Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SJK(C) TONG WAH

34300, BAGAN SERAI, PERAK


MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA
PENYELARASAN PENGELOLAAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR
MAJLIS SUKAN SEKOLAH RENDAH
DAERAH KERIAN TAHUN 2020

Tarikh :16 Januari 2020 (Khamis)

Tempat : Bilik Mesyuarat SJK(C) Tong Wah

Masa : 2.30 petang

Pengerusi : En. Tan Chin Siang

Kehadiran : Nama Nama Sekolah

1) Tan Chin Siang (Pengerusi) SJK(C) Tong Wah


2) Tan Chor Lee (PTPS) SJK(C) Tong Wah
3) Kee Heng Yong (Setiausaha) SJK(C) Tong Wah
4) Syazila Ana Bt Md Sabri SK G. Semanggol
5) Sugatha A/P Ramasamy SK Wawasan
6) Izdatul Fazlina Bt. AB. Karim SK Methodist
7) Chin Yee Mei SJK(C) Tong Wah
8) Nor A’isah Bt. Ishak SK. Jln. Matang Buluh
9) Nazimah Syed Nazar SK. Bagan Serai
10) Muhamad Rafizi B. Hambali SK. Sungai Baharu
11) Muhammad Sharuan B. Rahman SK. Sg. Megat Aris
12) Norazilina Bt. Mohamad SK. Dato’s Mas’ud
13) Mohamad Nordin Abd. Rahman SK. Kg.Tua
14) Mohd. Azahari Yahaya SRA Arridhwaniah
15) Beh Poh Siok SJK(C) Nam Hua
16) Nor Sallehudin B. Abd. Rahman SK. Sri Siakap
17) Nur. Atiqah Bt. Mohd. Nasir SK. Jalan Baharu

Agenda : 1) Ucapan Pengerusi


2) Ucapan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Bola Tampar Daerah Kerian
3) Pembentangan Kertas Cadangan Pengelolaan Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan
Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kerian Tahun 2020
4) Hal-hal Lain

Agenda 1 : Ucapan Pengerusi


En. Tan Chin Siang
Guru Besar SJK(C) Tong Wah
1.1 Mengucap salam sejahtera kepada semua dan berterima kasih kerana semua dapat hadir
untuk berbincang tentang pertandingan Bola Tampar Majlis Sukan Sekolah Rendah
Peringkat Daerah Kerian Tahun 2020.
1.2 Beliau berharap agar pengerusi setiap kelompok atau wakil pengerusi dapat
menyampaikan maklumat-maklumat mesyuarat ini kepada sekolah-sekolah yang berada
di kelompok masing-masing.

Agenda 2 : Ucapan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Bola Tampar Daerah
Kerian En. Tan Chor Lee
2.1 Mengucap salam sejahtera dan selamat petang kepada hadirin.
2.2 Beliau maklumkan bahawa prestasi pemainan Bola Tampar Daerah Kerian tidak begitu
mantap. Beliau berharap setiap sekolah berusaha lagi untuk melahirkan pemain hingga
ke peringkat negeri dan kebangsaan.
2.3 Daerah Kerian juga menghadapi masalah kekurangan jurulatih dan pengadil Bola
tampar. Setakat ini hanya 3 orang pengadil yang bertauliah sahaja. Beliau mengalu-
alukan sesiapa yang berminat untuk menghadiri kursus boleh menghubunginya.
2.4 Pencapaian tahun 2019 adalah pasukan lelaki bawah umur 12 mendapat tempat Ke-3
dalam peringkat negeri .

Agenda 3 : Pembentangan Kertas Cadangan Pengelolaan Kejohanan Bola Tampar Majlis Sukan
Sekolah Rendah Peringkat Daerah Kerian dan Syarat Pertandingan Tahun 2020
En. Tan Chor Lee (PTPS)

3.1 Penentuan Tarikh, Masa dan Tempat

Tarikh : 03 Feb. 2020 (Isnin) - Perempuan Bawah 12 Tahun (akhir)


05 Feb. 2020 (Rabu) – Lelaki Bawah 12 Tahun (akhir)
Tempat : SJK(C) Tong Wah, Bagan Serai.
Masa : Jam 8.00 pagi.
3.2 Peraturan Pertandingan – rujuk lampiran.

3.3 Undang-undang Permainan Bola Tampar Peringkat Umur 12 Tahun dan Ke


Bawah
-Rujuk lampiran.

Agenda 4 : Hal-hal Lain

4.1 Tarikh penyertaan terakhir ialah 22 Januari 2020 (Rabu). Borang penyertaan boleh
dihantar pada 03 Feb. 2020 iaitu hari pertandingan kepada Penolong Kanan
Kokurikulum Pertandingan Bola Tampar MSS(R) Daerah Kerian di SJK(C) Tong
Wah, Bagan Serai. Bayaran penyertaan satu pasukan ialah RM 70.00.
4.2 Makan dan minum untuk pengadil dan pegawai sahaja disediakan oleh pihak pengelola,
para pemain diuruskan sendiri oleh sekolah masing-masing.
4.3 Jadual perlawanan akan difakskan ke sekolah setelah membuat pengundian. Undian
disediakan oleh pihak pengelola.
4.4 Sekolah yang ada pemain wakil daerah, perlu hantar guru pengiring. Jurulatih pasukan
yang menjadi Johan akan menjadi jurulatih pasukan wakil daerah.
4.5 Maksimum 8 orang pemain untuk satu pasukan (6 pemain utama dan 2 orang pemain
simpanan).
4.6 Pihak pengelola akan menyediakan sebiji bola untuk setiap gelanggang sebagai bola
pertandingan. Setiap pasukan yang bertanding juga perlu menyediakan sebiji bola untuk
digunakan dalam perlawanan yang disertai.
4.7 Sijil / Medal diberikan kepada Johan, Naib Johan, Ketiga dan Keempat.
4.8 Latihan Pusat akan dijalankan di SJK(C) Tong Wah. Harap pengurus pasukan
menjalankan tanggungjawab dengan dedikasi seperti menyediakan gelanggang, net dan
bola (saiz 4), perlu berada di tempat menjalani latihan sepanjang masa, menyediakan
borang pendaftaran pasukan dan mengurus kebajikan dan keselamatan pemain.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………… …………………..
(KEE HENG YONG) (TAN CHIN SIANG)
Setiausaha, Pengerusi
JK Kejohanan Bola Tampar, JK Kejohanan Bola Tampar,
Daerah Kerian 2020. Daerah Kerian 2020.

You might also like