Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Analisis Kajian Kes

Huraikan apakah yang anda faham tentang kes yang dikaji: Sinopsis Kes

John merupakan seorang guru pelatih yang sedang menjalani praktikum di


sebuah sekolah rendah. John sering menghadapi masalah untuk mengawal satu
kelas bermasalah yang terdiri daripada pelajar yang cemerlang dan tidak cemerlang.

Pada satu hari, John merancang untuk menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bentuk kuiz dengan menyuruh pelajar membentuk kumpulan
sendiri. Tiba-tiba seorang pelajar (Chris) yang berpencapaian tinggi dalam akademik
telah bergaduh dengan seorang pelajar (Richard) yang akademiknya tidak begitu
cemerlang. Oleh kerana Richard tidak mengendali nasihat John, beliau rasa marah
dan meminta Richard mengikuti kelas tahanan yang diberi untuknya.

Pada awalnya, Richard telah menolak permintaan beliau dengan alasan


bahawa dia hendak menaiki bus sekolah untuk balik ke rumah kerana tiada lagi
pengangkutan untuk balik rumah jika ketinggalan bas. Richard juga memberitahu
rakannya bahawa dia rasa hendak memukul John.

Namun, Richard akhirnya telah menghadiri kelas tahanan. Pada masa kelas
tahanan tersebut, tingkah laku Richard telah mula menjadi tidak menentu. Dia
enggan duduk dan asyik berjalan mengelilingi kelas dan memukul komputer, dinding,
meja dan objek lain dengan kayu pengukur.

John cuba untuk menasihatinya tetapi dia menyahut balik terhadap beliau.
Beberapa kali John hendak menjelaskan tentang sebab dia hendak mengikuti kelas
tahanan, namun Richard tidak mengendahkan penjelasan beliau. Pada masa
tersebut, John dan Richard rasa hendak mula bergaduh. Nasib baiknya telah sempat
dihalang oleh guru di sebelahan kelas.

Dua hari selepas itu, John telah mendapati bahawa Richard telah menghadiri
kelas untuk pelajar-pelajar yang mengalami gangguan tingkah laku pada dua tahun
yang lalu. Dia tidak pernah menjadi masalah semasa mengikuti kelas tersebut. John
telah menyalahkan dirinya sendiri kerana kecanggungannya bagi mewujudkan
keadaan tersebut.

Apakah konsep/model/teori yang anda perlu tahu untuk memahami dengan


mendalam kes yang dianalisis?

Model Modifikasi Tingkah Laku B.F Skinner menggunakan prinsip peneguhan.


Pendekatan ini menjurus kepada elemen-elemen luaran iaitu peneguhan positif dan
peneguhan negatif untuk mempengaruhi tingkah laku murid. (Haliza Hamzah, 2008)
Dalam kes ini, Cikgu John banyak menggunakan peneguhan negatif untuk
mengawal tingkah laku Richard. Contohnya, Cikgu John telah merujuk Richard
kepada guru besar dan ingin menukarkannya ke In-School Suspension (ISS).

Model Disiplin Asertif Canter ialah peneguhan terhadap tingkah laku yang
diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang
ditunjukkan. (Clifford H. Edwards, 2007). Contohnya, Cikgu John ingin berbincang
dengan Richard mengenai tingkah lakunya di dalam kelas sehingga mewujudkan
pergaduhan tetapi sikap kurang ajar Richard yang enggan mengendahkannya
menyebabkan Cikgu John ingin mengubah tingkah laku Richard maka namanya
dihantar ke atas meja guru besar. Cikgu John telah memainkan peranan seorang
guru yang agresif iaitu seorang yang garang, tidak mesra dan tidak bertimbang rasa.
Contohnya, Cikgu John tidak pernah cuba memahami latar belakang Richard dan
mengetahui punca berlakunya pergaduhan dalam kelas.

Model Akibat Logikal, Dreikurs (1968) mendapati bahawa tingkah laku


bermasalah berpunca daripada 4 motif, iaitu mendapatkan perhatian, mencabar
kuasa, membalas dendam dan mempamerkan kekurangan. Dalam kes ini, Richard
telah menunjukkan beberapa punca ini. Pertama sekali, Richard telah membalas
dendam terhadap Cikgu John dengan bersikap kurang ajar semasa menghadiri
kelas tahanan. Richard juga telah mencabar kuasa Cikgu John semasa Cikgu John
ingin menasihatinya. Beberapa kali semasa Cikgu John ingin menjelaskan sebab
Richard dihukum, Richard menutup telinga dan menyuarakan rasa tidak puas
hatinya terhadap hukuman berat sebelah antara Chris dengannya.

Apakah strategi yang mungkin boleh diambil untuk membantu menyelesaikan


kes yang dianalisis?

Menurut Model Modifikasi Tingkah Laku B.F Skinner, Cikgu John harus
mengurangkan peneguhan negatif dan menggunakan peneguhan positif. Contohnya,
Cikgu John boleh memuji Richard kerana sudi menghadiri kelas pengajaran dan
pembelajaran walaupun telah didenda. Hal ini akan membuatkan Richard
merasakan dirinya dihargai dan diambil berat. Selain itu, peneguhan negatif yang
telah diambil mestilah dikenakan kepada kedua-dua murid iaitu Richard dan Chris
yang terlibat dalam pergaduhan supaya lebih adil dan tidak berat sebelah.

Cikgu John harus bertindak sebagai seorang guru yang asertif menurut Model
Disiplin Asertif Canter. Sebagai seorang guru harus membina hubungan saling
mempercayai dan mengambil berat latar belakang murid. Contohnya, Cikgu John
harus menyiasat punca-punca berlakunya pergaduhan antara murid Chris dengan
Richard, tetapi bukannya menganggap Richard seorang yang bersalah kerana
sifatnya yang kurang sopan. Di samping itu, Cikgu John patut memberi peluang
kepada Richard untuk meluahkan penjelasannya dan faktor dia berkelakuan
demikian.

Mengikut model Akibat Logikal Dreikurs, seseorang guru hendaklah memahami


"private logic" masalah tingkah laku murid tersebut. (Dreikurs, Grunwald & Pepper,
1982) "Private logic" terdiri daripada hasrat dan kepercayaan seseorang. Dalam
konteks kes ini, Cikgu John hendaklah memahami punca sebenarrnya yang
menyebabkan Richard berkelakuan tersebut. Bagi membantu murid untuk membuat
refleksi berkaitan dengan tingkah laku mereka, Dreikurs, Grunwald dan Pepper
(1982) telah mencadangkan beberapa soalan yang boleh dikemukakan. (Rujuk
Lampiran X) Guru haruslah berusaha untuk meneka pemikiran murid tersebut
melalui jawapan yang diberikan.
Faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilik darjah menurut
Kounin (Haliza Hamzah, 2008) adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk
mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjahnya pada setiap masa
dan cara untuk menangani masalah sebelum menjadi masalah disiplin. Apabila John
ingin menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk kuiz atau soal
jawab, dia tidak harus membiarkan murid-murid membentuk kumpulan sendiri. Dia
harus membahagikan kumpulan mengikut gabungan pelbagai kaum dan potensi
akademik. John juga harus mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan
kecil walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar satu kumpulan bermasalah
yang terdiri daripada pelajar yang cemerlang dan tidak cemerlang.

John juga boleh memberikan teguran dan tindakan disiplin yang jelas tegas,
dan serius pada masa yang sesuai kepada Richard dan Chris serta pada masa yang
sama murid-murid lain juga akan mengambil iktibar daripada tindakan tersebut,
maka John dikatakan berjaya menguruskan disiplin bilik darjah dengan lebih
berkesan. Dalam kes yang dikajikan, John hanya membiarkan murid-murid
membahagikan kumpulan sendiri dan membuat tugasan yang diberikan. Hal ini telah
menyebabkan pertelingkahan antara Chris dan Richard. John harus
mengaplikasikan model ini dengan memberi penekanan terhadap pengurusan P&P
untuk memastikan murid sentiasa mempunyai tugasan dan dilibatkan dengan aktiviti
bilik darjah.
Rujukan

Clifford H. Edwards. (2007). Classroom Discipline and Management (3rd ed.). New
York : John Wiley & Sons, Inc.

Dreikurs, R. (1968). Psychology in the classroom: A manual for teachers (2nd ed.).
New York: Harper & Row.

Dreikurs, R., Grunwald, B.B., Pepper, F.C. (1982). Maintaining sanity in the
classroom: Classroom management techniques (2nd ed.). New York: Harper
& Row.

Haliza Hamzah dan Joy Nesemalar. (2008). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah
Laku. Shah Alam :Oxford Fajar Sdn. Bhd.

You might also like