Perancangan Projek Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit Beruniform Tahunan Peringkat Sekolah Kebangsaan Hashim Awang Tahun 2018

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PERANCANGAN PROJEK PERTANDINGAN KAWAD KAKI ANTARA UNIT

BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN HASHIM AWANG TAHUN 2018

1.0 PENGENALAN

Pengurusan dan pengelolaan sesuatu aktiviti adalah Proses pelaksanaan yang


melibatkan pembahagian dan penyelarasan tugas bagi mencapai matlamat disamping
mengekalkan kestabilan antara individu dalam organisasi. Oleh hal yang demikian,
pengurusan gerak kerja yang sempurna amat penting bagi melaksanakan sesuatu projek
yang ingin dijalankan. Justeru itu, perancangan yang teliti haruslah dilakukan dalam
melaksanakan sesuatu projek yang meliputi sebelum, semasa dan selepas projek
dilaksanakan.

2.0 PERANCANGAN SEBELUM PELAKSANAAN PROJEK

2.1Melaksanakan Mesyuarat
Sebelum memulakan sesuatu program, perancangan yang teliti haruslah dilaksanakan
terlebih dahulu mengikut prosuder yang betul untuk mendapatkan hasil projek yang baik.
Sebelum memulakan program pertandingan kawad kaki, satu mesyuarat telah dilaksanakan
oleh kami untuk merancang perjalanan projek ini. Selaku guru yang mengendalikan program
kawad kaki peringkat Sekolah Kebangsaan Hashim Awang, saya telah mengedarkan surat
jemputan kepada ahli-ahli mesyuarat untuk hadir mesyuarat. saya telah mengusulkan
agenda mesyuarat kepada ahli-ahli mesyuarat yang hadir, iaitu pelaksanaan program kawad
kaki yang akan diadakan pada bulan September. (Rujuk Lampiran 1 dan 2)

2.2 Carta Gantt


Selepas proses perancangan, proses penjadualan diperlukan untuk menganggarkan
jangka masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek ditetapkan. Dengan kata lain
penjadualan adalah penentuan aktiviti-aktiviti, jangka masa, penjadualan untuk tenaga kerja
dan sumber-sumber lain (bahan peralatan) yang diperlukan untuk mencapai tarikh siap
sesuatu projek. Oleh itu saya telah menyediakan carta gantt bagi memudahkan urusan
latihan kawad kaki yang perlu dijalankan oleh setiap persatuan koko sebelum menyertai
pertandingan kawad kaki pada hari pertandingan. Carta Gantt (Gantt Chart ) ialah alat
pandang yang berguna bagi memuatkan dan menjadualkan operasi pusat kerja. Carta ini
dinamakan sempena nama Henry Gantt yang menjadualkan idea ini pada lewat tahun 1800-

1
an. Carta perjadualan Gantt membantu kita melihat perjadualan terperinci tempoh masa
bermula dan tamatnya sesuatu kerja tertentu. Oleh hal yang demikian, dalam melaksanakan
pertandingan kawad kaki saya telah menggunakan carta gantt bagi memudahkan setiap
persatuan untuk menjalankan sesi latihan kawad kaki dan merancang setiap pelaksanaan
program dengan menggunakan carta gantt. (Rujuk Lampiran 3)

2.3 Surat Menyurat Dalaman dan Luaran


Sebelum melaksanakan program, persediaan dalam proses surat menyurat adalah
sangat penting. Hal ini demikian kerana, surat menyurat perlu disediakan terlebih dahulu
untuk memastikan perjalanan projek berjalan dengan lancar. Surat-menyurat adalah
komunikasi dua hala yang berlaku dalam sesebuah organisasi(Yunirman Rijan, 2009).
Surat adalah sejenis komunikasi bertulis secara sehala bagi menyampaikan suatu pesanan
dari satu pihak kepada pihak yang lain (Azhar Bahari, 2015). Dalam konteks pelaksanaan
program pertandingan kawad kaki ini, surat menyurat perlu disediakan bagi diagihkan
kepada penerima untuk memaklumkan bahawa pertandingan kawad kaki peringkat Sekolah
Kebangsaan Hashim Awang akan di adakan pada tarikh 4 OGOS 2018. Bagi surat dalaman,
pihak pengurusan harus memberi surat jemputan mesyuarat kepada ahli-ahli yang terlibat
untuk hadir mesyuarat bagi membincangkan pelaksanaan program. Surat Menyurat luaran
pula antaranya ialah, surat jemputan kepada ibu bapa pada hari pertandingan kawad kaki
dijalankan.

Senarai Surat Menyurat Dalaman dan Luaran Yang Telah Diedarkan :

1. Surat jemputan mesyuarat AJK Pertandingan Kawad Kaki. Lampiran 4


2. Surat kebenaran daripada ibu bapa. Lampiran 5
3. Surat permohonan bantuan kepada APAM. Lampiran 6
4. Surat jemputan kepada ibu bapa. Lampiran 7
5. Surat Jemputan kepada Pegawai Angkatan Tentera Malaysia sebagai juri.
Lampiran 8

2
2.4Lantikan AJK, Tugas dan Tanggungjawab
Pelantikan AJK sangat penting dalam pelaksanaan sesuatu program. Hal ini kerana,
tanpa AJK pelaksanaan program tidak akan berjalan dengan lancar. Dalam pelantikan AJK
ini, kami telah membahagikan beberapa tugasan kepada ahli mesyuarat untuk menjayakan
pertandingan kawad kaki. Antara AJK induk yang telah dilantik ialah Pengerusi program.
Pelantikan Pengerusi adalah bertujuan untuk Mempengerusikan semua mesyuarat dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat, meneliti catatan minit mesyuarat
dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
Selain itu, antara AJK induk yang telah dilantik ialah, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari
dan lain-lain. (Rujuk Lampiran 9)

2.5 Tinjauan Awal


Setelah membuat rancangan pelaksanaan projek pertandingan kawad kaki, tinjauan
awal kawasan yang terlibat untuk menjalankan pertandingan kawad kaki perlu dilakukan
oleh AJK pelaksana. Hal ini bertujuan untuk memastikan tempat pertandingan selamat dari
unsur bahaya. Contohnya, memastikan tiada jalan berlubang pada kawasan pertandingan.
Untuk menjalankan pertandingan kawad kaki, satu kawasan lapang dan rata hendaklah
dipilih sesuai dengan kehendak syarat pertandingan. Oleh yang demikian, AJK pelaksanaan
tempat telah memilih kawasan tapak perhimpunan untuk menjalankan pertandingan kawad
kaki. Namun begitu, terdapat sedikit kesulitan kerana kawasan tapak perhimpunan
mempunyai lubang. Oleh itu, AJK pelaksana bersama ahli lain telah menurap semula
kawasan tersebut supaya selamat digunakan.

2.6 Kertas Kerja Projek


Kertas kerja adalah salah satu daripada bentuk komunikasi bertulis. Oleh sebab itu
kertas kerja bermaksud hasil penulisan yang mengandungi idea untuk dikemukakan kepada
khalayak atau pihak-pihak tertentu (Zulkiple Abd Ghani, 2005). Khalayak perlu membaca
kertas kerja tersebut untuk mendapatkan maklumat berkaitan idea yang hendak
disampaikan. Dalam konteks ini, satu kertas kerja perlu dilakukan untuk mendapatkan
kebenaran Guru Besar bagi menjalankan pertandingan kawad kaki peringkat sekolah
kebangsaan Hashim Awang. Kertas kerja juga dilakukan untuk mempermudahkan dalam
menyusun laporan kawangan serta mengurangi kesalahan-kesalahan yang mungkin terjadi
saat penyusunan program pertandingan kawad kaki dilakukan.kertas kerja kawad kaki juga
merangkumi segala peraturan dan keselamatan yang terkandung di dalam SOP (Rujuk
Lampiran 10)

3
2.7 Penyedian Instrumen Penilaian
Penyediaan instrumen penilaian merupakan penyediaan bahan-bahan mahupun
dokumen yang perlu disediakan bagi mengukur tahap pencapaian peserta dalam
pertandingan kawad kaki dan penyertaan murid dalam aktiviti yang disediakan. Selain itu,
dokumen yang laian seperti sijil penghargaan, sijil penyertaan perlu disediakan oleh pihak
pengurusan untuk diberikan kepada pihak yang terlibat.

Senarai Dokumen Yang Disediakan:


1. Persediaan borang pemarkahan untuk hakim pertandingan. Lampiran 11
2. Sijil penghargaan kepada APAM sebagai sukarela keselamatan. Lampiran 12
3. Sijil Penghargaan kepada ATM sebagai juri Lampiran 13
4. Sijil penyertaan kepada semua pelajar yang mengambil bahagian dalam acara yang
dipertandingkan. Lampiran 14

3.0 PROSES SEMASA PELAKSANAAN PROJEK

3.1 Pelaksanaan Projek


Pada hari pertandingan kawad kaki dijalankan, satu tentatif program diagihkan
kepada setiap orang yang hadir. Aturcara masjlis dimulakan dengan sesi pendaftaran
penyertaan setiap pasukan yang bertannding. Setelah itu, setiap platun dikehendaki
membuat barisan yang tersusun di tapak perhimpunan bagi meneruskan acara selanjutnya.
Acara diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar. Setelah selesai ucapan, satu
persembahan kawad kaki oleh prajurit Angkatan Tentera Malaysia (DARAT) diadakan.
Setelah selesai persembahan, acara pertandingan kawad kaki oleh setiap persatuan
dimulakan. Pertandingan dimulakan dengan platun lelaki terlebih dahulu kemudian disusuli
dengan platun perempuan. Setiap platun diberikan masa 30 minit untuk membuat
persembahan. Perjalanan acara dikawal oleh AJK Kawalan Murid Dan Disiplin. Setelah
semua platun melakukan persembahan, hakim akan mengira markah keseluruhan. Setelah
itu, acara penyampaian hadiiah diteruskan di akhiri dengan majlis penutup. (Rujuk
Lampiran 15)

4
3.2 Penilaian Projek yang dilaksanakan
Penilaian projek dilakukan melalui objektif pelaksanaan pertandingan kawad kaki.
Tujuan pertandingan kawad kaki diadakan adalah bertujuan untuk menambahkan
pengetahuan asas tentang kemahiran kawad kaki, boleh mengaplikasikan kemahiran dalam
satu-satu pasukan untuk memenangi pertandingan yang diadakan dan dapat melahirkan
murid-murid yang berdisiplin dan mempunyai daya kepimpinan serta boleh menambah
markah kokurikulum atas penyertaan pertandingan peringkat sekolah. Selain itu, Objektif
pelaksanaan adalah untuk memenuhi hasrat kerajaan yang ingin melahirkan pelajar yang
bukan sahaja cemerlang dari segi akademik. Malahan juga dapat melahirkan murid-murid
yang sihat dan berkeupayaan melalui konsep 'Malaysia Cergas' peluang diberi kepada
mereka dan dalam aktiviti penyuburan diri serta sebagai persediaan menjadi murid yang
berkebolehan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah. Penilaian juga dilakukan terhadap
kelancaran dan kelicinan atucara yang dijalankan. Setelah selesai aktiviti, mesyuarat
penyelarasan perlu dilaksanakan bagi membincangkan masalah yang berlaku untuk
dibaikpulih pada program yang akan datang.

3.3 Kebajikan dan Keselamatan


Jawatankuasa keselamatan dan kebajikan perlu menyediakan makanan kepada para
peserta bagi memastikan kondisi murid berada dalam keadaan baik. Guru juga perlu
memastikan makanan yang dijual pada hari tersebut mematuhi piawaian kesihatan bagi
dijual kepada murid. Selain itu, guru juga perlu memastikan memastikan langkah-langkah
keselamatan semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan. Jawatankuasa keselamatan
dan kebajikan juga telah bekerjasama dengan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
bagi membantu mengawal keadaan dan keselamatan pelajar pada hari tersebut.

3.4 Majlis Perasmian dan Penutup


Majlis perasmian dimulakan dengan doa selamat, nyanyian lagu kebangsaan, lagu
negeri dan lagu sekolah. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh
guru besar sekolah Kebangsaan Hashim Awang, Puan, Hajah Badariah Mt. Nor. Guru Besar
mengucapkan kata-kata semangat kepada para peserta untuk menaikkan semangat mereka
dalam pertandingan kawad kaki. Seterusnya perasmian dilakukan dengan acara
pemotongan tali belon sebagai simbol acara dimulakan. Majlis penutupan pula di lakukan
dengan acara penyampaian hadiah kepada para peserta. Guru Besar juga mengucapkan
tahniah kepada persatuan yang menang dan mengucapkan terima kasih kepada pihak yang

5
menjalankan program pertandingan kawad kaki kerana berjaya dijalankan dengan begitu
baik sekali.

4.0 SELEPAS PELAKSANAAN PROJEK

4.1 Pengurusan Logistik


Pengurusan logistik dilakukan oleh AJK yang bertugas dengan memastikan bilangan
peralatan yang digunakan sebelum hari pertandingan cukup dan perlu membuat catatan
bagi peralatan hilang atau mengalami kerosakan. Antara peralatan yang digunakan pada
hari pertandingan kawad kaki adalah, P.A sistem, khemah, meja, peralatan kawad dan
sebagainya. Surat perlulah dihantar kepada pihak yang berkaitan untuk meminjam peralatan
yang tidak ada di sekolah. AJK juga perlu memastikan peralatan yang ada selamat
digunakan dan tidak membahayakan sesiapa.

4.2 Laporan Projek


Setelah aktiviti selesai dilaksanakan, laporan projek harus dibuat untuk menilai
program yang telah dijalankan. Untuk itu, satu laporan telah dilakukan bagi menilai dan
merekod setiap perkara yang berlaku sebelum, semasa dan selepas program pertandingan
kawad kaki dijalankan. Selain itu, laporan ini juga bertujuan untuk melihat pelaksanaan
tugasan yang diberikan kepada AJK sebelum,semasa dan selepas pertandingan kawad
kaki. (Rujuk Lampiran 16)

4.3 Mesyuarat Post mortem


Seterusnya ialah, selepas melaksanakan program, mesyuarat post moterm perlu
dilakukan oleh ahli-ahli yang terlibat. Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk Mengenalpasti
perkara yang baik supaya menjadi panduan kepada AJK yang seterusnya untuk
menganjurkan program yang sama atau sama sepertinya. Selain itu, mesyuarat ini diadakan
bagi mengenalpasti masalah yang timbul oleh itu, perancangan program, proses,
komunikasi dapat ditingkatkan pada program akan datang supaya masalah dalam
penganjuran program dapat dikurangkan. (Rujuk Lampiran 17 dan 18)

6
4.4 Surat Penghargaan
Surat-surat penghargaan perlu dibuat bagi diberikan kepada pihak yang terlibat
seperti Angkatan Pertahanan Awam, Angkatan Tentera Malaysia (DARAT) dan lain-lain.
Surat penghargaan ini diberikan bertujuan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima
kasih kepada pihak yang sudi meluangkan waktu untuk bersama menjayakan program
pertandingan kawad kaki peringkat sekolah Kebangsaan Hashim Awang. (Rujuk Lampiran
19 dan 20)

You might also like