Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PIBG KALI PERTAMA 2017/2018

SK BANGGOL KATONG,
20500 KUALA TERENGGANU.

TARIKH : 19 MEI 2017


HARI : JUMAAT
MASA : 9.00 PAGI – 11.30 PAGI
TEMPAT : BILIK ICT
PENGERUSI : EN MOHAMAD BIN HAJI SALLEH

KEHADIRAN :
1 En Mohamad bin Haji Salleh YDP
2 En. Saiful Afzan b Baru SU
3 En Hamdan bin Embong BENDAHARI
4 Pn Hasnida binti Nazir AJK
5 En Mat Zulkifli bin Mansor AJK
6 Pn Salmah binti Awang Hamat AJK
7 Pn Zaipas bin Ismail AJK
8 Pn. Mila Marlina binti Man AJK
9 En AbdulMuin bin Awang Kechil AJK
10 Pn Noraini bt Mamat AJK

TURUT HADIR :

1 En Tuan Abdul Manaf bin Tuan Mamat GURU BESAR


2 En Azmi bin Awang GPK TADBIR

TIDAK HADIR (BERSEBAB) :

1 En Hamidi bin Mohamad

1
1. UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG ( EN. MOHAMAD BIN HAJI
SALLEH )

1.1 En Mohamad selaku YDP PIBG sesi 2017/2018 mengalu-alukan


kedatangan semua AJK yang hadir ke mesyuarat AJK PIBG kali ke
pertama.
Beliau juga mengalukan kehadiran Guru Besar, Tn Abdul Manaf Tn
Mamat
dan semua pentadbir.
1.2 Beliau mengharapkan agar semua AJK yang dilantik dapat terus
memberikan komitmen kepada gerak kerja PIBG.
1.3 Memaklumkan bahawa kehadiran AJK PIBG kali ini kurang memuaskan
dan berharap pelaksanaan program yang dirancang dapat dilaksanakan
kerana ia merupakan satu amanah yang penting.

Tindakan : Makluman

2. UCAPAN GURU BESAR ( TN ABD MANAF BIN TUAN MAMAT)

2.1 En Abd Manaf selaku Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada
semua AJK yang terlibat kerana sudi hadir pada mesyuarat pada kali ini.
2.2 Turut mengucapkan terima kasih kepada YDP dan semua AJK bagi
mempertingkatkan pencapaian sekolah, kurikulum, kokurikulum serta
sahsiah malah Guru Besar amat menghargainya. Semoga kerjasama
dapat diteruskan untuk kekalkan kecemerlangan sekolah.
2.3 Puan Guru Besar juga mencadangkan perancangan diteruskan untuk
program pendidikan anak-anak.
2.4 Tuan Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Rahimah
di atas jasanya menjawat jawatan sebagai Bendahari bagi sesi yang
lepas.

Tindakan : Makluman

3. PERKARA BERBANGKIT

3.1 Minit mesyuarat Agung 2016/2017 telah dibentangkan dan diterima


sebulat suara
oleh semua AJK

2
Tindakan : Makluman
4.0 LAPORAN KEWANGAN

4.1 Pn Rahimah membentangkan laporan kewangan akaun PIBG sebanyak


RM: 3274.48 dan baki Surau sebanyak RM: 9337.00. Kutipan yuran
sumbangan Ibu Bapa adalah sebanyak RM3860.00 daripada 193
keluarga.
Pn Rahimah menambah sebanyak 57 keluarga lagi belum membayar
yuran tahunan iaitu sebanyak RM1140.00 masih gagal dikumpulkan.
Setiausaha diminta menghebahkan hal ini kepada guru kelas. Tindakan
terakhir ialah mengeluarkan surat peringatan mesra kepada keluarga
yang masih belum membayar yuran sumbangan.
Tindakan : Setiausaha

5.0 PERANCANGAN AKTIVITI PIBG 2017


5.1 Guru Besar mencadangkan supaya diadakan aktiviti yang melibatkan
ibubapa seperti Motivasi dari golongan Ibubapa kepada murid-murid
UPSR.
5.2 Cikgu Hasnida mencadangkan AJK Ibu bapa dan guru bagi menyediakan
Makanan murid-murid semasa kem UPSR Ibubapa menyumbang bahan-
Bahan mentah dialu-alukan.
5.3 Lawatan PIBG dengan kerjasama BTN Terengganu ke Langawi dijangka
diadakan pada bulan oktober.

Tindakan : Ajk

6.0 HAL-HAL LAIN


6.1 En Zul mencadangkan agar gotong royong diadakan bagi membersihkan
kawasan sekolah.
6.2 Cikgu Mohamed mengutarakan mengenai solat sunat hajat UPSR yang

3
belum diadakan. Ahli mesyuarat bersetuju agar ia diadakan pada masa
terdekat.
6.3 Pn Zaipas memaklumkan bahawa murid-murid kelas KAFA lebih cenderung
untuk mendapatkan makanan di luar sekolah. Dia meminta agar pentadbir
memberi peringatkan kepada murid-murid tentang hal ini.
Guru Besar menyatakan tidak dapat menghalang gerai-gerai yang berada
di luar pagar sekolah. Walaupun begitu, terdapat jarak tertentu dari kiri
dan kanan pagar sekolah yang dikira masih di dalam bidang kuasa sekolah
dan perkara ini telah dimaklumkan kepada penjual terbabit.
6.4 Cikgu Hasnida memohon sumbangan PIBG bagi melengkapkan laman
terapi
yang akan dibina di tepi kantin. Ahli-ahli bersetuju agar sumbangan yang
diminta diluluskan.
Tindakan :
Pentadbir dan ajk
7.0 UCAPAN PENANGGUHAN
7.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kerana ajk sudi melapangkan masa
menghadiri mesyuarat AJK PIBG kali pertama. InshaAllah, apa yang
diusahakan akan diberkati.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.

Disediakan oleh,

…………………………….. .
(SAIFUL AFZAN BIN BARU)
Setiausaha PIBG
SK Banggol Katong, Kuala Terengganu.

You might also like