Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 19

PENGENALAN

Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani

Penilaian merupakan suatu proses yang digunakan untuk mengukur


pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran termasuk pendidikan
jasmani. Penilaian dalam pendidikan jasmani tidak popular kerana saiz kelas
yang besar (40-50) menyebabkan penilaian sukar untuk dilakukan. Faktor masa
juga merupakan halangan kepada seseorang guru untuk menjalankan penilaian
tersebut. Pendidikan jasmani di sekolah rendah diperuntukkan dua waktu setiap
minggu. Dengan kemasukkan komponen kesihatan dalam pendidikan jasmani,
waktu untuk Tahap I ( Tahun I, II dan III) telah ditambahkan kepada tiga waktu.
Dalam masa yang terhad itu, sesorang guru menghadapi masalah untuk
menjalankan penilaian ke atas pelajar-pelajarnya. Walau bagaimanapun, alasan-
alasan itu tidak seharusnya menjadi batu penghalang untuk menjalankan usaha
penilaian memandangkan penilaian memberi banyak kelebihan. Mungkin apa
yang diperlukan oleh seseorang guru ialah format penilaian yang ringkas tetapi
memenuhi objektif penilaian yang dihasratkan.
Konsep-Konsep Asas

Ujian
Ujian ialah suatu instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat-
maklumat berkenaan prestasi individu. Ia boleh mengambil beberapa bentuk
soalan yang dicetak, soalan dalam bentuk temu duga, pemerhatian berkenaan
prestasi fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semaka atau rekon
anekdot.

Pengukuran
Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat. Melaksanakan ujian kepada
pelajar ialah sebahagian daripada proses pengukuran.

Penilaian
Penilaian ialah suatu proses menentukan nilai maklumat atau data yang dikutip.
Ia meliputi ujian dan pengukuran.
Pengklasifikasi
individu mengikut
kumpulan

Tujuan pemilihan
Penentuan Status

TUJUAN
PENGUKURAN
& PENILAIAN

Mengendalikan Motivasi
kajian

Membekalkan
Pengekalan mutu
maklumat -maklumat

Tujuan Pengukuran Dan Penilaian


Penentuan status
Mengikut Kirkendall, Gruber & Johnson (1987), penentuan status meliputi
pemberian gred, mengecualikan pelajar dari sesuatu aktiviti, memberi maklum
balas untuk meningkatkan prestasi pelajar, menetap sesorang individu di dalam
kumpulan tertentu atau menentukan aktiviti tertentu.

Pengklasifikasian individu mengikut kumpulan


Pelajar-pelajar yang menghadirkan diri di dalam kelas pendidikan jasmani
memiliki pelbagai kebolehan. Demi memenuhi tujuan pengajaran yang lebih
berkesan, mereka perlu diasingkan mengikut kebolehan masing-masing.
Penilaian membolehkan mereka dikumpulkan ke dalam kumpulan yang sesuai
dengan kebolehan mereka.

Tujuan pemilihan
Penilaian digunakan untuk tujuan membuat pilihan wakil daripada kumpulan
pelajar yang besar.

Motivasi
Penilaian boleh memberi maklum balas prestasi kepada sesorang individujika
penilaian dilaksanakan dengan baik dan diinterpretasikan dengan betul, maka ia
memberi kesan positif kepada pelajar berkenaan. Sebaliknya, jika keputusan
penilaian disalahgunakan, maka kesan negatif akan timbul dan ini akan
menyebabkan sesorang itu menjadi hampa dan putus asa.
Pengekalan mutu
Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program
pendidikan jasmani. Penilaian memberi maklum balas samaada program tertentu
berkesan atau tidak berkesan untuk memberi faedah kepada pelajar. Sekiranya
program tersebut tidak memberi manfaat, ia boleh diubah untuk memastikan
objektif yang dirancang dapat dicapai.

Membekalkan maklumat
Penilaian membolehkan sesorang itu mengetahui diri sendiri, misalnya tahap
kecergasannya. Ia membolehkan sesorang itu mengetahui kelemahan dan
kelebihan masing-masing. Bagi pihak guru pula, penilaian digunakan untuk
mengetahui sama ada kaedah pengajarannya berkesan atau sebaliknya. Guru
boleh mengetahui kelebihan dan kekurangan dalam penyampaian
pengajarannya.

Mengendalikan kajian
kajian memerlukan maklumat yang tepat dan penilaian yang dilaksanakan
dengan prosedur yang betul boleh memberi maklumat untuk tujuan tersebut.
Prinsip-Prinsip Penilaian

Penilaian yang selaras dengan falsafah institusi


Dalam keadaan sekolah, jika polisi sekolah berkehendakkan seseorang guru
memberi gred kepada pelajar, maka sesorang guru itu seharusnya menjalankan
tugasnya untuk memberi gred seperti yang dikehendaki. Sebaliknya jika seorang
guru tidak bersetuju dengan piolisi sekolah, maka bererti guru itu perlu berubah
mencari jalan utnuk mengatasi masalah yang timbul ataupun tukar pekerjaan.

Penilaian berdasarkan objektif yang ditetapkan


Objektif sesuatu program perlu dinyatakan secara eksplisit supaya ia boleh
diukur. Objektif yang dinyatakan pula seharusnya boleh dinilai.

Penilai mestilah dinilai


Selepas penilaian dilaksanakan, maklumat-maklumat itu mesti dianalisakan
untuk mendapat nilai penilaian tersebut. Maklumat yang dikutip seharusnya
digunakan sama ada untuk memperbaiki program atau memberi maklumat
kepada individu. Penilaian tanpa interpretasi tidak memberi erti dan hanya
membuang masa sahaja.

Penilaian diawasi oleh pakar yang dilatih


Guru bukan sahaja mesti berkemampuan melaksanakan penilaian tetapi juga
mesti mahir dalam menginterpretasikan maklumat yang dikutip melalui penilaian
yang dijalankan. Pengetahuan yang mendalam adalah penting supaya maklumat
boleh digunakan dengan sebaik-baiknya.
Penilaian membantu membuat keputusan
Walaupun penilaian boleh dilakukan secara subjektif, namun begitu keputusan
itu sentiasa menimbulkan tanda tanya. Untuk membuat keputusan secara
professional, penilaian perlu digunakan untuk menjelaskan keputusan yang
dibuat.
Penilaian Subjektif

Dalam keadaan tertentu, penilaian subjektif atau teknik kualitatif adalah perlu
kerana banyak ciri tidak boleh diukur dengan teknik-teknik kuantitatif yang
bersifat objektif. Kualiti penilaian subjektif bergantung kepada latihan dan
pengalaman seseorang guru. untuk meningkatkan kualiti penilaian subjektif,
Frank & Deutch (1973) mencadangkan beberapa soalan dijawab sebelum
penilaian tersebut dibuat.

1. Apakah komponen –komponen yang perlu dinilai?


2. komponen yang manakah perlu dinailai secara subjektif?
3. Skala kadar manakah yang akan digunakan?
4. Bagaimanakah setiap poin dalam skala kadar itu ditakrifkan?
5. Berapa ramaikah pelajar yang akan dinilai pada satu masa?
6. Di dalam keadaan apakah skala itu dilakukan?
7. Apakah jenis borang skala yang digunakan?
8. Berapa ramai penilai akan digunakan?
Jenis-jenis penilaian
Penilaian sumatif dan formatif
 Penilaian jenis sumatif adalah penilaian yang dijalankan selepas
selesainya satu unit, satu kursus, satu semester atau setahun. Penilaian
ini berdasarkan pengumpulan maklumat dalam jangka masa yang agak
panjang.
 Penilaian jenis formatif adalah penilaian yang memberi maklumat untuk
setiap hari atau setiap sub-unit yang diajar. Penilaian ini dianggap lebih
penting berbanding dengan penilaian sumatif kerana ia memberi maklum
balas serta-merta. Ini membolehkan pembetulan dilakukan di peringkat
individu atau peringkat program dalam jangka masa yang pendek.

Penilaian secara hasil (product) dan proses


 Penilaian secara hasil menitikberatkan hasil terakhir yang ditunjukkan.
Apa yang berlaku sebelum itu tidak diambil kira atau tidak dititikberatkan.
Sebagai contoh, kita melihat acara merejam lembing; penilaian secara
hasil di sini ialah mengambil kira jarak rejaman yang dilakukan.
Bagaimana cara sesuatu lembing direjam ( tidak salah dari segi
peraturan) tidak dipentingkan.
 Penilaian secara proses pula memberi penekanan kepada keseluruhan
proses yang terlibat. Hasil terakhir merupakan sebahagian sahaja
daripada penilaian tersebut. Sebagai contoh, kita rujuk kepada acara
merejam lembing; kesemua fasa yang terlibat dalam acara ini iaitu fasa
lakuan sedia, larian landas, menghulur tangan ke belakang, mengilaskan
badan, merejam dan pulihan akan diambil kira dalam penilaian secara
proses.
Penilaian rujukan criterion dan rujukan norma
 Penilaian rujukan criterion berasaskan satu piawaian yang telah
ditetapkan. Sebagai contoh, seseorang guru menetapkan 50% sebagai
markah lulus dan mengharapkan seseorang pelajar markah itu untuk
lulus.
 Penilaian rujukan norma pula berasaskan norma yang telah ditetapkan
iaitu pencapaian seseorang individu itu dibandingkan dengan individu
yang lain.
Aspek–Aspek Yang Dinilai

Psikomotor
Penilaian psikomotor boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian
kecergasan fizikal dan penilaian kemahiran motor.
a) Penilaian Kecergasan Fizikal
Pada lazimnya beberapa ujian diadakan untuk pelajar sekolah rendahiaitu
larian 1600m, pengukuran kelembutan, kekuatan atas badan dan perut.

Komponen kecergasan Item ujian


Daya tahan
Larian 1600m
kadiovaskular/ aerob
Kelembutan Duduk jangkau
Kekuatan bahagian atas Mendagu atau mendagu
ubahsuaian
Kekuatan perut/ abdomen Bangkit tubi

b) Penilaian Kemahiran Motor


Penilaian kemahiran motor boleh dilakukan secara kualitatif dan
kuantitatif. Pada amnya penilaian kemahiran motor memberi skor
kuantitatif seperti bilangan bola yang menyentuh sasaran. Mengikut
Graham (1992) terdapat trend baru yang mengalakkan cara memukul bola
seperti di atas tidak kira sama ada perlakuan itu betul dari segi
biomekanikal atau tidak. Pada amnya, penilaian kemahiran motor secara
kuantitatif agak sukar untuk dijalankan tetapi untuk melaksanakan
penilaian kuantitatif pula, ia lebih rumit lagi kerana ia memakan masa
yang panjang.
Graham (1992) mencadangkan penilaian dilakukan dalam beberapa cara
untuk menjimatkan masa. Cadangan-cadangan itu adalah seperti yang berikut:
a) Penilaian kendiri iaitu menilai diri sendiri.
b) Penilaian berpasangan iaitu mendapatkan pertolongan kawan.

Untuk memastikan penilaian ini berjalan dengan baik, seseorang guru perlu
memberi penerangan pelakuan ujian dengan tepat dan ringkas. Borang tertentu
atau kad tertentu boleh digunakan.

Penilaian kognitif
Penilaian ini boleh dalam bentuk:
1. Ujian di Dalam Kelas atau Ujian Kertas dan Pensil.
Cara yang berkesan ialah mengunakan ujian itu dalam beberapa minit
sahaja.

2. Ujian Kilat di Dalam Gimnasium


Ini boleh dilakukan secara bergilir-gilir dari sudut yang ditetapkan.
Contoh soalan:
Untuk menangkap sebiji bola dengan betul, anda harus;
a) Bengkokkan siku.
b) Luruskan tangan dan kekal.
c) Pusingkan kepala ke kiri.
d) Saya tidak tahu.

3. Penilaian Kefahaman
cara ini adalah cepat kerana guru hanya mengemukakan soaan seperti
“Tunjuk kepada cikgu kedudukan tangan sebagai persiapan untuk
menangkap bola”.
Penilaian afektif
Domain afektif menitikberatkan perhubungan sosial dengan murid, sikap dan
minat murid terhadap pendidikan jasmani dan sukan serta peribadi, keyakinan
dan lain-lain lagi.penilaian ini boleh dijalankan melalui dua cara biasa seperti
berikut:
1. Penilaian Kertas dan Pencil
Contoh soalan:
a) Di sekolah, saya memang suka menghadiri kelas pendidikan jasmani.
Ya Tidak

b) Saya lebih suka bersenam daripada menonton televisyen.


Ya Tidak

2. Mengunakan Muka Kartun Berperasaan

A. Muka gembira } Dibekalkan dan dibuat

B. Muka neutral } daripada kertas keras

C. Muka masam

Arahan: Pilih A, B atau C dan masukkanya ke dalam kotak yang disediakan


mengikut perasaan.
Contoh soalan:
“bagaimanakah perasaan anda terhadap pelajaran hari ini”
Contoh Borang Penilaian
BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

NAMA MURID : TARIKH :

KEMAHIRAN : 1.1 Melakukan pergerakan motor kasar


1.1.1 Lokomotor dan bukan lokomotor
1.1.1.1 Murid boleh berjalan

Arahan Guru : Guru mengarahkan murid berjalan di atas permukaan yang rata.

Aktiviti Murid : Murid boleh berjalan di atas permukaan rata.

Aktiviti Ya Tidak
a. Murid boleh berjalan di atas garis lurus sejauh 5
Meter.

b. Murid boleh berjalan di atas tali sejauh 5 meter.

c. Murid boleh berjalan sisi ke hadapan dan belakang


dalam jarak 5 meter.

d. Murid boleh berjalan undur belakang sejauh 5.

e. Murid boleh berjalan sambil mendepangkan


tangan sejauh 5 meter.

Ulasan Guru : _____________________________________________________


_______________________________________________________
BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

NAMA MURID : TARIKH :

KEMAHIRAN : 1.1.1.2 Murid boleh berlari

Arahan Guru : Guru mengarahkan murid berlari di atas permukaan rata sejauh
10 meter.

Arahan Murid : Murid dapat berlari di atas permukaan rata sejauh 10 meter.

Aktiviti Ya Tidak

a. Murid boleh berlari di kawasan lingkungan 10 meter.

b. Murid boleh lari pecut dalam jarak 10 meter.

c. Murid boleh lari ulang-alik dalam jarak 10 meter.

d. Murid boleh berlari skip dalam jarak 10 meter.

e. Murid boleh lari laju dan perlahan mengikut tiupan


wisel guru dalam jarak 10 meter.

Ulasan Guru : _________________________________________________


__________________________________________________
BORANG PENILAIAN PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN

NAMA MURID : TARIKH :

KEMAHIRAN : 1.1.1.5 Murid boleh mengimbang

Arahan Guru : Guru mengarahkan murid melakukan imbangan badan.

Arahan Murid : Murid boleh mengimbangkan badan mengikut arahan guru.

Aktiviti Ya Tidak
a. Murid boleh mengimbang badan dengan berdiri
sebelah kaki kanan atau kaki kiri.

b. Murid boleh mengimbang badan secara bermain


ketingting.

c. Murid boleh mengimbang badan dengan berjalan di


atas bangku.

d. Murid boleh mengimbang badan dengan mengayuh


basikal.

e. Murid boleh berjalan dengan mengimbang bola di


atas kepala.

Ulasan Guru : _______________________________________________


________________________________________________
RUJUKAN
1. Wee Eng Hoe. (2005) Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Shah

Alam : Karisma Publication Sdn, Bhd.

2. Majlis Belia Dan Sukan. Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (1996)

Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan : Panduan Penilaian. Kuala Lumpur :

Kementerian Belia dan Sukan

3. Buku Panduan Pendidikan Pergerakan : Pendidikan Pergerakan. Kuala

Lumpur. DBP

4. http.www.penilaian dalam pj.edu


KANDUNGAN

Pengenalan…………………………………………...1

Konsep-Konsep Asas………………………………..2

Tujuan Pengukuran dan Penilaian………………….3

Prinsip-Prinsip Penilaian……………………………..6

Jenis-Jenis Penilaian…………………………………9

Aspek-Aspek Yang Dinilai…………………………..11

Contoh Borang Penilaian……………………………14

Rujukan……………………………………………….18

You might also like