Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

INOVASI “LINK YOUR MIND” DALAM PEDAGOGI BERMAIN ABAD KE-21

“LINK YOUR MIND INNOVATION IN THE 21ST CENTURY PLAY PEDAGOGY”

1.1 LATAR BELAKANG KUMPULAN

Pensyarah Pembimbing:

Ustaz Fahmiddin bin Yazan (Jabatan HEP, IPGKTB)

Nama Pelajar 1:

Tan Shin Tee

Nama Pelajar 2:

Hoo Jia Ling

“LINK YOUR MIND” merupakan konsep inovasi bermain sambil belajar berasaskan
Model 5E iaitu “engage, explore, explain, elaborate & evaluate”. Projek inovasi kami iaitu
LINK YOUR MIND dihasilkan daripada laman web di mana ia boleh bersesuaian dengan
semua peringkat murid. Tujuan utama “LINK YOUR MIND” diperkenalkan sebagai satu
aktiviti pedagogi bermain yang boleh menarik perhatian murid, memberi keseronokan,
motivasi serta merupakan satu alternatif penilaian dalam pendidikan. “LINK YOUR MIND”
yang menepati ciri abad ke21 juga berupaya merangsang kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) pelajar seperti kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Selain
itu, “LINK YOUR MIND” boleh diakses di dalam bilik darjah dengan mudah dan cepat. Projek
ini dikatakan dapat memudahkan murid adalah kerana mereka mampu belajar walaupun
tanpa internet. Projek inovasi kami dihasilkan dengan menggunakan laman web. Pada
mulanya, kami telah mengakses ke satu laman web yang dinamakan Java Development Kit
(JDK) dan memuat turunkannya. Selepas itu, kami turut dapat mencari perisian yang
bernama NetBean di mana ia merupakan satu perisian yang diperlukan dalam mencipta
hasil inovasi kami. Selain itu, penggunaan “LINK YOUR MIND” adalah selaras dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 iaitu memperkasakan kualiti pendidikan
kebangsaan dan menjana generasi baharu yang berkemahiran fikiran aras tinggi.
1.2 TUJUAN INOVASI

1.2.1 Rasional

 Kajian ini memberi peluang kepada para pendidik untuk mengukuhkan


pengetahuan murid secara kreatif dalam pelbagai subjek melalui penggunaan
TMK.

1.2.2 Objektif

 Kajian ini bertujuan untuk:


 Mengukuhkan pengetahuan murid-murid melalui permainan.
 Meningkatkan minat murid untuk belajar.

1.3 SASARAN

1.3.1 Lokasi

 Kajian ini boleh dijalankan di PdPc bilik darjah dan di luar PdPc bilik darjah.

1.3.2 Kumpulan sasaran

 Murid-murid Sekolah Rendah Tahun 1 - Tahun 6

1.4 HURAIAN BUTIRAN INOVASI YANG DIHASILKAN

1.4.1 Pengenalan Mengenai Inovasi

“LINK YOUR MIND” merupakan konsep inovasi bermain sambil belajar


berasaskan Model 5E iaitu “engage, explore, explain, elaborate & evaluate”. Projek
inovasi kami iaitu LINK YOUR MIND dihasilkan daripada laman web di mana ia boleh
bersesuaian dengan semua peringkat murid. Tujuan utama “LINK YOUR MIND”
diperkenalkan sebagai satu aktiviti pedagogi bermain yang boleh menarik perhatian
murid, memberi keseronokan, motivasi serta merupakan satu alternatif penilaian
dalam pendidikan.

1.4.2 Tarikh Mula Dilaksanakan

Tarikh mula inovasi dilaksanakan adalah pada 10 Mac 2018.

1.4.3 Penerangan Penghasilan Laman Web “LINK YOUR MIND”:

1. Memuat turun laman web “Java Development Kit” (JDK) terlebih dahulu.
2. Pengaksesan ke perisian NetBean.
3. Menggunakan Java Language untuk menggubal item-item yang diingini
seperti aktiviti, situasi serta bilangan pengguna semasa permainan
tersebut dijalankan.
4. Selepas semua prosedur telah siap dilakukan, permainan ini boleh dicuba
dan dimain oleh para murid.
1.4.4 Kos Yang Terlibat
Tiada peruntukan kos dalam penghasilan projek ini.

1.5 NILAI TAMBAH

1.5.1 Kecekapan dari inovasi yang telah dilaksanakan

Murid-murid dapat berfikir dan menyelesaikan soalan yang dipaparkan dalam masa
yang ditetapkan.

1.5.2 Penjimatan sumber manusia dan masa

Guru tidak perlu membuang wang dan masa untuk membuat latihan serta penilaian
pengukuhan. Murid-murid boleh membuat pembelajaran kendiri pada bila-bila masa
dan dimana-mana tempat sahaja.

1.6 IMPAK INOVASI

1.6.1 Peningkatan Faedah Kepada Murid

Satu alternatif kepada pembelajaran kolabaratif dan pengukuhan kendiri.

1.7 RUMUSAN

“LINK YOUR MIND” juga berupaya merangsang kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) pelajar. Selain itu, “LINK YOUR MIND” yang dilaksanakan sebagai projek
pembelajaran yang berkaitan dengan seni di mana ia mengandungi aktiviti seperti
menyanyii, bercerita, berlakon dan sebagainya. Justeru, projek inovasi ini turut dapat
meningkatkan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, serta kemahiran
menulis di samping ia terdapat aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor. Selain itu,
penggunaan “LINK YOUR MIND” adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013 – 2025 iaitu memperkasakan kualiti pendidikan kebangsaan dan menjana
generasi baharu yang berkemahiran fikiran aras tinggi.
1.8 GAMBAR RAJAH

You might also like