Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

0 Laporan Kejohanan Olahraga

1.1 Pengenalan

Pada 11 Mac 2019 hingga 14 Mac 2019, Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim (IPGKTI) telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan
(KOT) selama 4 hari. KOT merupakan aktiviti tahunan yang melibatkan semua guru
pelatih dan pensyarah IPGKTI demi memberi kesedaran kepada warga IPGKTI
supaya sentiasa bersenam untuk menyihatkan badan. Pada tahun ini, opsyen 4
PISMP BC 1 & 2 sebagai pihak pengelolaan telah mengurus, melaksanakan dan
menganjurkan KOT IPGKTI kali ke-50 tahun 2019.

Saya, Lam Hui Jie dan rakan saya, Shau Yhong Shin telah ditugaskan sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pertolongan Cemas. Tugas kami adalah memastikan
semua peserta yang cedera diberikan pertolongan cemas yang sepatutnya semasa
KOT berlangsung.

1.2 Sebelum KOT

Sebelum KOT dijalankan, proses penyediaan kertas kerja penganjuran KOT


kali ke-50 telah dijalankan.

Selepas kertas kerja diluluskan, satu mesyuarat Pelantikan Jawatankuasa


telah dijalankan pada 28 Januari 2019. Semua ahli jawatankuasa penganjuran KOT
telah diberikan surat pelantikan supaya memberi kuasa kepada ahli-ahli menjalankan
tugas.

Setelah itu, mesyuarat penyelarasan telah dijalankan pada 26 Febuari 2019 di


makmal Sains IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Encik Mohtar bin Yaacob dan Encik
Abdul Jabah bin A. Rahman merupakan pensyarah pembimbing yang memberi
nasihat kepada para ahli jawatankuasa tentang tugasan masing-masing. Saya, Lam
Hui Jie dan Shau Yhong Shin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kecil Pertolongan
Cemas telah memeriksa peti pertolongan cemas dan peralatan-peralatan yang
diperlukan (usungan, coleman) pada hari tersebut. Kami mendapati bahawa coleman
di IPGKTI terlalu besar dan tidak sesuai untuk dibawa dan melaporkan perkara
tersebut kepada pensyarah. Encik Mohtar memberi tugasan supaya membeli satu
coleman yang kecil, satu botol bentamin dan lain-lain .Kami telah mendapatkannya
pada petang hari tersebut. Ahli jawatankuasa yang lain

Pada 4 Mac 2019, memo untuk mengadakan KOT IPGKTI kali ke-50 telah
dikeluarkan kepada jabatan-jabatan atau bahagian unit di IPGKTI.

36
Sesi Pelantikan Pegawai KOT kali ke-50 telah dilancarkan pada 10 Mac 2019.
Pegawai KOT IPGKTI kali ke-50 terdiri daripada guru pelatih 4 PISMP Bahasa Cina
dan dibantu oleh guru pelatih PISMP Semester 6 dan Semester 2. Kesemua pegawai
diberi bimbingan dalam tugasan mereka oleh Encik Mohtar bin Yaacob. Pada hari
tersebut, mesyuarat terakhir juga dijalankan supaya memastikan semua tugasan
dilaksanakan dengan lancar dan sempurna. Hasil mesyuarat tersebut adalah semua
tugasan telah dijayakan dengan sempurna.

1.3 Semasa KOT

Pada 11 Mac 2019 hingga 13 Mac 2019, pelbagai acara padang dan balapan
telah dijalankan pada 5:00 petang hingga 7:00 petang. Walapun terdapat hujan pada
11 Mac 2019 petang, tetapi cuaca menjadi cerah pada 5:00 petang. Acara-acara
padang dan balapan dapat dilangsungkan secara sempurna.

Pada 13 Mac 2019, terdapat tiga acara dijalankan iaitu Rejam Lembing Wanita,
Lompat Jauh Lelaki dan Wanita peringkat akhir. Selepas itu, satu sesi raptai untuk
majlis penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKTI telah dijalankan. Pada hari
tersebut, semua pegawai dan ahli jawatankuasa memberi kerjasama yang amat tinggi
supaya menyempurnakan majlis. Tambahan pula, khemah-khemah rumah masing-
masing telah didirikan untuk membekalkan tempat rehat kepada guru pelatih pada Hari
Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKTI Kali ke-50. Malahan, khemah BSMM juga
didirikan pada hari tersebut supaya membekalkan tempat rehat kepada peserta yang
perlu.

Pada Hari Kejohanan Olahraga IPGKTI Tahunan Kali Ke-50 iaitu 14 Mac 2019,
majlis perasmian telah dijalankan pada 8:30 pagi. Semua guru pelatih dan pensyarah
berkumpul di padang pada 8:00 pagi untuk menyambut ketibaan Tuan Pengarah
IPGKTI, Mohd Zain bin Badui. Selepas ketibaan Tuan Pengarah, pertandingan
perbarisan rumah telah dijalankan. Semua pasukan perbarisan rumah telah memberi
tadbir hormat kepada Tuan Pengarah. Setelah pasukan perbarisan masuk dalam
tempat yang disediakan, lagu Bangsa Johor dan Negaraku telah dinyanyikan. Selepas
itu, majlis bermula dengan bacaan doa supaya majlis dijalankan dengan lancar dan
sempurna.

Selepas itu, majlis diikuti dengan ucapan Lee WenJun, guru pelatih 4 PISMP
BS yang merupakan pengerusi pengelola Kejohanan Olahraga Tahunan tersebut.
Seterusnya, Dr. Mohd Zairi bin Hussain, ketua Unit Kokurikulum pula memberi sedikit
ucapan. Justeru, Tuan Pengarah, Mohd Zain bin Badui, telah memberi ucapan
perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan dan menyeru warga IPGKTI supaya

37
mementingkan bidang kokurikulum agar menjadi insan yang seimbang dengan JERIS.
Aktiviti bacaan ikrar sukan telah dijalankan dan diketuai oleh , guru pelatih 2 PISMP
Pendidikan Jasmani.

Majlis diteruskan dengan persembahan-persembahan yang disediakan oleh


guru pelatih IPGKTI iaitu gendang 24 Musim, Cina Yoyo, Silat, Tarian India dan lain-
lain. Setelah itu, majlis perasmian sudah tamah dan pasukan perbarisan rumah
masing-masing pula keluar barisan turut masuk ke khemah rumah masing-masing.

Selepas itu, acara balapan 100m lelaki dan perempuan, 4x400m lelaki dan
perempuan peringkat akhir telah dijalankan. Semasa acara-acara balapan
berlangsung, terdapat banyak peserta telah cedera. Terdapat peserta yang jatuh
sehingga berdarah, kejang, pengsan dan lain-lain. Ahli BSMM telah memberi
pertolongan cemas sedaya upaya kepada peserta yang memerlukan. Peserta yang
telah diberi pertolongan cemas juga dibenarkan rehat di dalam khemah BSMM. Untuk
peserta yang koyak otot kaki, kami telah membuat laporan kepada Dr. Mohd Zairi bin
Hussain dan peserta tersebut dihantarkan ke hospital.

Selepas itu, acara campuran (8x50m) yang terdiri pada guru pelatih dan
pensyarah telah dijalankan. Semua peserta berasa amat gembira bahawa dapat
menyertai acara-acara dengan penuh kenangan. Selepas itu, pada pukul 11:30 pagi,
acara terakhir acara 200m lelaki dan perempuan peringkat akhir dijalankan. Pada
12:00 tengah hari, aktiviti penyampaian hadiah telah dijalankan. Rumah Laksamana
telah menang dan dijadikan johan keseluruhan KOT IPGKTI kali ke-50. Dengan ini,
maka KOT IPGKTI kali ke-50 telah tamat dan semua guru pelatih serta pensyarah
diberi makanan tengah hari.

1.4 Selepas KOT

Selepas KOT berlangsung, semua ahli jawatankuasa bekerjasama untuk


menyimpan alatan ke stor-stor Jabatan Pendidikan Jasmani dan Unit Kokurikulum.
Walaupun peralatan-peralatan adalah banyak, tetapi cepat dikemaskan oleh ahli
jawatankuasa atas kerjasama semua pihak. Aktiviti pembersihan padang juga
dijalankan supaya dapat mengekalkan kebersihan sebelumnya.

Selepas itu, sesi refleksi ahli jawatankuasa pengelola telah diadakan bersama
dengan En. Mohtar dan En. Jabah. Kedua-dua pensyarah telah memberi nasihat dan
galakkan kepada kami dalam usaha menjayakan KOT tersebut. (Penulisan Refleksi
dilampirkan di belakang.)

38
2.0 Refleksi KOT IPGKTI kali ke-50

Pada 11 Mac 2019 hingga 14 Mac 2019, Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim (IPGKTI) telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan
(KOT) selama 4 hari. KOT merupakan aktiviti tahunan. KOT tersebut melibatkan
semua guru pelatih dan pensyarah IPGKTI. Setelah KOT dilancarkan, satu sesi
refleksi telah dijalankan dan terdapat beberapa isu telah dibincangkan mengikut
analisis SWOT. Saya, Lam Hui Jie bertugas sebagai pengerusi kecil pertolongan
cemas akan membuat refleksi yang cenderung kepada urusan pertolongan cemas
semasa KOT.

2.1 Kekuatan (S)

Kejohanan Olahraga Tahunan tersebut telah dijalankan dengan lancar. Acara-


acara yang dirancang telah dihabiskan walaupun cuaca pada hari pertama hujan.

Dalam bidang tugas pertolongan cemas, semua peserta yang cedera


dibekalkan pertolongan cemas yang sepatutnya. Contohnya peserta yang kejang
diberi urut, yang jatuh sehingga berdarah telah ahli BSMM mencuci dan membalut
luka. Namun, Basil Wee telah koyak otot semasa acara 200m telah dihantar ke
hospital untuk mendapat rawatan lanjutan.

Justeru, ubat dan perlatan dalam peti pertolongan cemas adalah cukup
semasa memberi pertolongan cemas. Contohnya ubat Counterpain yang paling kerap
digunakan oleh para peserta cukup pada keempat-empat hari KOT berlangsung.
Selain itu, untuk pasukan BSMM, terdapat juga khemah tersendirian untuk
membekalkan tempat rehat kepada peserta-peserta yang memerlukan.

2.2 Kekurangan (W)

Terdapat juga banyak kelemahan yang timbul sepanjang 4 hari KOT dijalankan.
Yang pertama, pengawas yang bertugas semasa acara dijalankan tidak menjalankan
tugasnya dengan sedaya upaya. Hal ini telah menyebabkan guru pelatih yang tidak
cedera atau sihat mencuri peluang untuk berehat dalam khemah BSMM. Perlakuan
tersebut telah menyebabkan kekurangan tempat rehat untuk peserta yang cedera.
Malahan, guru pelatih yang ingin menyaksikan acara balapan telah terpijak dan masuk
dalam lorong balapan kerana kecuaian pengawas. Hal ini telah mengganggu
pertandingan berlangsung.

Selain itu, kekeliruan telah berlaku semasa penolong pelepas ingin mengumpulkan
peserta. Hal ini berlaku kerana peserta-peserta tidak berada di padang dan khemah

39
rumah pada masa yang tepat. Ini telah menyusahkan penolong pelepas dan
menyebabkan acara terpaksa ditangguhkan.

Malahan, kekurangan ahli BSMM yang berpengetahuan dan berpengalaman telah


menyebabkan keadaan sibuk dan kekeliruan semasa acara 4x400m perempuan
dijalankan. Hanya 2 orang ahli BSMM yang berpengetahuan dan berpengalaman perlu
menjaga dan memberi pertolongan cemas kepada 13 orang peserta yang memerlukan
bantuan. Ahli BSMM lain yang terdiri daripada 2 PISMP RBT tidak mempunyai
pengalaman dalam memberi pertolongan cemas. Mereka telah termangau dan tidak
tahu hendak buat apa semasa kes-kes berlaku.

2.3 Peluang (O)

Untuk mengatasi masalah-masalah timbul, semua pihak perlulah bertindak.


Yang pertama, pengawas bertugas perlulah sentiasa berwaspada semasa acara
berlangsung. Mereka perlulah sentiasa membuat rondaan supaya tidak berlaku
masalah yang seperti di atas. Jika diberi kebenaran, bilangan pengawas perlulah
ditambah supaya memastikan kelancaran dan kelicinan semasa acara dijalankan.

Selain itu, pihak penganjuran haruslah meminta peserta untuk berkumpul atau
melaporkan diri kepada penolong pelepas 30 minit sebelum pertandingan berlangsung.
Hal ini demikian kerana untuk memastikan ketibaan peserta-peserta supaya
memudahkan penolong pelepas.

Tambahan pula, ahli BSMM yang berpengetahuan dan berpengalaman


haruslah diperbanyakkan supaya menampung keperluan. Pihak penganjuran harus
meminta bantuan daripada ahli BSMM yang Semester 6 kerana mereka sudah
menjalani kursus unit beruniform BSMM semasa Semester 3.

2.4 Ancaman (T)

Namun, terdapat juga cabaran-cabaran untuk mengatasi masalah. Antaranya


ialah kekurangan tenaga bahawa pihak penganjuran KOT tersebut adalah terdiri
daripada 40 orang sahaja. Tidak mempunyai orang yang lebih untuk menjalankan
tugas pengawas.

Tambahan pula, sikap peserta yang tidak berwaspada dengan masa


pertandingan juga menyusahkan pihak penganjuran. Sebenarnya terdapat peraturan
bahawa peserta perlu berada dalam khemah rumah masing-masing tetapi mereka
telah hilang dan tidak balik pada masa yang ditetapkan. Jadi, ini telah menyusahkan
penolong pelepas semasa mengumpulkan peserta.

40
3.0 Penutup

Kesimpulannya, terdapat kebaikan dan kekurangan untuk KOT IPGKTI kali ke-
50. Kita sebagai guru pelatih haruslah sentiasa memajukan diri dan belajar daripada
kesalahan supaya menjadi pendidik yang berkualiti.

41
Lampiran: Gambar-gambar BSMM

Gambar ini menunjukkan ahli BSMM (Lam Hui Jie dan Shau Yhong Shin) sedang
mencuci luka peserta yang terjatuh sehingga berdarah.

Gambar ini menunjukkan ahli BSMM (Lam Hui Jie dan Shau Yhong Shin) sedang
memberi pertolongan cemas kepada peserta.

42

You might also like