Tajuk 6 Penyudah Tepi

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

TAJUK 6 PENYUDAH TEPI

6.1 Definisi Penyudah Tepi

 proses jahitan yang dibuat untuk melindungi, mengemas, mengukuh dan


menghias tepi pakaian dan kelengkapan rumahtangga daripada berjerumbai
atau berjurai-jurai.
 Pemilihan penyudah tepi bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan,
jenis pakaian dan stailnya dan jenis tepi yang dikemaskan.

6.2 Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menjahit penyudahtepi.

 Penyudah tepi mestilah sesuai untuk tepi yang hendak dikemaskan.


 Kukuh, tahan lasak, dijahit dengan baik kemas dan rata.
 Lebarnya dan basinya mestilah sama dan tepi yang melengkung mestilah
rata/licin.
 Warna benang mesti sama dengan warna fabrik.
 Warna benang untuk penyudah tepi sulaman mestilah sesuai dan cantik
dijadikan perhiasan.

6.3 Jenis-jenis Penyudah Tepi

6.3.1 Kelepet

 penyudah tepi yang dibuat pada bahagian bawah pakaian dan juga di tepi
kelengkapan rumahtangga.
 terdiri daripada dua lipatan.
 digunakan untuk menyudahkan tepi yang lurus dan yang melengkung.
 Lebar dan kemasan kelepet berbeza mengikut jenis fabrik dan tujuan
diadakan kelepet itu.
 Kelepet yang halus biasanya dibuat pada bahagian yang melengkung dan
kelepet-kelepet yang lebar digunakan pada bahagian yang lurus.
 Kelepet boleh dikekalkan pada pakaian atau kain kelengkapan rumahtangga
dengan jahitan mesin, jahit sembat susup atau jahit silang pangkah.

6.3.1.1 Proses menjahit kelepet lurus

Langkah 1 Langkah 2
o Tandakan kedudukan kelepet o Lipat lipatan pertama ke sebelah
dalam selebar 6mm
Langkah 3 Langkah 4
o Lipat lipatan kedua di garisan o Jahit sembat susup di sepanjang
kelepet selebar 2 ½ cm– 6 cm kelepet.
o semat dan jelujur.

Langkah 5 Langkah 6
Menetapkan kelepet pada pakaian Memetapkan kelepet pada pakaian
Dengan jahit silang pangkah dengan jahit sembat
6.3.1.2 Proses menjahit kelepet melengkung
 Kelepet Lisu
 Kelepet Kedut Lepas

(a) Kelepet Lisu

Langkah 1 Langkah 2
o Sediakan dan kemaskan kelim o Lipat fabrik pada g.pemadan
o Jelujur pada garisan pemadan o Tekan dan semat dengan peniti

Langkah 3 Langkah 4
o Lisukan fabrik yang lebih dan Jahit sembat pada lisu
halakan ke kelim rusuk. Lipat lipatan pertama dan tetapkan
o Semat dan jelujur pada lisu. kelepet pakaian dengan jahit sembat
susup
(b) Kelepet Kedut Lepas

Langkah 1 Langkah 3
o Sediakan saperti Langkah 1 o Cantum garisan kelim.
(Kelepet Lisu ) o Lipat pada garisan kelepet dan
Langkah 2 tekan.
o Lipat 6 mm untuk lipatan pertama o Tarik jahitan mesin longgar serta
o Jahit mesin mata kia kasar kedutkan dan padankan kelim
garisan lipatan pertama untuk supaya kelepet terletak rata pada
membuat kedut halus. pakaian.
o Tetapkan kelepat dengan jahitan
yang sesuai.
3.2 Penjuru

 Penjuru adalah salah satu daripada penyudah tepi.


 Ia dibuat untuk mengurangkan tebal fabrik pada basi lipatan kelepet.
 Penjuru boleh disudahkandengan dua cara iaitu penjuru jahit tindih dan
penjuru temu sudut atau kelongsong.
 Penjuru jahit tindih selalunya terdapat pada belah kelepet sama lebar blaus,
kemeja dan jaket, langsir, kelengkapan rumahtangga yang mempunyai dua
kelepet sama lebar atau tidak.
 Penjuru temu sudut atau kelongsong hanya dibuat pada penjuru yeng
mempunyai kelepet yang sama lebar.
 Penjuru ini selalunya digunakan pada kelengkapan rumahtangga.

6.3.2.1 Proses menjahit penjuru Jahit tindih

(a) Penjuru jahit tindih

Langkah 1 Langkah 2
o Lipat dan tekan supaya mendapat Buka penjuru yang telah ditekan dan
kesan garisan kelepet gunting bahagian X 6 mm dari lipatan
o Tandakan dengan peniti atas dan 6 mm dari peniti

Buka penjuru yang telah ditekan dan


Gunting bahagian ‘X’ 6mm dari lipatan
atas dan 6 mm dari peniti
Langkah 3
o Lipat semula kelepet dan jahit jelujur
o Kemas kelepet dengan jahit sembat susup
o Jahit sembat halus
o Jahit lilit ubi
(b) Penjuru Temusudut atau Kelongsong

Langkah 1 Langkah 2
o Tekan supaya mendapat kesan o Lipat semula kelepet, kemudian
kelepet atau lipatan jahit jelujur
o Tandakan dengan peniti 6mm
dari lipatan

Langkah 3
o Jahit sembat, sembat susup atau sulam menyulam
o Jahit lilit ubi

6.3.3 Lapik

1. Lapik merupakan kepingan fabrik tambahan yang digunting lurus atau


berbentuk dan dijahit pada tepi pakaian atau artikel.
2. Lapik biasa dijahit pada hujung lengan, garis leher, hujung blaus, skirt atau
seluar.
3. Terdapat dua jenis lapik, iaitu lapik lurus dan lapik berbentuk.
4. Lapik lurus dijahitkan pada tepi pakaian atau artikel yang lurus. Misalnya
bahagian tepi alas meja, kocek, blaus, atau skirt yang lurus.
5. Reben dan pita juga boleh digunakan sebagai lapik.
6. Lapik berbentuk merupakan kepingan fabrik yang digunting mengikut bentuk
tepi yang hendak dilapik.
7. Lapik berbentuk sering digunakan untuk mengemaskan tepi bahagian lubang
lengan, hujung lengan, atau garis leher.
8. Ciri- ciri lapik:
a) Saiz lapik sama pada keseluruhan.
b) Cantuman lapik rata dan tidak berkedut.
c) Jahitannya kukuh dan kemas pada keseluruhan.
d) Ira lapik mesti selari dengan ira artikel atau pakaian.

Proses menjahit lapik lurus :


o Temukan sebelah luar lapik dengan sebelah luar pakaian.
o Semat dengan peniti, jelujur, dan mesinkan di sepanjang garis
pemadan.
o Trimkan basi kelim hingga 6 mm.
o Tekan dengan seterika supaya kelim rata dan terbuka.
o Lipatkan bahagian tepi lapik ke sebelah dalam fabrik.
o Balikkan lapik ke sebelah dalam pakaian.
o Tekan dengan setarika dan jalujurkan.
o Tetapkan lapik dengan salah satu jahitan berikut:
a) Jahitan mesin
b) Jahitan semat
c) Jahitan sembat susup.

Proses manjahit lapik berbentuk:


Langkah 1:
 Sediakan lapik berbentuk dengan mengemaskan tepinya dengan melipatkan
ke sebelah dalam.
 Jelujur dan mesinkan lipatan.
Langkah 2:
 Temukan bahagian luar fabrik dengan bahagian luar pakaian.
 Jelujur dan mesinkan di sepanjang garisan pemadan.
 Trim dan snipkan basi kelim.
Langkah 3:
 Terbalikkan lapik ke sebelah dalam.
 Tekan dan ratakan lapik berbentuk.
 Jelujur dan tetapkan lapik dengan jahitan sembat susup atau jahitan silang
pangkah.

6.4 Kun
 Kaedah yang menggunakan jalur serung tepat untuk membalut tepi kain.
 Digunakan pada tepi pakaian yang lurus dan melengkung.
 Digunakan untuk menyudahkan tepi pakaian seperti di garis leher, hujung
lengan dan kelepet serta perhiasan, lubang butang berkun dan dijadikan
gelungan fabrik.

6.4.1 Proses membuat


1. Sediakan jalur serong tepat selebar 2.5-3.5sm. Sambung jalur mengikut
keperluan
2. Jika digunakan di tepi pakaiaan, gunting basi pada garisan pemadam. Untuk
mengemas basi kelim, gunting besi kelim hingga tinggal 1.25 hingga 2sm
3. Letak sebelah luar kun ke sebelah luar pakaian, tepi-tepinya bersama.
Semat , jelujur dan mesin 6mm dari tepi. Cabut jelujur dan tekan
4. Tekan jalur ke atas. Terbalikkan ke sebelah dalam. Lipat tepi kun hingga
hampir bertemu tepi pakaian. Tekan. Jangan regangkan jalur.
5. Temukan tepi yang dilipat ke garisan mesin pada sebelah dalam. Jelujur dan
sembat. Cabut jelujur dan tekan.

6.5 Renda

 Boleh didapati dalam pelbagai bentuk danartikel.

 Digunakan sebagai hiasan pada artikel

 Cara menjahit renda pada artikel :

 Kemaskan tepi artikel dengan kelepet

 Temukan S.L renda dengan S.L artikel

 Sematkan dan jelujur pdgarisan pemadan

 Jahit dengan mesin jahit.

 Tanggalkan jalujur.

6.6Ikatan Pinggang

Ikatan pinggang ialah satu penyudah tepi untuk skirt, sarung, slek, culotte, dan seluar
pendek. Ikatan pinggang dibuat menggunakan dua lapisan fabrik dan boleh
menggunakan lapik dalam untuk membuatnya lebih kemas dan keras. Kancing yang
sesuai untuk ikatan pinggang ialah cangkuk dan palang, cangkuk dan rumah,
cangkuk dan mata, lubang butang dan butang, dan velkro.

You might also like