Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KERJA KURSUS PENGAJIAN AM 900/4 SEMESTER 2 TAHUN 2020

NAMA : EMILY NATASHA BINTI NAZRI

TEMA : SOSIAL DAN BUDAYA : PENDIDIKAN

TAJUK :PENGAJARAN & PEMBELAJARAN ABAD KE-21 BAGI


PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3 DI SMK BANDAR MAS

RASIONAL KAJIAN

KPM telah menyatakan tentang pelaksanaan bahawa pembelajaran abad ke-21


merupakan perubahan yang mampu meningkatkan kemajuan pendidikan bagi
menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang.

PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah aktiviti-aktiviti pengajaran yang digunakan oleh guru-guru untuk


pembelajaran abad ke-21.

2. Kesan aktiviti-aktiviti pengajaran yang digunakan oleh guru terhadap


pembelajaran pelajar-pelajar tingkatan tiga di sekolah.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenalpasti aktiviti-aktiviti pengajaran yang digunakan oleh guru-guru


untuk pembelajaran abad ke-21 bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 di SMK Bandar Mas.

2. Mengkaji kesan aktiviti-aktiviti pengajaran yang digunakan oleh guru terhadap


pembelajaran pelajar-pelajar tingkatan 3 di SMK Bandar Mas Kota Tinggi Johor.

METODOLOGI KAJIAN
1. Cara mendapatkan responden ialah menggunakan sample bertujuan. Iaitu
guru-guru dan pelajar tingkatan 3 di SMK Bandar Mas yang terlibat dengan
pembelajaran abad ke-21.

2. Cara mendapatkan data ialah menggunakan kaedah temubual untuk objektif 1


dan kaedah soal selidik untuk objektif 1. Bagi kaedah temubual 3 orang guru akan
dipilih sebagai informant untuk mengenalpasti aktiviti-aktiviti pembelajaran abad
ke-21. Bagi kaedah soal selidik 30 orang pelajar tingkatan 3 yang melaksanakan
pembelajaran abad ke-21 akan dipilih sebagai 30 orang responden.

3. Cara memproses data ialah analisis huraian bagi kaedah temubual untuk
mengenalpasti aktiviti-aktiviti pembelajaran abad ke-21. Bagi kaedah soal selidik
analisis kekerapan dan min akan digunakan. Hasil analisis kekerapan dan min
dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta dan analisis dapatan kajian.
RUJUKAN RASIONAL KAJIAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan ledakan
globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia
perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan.
Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti perkara-perkara
yang perlu dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan usaha tersebut. Bersesuaian
dengan matlamat dan zaman, KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21
(PAK21) bermula pada tahun 2014.

Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia
dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa
perubahan baru dalam dunia pendidikan. PAK21 dikatakan sebagai
proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen
yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi
nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam
PAK21. Adakah elemen-elemen ini memberi kesan positif kepada murid-murid?

https://www.pendidik2u.my/pembelajaran-abad-ke-21-pak21/

You might also like