Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

SCE 3083 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

TAJUK 1 RANCANGAN PELAJARAN

1.0 SINOPSIS

Tajuk satu menerangkan apakah rancangan pelajaran, tujuan, perkara yang perlu
dipertimbangkan dalam menghasilkan rancangan pelajaran selaras dengan apa
yang terdapat dalam Dokumen Standard KSSR. Sub tajuk pertama ialah tujuan
rancangan pelajaran, Sub tajuk ke dua ialah aspek yang perlu dipertimbangkan
apabila menulis rancangan pelajaran. Sub tajuk ketiga membezakan rancangan
pelajaran tahunan, mingguan dan harian.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN


 Menyatakan tujuan rancangan pelajaran
 Menyenaraikan aspek yang perlu di pertimbangkan dalam rancangan
pelajaran
 Membanding beza rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian
 Menyediakan rancangan pengajaran tahunan, semester dan mingguan.

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rancangan Pelajaran

Membanding beza
Tujuan Aspek Pertimbangan Rancangan Tahunan
Mingguan dan Harian

1
SCE 3083 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

1.3 ISI KANDUNGAN

 Tujuan rancangan pelajaran


 Aspek yang perlu di pertimbangkan dalam rancangan pelajaran
 Rancangan pelajaran - tahunan, mingguan dan harian

1.3.1 Tujuan Rancangan Pelajaran

Rancangan pengajaran bermaksud membuat keputusan awal tentang apa,


bagaimana. langkah dan peruntukan masa yang diperlukan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ia bertujuan mengatur aktiviti pelajar dan guru yang merangkumi
adunan arahan, sumber, pendekatan, kaedah dan teknik dalam sesuatu pengajaran
dan pembelajaran.

Rancangan pelajaran perlu untuk kedua-dua guru permulaan atau guru yang
berpengalaman. Walau pun persediaan yang baik bukanlah semestinya
membuatkan pengajaran berjaya tetapi jika tidak bersedia langsung menyebabkan
pengajaran terganggu tanpa objektif yang jelas, tidak bermakna dan tiada
pemindahan pembelajaran berlaku. Oleh itu struktur rancangan pelajaran yang jelas
adalah penting

Diantara tujuan menyediakan rancangan pelajaran adalah untuk guru dan pelajar
a. Mengenal pasti skop dan urutan proses pengajaran berdasarkan kurikulum.

b. Persediaan pengajaran mengambil kira perbezaan pelajar.

c. Memilih strategi pengajaran yang sesuai menyebabkan pelajar sibuk dengan


aktiviti pembelajaran yang disediakan bagi memastikan pemindahan
pembelajaran yang bermakna berlaku dan tiada masalah kawalan kelas.

d. Memastikan penerusan pengajaran dan pembelajaran terus berlaku walau


dengan guru ganti yang berlainan.

e. Menolong guru menilai pengajaran mereka berdasarkan pencapaian pelajar.

Kepentingan Menyediakan Rancangan Pelajaran


- Sebagai garis panduan bagi guru
- Mengawal disiplin murid
- Pdp terus berlaku dgn guru berganti

2
SCE 3083 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

- Pdp menarik
- Abm dan langkah digunakan
- Pengayaan atau pemulihan
- Skop dan urutan mengikut tahap kebolehan murid.

Aktiviti 1 : Teliti rajah 1, 2 dan 3 seterusnya lengkapkan latihan 1 .

PEMBANGUNAN GURU

Peringkat 1: (Set
Induksi) Pendidikan
Membangkit kesediaan Guru Peringkat 2:
murid untuk memulakan bermula Pengajaran dengan
sesi pengajaran dan cara yang betul seperti
pembelajaran Latihan seorang guru meliputi
Guru kurikulum dan
permulaan pengurusan bilik
darjah
Peringkat 3: Belajar
Apa yang mereka
belajar dan bagaimana Suatu masa
saya boleh membantu kemudian
mereka belajar

Rajah 1 : Perkembangan seorang guru

Mantap pengalaman dari, atau jangkaan tentang, taksiran

Apakah ganjaran? kuasa, pengaruh, kawalan ke atas Perasaan yang mantap ke arah penilaian dan kerja
pelajar

Fokus kepada Gred


Pengetahuan
Substantif
Fokus kepada bahan
Pengetahuan
Kosmetik Pembelajaran asas

Pembelajaran Mendalam

3
SCE 3083 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Rajah 2 :Penilaian Dan Pembelajaran

1) Untuk membuat guru sedar tentang matlamat dan bahasa


kandungan pelajaran.
2) Untuk membantu guru membezakan pelbagai peringkat
pelajaran dan untuk melihat hubungan antara mereka supaya
pelajaran boleh bergerak dengan lancar dari satu peringkat ke
peringkat yang lain.
3) Perancangan pelajaran yang betul memberikan peluang guru
untuk menjangka masalah yang mungkin timbul di dalam kelas
supaya mereka boleh bersedia dengan beberapa penyelesaian
yang mungkin atau pilihan lain untuk pelajaran.
4) Perancangan Pelajaran memberikan guru, terutamanya orang
baru, keyakinan di dalam kelas.
5) Guru juga menjadi sedar tentang alat bantu mengajar yang
diperlukan untuk pelajaran. Perancangan Pelajaran membantu
guru-guru untuk berfikir tentang nilai relatif aktiviti-aktiviti yang
berbeza dan berapa banyak masa yang perlu digunakan ke
atas mereka. Guru kemudiannya melihat untuk menghakimi
peringkat pengajaran dan fasa dengan ketepatan yang lebih
tinggi.
6) Rancangan, dengan komen dan pembetulan guru,
menyediakan rujukan yang berguna, menjimatkan masa
apabila guru seterusnya merancang pelajaran yang sama.
7) Perancangan Pelajaran adalah satu amalan yang baik dan
tanda profesionalisme.

Rajah 3 : Faedah Merancang Rancangan Pelajaran

4
SCE 3083 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Latihan 1
a. Senaraikan tahap dan tujuan menyediakan rancangan pelajaran anda
sebagai seorang guru sains
Tahap Guru Tujuan Menyediakan Rancangan Pelajaran
Tahap 1

Tahap 2

Tahap 3

b. Bagaimanakah menyediakan rancangan pelajaran supaya pembelajaran


yang mendalam berlaku kepada pelajar.

c. Senaraikan 10 kepentingan menyediakan rancangan pelajaran.

1.3.2 Aspek Yang Perlu di Pertimbangkan Dalam Rancangan Pelajaran

Antara aspek yang perlu dipertimbangkan dalam menyediakan rancangan pelajaran


ialah buku teks atau bahan pengajaran apa yang hendak disampaikan membentuk
matlamat sesuatu rancangan pelajaran. Seterusnya bagi pengajaran dan
pembelajaran di sekolah dan di kelas teliti Huraian Sukatan Pelajaran Sains.

Lebih spesifik antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan dalam


menyediakan rancangan pelajaran ialah :

5
SCE 3083 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

a. Tajuk:
Butiran lanjut mengenai tajuk dari DSKP dan buku teks.
b. Matlamat, Objektif dan Hasil Pembelajaran:
Matlamat yang jelas, objektif yang spesifik dan hasil pembelajaran yang
eksplisit dan boleh diukur.
c. Isi Kandungan:
Isi kandungan dan skop serta kedalamannya serta organisasi urutan isi yang
perlu dicapai.
d. Aktiviti pembelajaran:
Aktiviti yang pelbagai, menarik, bermotivasi ”hands on” dan ”minds on” serta
mengambil kira perbezaan pelajar dengan arahan yang jelas. Kaedah,
pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkaitan.
e. Bahan Bantu Mengajar:
Senaraikan bahan yang diperlukan untuk guru dan pelajar
f. Penilaian:
Kerja rumah, ujian , penulisan jurnal atau projek tertentu untuk menilai
pembelajaran pelajar.
g. Masa, tempat dan jenis pembelajaran individu, kumpulan kecil atau kumpulan
besar

Aktiviti 2 : Baca artikel dibawah dan senaraikan kesilapan dan aspek yang perlu
dipertimbangkan apabila merancang rancangan pelajaran dalam jadual dibawah.

Dalam mengajar pelajar bagaimana untuk membangunkan rancangan pelajaran,


berikut adalah kesilapan pelajar yang telah saya perhatikan bahawa paling sering
dibuat:

1. Objektif pengajaran tidak menyatakan apa yang pelajar sebenarnya akan


buat yang boleh diperhatikan. Ingat, objektif adalah penerangan apa yang pelajar
buat yang menjadi asas untuk membuat kesimpulan tentang pembelajaran.
Penulisan objektif teruk membawa kepada kesimpulan yang silap.

2. Penilaian pengajaran terputus dari tingkah laku yang ditunjukkan dalam


objektif. Satu taksiran dalam rancangan pengajaran hanya penerangan
bagaimana guru akan menentukan sama ada objektif telah dicapai. Ia mesti
berdasarkan tingkah laku pelajar yang sama yang dinyatakan dalam objektif.
Tingkah laku murid yang tidak sempurna perlu disedari oleh guru.

6
SCE 3083 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

3. Bahan-bahan yang dinyatakan dalam pelajaran adalah terkeluar dari aktiviti


pembelajaran sebenar yang digambarkan. Ini bermakna menyimpan senarai
bahan tidak selaras dengan apa yang sebenarnya anda merancang untuk
melakukan. Bahan yang disediakan digunakan oleh guru beberapa minit sahaja.
Penggunaan bahan yang tidak selaras dengan objektif pengajaran dan hanya
guru berinteraksi dengan bahan adalah bukan suatu kebaikan!

4. Arahan guru tidak selaras dengan tahap pembelajaran pelajar Keberkesanan


pengajaran adalah satu ukuran yang bermakna dilakukan dengan jumlah usaha
guru memberi arahan pembelajaran pada pelajar tertentu. Dengan begitu banyak
yang perlu dipelajari, ia harus jelas bahawa keberkesanan arahan pengajaran
adalah penting dalam situasi semasa pembelajaran pelajar.

5. Aktiviti pelajar yang diperihalkan dalam rancangan pengajaran tidak


menyumbang secara langsung dan cara berkesan kepada objektif pelajaran.
Pelajar anda terlibat dalam aktiviti-aktiviti hanya untuk memastikan mereka sibuk.
Apa sahaja yang dibuat oleh pelajar anda tidak perlu menyumbang secara
langsung untuk mereka mencapai objektif pengajaran?

Satu rancangan pengajaran yang mengandungi satu atau lebih daripada


kesilapan-kesilapan ini perlu memikirkan semula dan semakan.

Latihan 2 : Lengkapkan jadual dibawah untuk membantu anda membangunkan


rancangan pelajaran yang berkesan dan mengelakkan lima kesilapan biasa.

Perkara Kesilapan Aspek Yang Sepatut


diPertimbangkan
Objektif

Penilaian
Pelajaran

Bahan
Pengajaran

Bahasa
Arahan

Aktiviti Pelajar

1.3.3 Rancangan Pelajaran Tahunan, Mingguan dan Harian

7
SCE 3083 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Terdapat tiga tahap perancangan rancangan pelajaran iaitu rancangan tahunan,


mingguan dan harian

Dalam menyediakan rancangan tahunan , langkah-langkahnya ialah

a. Bahagikan sukatan pelajaran kepada semester 1 dan 2 dan setiap semester


(19 - 23 minggu)
b. Teliti objektif pembelajaran, cadangan aktiviti, hasil pembelajaran dan rangka
masa yang diperuntukkan
c. Rujuk cadangan aktiviti pembelajaran dan tentukan strategi pembelajaran
untuk setiap objektif pembelajaran
d. Gunakan buku teks sebagai panduan untuk memilih kaedah pengajaran dan
pembelajaran.

Rancangan tahunan mengandungi


1) Semester
2) Bilangan Minggu
3) Topik
4) Objektif Pembelajaran
5) Aktiviti Pembelajaran yang dicadangkan
6) Hasil Pembelajaran
7) Nota/Catatan/Kosa kata

Contoh Rancangan Tahunan

Weeks Learning Suggested Learning Notes Vocabulary


Objectives Learning Outcomes
Activities

1.1 Describe student is During benefit –


Understand- examples of able to: learning faedah
ing natural list what he Activities, career –
1 that science phenomena sees around bring out kerjaya
part of that him the science discuss –
everyday students that is Concepts bincangkan
life. see a round related to and educator –
them: science, Principles pendidik
a) growth of explain the students importance –

8
SCE 3083 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

human from importance have kepentingan


a baby to an of learned in professional
adult, science in Primary –profesional
b) fall of a everyday life, school. related –
ball to the name some Talks on berkaitan
ground, careers in careers role play –
c) melting of science in science main
ice. such as: by peranan
a) science Profession talks –
Discuss the teachers als. ceramah
uses and b) doctors natural
benefits of c) engineers phenomena
science in d) –
everyday environment fenomena
life. al scientists alam
Attend talks
on careers
in science.

Rancangan Mingguan bertujuan melihat urutan pelajaran selama seminggu dan jika
guru tiada guru ganti boleh mengajar pelajaran pada hari tersebut Ianya
mengandungi:
1) Minggu, mata pelajaran dan kelas
2) Hari/masa
3) Tajuk/Objektif pembelajaran
4) Hasil Pembelajaran/Kemahiran
5) Strategi
6) Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

Contoh rancangan mingguan ringkas

Masa/Hari Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis


1 Experimen Ujian Latihan Aktiviti luar
kelas

Rancangan Pelajaran Harian ialah rancangan yang terperinci untuk masa tertentu.

Mata
Sains
Pelajaran
Kelas 5 BRILLIANT

Tema/Tajuk SAINS HAYAT/ HAIWAN

9
SCE 3083 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Masa 60 minit

Standard
3.2.1, 3.2.2
Pembelajaran

Di akhir pembelajaran murid-murid dapat,

1- Mengemukakan soalan yang relevan untuk mencungkil


Objektif maklumat tentang ciri dan tingkah laku haiwan untuk
Pembelajaran melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau
2- Membuat penaakulan bagi setiap ciri dan tingkah laku haiwan
untuk melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau.

KPS Berkomunikasi, Memerhati, Membuat inferens

Aktiviti :
1. Murid berada dalam kumpulan seperti mana semasa
membina model haiwan imaginasi.
2. Aktiviti soal jawab ini melibatkan 4 kumpulan serentak.
(Sebagai contoh, kumpulan tersebut ialah A, B, C dan D)

3. Guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan seperti di


bawah:
i. Kumpulan A akan menyerahkan model ciptaan mereka
kepada Kumpulan B
ii. Kumpulan B akan berbincang dan membina soalan
untuk mencungkil maklumat tentang ciri dan tingkah
laku khas haiwan ciptaan kumpulan A.
iii. Setiap ahli kumpulan B mesti mengemukakan
sekurang-kurangnya satu soalan kepada Kumpulan A.
iv. Kumpulan A mesti menjawab soalan yang
dikemukakan.
v. Selepas menjawab, Kumpulan A juga mesti
mempersoalkan soalan yang telah dikemukakan oleh
Kumpulan B.
vi. Kumpulan B mesti memberikan penjelasan mengapa
soalan itu dikemukakan berdasarkan pemerhatian yang
dilakukan terhadap model.
vii. Kumpulan C dan D bertanggungjawab memberi
markah kepada kumpulan A dan B berdasarkan
Lampiran 1.

4. Cadangan soal jawab yang mungkin berlaku:

10
SCE 3083 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

Ahli 1 Kumpulan B
B : Adakah haiwan ini boleh terbang?
A : Ya. Mengapa awak bertanya begitu?
B : Bahagian belakangnya mempunyai struktur seperti
sayap.

Ahli 2 kumpulan B
B : Adakah haiwan ini menyembur racun?
A : Tidak. Mengapa awak bertanya begitu?
B : Ada serbuk berwarna merah dalam bahagian mulut.
A : Serbuk merah itu untuk menakutkan musuh seperti
dakwat hitam pada sotong

5. Sesi soal jawab berterusan sehingga kesemua ahli Kumpulan


B bertanyakan soalan atau sehingga semua soalan yang
dibina dikemukakan.

6. Secara ringkasnya, peranan kumpulan adalah seperti berikut:


Kump Tugas Catatan
Menyerahkan model mereka kepada
Menjawab
kumpulan B. Setiap ahli kumpulan
A soalan dari ahli
WAJIB terlibat dalam sesi soal jawab
kumpulan B
yang dijalankan

Menerima model dari kumpulan A,


membuat pemerhatian dan membina Mengemukakan
B persoalan. Setiap ahli kumpulan soalan kepada
WAJIB terlibat dalam sesi soal jawab kumpulan A
yang dijalankan
Memerhatikan soal jawab antara
kumpulan A dan B.
C& Menggunakan
Kumpulan C memberi markah kepada
D Lampiran 1
kumpulan A dan Kumpulan D
memberi markah kepada B

7. Langkah 3 hingga 5 diulang dengan menggunakan model


Kumpulan B dan Kumpulan A bertanggungjawab
mengemukakan soalan.

8. Langkah 3 hingga 6 diulang dengan menukar peranan


kumpulan iaitu Kumpulan C dan D akan bersoal jawab
manakala Kumpulan A dan B memberi markah.

Penutup:
1. Murid dibimbing untuk membuat rumusan tentang
kepentingan ciri / tingkah laku khas kepada haiwan.
2. Murid membuat refleksi tentang kepentingan kemahiran

11
SCE 3083 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

menyoal untuk mendapatkan maklumat.


EMK Kreativiti dan Nilai
Bahan Bantu
Bahan-bahan terbuang, gunting, gam, pensil warna
Belajar
Penilaian
Lampiran 1
P&P

Contoh

Aktiviti 3 :
Anda memerlukan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah. Pilih satu
antara HSP tahun satu hingga tahun enam. Rancang dan tulis satu rancangan
tahunan seterusnya pilih satu rangcangan mingguan. Dari rancangan mingguan
tersebut bincangkan bagaimana anda boleh membina rancangan pelajaran harian.

Latihan 3

Berdasarkan jadual berikut tulis satu esei 100 patah perkataan membanding
bezakan rancangan pelajaran tahunan, mingguan dan harian

Tahap Matlamat perancangan Bentuk/Penyusunan


perancangan
Rancangan 1. Menjelaskan kandungan 1. Mengesahkan
pelajaran untuk minggu 38-42 sukatan bagi satu
tahunan 2. Menentukan jadual tahun
mingguan bagi setiap 2. Jadual mingguan
semester. sesuai dengan
strategi aktiviti dan
tempoh masa
Rancangan 1. Menyusun aktiviti-aktiviti 1. Namakan aktiviti dan
pelajaran untuk satu minggu. jangka masa.
mingguan 2. Mengubah aktiviti lain 2. Sumber pengajaran
berdasarkan kepada takwim dan pembelajaran
sekolah. yang diperlukan.
3. Mengekalkan perjalanan
aktiviti secara berterusan.
Rancangan 1. Menentukan langkah- 1. Peruntukan masa
pelajaran langkah bagi setiap aktiviti berdasarkan kepada
harian 2. Cadangan penggunaan langkah pengajaran
masa untuk pengajaran dan dan pembelajaran.
pembelajaran dengan jelas. 2. Penyediaan bahan-
bahan dan penilaian

12
SCE 3083 : Merancang Untuk Mengajar Sains Sekolah Rendah

diperlukan.

Hantar jawapan anda dengan OLL untuk semakan pensyarah dan simpan didalam
folio anda sebagai bukti.

13

You might also like