Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN

PERINGKAT SEKOLAH 2020

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan Puchong Utama


No Tel : 03-80619240
Tajuk Program : Taklimat Pentaksiran Bilik Darjah
Tarikh : 31 DISEMBER 2019
Masa : 8:30 PAGI
Tempat : Syura Utama
Tempoh Kursus : 2 Jam
Penceramah : Puan Vikineswari a/p S.Mariappan
Objektif : Taklimat dan bengkel ini dapat :
a) Memperkukuh pengetahuan serta memberi pendedahan
kepada semua guru tentang Pentaksiran Bilik Darjah
b) Memberi pendedahan tentang sistem perekodan dan
pelaporan PBD sekolah

LAPORAN:
A) PENTAKSIRAN BILIK DARJAH SECARA UMUM
Pentaksiran Bilik darjah ialah pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa,
direkod dan dilapor ole guru yang melibatkan semua matapelajaran. PBD terbahai
kepada Pentaksiran Sumatif dan Pentaksiran Formatif.

B) PEREKODAN DAN PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH


Pentaksiran Sumatif – dijalankan 3 kali setahun dan direkod dalam system SAPS.
Pelaporan diberikan kepada ibubapa selepas setiap pentaksiran.

Pentaksiran Formatif – dijalankan 3 kali setahun seiring dengan pengajaran dan


pemudahcaraan. Cara merekod dalam system perekodan dan pelaporan online
sekolah diterangkan kepada semua guru.

C) PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (PPSR)


UPSR masih dilaksanakan seperti biasa dan tidak dimansuhkan, sebaliknya ia
menjadi komponen bagi Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bersama 3
komponen pentaksiran yang lain.
-1-
Komponen-komponen PPSR adalah seperti berikut:-

1. Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


2. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
3. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
4. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Pentaksiran Alternatif Sekolah
Rendah (PASR)

Sehubungan dengan itu, murid akan menerima laporan pencapaian mereka dalam
pelaporan yang merangkumi 4 komponen pentaksiran seperti yang telah dinyatakan
pada akhir persekolahan mereka pada Tahun 6

D) KONSEP TAHAP PENGUASAAN


TP Deskripsi
1 Tahu
2 Tahu dan faham
3 Tahu,faham dan boleh buat
4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab
5 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji
6 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali

KEKUATAN PROGRAM:
i) Taklimat dapat disampaikan dengan baik dengan bantuan power point dapat
membantu guru-guru memahami kandungan taklimat.
ii) Handouts yang diedarkan juga dapat meningkatkan lagi pemahaman guru tentang
PBD
KELEMAHAN PROGRAM
Tiada

Disediakan oleh:

………………………………………
(VIKINESWARI A/P S.MARIAPPAN)
Setiausaha PBD SK Puchong Utama

-2-

You might also like