Peristiwa Pembunuhan JWW Birch

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Jemput baca kisah terperinci peristiwa pembunuhan J.W.W.

Birch daripada buku Dato’ Sagor tulisan


Profesor Abdullah Zakaria Bin Ghazali berdasarkan laporan keterangan perbicaraan kes pembunuhan
J.W.W. Birch.

Di Pasir Salak, pada 2 November 1875 Mat Arshad diperintahkan memaklumkan kepada Maharaja Lela
mengenai kedatangan British untuk melekatkan surat pengisytiharan. Sementara itu pada pukul 6.00
pagi, 2 November 1875 Leftenan Abbott bersama pasukan sepoi ke Kampung Gajah memburu. J.W.W.
Birch pula berpakaian putih keluar dari perahunya ke rumah mandi Koh Ah Yong, tukang emas.

Sementara itu J.W.W. Birch mengarahkan jurubahasanya Mat Arshad meletakkan surat pengisytiharan.
Orang ramai diarahkan oleh Dato’ Maharaja Lela supaya datang berkumpul di tebing sungai, di Pasir
Salak. Si Gondah, Tuk Lela Putera, Odah Makan dan Raja Din Merewah juga hadir sama.

Dato’ Sagor datang menemui Mat Arshad di Pasir Salak. Beliau juga berjumpa dan bercakap J.W.W. Birch
di atas perahu. Dato’ Sagor mengoyakkan sehelai surat pengisytiharan; manakala Si Tuah dan Ngah
Hamid, masing-masing mengoyakkan sehelai seorang. Surat-surat pengisytiharan ini dikoyak untuk
ditunjukkan kepada Dato’ Maharaja Lela. Mereka yang lain turut sama mengoyakkan surat
pengisytiharan tersebut ialah Panjang Bur, Che Ali atau Kulup Ali dan Pandak Indut.

Pandak Indut ada membawa bersamanya lembing, keris dan golok. Pandak Indut memakai songkok
daripada rotan, seluar hitam bersamping warna gelap. Keris terselit di pinggangnya. Kemudiannya Dato’
Sagor meninggalkan lembingnya di kedai Cina berangkat bersama-sama Mat Arshad menemui Dato’
Maharaja Lela. Mat Arshad hanya menunggu di pintu pagar sahaja kerana tidak dibenarkan oleh Dato’
Maharaja Lela. Dato’Maharaja Lela dimaklumkan bahawa J.W.W. Birch ingin datang ke rumahnya; atau
Dato’ Maharaja Lela datang menemui J.W.W. Birch di perahunya. Dato’ Maharaja Lela menyatakan
bahawa beliau tidak mempunyai sebarang urusan dengan J.W.W. Birch.

Selepas bertemu Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor bersama Mat Arshad datang semula berbincang dengn
J.W.W. Birch. Dato’ Sagor mengambil semula lembingnya yang ditinggalkan di kedai emas Koh Ah Yong.
Dato’ Maharaja Lela tidak membenarkan Mat Arshad menemuinya dan melekatkan surat pengisytiharan
tersebut; serta menyatakan bahawa Pasir Salak bukan negeri J.W.W. Birch.

Apabila mendapat berita bahawa J.W.W. Birch akan juga melekatkan surat pengisytiharan, Dato’
Maharaja Lela mengarahkan mengoyakkannya dan sekiranya berkeras juga, bunuh J.W.W. Birch.
Sekiranya J.W.W. Birch mendapat surat kuasa daripada Sultan Ismail dan Abdullah beliau boleh
melekatkannya. Namun begitu Dato’ Maharaja Lela menyatakan bahawa beliau tidak akan menentang
sekiranya penampalan surat pengistiharan ini diarahkan oleh Sultan.

Tanpa menghiraukan arahan yang diberikan, setelah diarahkan J.W.W. Birch, Mat Arshad dan orang-
orangnya melekatkan surat pengisytiharan di sebuah kedai emas Cina di situ. Orang Melayu yang telah
sedia ada di situ telah mengoyakkan surat pengisytiharan itu. Di antara mereka yang turut
mengoyakkan surat tersebut ialah Pandak Indut dan Panjang Bur. Surat pengisytiharan itu diambil
kerana Dato’ Maharaja Lela ingin membacanya. Mat Arshad melekatkan lagi dan merayu supaya jangan
mengoyakkan terlebih terdahulu; apabila beliau meninggalkan tempat ini nanti bolehlah membuat
sesuka hati.

Sementara pertengkaran berlaku di antara mereka dan Mat Arshad, Dato’ Sagor, Dato’ Maharaja Lela
dan Pandak Indut datang. Dato’ Sagor diiringi oleh pengikutnya di antara 50 hingga 60 orang. Pada
mulanya Dato’ Sagor mengarahkan mereka berundur; tetapi mereka yang berkumpul bertambah ramai
melaung dan mencerca orang kafir dan menyoal kenapa datang ke Pasir Salak.
Begitu juga dengan Seputum sambil melaungkan perkataan ‘amok’ juga menyatakan bahawa beliau
membawa titah. Seputum adalah orang Melayu; bukan hamba dan tinggal di Pasir Salak. Beliau adalah
seorang pawang. Beliau diarahkan oleh Dato’ Maharaja Lela dan sekiranya membocorkan rahsia, beliau,
isteri dan anaknya akan dibunuh. Selain itu, Seputum juga mendapat titiah daripada Sultan Abdullah.
Pada ketika ini Seputum memakai seluar putih, sarung merah, berlilit kain di kepala; tidak berbaju.

Pertengkaran tersebut telah membawa kepada mereka yang ada di situ menikam Mat Arshad. Mat
Arshad lari ke dalam air untuk menaiki perahu naga tetapi sekali lagi ditetak oleh Seputum di bahagian
kepala dan terus mati. Mat Arshad mengalami kecederaan di bahagian perut, bahu dan kepala.

Ketika ini J.W.W. Birch sedang berada di rumah mandi, di tepi sungai dan kepalanya boleh kelihatan.
Sambil melaungkan bahawa J.W.W. Birch sedang mandi dan supaya mengikuti beliau membunuh J.W.W.
Birch di tempat mandi, Pandak Indut merejami lembing ke arah J.W.W. Birch. Kemudiannya diikuti oleh
Kulup Ali (Che Ali), Ngah Jabor dan Panjang Bur.

Dato’ Sagor dan Dato’ Maharaja Lela ikut sama berlari menuju ke tempat J.W.W. Birch yang sedang
mandi. Dato’ Maharaja Lela dengan keris terhunus di tangannya membaling lembing ke arah J.W.W.
Birch yang sedang mandi. Dato’ Maharaja Lela memakai songkok daripada rotan, seperti dipakai oleh
Pandak Indut; memakai sepasang baju hitam dan berselimpang kain sutera; serta baju putih.

Dato’ Sagor juga turut sama merejami lembing ke arah J.W.W. Birch sedang mandi. Seputum juga berlari
ke arah J.W.W. Birch sedang mandi membawa lembing dan lading, serta merejami lembing ke arah
J.W.W. Birch di rumah mandi. Akibat daripada tikaman lembing J.W.W. Birch jatuh ke dalam sungai.
Apabila timbul semula di belakang rumah mandi, beliau ditikam lagi oleh Si Tuah dan ditetak dua kali
oleh Seputum. J.W.W. Birch tenggelam dan dihanyuti oleh arus sungai.

You might also like