Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

LAPORAN MINGGUAN PANDU PUTERI KADET (PPK)

MINGGU : KELIMA

TARIKH : 10 JULAI 2019

MASA : 8.00 – 10.00 PAGI

TEMPAT : FOYER GERKO, BILIK KULIAH GERKO

NAMA JURULATIH YANG BERTUGAS : TUAN MARIANI BT ALI

BILANGAN AHLI YANG HADIR : 35/36

NAMA AHLI YANG TIDAK HADIR : HIZRINA BT YAHYA

Pada minggu kelima perjumpaan unit beruniform, kesemua ahli persatuan unit
beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), Bulat Sabit Merah Malaysia (BSMM),
Persatuan Pengakap, Pandu Puteri Kadet dan Puteri Islam telah berhimpun di tapak
perhimpunan berhadapan bangunan GERKO bermula pada pukul 7.50 pagi. Pada minggu
ini, Persatuan KRS telah diberikan tugas untuk mengendalikan upacara perhimpunan
dengan menaikkan bendera, nyanyian lagu Negaraku, lagu IPGM dan lagu Kami Guru
Malaysia. Setelah 30 minit kemudian, kesemua upacara selesai. Komander yang bertugas
pada hari itu adalah Tuan Nash yang mana telah memberikan arahan kepada semua
jurulatih untuk menjalankan tugas masing-masing mengikut persatuan yang mereka akan
kendalikan.

Setelah selesai perhimpunan beruniform, kami telah bergerak ke foyer White House
bagi melaksanakan aktiviti ladam kuda. Kami telah dilatih dengan bersungguh-sungguh oleh
pemimpin iaitu Tuan Mariani agar aktiviti ladam kuda dapat dijalankan dengan sempurna.
Semasa menjalankan aktiviti ladam kuda,patrol 5 iaitu kumpulan Melur telah diberi tugas
untuk melakukan upacara menaikkan bendera sambil menyanyi lagu dunia, bacaan doa dan
kata-kata hikmah. Setelah itu, kami mendengar ucapan penasihat daripada Tuan Mariani.
Secara keseluruhannya, aktiviti ladam kuda pada hari tersebut berjalan dengan lancar.
Setiap kumpulan telah melakukan aktiviti ladam kuda dengan bersungguh-sungguh dan
bersemangat agar semangat berkumpulan sentiasadikekalkan dan dieratkan.

Kemudiannya, kami menjalankan aktiviti latihan kawad kaki. Kami dibahagikan


kepada beberapa kumpulan kecil dan diajar oleh Hanisah, Izzati dan Aina sambil dipantau
oleh Tuan Mariani. Menjelang pukul 9.30 pagi, Tuan Satar daripada unit Persatuan
Pengakap telah mengarahkan kesemua unit beruniform masuk ke dalam bilik kuliah GERKO
bagi membincangkan mengenai tugasan kerja kursus Kokurikulum Unit Beruniform 1 yang
akan dilaksanakan oleh semua unit beruniform. Tuan Satar menerangkan perkara-perkara
yang terkandung di dalam tugasan tersebut dan menerangkan kepada kami satu persatu
bagi memudahkan kami memahaminya. Tugasan ini juga merangkumi latihan amali bagi
semua aktiviti yang telah dipelajari. Tepat jam 10.00 pagi, taklimat kerja kursus berakhir.
LAPORAN MINGGUAN PANDU PUTERI KADET (PPK)

MINGGU: KEENAM

TARIKH : 17 JULAI 2019

MASA : 8.00 – 10.00 PAGI

TEMPAT : FOYER GERKO, KEM SERI BANAI

NAMA JURULATIH YANG BERTUGAS : TUAN MARIANI BT ALI

BILANGAN AHLI YANG HADIR : : 33/36

NAMA AHLI YANG TIDAK HADIR : PUTERI DAYANA KAMILIA BT MOHD RADI

HANINAZIRAH BT ROSLI

NOORHAFIZAH BT ABU SETAMAN

Pada minggu keenam perjumpaan unit beruniform, kesemua ahli persatuan unit
beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), Bulat Sabit Merah Malaysia (BSMM),
Persatuan Pengakap, Pandu Puteri Kadet dan Puteri Islam telah berhimpun di tapak
perhimpunan berhadapan bangunan GERKO bermula pada pukul 7.50 pagi. Pada minggu
ini, Persatuan Pengakap telah diberikan tugas untuk mengendalikan upacara perhimpunan
dengan menaikkan bendera, nyanyian lagu Negaraku, lagu IPGM dan lagu Kami Guru
Malaysia. Setelah 30 minit kemudian, kesemua upacara selesai. Komander yang bertugas
adalah Tuan Satar. Beliau telah memberikan arahan kepada semua jurulatih untuk
menjalankan tugas masing-masing mengikut persatuan yang mereka akan kendalikan.

Setelah selesai perhimpunan beruniform, kami telah bergerak ke foyer White House
bagi melaksanakan aktiviti ladam kuda. Kami telah dilatih dengan bersungguh-sungguh oleh
pemimpin iaitu Tuan Mariani agar aktiviti ladam kuda dapat dijalankan dengan sempurna.
Semasa menjalankan aktiviti ladam kuda,patrol 6 iaitu kumpulan Kenanga telah diberi tugas
untuk melakukan upacara menaikkan bendera sambil menyanyi lagu dunia, bacaan doa dan
kata-kata hikmah. Setelah itu, kami mendengar ucapan penasihat daripada Tuan Mariani.
Secara keseluruhannya, aktiviti ladam kuda pada hari tersebut berjalan dengan lancar.
Setiap kumpulan telah melakukan aktiviti ladam kuda dengan bersungguh-sungguh dan
bersemangat agar semangat berkumpulan sentiasadikekalkan dan dieratkan.

Pada minggu tersebut kami telah menjalankan aktiviti kembara bersama dengan
Persatuan Pengakap yang dibimbing oleh Tuan Satar dan Tuan Sidek. Kami diarahkan
untuk mencari 7 jenis daun yang boleh dimakan dan dijadikan sebagai ubatan di sekitar
kawasan IPDA. Kemudiannya, setiap kumpulan diminta untuk menceritakan setiap daun
yang dijumpai di hadapan kumpulan yang lain di Kem Seri Banai. Tepat jam 10.00 pagi,
aktiviti kami berakhir dan kami bersurai.
LAPORAN MINGGUAN PANDU PUTERI KADET (PPK)

MINGGU : KETUJUH

TARIKH : 24 JULAI 2019

MASA : 8.00 – 10.00 PAGI

TEMPAT : FOYER GERKO, KEM SERI BANAI

NAMA JURULATIH YANG BERTUGAS : TUAN MARIANI BT ALI

BILANGAN AHLI YANG HADIR : -

NAMA AHLI YANG TIDAK HADIR : -

Pada minggu ketujuh, perjumpaan unit beruniform ditangguhkan bagi semua unit
beruniform kecuali hanya ahli Bulan Sabit Merah sahaja yang berjalan seperti biasa bagi
menggantikan kuliah pada minggu keempat yang bertarikh 3 Julai 2019. Perjumpaan
minggu tersebut digantikan pada satu tarikh yang lain iaitu pada 21 Ogos 2019.
LAPORAN MINGGUAN PANDU PUTERI KADET (PPK)

MINGGU: KELAPAN

TARIKH: 31 JULAI 2019

MASA: 8.00 – 10.00 PAGI

TEMPAT: FOYER GERKO,

NAMA JURULATIH YANG BERTUGAS :

BILANGAN AHLI YANG HADIR : 34/36

NAMA AHLI YANG TIDAK HADIR : ANIKASRI A/P MUNIANDY

UMMI SYUHADA BT NOR AZAM

Pada minggu kelapan, pejumpaan unit beruniform, kesemua ahli persatuan unit
beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah (KRS), Bulat Sabit Merah Malaysia (BSMM),
Persatuan Pengakap, Pandu Puteri Kadet dan Puteri Islam telah berhimpun di tapak
perhimpunan berhadapan bangunan GERKO bermula pada pukul 7.50 pagi. Persatuan
Pandu Puteri Kadet Kadet telah mengetuai upacara perhimpunan dengan menaikkan
bendera, nyanyian lagu Negaraku, lagu IPGM dan lagu Kami Guru Malaysia iaitu Aisyah
Athirah sebagai ketua semua platun dan Atikah sebagai orang yang bertugas untuk
menaikkan bendera. Setelah 30 minit kemudian, kesemua upacara selesai. Komander yang
bertugas iaitu Tuan Satar. Selepas sahaja sahaja upacara, Tuan Satar telah memberikan
arahan kepada semua jurulatih untuk menjalankan tugas masing-masing mengikut
persatuan yang mereka akan kendalikan.

Setelah selesai perhimpunan beruniform, kami telah bergerak ke foyer White House
bagi melaksanakan aktiviti ladam kuda. Kami telah dilatih dengan bersungguh-sungguh oleh
pemimpin iaitu Tuan Mariani agar aktiviti ladam kuda dapat dijalankan dengan sempurna.
Semasa menjalankan aktiviti ladam kuda,patrol 5 iaitu kumpulan Melur telah diberi tugas
untuk melakukan upacara menaikkan bendera sambil menyanyi lagu dunia, bacaan doa dan
kata-kata hikmah. Setelah itu, kami mendengar ucapan penasihat daripada Tuan Mariani.
Secara keseluruhannya, aktiviti ladam kuda pada hari tersebut berjalan dengan lancar.
Setiap kumpulan telah melakukan aktiviti ladam kuda dengan bersungguh-sungguh dan
bersemangat agar semangat berkumpulan sentiasadikekalkan dan dieratkan.

Pada minggu tersebut, kami menjalankan aktiviti latihan kawad kaki. kami
dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan sesi pengajaran agar ianya
berjalan lancar. Setiap kumpulan diajar oleh beberapa rakan yang berkemahiran dan
berpengalaman dalam kawad seperti hanisah, izzati, aina dan naezah sambil dipantau oleh
Tuan Mariani. Tepat jam 10.00 pagi, kami menamatkan sesi latihan dan bersurai.

You might also like