daerah Kuala Muda / Yan

: Pelajar UiTM
6.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

8.00 pagi - Pendaftaran

- Aktiviti 2
- Aktiviti 3
8.30 pagi
- Ketibaan VIP
10.00 pagi
- Aktiviti 1 (Senam Robik)
- Ucapan aluan Rektor UiTM
10.30 pagi - Ucapan Perasmian Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia
Peringkat Daerah Kuala Muda / Yan oleh Timbalan Pengarah
Pembangunan Bakat Murid JPN Negeri Kedah
- Gimik Perasmian
- Penyampaian Hadiah
- Sesi bergambar
7.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan diperolehi daripada sumber berikut:

NO SUMBER KOS (RM)


1. Sumbangan 4050.00
JUMLAH 4050.00

8.0 PERBELANJAAN

NO PERKARA HARGA SEUNIT BIL (UNIT) JUMLAH


1. Tshirt RM 20.00 150 RM 3000.00
2. Makanan dan Minuman RM5.00 150 RM 750.00
3. Banner / Brosur RM 200.00
4. Gimik Penutupan RM 100.00

9.0 PENUTUP

Semoga dengan kertas kerja ini sambutan hari sindrom down berjalan dengan jayanya
dan boleh memberi sokongan kepada pelajar-pelajar sindrom down amnya dan juga ibu bapa
pelajar-pelajar berkenaan.

Disediakan Oleh:

……………………………………….
(SHUKIRAH BINTI ABDULLAH)
Penolong Kanan Pendidikan Khas

Diluluskan Oleh:

……………………………

You might also like