Chapter 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

DBF 3123 BUSINESS FINANCE

Chapter 1: PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN KEWANGAN

1.0 Pengenalan

 Kewangan ialah bidang yang terlibat dalam penentuan nilai dan membuat keputusan yang terbaik. Fungsi
kewangan ialah untuk mengagih sumber- sumber termasuk memperoleh, melabur dan mengurus sumber-sumber
ini.
 Kewangan juga adalah berkaitan dengan proses dan instrumen yang melibatkan pemindahan wang di antara
individu, perniagaan dan kerajaan.
 Pengurusan kewangan melibatkan penggunaan sumber dengan cekapnya untuk menaikkan nilai firma serta
kekayaan pelaburannya.

1.1 Peranan dan Perkembangan Pengurusan Kewangan

 Pengurusan kewangan membuat keputusan dan pengurusan sumber yang cekap bergantung kepada konsep asas
dan prinsip kewangan.
 Keputusan-keputusan ini boleh dibahagikan kepada 3 jenis utama:
i. keputusan pelaburan,
keputusan untuk melabur atau tidak di dalam sesuatu sekuriti
ii. keputusan pembiayaan
keputusan berkenaan dengan bagaimana untuk membiayai sesuatu pinjaman ke atas pelaburan
tersebut sama ada jangka pendek atau jangka panjang.
iii. keputusan pengurusan.

keputusan tentang urusan pengurusan syarikat seperti keputusan untuk menggunakan jenis promosi
untuk menarik perhatian pelanggan.
Uji Kefahaman:

Huraikan 2 peranan pengurusan kewangan dalam sesebuah syarikat. (4 markah).


i. Mengaplikasikan prinsip-prinsip kewangan dalam sesuatu organisasi, melalui proses membuat keputusan
(2 markah).
ii. Melalui pengurusan sumber yang cekap. (2 markah).

1.2 Objektif Firma


Objektif firma terbahagi kepada 2 :
i memaksimakan keuntungan firma
menekankan kecekapan penggunaan sumber modal dalam sesebuah syarikat
DBF 3123 BUSINESS FINANCE

ii memaksimakan kekayaan pemegang saham


memaksimakan harga pasaran saham syarikat
Uji Kefahaman:

(a) Nyatakan 2 objektif firma. (4 markah).


(b) Bezakan antara objektif memaksimumkan keuntungan firma dengan objektif memaksimumkan kekayaan
pemegang saham. (6 markah)

(a)
(i) Memaksimumkan keuntungan-keuntungan firm menekankankecekapan penggunaan
sumber modal dalam sesebuah syarikat. (2 markah).

(ii) Memaksimumkan kekayaan pemegang saham – memaksimumkan harga pasaran saham


syarikat tersebut. (2 markah).

(b)
(i) Memaksimumkan keuntungan firma – tidak mengambilkira faktor masa dan risiko.
(3 markah)
(ii) Memaksimumkan kekayaan pemegang saham – mengambilkira faktor masa dan risiko.
( 3 markah).

1.3 Fungsi Pengurus Kewangan


Pengurus kewangan mengurus modal kerja syarikat, mengurus aset tetap syarikat dan menentukan pembiayaan
jangka panjang syarikat.
Tanggungjawab pengurus kewangan ialah untuk mendapatkan dan menggunakan sumber- sumber kewangan
syarikat agar nilai syarikat dapat dimaksimumkan,
Aktiviti :
a) Menjalankan analisis kewangan dan perancangan.
Pengurus kewangan akan menukarkan data kewangan menjadi suatu bentuk yang boleh digunakan untuk
memantau kedudukan kewangan syarikat.
b) Membuat keputusan pelaburan
Peningkatan dalam jualan memerlukan pelaburan dalam bangunan, peralatan dan inventori.
Pengurus kewangan akan membantu dalam menentukan kadar perkembangan optimum jualan, dan beliau
juga seharusnya menentukan campuran dan jenis aset yang akan diperolehi. Beliau akan menentukan tahap
optimum setiap jenis aset semasa, dan juga jenis aset tetap yang perlu dibeli. Adakah aset tetap yang ada
sekarang ini perlu diganti, diperbaiki atau dilupuskan? Keputusan sebegini adalah
DBF 3123 BUSINESS FINANCE

penting kerana ia dapat mempengaruhi kejayaan syarikat dalam mencapai objektifnya.


c) Membuat keputusan pembiayaan
pengurus kewangan akan menentukan campuran terbaik pembiayaan di antara pembiayaan
jangka pendek dan jangka panjang, dan antara pembiayaan berbentuk pinjaman atau ekuiti.
Kemudian barulah beliau akan memilih di antara berbagai sumber pembiayaan yang ada dan
bertepatan dengan masanya selaras dengan objektif syarikat.
d) Pemantauan dan pengawalan
Pengurus kewangan seharusnya berinteraksi dengan eksekutif-eksekutif lain untuk
memastikan bahawa syarikat beroperasi dengan efisien. Semua pengurus seharusnya
menyedari bahawa semua keputusan perniagaan mempunyai implikasi kewangan. Sebagai
contoh, keputusan pemasaran akan mempengaruhi jualan dan secara langsung akan
mempengaruhi keperluan pembiayaan.
e) Berurusan dengan pasaran kewangan.
Pengurus kewangan seharusnya terlibat sama dalam urusniaga pasaran wang dan modal, di
mana di sinilah sumber dana diperolehi, sekuriti diniagakan, dan pelabur memperolehi
keuntungan atau mengalami kerugian.
Uji Kefahaman :

Huraikan 4 peranan pengurus kewangan. (8 markah).


Menjalankan analisis kewangan dan perancangan.
 Menukarkan data kewangan menjadi suatu bentuk yang boleh memantau kedudukan
kewangan syarikat. (1 markah).
 Berinteraksi dengan eksekutif syarikat bagfi membuat perancangan dan membangunkan
masa depan syarikat. (1 markah).
Membuat keputusan pembiayaan.
 Pengurus tentukan campuran terbaik pembiayaan di antara pembiayaan jangka pendek
dan jangka panjang. (1 markah).
 Pengurus akan memilih di antara berbagai sumber pembiayaanbertepatan dengan
masanya dan objektif syarikat. (1 markah).
Membuat keputusan pelaburan.
 Pengurus membantu dalam menentukan jenis pelaburan. (1 markah).
 Pengurus membantu dalam menentukan kadar perkembangan optimum jualan, belian
dan campuran serta jenis aset. (1 markah).
DBF 3123 BUSINESS FINANCE

Pemantauan dan pengawalan.


 Pengurus berinteraksi dengan eksekutif untuk memastikan bahawa syarikat beroperasi
dengan efisyen. (1 markah).
 Pengurus harus menyedari setiap keputusan perniagaan mempunyai implikasi
kewangan. (1 markah).

You might also like