Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Maksud Taklimat

Taklimat boleh ditakrifkan sebagai penerangan ringkas tentang sesuatu yang dihasilkan
atau sesuatu yang berlaku. Lebih jelas lagi, taklimat dikatakan sebagai ucapan untuk
memaklumkan dan disampaikan sama ada secara komunikasi dua hala dalam situasi
formal atau kombinasi formal dan tidak formal. Dalam taklimat ada sesi soaljawab antara
komunikator (perucap) dengan khalayak (hadirin).

Pertimbangan dalam memberi taklimat

Antara pertimbangan penting yang perlu diambil kira dalam penyediaan taklimat
pertimbangan tentang khalayak ramai. Mereka ialah orang ramai yang diberikan taklimat.
Dalam faktor khalayak ramai ini perlu ditentukan siapakah khalayak yang boleh
membantu untuk menentukan jenis taklimat yang mereka perlukan.

Pertimbangan lain ialah tentang suasana. Suasana di sini dimaksudkan sebagai keadaan
semasa taklimat dijalankan. Suasana boleh jadi formal, atau tidak formal. Suasana adalah
formal jika yang terlibat ialah orang kenamaan, pegawai kerajaan, pelawat luar negara,
orang bangsawan atau kerabat diraja. Teks taklimat dalam suasana formal adalah lebih
kompleks.

Pertimbangan seterusnya ialah tentang taraf khalayak. Jika khalayak terdiri dari orang
kenamaan, menteri-menteri atau orang bergelar maka pemberi taklimat perlu
menyediakan teks sapaan yang lebih kemas dan tertib.

Format taklimat

Format taklimat secara umumnya adalah seperti berikut:


a) Tajuk
b) Salam, sapaan biasa atau sapaan berprotokol
c) Kata-kata aluan
d) Pengenalan diri pemberi taklimat
e) Kandungan taklimat
f) Penutup
g) Sesi soal jawab

Kemahiran dalam menyampaikan taklimat

Antara kemahiran yang perlu ada semasa menyampaikan taklimat ialah kemahiran untuk
menafsir sesuatu, kemahiran memberikan penjelasan, kemahiran untuk menunjukkan
sesuatu, kemahiran menunjukkan perbezaan, kemahiran naratif, dan kemahiran membuat
laporan.
Pertimbangan Khayalak/Hadirin

*Penentuan siapakah khalayak yang boleh membantu menentukan jenis taklimat yang
meraka perlukan.
*Penentuan taraf khayalak dapat menjelaskan bahasa, suasana dan kandunagn taklimat.
*Menentukan bilangan khayalak yang boleh membantu dalam penyediaan nota, tempat,
jamuan dan lain-lain lagi.

Pertimbangan Suasana

*Suasana dikatakan formal- khalayak terdiri daripada orang kenamaan, pegawai kerajaan/
swasta, pelawat luar negara, atau dif-dif kehormat seperti D.Y.T.M Tengku Mahkota atau
Raja Muda.
*Suasana dianggap kombinasi formal dan tidak formal- khayalak terdiri daripada ibu
bapa, murid, belia, penduduk kampung, buruh, petani dan sebagainya.
*Lazimnya suasana formal memerlukan teks taklimat yang kompleks.
*Teks taklimat bagi suasana kombinasi formal adalah ringkas dan mudah.

Taraf Khalayak

*Penyampaian taklimat perlu mengetahui taraf khalayaknya. Pengetahuan ini dapat


menolong komunikator dalam menyediakan sapaan atau salutasi.
*Satu taraf khalayak- tetamu terdiri daripada pemimpin-pemimpin peringkat menteri,
orang kenamaan, orang bergelar, ketua-ketua jabatan dan sebagainya.
*Dua taraf khalayak- tetamu terdiri daripada D.Y.M.M atau D.Y.T.M Raja Muda/ Tengku
Mahkota dan orang kenamaan tertentu.

You might also like