Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Yang Dihormati

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Johor

Yang Berusaha
Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Yang Berusaha
Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Yang Dihormati
Penolong Kanan
Pemimpin Pengakap

Yang Dikasihi
Semua penerima Anugerah Rambu , Ahli-ahli Pengakap,
Tuan-tuan dan Puan-puan hadirin sekalian
…………………………………………………………………………………………………….

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Persekutuan Pengakap Daerah kerana membantu memberi pengiktirafan
kepada anak-anak pengakap ____________________ bagi menerima Anugerah
yang sangat tinggi.

Terima kasih kepada Pemimpin dan Penolong pemimpin peringkat sekolah


kerana di atas kerjasama sehingga dapat melahirkan pencapaian terbaik.
Kejayaan hari ini adalah bukti bahawa kerja keras, usaha yang bersungguh dan
komitmen kita semua.

Sekalung ucapan Tahniah dan syabas kepada barisan kepimpinan Pengakap


Daerah Mersing yang sentiasa merangka, merancang dan menjayakan setiap
aktiviti yang akhirnya anak-anak pengakap akan menerima ilmu, kemahiran
dan pengalaman untuk lebih bersedia bagi kehidupan pada masa akan
datang.

Tahniah juga kepada sekolah-sekolah yang sentiasa memberikan sokongan


dan kerjasama yang baik. Melalui aktiviti berpengakap membolehkan murid
sampai ke peringkat Daerah, Negeri, Kebangsaan maupun Antarabangsa.

Tahniah juga kepada penerima. Saya juga berasa yakin dan percaya bahawa
anda adalah yang terbaik dikalangan yang terbilang. Memastikan Daerah
Mersing ‘HEBAT’ Teruskan kejayaan anda sehingga mencapai Anugerah yang
tertinggi

Para hadirin sekalian,

Moga program-program seperti ini dapat merealisasikan impian dan


perancangan yang telah dirangka dan disusun dilaksanakan dengan baik.

Akhir kata , saya mendoakan agar pencapaian ahli-ahli pengakap bagi


Daerah Mersing akan lebih hebat sebagaimana slogan Mersing Hebat.
Sekian, wabillah hitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah
hiwabarakatuh .

Terima kasih.

You might also like