Falsafah (Report Group Projek Edit)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

BAB SATU

PENGENALAN DAN SEJARAH SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU

1.0 Pengenalan

Sekolah Berasrama Penuh (SBP), adalah sebuah sekolah menengah perdana yang dikhususkan untuk para pelajar

yang cemerlang dalam keputusan UPSR dan PT3. Pada asalnya, penubuhan SBP bertujuan untuk memberi

peluang pendidikan yang berkualiti kepada pelajar bumiputera di luar Bandar, namun kini, semua sekolah

berasrama penuh adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali SBP Premier, SBPI dan SMAP.

Sebanyak 90% kuota adalah untuk pelajar bumiputera manakala 10% kuota lagi adalah untuk pelajar bukan

bumiputera. Dalam topik sejarah ini, beberapa subtopik seperti kemudahan infrastruktur sekolah, Hari

Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh dan lencana sekolah akan dibincangkan dengan lebih lanjut

1.1 Sejarah

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bercadang bahawa Sekolah Berasrama Penuh perlu ditambahkan

bilangannya yang ketika itu berjumlah 54 buah seluruh negeri (Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, 2019).

Sejurus dari hasrat tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat mesyuarat dengan Kerajaan Negeri

Kedah untuk mendapatkan sebidang tanah bagi merealisasikan hasrat tersebut dan setelah perbincangan

dilaksanakan, Kerajaan Negeri Kedah telah mendapatkan sebuah lokasi yang strategik untuk menjalankan

pembinaan sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) (Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, 2019) yang terletak

di Batu 19, Jalan Kodiang di mana ia juga adalah sebuah tanah pertanian. Setelah proses pengambilalihan tanah

selesai, kerja-kerja projek pembinaan ini giat dilaksanakan oleh Barad Holdings Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat

pembinaan yang terletak di Kuala Lumpur. Projek tersebut diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) sejurus selepas selesai kerja-kerja pembinaan.

Hasilnya, terbinalah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Negeri Kedah iaitu Sekolah Menengah Sains Kubang

Pasu atau lebih dikenali sebagai KUPSIS yang terbina dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Sekolah ini dibina di

atas tanah sawah berkeluasan 25 hektar yang mula dibina pada 11 Mac 2007 serta diserahkan secara rasmi kepada

KPM pada 11 Mac 2009 oleh Jabatan Kerja Raya dimana majlis penyerahan rasmi tersebut bertempat di Dewan

1
Besar juga disebuat sebagai Dewan Bitara. Sekolah ini adalah Sekolah Berasrama Penuh yang ke-56 dimana telah

memulakan sesi persekolahannya pada bulan Mei, 2009 iaitu sejurus selepas pembinaan SMS Kepala Batas, Pulau

Pinang (Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, 2019).

KUPSIS telah memulakan sesi persekolahan pada 1 April 2009 dengan hanya bersertakan 22 orang guru perintis

yang didatangkan khas dari SBP / SBPI seluruh negeri, sekolah menengah harian dan Sekolah Menengah Teknik

serta dibantu oleh tiga orang staf sokongan sahaja yang terdiri daripada Ketua Penyelia Asrama N22, Pembantu

Tadbir N11 dan Pemandu R3. Pengambilan pertama pada 12 Mei 2009 iaitu lebih kurang seramai 300 orang

pelajar didaftarkan ketika itu dan sehingga hari ini, KUPSIS mempunyai seramai 740 orang pelajar. Bermula dari

episod tersebut, proses kemenjadian murid melangkah maju ke hadapan yang didukung oleh seluruh warga

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Permohonan kemasukan adalah secara atas talian dan seterusnya adalah

melalui sesi temuduga serta kuota temuduga melalui pengetua adalah sebanyak 20%. Pada permulaan

pengambilan pelajar, KUPSIS meletakkan syarat khas dalam sesi pemilihan kemasukan pelajar. Syarat minima

kemasukan pelajar ke Tingkatan 1 ialah 5A dalam UPSR dan mereka boleh meneruskan pembelajaran sehingga

Tingkatan 5 jika keputusan mereka kekal cemerlang mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Tetapi dalam tempoh

dua tahun kebelakangan ini, KUPSIS telah mengambil sepenuhnya pelajar dari golongan B40 yang memperolehi

sekurang-kurangnya 3A 2C untuk tapisan kemasukan ke sekolah itu. Para pelajar juga berpeluang melanjutkan

pelajaran sehingga ke Tingkatan 5 jika keputusan PMR atau PT3 mendapat sekurang-kurangnya C bagi setiap

subjek.

Kini, KUPSIS mempunyai 69 orang guru yang berpengalaman terutamanya dalam subjek kemanusiaan. Subjek

yang ditawarkan adalah aliran Sains manakala subjek Sastera tidak ditawarkan. KUPSIS juga mempunyai

beberapa orang guru yang mahir dalam subjek Bahasa Antarabangsa seperti Bahasa Arab, Bahasa Mandarin,

Bahasa Jerman, Bahasa Jepun dan lain-lain lagi. Pihak sekolah menggalakkan setiap pelajar mempelajari Bahasa

Antarabangsa ini supaya lebih produktif dalam mendalami pelbagai jenis bahasa asing. KUPSIS hanya

mengendalikan satu sesi pembelajaran sahaja dari pukul tujuh pagi sehingga pukul dua petang. Dalam tempoh

2
awal penubuhan, pada ketika itu, sekolah masih belum mempunyai pasukan pengurusan yang sempurna dan buat

sementara waktu sekolah tersebut dipimpin oleh seorang pentadbir yang dilantik khas oleh pihak BPSBPK iaitu

Tuan Haji Jaafar Bin Mohd Ramli yang bertugas di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra sebelum itu..

Beliau menjalankan peranan utama sebagai penyedia dan pengurus segala keperluan asas sekolah tersebut.

Tuan Haji Jaafar Bin mohd Ramli kembali semula bertugas di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim pada 31

Julai 2009. Seterusnya pada 1 Ogos 2009, En Abdul Talib Bin Haji Sulaiman dari Sekolah Menengah Sains Pokok

Sena pula hadir sebagai Penolong kanan Hal Ehwal Murid. Kemudian, pada 16 September 2009, Encik Ahmad

Shahbudin Bin Hj Ismail juga hadir sebagai Penolong Kanan Kokurikulum yang datang dari Sekolah Menengah

Sains Sultan Mohamad Jiwa. Pn Hajah Rafeah Binti Hashim dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim telah

hadir pada 1 Oktorber 2009 sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan akhir sekali, dengan kehadiran Tuan Haji

Ismail bin Ibrahim sebagai Pengetua Cemerlang pada 16 November 2009, maka lengkaplah pasukan pengurusan

sekolah ketika itu. Pada 2013, dengan kerjasama semua pihak, imej SMSKP berjaya dinaikkan dalam bidang

akademik dan kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

telah mengiktiraf Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu secara rasminya sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi

(SBT). SMSKP juga telah membuktikan bahawa sekolah baharu juga boleh berdiri seiring dengan sekolah lama

yang lain walaupun baru sahaja beroperasi. Sehingga kini, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu terus mencipta

kejayaan bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah juga di peringkat antarabangsa.

1.2 Kemudahan Infrastruktur Sekolah

Terdapat beberapa kemudahan infrastruktur yang lengkap telah disediakan oleh pihak kerajaan di Sekolah

Menengah Sains Kubang Pasu yang terdiri daripada sebuah blok pentadbiran dan blok kademik yang terdiri

daripada Pusat Sumber Abdullah Munsyi, dataran perhimpunan, blok menengah atas dan menengah rendah,

bengkel, makmal sains dan dewan serbaguna. Manakala di bahagian asrama pula, sekolah dilengkapi dengan

sebuah dewan makan asrama, sebuah asrama blok putera 3 tingkat, sebuah asrama blok puteri 3 tingkat, sebuah

Surau Al-Itqaan dan sebuah kantin untuk kemudahan para pelajar. Bagi memeriahkan lagi aktiviti sukan dan
3
permainan, sekolah ini telah dilengkapi dengan padang bola berkeluasan 90m kali 70m, balapan olahraga 400m,

padang hoki, gelanggang bola keranjang, gelanggang tenis, gelanggang bola tampar dan gelanggang bola jaring.

Ini bertujuan untuk membina masyarakat yang gemar beriadah. Di bahagian belakang sekolah pula, pelbagai

bangunan dilengkapi seperti kuaters guru dan kuaters staf sokongan, sebuah unit banglo jenis C untuk pengetua,

empat buah unit rumah teres dua tingkat jenis D untuk penolong-penolong kanan, sebuah flat tiga tingkat jenis F

untuk 12orang warden yang bertugas, enam buah unit rumah teres untuk staf sokongan, sebuah garaj bas, sebuah

astaka dan sebuah taman permainan kanak-kanak yang menarik.

Pelbagai penambahbaikkan yang telah dilakukan pada 2013 oleh pihak sekolah bagi memberikan keselesaan

kepada para pelajar dan guru yang bertujuan menaikkan semangat mereka untuk terus membawa nama SMSKP

ke peringkat antarabangsa. Antara penambahbaikkan yang telah dilakukan di sekolah tersebut adalah dengan

memasang penghawa dingin di Dewan Bitara, memasang penghawa dingin di Surau Al-itqaan, membina

gelanggang hoki, membaiki kerosakkan di seluruh kawasan sekolah. Selain itu, kelas Abad Ke-21, Speaker

Corner di dataran sekolah juga telah dibina. Sekolah juga telah dilengkapi dengan pembinaan tangga yang

menghubungkan dataran sekolah terus ke pejabat sekolah. Pihak sekolah juga telah mencantikkan dan

menceriakan kawasan sekolah dan asrama bertujuan untuk menceriakan lagi suasana.

1.3 Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah diberi kepercayaan oleh pihak BPSBPK untuk mengendalikan Hari

Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) dan menjadi tuan rumah bagi program itu pada 22 hingga

26 Mei 2016. Pada hari tersebut, seluruh SBP dari seluruh negara telah datang ke SMSKP bagi memeriahkan

program ini. Antara aktiviti yang dilaksanakan pada hari tersebut ialah Pertandingan Bahasa Melayu Piala Perdana

Menteri, Pertandingan Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri, pameran inovasi, gerai jualan, Majlis Anugerah

Cemerlang SBP dan Majlis Anugerah Akademik serta Kepimpinan SBP. Pada hari tersebut , SMSKP buat pertama

kalinya telah melahirkan seorang penerima anugerah bagi Anugerah Pelajar Full Colours iaitu Saudara

Mustakim Bin Mohd Razali yang juga merupakan Ketua Pelajar bagi sesi 2015.
4
1.4 Lencana SM Sains Kubang Pasu

Dengan moto diberi iaitu Sukses-Kreatif-Produktif serta slogan "Striving Together Towards Excellence", Sukses

merujuk kepada Sains, Kreatif merujuk kepada Kubang manakala Produktif merujuk kepada Pasu. Sekolah

Menengah Sains Kubang Pasu diyakini akan berjaya menggalas visi, misi dan matlamat penubuhannya seperti

Sekolah Berasrama Penuh yang lain dan lebih cemerlang pada masa akan datang.

Gambar 1: Lencana Sekolah

1.5 Kesimpulan

Dari hasil penelitian sejarah Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dari sudut era perkembangan pendidikan,

didapati sekolah ini berpotensi untuk melangkah lebih jauh dalam merealisasikan hasrat pendidikan alaf 21 selaras

dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia dan secara tidak langsung dapat menepati Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, guru yang professional juga diperlukan untuk memantapkan lagi sistem

pembelajaran yang lebih kontekstual dan efektif. Penyediaan kemudahan infrastruktur dan alatan pembelajaran

yang berkualiti juga sangat diperlukan dalam pembelajaran karana dapat menjadikan pembelajaran lebih menarik,

dinamik dan kreatif.

5
BAB DUA

FALSAFAH PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH SAINS KUBANG PASU (SMSKP)

2.0 Pengenalan

Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Sarjana Barat dalam mendefinisikan maksud falsafah. Sebagai contohnya,

menurut Plato (427-347 SM), falsafah adalah usaha untuk mencari kearifan melalui proses dialektik dan usaha

untuk mengetahui hal keadaan jiwa manusia manakala menurut Betrand Russell (1872-1970), falsafah adalah

kritikan kepada pengetahuan, falsafah memeriksa secara kritikal asas-asas yang dipakai di dalam ilmu dan dalam

kehidupan seharian serta mencari ketidakselarasan yang terkandung di dalam asas-asas itu (Zakaria, Hamzah dan

Udin, 2011).

Pengetahuan mengenai kepentingan sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat

dan negara ke arah yang lebih baik. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam pelbagai aspek

pembangunan, sektor pendidikan juga perlu seiring berkembang serta mengalami anjakan paradigma yang

dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Pendidikan merupakan satu langkah penting bagi mengangkat

martabat dan status Malaysia dalam dunia Pendidikan Antarabangsa. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang

telah digubal pada tahun 1988 telah disemak semula pada tahun 1996 dan hasilnya nama Falsafah Pendidikan

Negara (FPN) telah ditukarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan dasar pendidikan yang

telah dilaksanakan di negara Malaysia. (Hj Ismail, 2015).

2.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, (2019), Falsafah Pendidikan adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,

6
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Berdasarkan penyataan falsafah ini, matlamat pendidikan negara bolehlah dinyatakan secara ringkas sebagai

usaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi intelek,

rohani, emosi, jasmani dan yang percaya dan patuh kepada Tuhan,berilmu pengetahuan, berfikiran kreatif dan

rasional, berakhlak mulia, berketrampilan, berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan

kemakmuran masyarakat dan negara,setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik

dan mesra di antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia.

2.2 Visi Dan Misi Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu

Visi bermaksud tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan

perkembangan masa depan dan sebagainya Secara ringkasnya, visi adalah wawasan dan pandangan jauh yang

ingin dicapai pada masa hadapan dalam jangka masa panjang. (Kamus Dewan, Edisi ke 4). Istilah yang lain ialah

impian atau cita-cita. Halatuju sesebuah organisasi misalnya pengurusan sekolah diuruskan oleh ketuanya iaitu

pengetua. Visi dan misi organisasinya mestilah jelas, tepat dan perlu dihayati oleh semua warga sekolah. Visi dan

misi sekolah perlu dikaji semula mengikut keperluan semasa.

Misi digunakan untuk mendeskripsikan keadaan sekarang, siapakah kita, dimanakah kita sekarang (dari perspektif

waktu), apa kekuatan dan lain-lain. Secara ringkas visi merupakan tugas khusus yang dipertanggungjawabkan

kepada atau yang akan dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan (Kamus Dewan, Edisi ke 4). Misi ialah perkara

atau tugas yang akan dilakukan bagi mencapai visi. Misi adalah langkah-langkah atau tindakan yang perlu

dilakukan demi mencapai visi. Misi selalu berubah mengikut situasi dan keadaan semasa demi mencapai visi.

Mohamed, (1998) pula menggariskan beberapa kepentingan visi dan misi seperti mengawal perjalanan hidup

individu, membantu mencapai apa yang diharapkan dan mengelakkan kegagalan kerana kejayaan masa kini belum

tentu menjamin kedudukan masa hadapan, mengetahui hala tuju yang jelas sebagai jalan keluar menghadapi

masalah semasa, membantu mengurus dan mengeksploitasi keperluan bagi mencapai visi dan misi, menyediakan
7
diri bagi menghadapi segala kemungkinan dalam hidup, menggalakkan individu berusaha bersungguh-sungguh

bagi merealisasikan impian mereka, membantu menyelaras dalam proses membuat keputusan dan menjadi garis

panduan dalam merangka aktiviti kehidupan.

2.3 Visi

Visi sekolah seperti yang terdapat dalam laman sesawang Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu yang belum

dipinda ialah:

Memartabatkan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu sebagai SBP terbilang di Malaysia menjelang tahun

2014. (Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, 2019).

Walau bagaimanapun,visi ini telah diubah kepada visi yang baharu oleh pihak pengurusan sekolah iaitu:

Menjadi sekolah terbilang yang menyediakan prasarana yang mampu menghasilkan modal insan yang holistik

serta mampu berdaya saing di persada Antarabangsa. (Hakim, 2017).

Menurut Mok Soon Sang (1996), penggunaan komputer dalam pendidikan membawa reformasi serta

perkembangan baru dalam bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pengajaran dan

pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan dan kemahiran serta latihan guru.

Bukti pencapaian visi ini dari segi prasarana dapat dilihat melalui temuramah pada 31hb Oktober, 2019 bersama

Guru Kanan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Puan Sarimah binti Mansor, bahawa sekolah telah

menyediakan kemudahan asas dan kemudahan teknologi maklumat seperti akses kepada internet dan IPad kepada

pelajar-pelajar bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

Kedua, visi sekolah ini juga menekankan pencapaian modal insan. Menurut Norihan, Hamzah dan Udin (2011),

modal insan digunakan secara meluas apabila Rancangan Malaysia ke-Sembilan yang dibentangkan untuk

perlaksanaanya di mana ianya memberi penekanan terhadap penguasaan ilmu.

8
Dalam merealisasikan visi sekolah dalam melahirkan modal insan nasional yang holistik dan mampu bersaing di

peringkat antarabangsa, sekolah ini menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan menggalakkan para pelajar

menyertai pertandingan di peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa. Menurut Puan Sarimah binti

Mansor, pada tahun 2018, para pelajar sekolah ini telah menyertai pertandingan inovasi sains di Korea dan Taiwan

dengan menghasilkan produk bagi mengantikan bekas polisterin dengan kaedah pengisaran kertas bersama-sama

buah limau bali. Inovasi ini telah berjaya meraih pingat emas di peringkat antarabangsa. Pada tahun 2019, sekolah

ini turut juga menyertai pertandingan inovasi di Jakarta, Indonesia.

2.4 Misi

Misi sekolah seperti yang terdapat dalam laman sesawang Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu yang belum

dipinda ialah:

Warga sekolah akan bersama-sama untuk meningkatkan kualiti pencapaian akademik, mencemerlangkan

pencapaian kokurikulum, melahirkan modal insan berakhlak mulia,meningkatkan tahap profesionalisme guru

dan staf sokongan,mewujudkan iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif,menjalinkan hubungan erat dengan

ibu bapa dan komuniti. (Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, 2019).

Misi sekolah di atas walau bagaimanapun telah dipinda kepada yang baharu iaitu:

Melestarikan sistem persekolahan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi

negara. (Hakim, 2017).

Menurut Wasley, (2001), pengajaran merupakan satu aktiviti intelek bertujuan untuk membawa perubahan dari

segi nilai dan kepercayaan. Melalui pengajaran, perubahan ke arah kebaikan akan berlaku sama ada dari segi

pengetahuan, pemikiran, tingkah laku, nilai mahu pun kepercayaan. Menurut Ahmad (2015), pendidikan adalah

usaha mencelikkan manusia untuk membangunkan kualiti diri secara perseorangan atau berkumpulan

Hal ini bertepatan dengan misi sekolah yang menekankan aspek kualiti dan potensi pelajar bagi memenuhi aspirasi

negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu memperkembangkan lagi potensi individu secara
9
menyeluruh dan bersepadu kerana manusia mempunyai potensi yang sama dan mengutamakan perkembangan

potensi rasional individu.

Menurut Puan Sarimah binti Mansor, Guru Kanan Bahasa Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, perkara asas

yang ditekankan oleh pihak sekolah dalam merealisasikan falsafah sekolah ialah kemenjadian murid, sahsiah,

kecemerlangan akademik & kokurikulum. Tambah beliau lagi, pihak sekolah juga menekankan pelaksanaan

pengajaran dan pembelajaran abad ke 21 (PAK 21) seiring dengan perubahan pendidikan masa kini.

2.5 Piagam Pelanggan.

Selain itu, bagi mencapai hasrat dan matlamat visi dan misi Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, Piagam

Pelanggan telah diwujudkan. Antara isi kandungan piagam pelanggan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu

ialah ;-

Kami berikrar dan berjanji akan memastikan sekolah ini berjaya menzahirkan perkara-perkara berikut:-

Sekolah- pendidikan berkualiti kepada pelajar bagi memastikan pencapaian cemerlang dalam bidang

kurikulum, kokurikulum dan sahsiah..

Menengah - menyediakan perkhidmatan yang cekap,cepat,tegas,tepat.pentadbiran yang

bersih,cekap,amanah demi kepentingan agama.

Sains- Sedar dan insaf bahawa kemudahan fizikal dan keceriaan sekolah amat penting dalam

mewujudkan persekitaran yang konduksif,harmonis dalam konteks sekolah,warga SMS

Kubang Pasu Bahagia.

Kubang- Keazaman seluruh warga SMS Kubang Pasu untuk menjayakan visi dan misi sekolah di

zahirkan menerusi pendekatan berfokus tertib tindakan dan mempamerkan usaha yang

gigih dan berterusan dengan menawarkan perkhidmatan terbaik kepada seluruh pelajar.

Pasu- Pelajar,guru,staf sokongan sentiasa berusaha mewujudkan kerjasama dan komitmen yang

padu serta mesra Bersama ibu bapa,waris,pengajar dan masyarakat setempat selaras dengan

konsep muafakat membawa berkat.

(Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, 2019).


10
Jika dilihat dari piagam pelanggan di atas, selain menitikberatkan pendidikan berkualiti, dari aspek pentadbiran,

pihak sekolah juga sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan yang cekap, cepat,tegas,tepat dan pentadbiran

yang bersih,cekap,amanah demi kepentingan agama. Menurut Mohd Tahir, (2006) kualiti kepimpinan pentadbir

di sekolah seperti pengetua, guru besar dan penolong kanan mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap

kualiti guru serta kejayaan sesebuah sekolah. Selain itu, struktur dan sistem sekolah membolehkan sekolah

memilih cara bagaimana merealisasikan visi dan misi sekolah.

Selain itu, bagi mencapai hasrat visi dan misi sekolah, warga sekolah juga sentiasa berusaha untuk memahami

bahawa kemudahan fizikal dan keceriaan sekolah adalah elemen penting bagi memastikan persekitaran sekolah

yang kondusif dan harmonis dalam konteks ‘Sekolah Ceria, Warga Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu

Bahagia’. (Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, 2019).

Selain itu, para pelajar, guru dan warga Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu sentiasa berusaha mewujudkan

kerjasama dan memberi komitmen yang padu dan mesra bersama-sama ibu bapa, waris penjaga dan masyarakat

setempat selaras konsep ‘muafakat membawa berkat’. (Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, 2019).

Justeru, pimpinan sekolah memainkan peranan dalam menyebarkan visi dan misi sekolah kepada semua guru,

kakitangan sekolah, pelajar dan ibu bapa dan sentiasa peka dengan perubahan semasa apatah yang melibatkan

agenda besar negara melalui Kementerian Pendidikan.

2.6 Moto sekolah

Perkataan “Success, Creative, Productive” merupakan moto atau cogankata sekolah ini. (Sekolah Menengah

Sains Kubang Pasu, 2019). Menurut Puan Sarimah binti Mansor lagi, moto sekolah ini diinspirasikan dari nama

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Sekolah mewakili Success, Kubang mewakili Creative dan Pasu mewakili

Productive. Untuk mencapai Sucess, target sekolah adalah untuk memastikan kecemerlangan diraih dalam apa

jua bidang. Bagi mencapai Crdativepula, pelbagai aktiviti dianjurkan untuk mengalakkan pelajar menjadi insan

nasional dan holistik manakala bagi mencapai Productive, sekolah ini telah menghasilkan para pelajar cemerlang

dari segi akedemik,kokurikulum dan sahsiah hasil didikan dan proses pembelajaran selama lima tahun di sekolah

11
ini. Hal ini juga bertepatan dengan slogan sekolah, ‘Striving Together Towards Excellence’.Sekolah Menengah

Sains Kubang Pasu diyakini akan berjaya menggalas visi,misi dan matlamat penubuhannya seperti sekolah

berasrama penuh yang lain.

2.7 Kesimpulan

Hakikatnya, pendidikan yang baik dan seimbang adalah elemen yang penting bagi melahirkan generasi yang akan

memimpin sesebuah negara. Justeru , bagi mencapai pendidikan yang baik dan seimbang dalam sesebuah

masyarakat, falsafah sekolah yang terdiri dari visi dan misi sekolah hendaklah dipraktik dan diamalkan oleh

segenap lapisan warga sekolah bermula dari pentadbir, kakitangan sekolah, guru-guru dan para pelajar . Namun

begitu, Falsafah Pendidikan juga seharusnya dijadikan rujukan kerana di dalamnya terdapat asas pegangan yang

dapat menentukan pencapaian,usaha dan rancangan pendidikan sesebuah sekolah bagi memenuhi matlamat

pendidikan negara. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu telah meletakkan visi dan misi yang jelas di samping

moto dan piagam pelanggan yang lengkap dalam merealisasikan matlamat sekolah selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Usaha yang berterusan dalam menjayakan visi dan misi sekolah tersebut haruslah dipuji.

12
BAB TIGA

PROSES KEMENJADIAN MURID

3.0 Pendahuluan

Kemenjadian murid membawa maksud perihal murid di dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah yang

membawa kejayaan kepada sesebuah sekolah. Menurut Zaaim, Nor, dan Surat (2019), kemenjadian murid

merupakan indikator kejayaan bagi sesebuah sekolah kerana di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM) telah mengaspirasikan bahawa diakhir persekolahan murid telah mengusai ilmu pengetahuan, kemahiran

berfikir, menguasai dwi bahasa, kemahiran kepimpinan, identiti nasional dan etika dan kerohanian. Kemenjadian

murid bukan sahaja diukur dalam akademik, namun murid-murid juga perlu aktif dalam bidang kokurikulum sama

ada badan uniform, kelab atau sukan kerana perubahan tingkahlaku, sahsiah dan emosi pelajar yang wujud dari

kesan aktiviti kokurikulum akan membantu pelajar melengkapkan dan memperkukuhkan proses pembelajaran di

dalam kelas. Oleh itu, bagi menghasilkan kemenjadian murid yang menyeluruh, kerjasama amat diperlukan dari

pelbagai pihak iaitu penglibatan semua unit di sekolah, samada pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum,

pengurusan kokurikulum dan pengurusan hal ehwal murid.

3.1 Akademik atau Kurikulum

Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Kubang Pasu mengamalkan budaya sekolah yang mementingkan

kewujudan persekitaran yang baik dan kondusif sebagai satu usaha dalam proses kemenjadian murid. Sekolah

adalah satu masyarakat kecil yang mempunyai budaya tersendiri. Menurut Yahaya dan Majid (2011), guru

memainkan peranan penting dalam pengisian budaya kerana budaya merupakan salah satu faktor yang

mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Hasil dapatan temubual kami, bagi memastikan

proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar, pihak pengurusan sekolah menyediakan

13
jadual rondaan khas bagi memudahkan mereka meronda, bertujuan memastikan guru masuk ke dalam kelas,

suasana pembelajaran terkawal dan keadaan kelas dalam keadaan bersih.

Sekolah ini juga mengamalkan sistem pelepasan supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Pihak pengurusan akan memastikan kelas akan diganti dengan guru lain supaya pelajar tidak membuang masa

apabila guru keluar membuat urusan diluar. Jadi, melalui usaha yang dijalankan oleh pihak sekolah ini, pihak

sekolah dapat memastikan pelajar memanfaatkan masa pembelajaran dengan sepenuhnya, selaras dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang ingin mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis, bermaksud melahirkan

pelajar yang mempunyai sifat-sifat baik dan kesedaran terhadap tanggungjawab yang diamanahkan seperti belajar

bersungguh-sungguh dan memanfaatkan masa belajar dengan sepenuhnya.

Seterusnya, proses kemenjadian murid juga dapat ditingkatkan melalui nilai budaya membaca yang diamalkan

oleh pelajar Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. Menurut hasil dapatan temubual, kami mendapati bahawa

setiap pagi, pelajar perlu keluar dari asrama selewat-lewatnya pada pukul 6.50 pagi dan mesti berada ada di

sekolah selepas waktu tersebut. Hal ini demikian kerana, sekolah akan mengadakan aktiviti atau program

membaca mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah dimulai dengan bacaan al-makthurat, bacaan

Yassin atau tazkirah setiap pagi dan diikuti dengan program dan aktiviti yang telah dijadualkan oleh pihak sekolah.

Melalui hasil dapatan temubual, aktiviti dan program yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah mengikut jadual

adalah seperti hari ahad, aktiviti yang diadakan ialah perhimpunan rasmi sekolah, hari isnin diperuntukan untuk

aktiviti dan program bahasa inggeris seperti ‘public speaking’, hari selasa diperuntukan untuk aktiviti bahasa

antarabangsa seperti bahasa mandarin, bahasa jerman, bahasa arab dan sebagainya. Pada hari rabu pula, aktiviti

dan program diperuntukan untuk aktiviti kokurikulum seperti perjumpan pelajar dengan penolong kanan (PK)

kokurikulum manakala hari khamis diperuntukan untuk program nilam.

Aktiviti dan program ini akan bermula pada pukul 7.00 sehingga 7.30 pagi iaitu sebelum pelajar memulakan

proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan berkumpul di perkarangan sekolah sekiranya aktiviti atau

program tersebut memerlukan pelajar berada di luar kelas atau juga boleh dilakukan di dalam kelas. Jadi, usaha

14
pihak sekolah dapat dilihat melalui usaha penerapan nilai amalan membaca dalam kalangan pelajar selaras dengan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan aspek berilmu pengetahuan. Berilmu pengetahuan bertujuan

untuk melahirkan pelajar yang cinta akan ilmu pengetahuan, sentiasa menambah ilmu dan meningkatkan ilmu

pengetahuan.

Menurut Zaaim, Nor dan Surat (2019), salah satu cara meningkatkan kemenjadian murid adalah melalui keadah

pembelajaran dan pemudahcaraan guru di dalam kelas. Kaedah yang dilakukan oleh Sekolah Menengah Sains

Kubang Pasu dalam mewujudkan proses kemejadian murid ialah melalui proses pembelajaran abad ke-21 yang

dijalankan di dalam kelas. Menurut hasil dapatan temubual, kami mendapati semua guru di sekolah menggunakan

teknik pembelajaran abad ke-21 kerana mengutamakan pengajaran yang menarik dan penglibatan pelajar dalam

proses pembelajaran. Bagi guru yang kurang mahir, latihan secara berterusan diberikan kepada mereka agar

mereka dapat mengaplikasikan teknik pembelajaran abad ke-21. Keupayaan mencapai matlamat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan bergantung kepada kemampuan guru sebagai pelaksana dan agen proses pendidikan yang

cemerlang kerana pengetahuan, kemahiran, komitmen, kesedaran dan motivasi guru menjadi pemangkin kepada

kejayaan pelaksanaan pendekatan pendidikan integrasi dalam pengajaran. (Zaaim, Nor dan Surat, 2019)

Selain itu, terdapat banyak aktiviti yang diadakan oleh Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu untuk

meningkatkan proses kemenjadian murid. Hasil daripada dapatan temubual, kami mendapati bahawa sekolah

sering mengadakan aktiviti tahunan iaitu pertandingan khususnya pertandingan dalam sekolah yang melibatkan

setiap jabatan-jabatan di sekolah seperti Jabatan Sains dan Matematik, Jabatan Teknik dan Vokasional, Jabatan

Kemanusiaan dan Jabatan Bahasa. Sebagai contohnya, Jabatan Sains Dan Matematik akan menganjurkan

pertandingan mereka cipta, pertandingan inovasi, eksplorasi matematik, karnival biologi dan fizik, pertandingan

STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics) dan sebagainya. Jabatan Bahasa pula akan akan

mengadakan pertandingan pidato, syair, drama komsas dan sebagainya manakala Jabatan Kemanusiaan pula akan

banyak mengadakan pertandingan semasa bulan kemerdekaan seperti pertandingan menghias kelas, pertandingan

menyanyikan lagu patriotik, pertandingan melukis poster, permainan tradisional, sambutan ambang kemerdekaan,

pemakaian pakaian trasional dan sebagainya. Pelbagai aktiviti pertandingan yang diadakan di sekolah inidilihat
15
sebagai usaha yang berterusan untuk mencungkil potensi diri pelajar yang mempunyai bakat terpendam agar

pelajar terus maju dan berdaya saing.

3.2 Kokurikulum

Kegiatan kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan

mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah (Mohamed & Baba, 2016). Proses

kemenjadian murid di Sekolah Mengah Sains Kubang Pasu juga dapat dibentuk dan dilaksanakan melalui aktiviti

kokurikulum yang diadakan di sekolah. Menurut hasil dapatan temubual, kami mendapati bahawa sekolah ini

wajib mengadakan aktiviti kokurikulum pada setiap hari rabu pada sebelah petang dan masa yang diperuntukkan

untuk perlaksanaan aktiviti kokurikulum ini adalah dari jam 3.00 petang sehingga smpai 4.30 petang. Setiap

minggu pada hari rabu, aktiviti persatuan, badan beruniform dan kelab permainan akan bergilir-gilir diadakan

mengikut minggu. Sebagai contohnya, pada minggu pertama akan dijalankan aktiviti badan beruniform, minggu

kedua aktiviti persatuan dan minggu ketiga kelab dan permainan dan kemudian minggu keempat kembali kepada

badan beruniform semula dan seterusnya.

Sekolah ini juga mengadakan Hari Sukan Negara, Kejohanan Merentas Desa, Hari Anugerah Kokurikulum dan

sebagainya dalam pengisian aktiviti kokurikulum di sekolah. Menerusi hasil dapatan temubual, tujuan

perlaksanaan aktiviti kokurikulum ini diadakan bagi memastikan semua aktiviti kokurikulum dapat dilaksanakan

dengan berkesan kerana penglibatan murid dapat dilihat secra menyeluruh dan sepenuhnya dalam bidang

kokurikulum. Sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan aspek jasmani yang

menggalakkan pelajar menjaga kesihatan badan, melakukan riadah, mengembangkan bakat dan memanfaatkan

tenaga fizikal mereka melalui aktiviti kokurikulum yang diadakan di sekolah.

3.3 Sahsiah

Menurut Hamid dan Jamali (2017), sahsiah didefinisikan sebagai sifat keperibadian yang dimiliki oleh sesorang

pelajar dan merujuk kepada sistem kecenderungan bertingkahlaku seseorang individu. Ini bermaksud setiap
16
individu mempunyai personaliti yang tersendiri dari cara dia berfikir, bertindak dan bertingkah laku dengan alam

sekitarnya lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Hasil daripada dapatan temubual, kami mendapati bahawa

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu amat mementingkan sahsiah pelajar terutama daripada segi rohani pelajar

dalam satu usaha untuk meningkatkan proses kemenjadian murid di sekolah. Hal ini demikian kerana, usaha pihak

sekolah dalam pemupukan sahsiah dan rohani pelajar dapat dilihat melalui aktiviti yang diadakan di surau dan di

asrama yang dikendalikan oleh badan dakwah dan rohani yang bertanggugjawab di sekolah. Aktiviti dakwah yang

dijalankan di asrama dikendalikan oleh ustaz dan ustazah yang memberi ceramah sekurang-kurangnya dua kali

dalam seminggu. Sebagai contoh, aktiviti yang diadakan adalah seperti tazkirah selepas solat jumaat, solat

mahgrib dan sebagainya.

Menurut hasil dapatan temubual, badan dakwah dan rohani ini dilatih untuk menggerakkan dan membimbing

pelajar lain sebagai salah satu usaha yang dilakukan oleh sekolah untuk membentuk sahsiah pelajar dari segi

rohani pelajar itu sendiri. Usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menekan aspek rohani sebagai salah satu ciri utama untuk melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis. Oleh itu, demi mencapai matlamat pendidikan, antara aspek penting yang diberi penekanan kepada

pelajar ialah potensi rohani mereka dalam menyedari dan menginsafi adanya Pencipta, menghargai dan

mensyukuri pemberian pencipta, menyedari dan menginsafi tanggungjawab, memupuk dan membina disiplin

kendiri dan membentuk akhlak mulia agar mereka sentiasa mempunyai sahsiah diri yang tinggi. (Radzi, Hamzah

& Udin, 2011).

3.4 Kesimpulan

Kesimpulannya, warga sekolah memainkan peranan yang penting terhadap kemenjadian murid terutama dari segi

akademik, korikulum dan sahsiah pelajar. Semua pihak harus bekerjasama dalam usaha meningkatkan

kemenjadian murid kerana tanpa kerjasama dari semua pihak terutama warga sekolah itu sendiri, kemenjadian

murid tidak dapat dicapai. (Zaaim, Nor dan Surat, 2019).

17
BAB 4

FAKTOR KEMENJADIAN DAN KEJAYAAN MURID DAN SEKOLAH

4.0 Pengenalan

Kejayaan dan kecemerlangan pelajar dalam pelajaran menjadi agenda utama di setiap sekolah. Para pelajar

merupakan modal insan yang bakal memimpin dan memacu negara. Pelbagai faktor yang dapat dikenal pasti

mampu mempengaruhi kemenjadian atau kejayaan murid dan sekolah contohnya:

4.1 Peranan Pengetua

Organisasi pendidikan memerlukan kepimpinan yang berkesan bagi mendukung hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Kepemimpinan pengetua sekolah merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada

keberkesanan sekolah tersebut. Pengetua memainkan peranan yang amat penting di sekolah kerana dialah seorang

pemimpin, pengurus dan pentadbir malah bertanggungjawab terhadap semua kegiatan yang ada di sekolah.

Menurut Eng dan Gregory (2017), pengetua yang berkepimpinan tinggi, berdedikasi, berwawasan,

bertanggungjawab dan sentiasa memainkan peranannya di sekolah dapat membantu dalam proses kemenjadian

pelajar. Bagi menggerakkan sekolah pengetua perlu memberi penekanan dari sudut pembelajaran dan pengajaran,

meningkatkan profesionalisme diri dan orang dibawahannya, membimbing, menyelia kakitangan, bagi

meningkatkan kualiti pendidikan. Pengetua yang berwibawa dan bertanggungjawab perlu merancang dan

mengelola program sekolah malah perlu sentiasa mengawasi perlaksanaannya, menyelaras aktiviti kakitangan

bawahan serta menilai kemajuan dan prestasi keseluruhannya secara berterusan. Hal ini boleh dibuktikan melalui

kenyataan responden berikut:

…….Pengetua terdahulu dan tekini sangat cekap dan tegas orangnya. Dia banyak menghabiskan masa

melaksanakan dan mengelolakan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah malah sering

melakukan penyeliaan secara berterusan. Dia selalunya bertindak sebagai pakar runding, penasihat bagi

program-program di sekolah dan sentiasa meluangkan masa dalam aktiviti-aktiviti di sekolah

18
terutamanya yang melibatkan pelajar dengan guru. Setahu saya, selama ini pengetua tidak pernah

sentiasa duduk diam di dalam biliknya, dan memberi arahan melalui email atau surat-surat kepada kami,

boleh la dikatakan pengetua sekolah kami baik yang dahulu dan yang sekarang tak pernah nak duduk

diam…..

4.2 Peranan Guru

Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk diri pelajar kerana mereka merupakan ibu dan

bapa kedua bagi pelajar. Guru memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan masa depan pelajar malah

peranan dan tanggungjawab guru memberi impak yang besar dan mendalam dalam kehidupan pelajar. Salah satu

peranan guru adalah menjadi role model kepada pelajar. Pelajar melihat guru mereka sebagai contoh teladan yang

baik. Guru yang baik, sopan, bersahsiah tinggi dan berjaya dalam pelajaran akan dijadikan idola. Pada mata

pelajar, guru seperti ini memberi motivasi ke dalam diri mereka dan memberi semangat untuk berjaya dalam

hidup. Guru itu tugasnya berat bukan sekadar mengajar tetapi fungsinya lebih jauh, di mana mereka merupakan

sumber inspirasi, teladan dan contoh yang baik di mata para pelajar (Noorasyid & Hamzah, 2014).

Peranan guru bukan sekadar agen penyampaian akademik malah guru merupakan agen pemantapan sahsiah

pelajar. Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik pelajarnya tentang sahsiah agar pelajar tersebut

bukan saja kaya dengan ilmu, tetapi juga kaya dengan akhlak. Sebagai seorang guru, mereka perlu memberikan

nasihat yang berguna dan panduan kepada pelajar. Penerapan nilai murni mahupun pembentukan sahsiah yang

baik ini adalah penting untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dalam semua aspek. Guru perlu

menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran

malah perlu menjadi suri teladan untuk penghayatan nilai dalam kalangan murid. Guru juga berperanan untuk

mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi bagi melahirkan

insan yang berilmu pengetahuan serta berakhlak mulia. Didikan moral yang positif dan nilai-nilai murni yang

berlandaskan agama sangat penting perlu diterapkan oleh guru. Sekiranya guru menjalankan tugasnya dengan

19
baik dalam membangunkan insan maka akan lahirlah pelajar yang cemerlang dalam kedua-dua aspek iaitu

akademik dan sahsiah. Hal ini boleh dibuktikan melalui kenyataan responden berikut:

…..peranan kami sebagai guru bukan sahaja dalam penyampaian akademik malah lebih lagi. Kami

memberi contoh teladan yang baik kepada pelajar, dari segi akademik, keperibadian, sahsiah yang baik kepada

pelajar. Kami sedaya upaya untuk menerapkan nilai-nilai murni dan teladan yang baik dalam proses pengajaran

dan pembelajaran, program-program bermanfaat dengan harapan pelajar di sini bukan sahaja kaya dengan

ilmu, tetapi juga kaya dengan nilai.......

4.3 Program dan aktiviti kurikulum dan sahsiah yang terancang.

Seterusnya, program-program sekolah yang dirancangdengan baik menjadi faktor kemenjadian murid dan

sesebuah sekolah. Menurut Apa yang diamalkan oleh Sekolah

Menengah Sains Kubang Pasu ialah, jabatan-jabatan sekolah, jawatankuasa kurikulum sekolah dan para panitia

mata pelajaran akan merancang program-program berkesan pada tahun sebelum dari tahun program-program

tersebut dilaksanakan. Setiap guru akan diberikan buku program tahunan. Pesediaan awal ini memudahkan para

guru untuk melaksanakan program tersebut. Program-program yang dirancang oleh jawatankuasa kurikulum

sekolah dan panitia mata pelajaran berupaya meningkatkan kecemerlangan pelajar.

4.3.1 Program dan aktiviti kurikulum

Program-program akademik yang dilaksanakan adalah seperti ceramah motivasi, teknik menjawab soalan

peperiksaan, bengkel akademik, program mentor-mantee, kelas tambahan, pre-class yang dilakukan setiap hari

dan sebagainya. Program-program dan aktiviti aktiviti tersebut mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

murid dalam pelajaran. Melalui pelbagai program akademik dan motivasi ini pelajar akan mendapat semangat

baru untuk belajar dan merangsang pelajar untuk cemerlangan dalam pelajaran. Program tersebut mampu

membantu para pelajar menguasai topik-topik pembelajaran dan hasilnya pelajar akan mampu menjawab soalan

peperiksaan dengan cemerlang.

20
4.3.2 Program Aktiviti Kokurikulum

Program-program dan aktiviti-aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Kepentingan program dan aktiviti kokurikulum ini setara dengan kepentingan aktiviti

akademik yang lain. Hal ini kerana, peranannya merupakan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran. Contoh kokurikulum yang dijalankan di setiap sekolah ialah kegiatan sukan dan permainan, kelab

persatuan dan badan beruniform. Di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu juga, pelbagai aktiviti kokurikulum

yang lain juga dilakukan seperti klinik permainan, kem kepimpinan ketua badan beruniform atau kelab persatuan,

karnival sukan dan permainan dan sebagainya. Sekolah ini juga mengadakan Hari Sukan Negara, Kejohanan

Merentas Desa, Hari Anugerah Kokurikulum dan sebagainya dalam pengisian aktiviti kokurikulum di sekolah.

Kepelbagaian aktiviti dan program kokurikulum ini dapat membentuk watak personaliti, peribadi,

mengembangkan bakat, memupuk sifat kepimpinan, meningkatkan kemahiran generik, membentuk sahsiah dan

sebagainya. Aktiviti sedemikian juga dapat membentuk generasi yang berdisiplin. Kegiatan kokurikulum ini juga

akan menyihatkan badan dan meningkatkan daya tahan badan seterusnya mampu melahirkan murid yang cergas

dan cerdas sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

4.3.3. Kepelbagaian Program dan Aktiviti Kerohanian.

Pelbagai program dan aktiviti kerohanian telah dilaksanakan setanding dengan aktiviti kurikulum yang lain. Islam

menuntut umatnya agar cemerlang dalam aspek jasmani dan rohani. Dua unsur ini perlukan tuntutan yang

seimbang maka, sekolah ini menekankan juga kepelbagaian aktiviti dan program kerohanian kepada pelajar.

Antara program dan aktiviti yang dilakukan ialah aktiviti mathurat pada setiap hari semasa perhimpunan, tazkirah

pada setiap hari yang dilakukan selepas sembayang magrib berjemaah di surau dan sebelum solat jumaat, ceramah

agama yang diberi oleh ustaz-ustaz sekolah dan jemputan, aktiviti qiamulail dilakukan pada setiap malam sabtu,

bacaan yassin di malam jumaat dan sebagainya. Pelbagai aktiviti ini membantu dalam melahirkan pelajar yang

cemerlang sahsiahnya, baik budi pekertinya, berdisiplin dan sebagainya malah mampu melahirkan insan yang

21
seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan yang menekan

aspek rohani sebagai salah satu ciri utama untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Kepelbagaian program dan aktiviti kerohanian dan keagamaan dilakukan dengan berkesan dan berterusan agar

proses penerapan nilai-nilai agama sebati dalam diri pelajar. Aktiviti dan program merupakan suatu ikhtiar untuk

membina potensi diri setiap pelajar di sekolah. Maka dengan itu, jelaslah program kerohanian merupakan aktiviti-

aktiviti yang mampu membina jati diri yang mantap dalam kalangan pelajar sekiranya dilaksanakan sejajar dengan

keperluan para pelajar. Individu yang terbina rohani, jasmani, akal dan emosinya adalah mereka yang dapat

memimpin diri dan juga orang lain ke arah kecemerlangan dan keberkatan di dunia dan akhirat, (Syarifah

Nooraida & Syarifah Fatimah, 2011).

4.4 Budaya Sekolah

Peranan budaya sekolah yang positif memang tidak dapat dinafikan dimana budaya sekolah banyak memberi

pengaruh kepada warga sekolah terutamanya kepada pelajar dari segi pencapaian, emosi dan juga tingkah laku.

Pelbagai langkah telah dilakukan oleh pihak sekolah dalam usaha mempertingkatkan imej dan status sekolah di

samping menyediakan suasana pembelajaran yang positif. Budaya sekolah yang sihat mampu mewujudkan

hubungan yang kuat dengan pencapaian akademik dan motivasi. Anatara budaya sekolah yang diamalkan ialah:

4.4.1 Budaya Membaca

Budaya membaca merupakan langkah pertama dalam perkembangan, penjanaan, pengajaran dan penyebaran

ilmu. Jika kita mengimbau kembali peristiwa penuh bermakna dan agung dalam sejarah Islam, Nabi Muhammad

mendapat wahyu yang pertama di Gua Hira melalui surah al-‘Alaq melalui perantaraan malaikat Jibril yang

menyuruhnya membaca namun Nabi Muhammad tidak pandai membaca sehinggalah diizinkan oleh Allah. Di

sekolah ini, amalan membaca sudah menjadi salah satu budaya yang dipertekankan. Antara aktiviti yang

dilakukan di sekolah ucapan awam, perkongsian ilmu, bercerita menggunakan pelbagai bahasa, program nilam,

kempen membaca dan sebagainya. Budaya ini akan membantu pelajar dan warga sekolah menambahkan ilmu

pengetahuan, mendapatkan maklumat isu-isu semasa, meningkatkan kepakaran dan sebagainya. Budaya

membaca ini mampu melahirkan pelajar yang celik ilmu yang sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

22
4.4.2 Budaya Sekolah Ceria

Suasana yang indah serta bersih akan menjadikan sekolah itu taman pembelajaran yang selesa dan baik. Suasana

dalam bilik darjah mampu mempengaruhi psikologi pembelajaran pelajar. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu

sering menekankan budaya sekolah ceria dimana di sekolah tersebut sering mengadakan pertandingan menghias

asrama dan kelas masing-masing. Ketua tingkatan dan ketua setiap pasukan asrama perlu memimpin rakan-

rakannya dalam usaha menghiasi kelas dan asrama masing-masing. Pertandingan kelas dan asrama tercantik dan

terbersih akan mendorong setiap pelajar membentuk budaya cemerlang di sekolah.

4.4.3 Budaya Menanya

Di Sekolah Menegah Sains Kubang Pasu, budaya menanya sudah sebati dengan warga sekolah tersebut. Para

pelajar digalakkan bertanya soalan dan berjumpa dengan guru untuk melakukan perbincangan sesuatu

matapelajaran yang mereka lemah atau ingin mendapatkan maklumat yang lebih lagi mengenai sesuatu

matapelajaran tersebut. Perjumpaan dengan guru bagi perbincangan dilakukan baik waktu rehat atau selepas

sekolah bersurai malah boleh dilakukan pada waktu kelas. Budaya ini yang mendorong pembelajaran dan

meningkatkan lagi kefahaman pelajar. Selalunya, para guru di sini melayan pelajar sebagai anak sendiri dan hal

ini boleh menggurangkan jurang perbezaan antara guru dan pelajar malah mampu meningkatkan kemesraan antara

guru dan pelajar.

4.4.4 Budaya Persaingan Sihat

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu ini juga sering mengamalkan budaya persaingan sihat. Pelbagai

pertandingan telah diadakan di sekolah tersebut, ada yang dianjurkan oleh sekolah sendiri dan ada yang di mana

sekolah tersebut menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh organisasi yang lain. Di sekolah ini, pertandingan

boleh diadakan pada dalam kelas mahupun antara tingkatan atau antara persatuan. Tujuan pertandingan ialah

untuk mengasah bakat dan kepakaran pelajar. Antara pertandingan yang diadakan pertandingan mereka cipta,

23
pertandingan inovasi, eksplorasi matematik, karnival biologi dan fizik, pertandingan STEM (Science, Technology,

Engineering, Mathematics), pertandingan pidato, syair, drama komsas, dan sebagainya.

Pelajar digalakkan menyertai pertandingan biarpun mereka tidak mempunyai kebolehan untuk melakukannya hal

ini sejajar dengan tafsiran Falsafah Pendidikan Negara dimana potensi diri mungkin terpendam perlu di cungkil

dan cuba meningkatkan kebolehan dan bakat yang ada untuk terus maju. Antara pertandingan yang pernah di

sertai ialah:

ANTARABANGSA

1. KAOHSIUNG INTERNATIONAL INVENTION AND DESIGN EXPO (KIDE 2016)

 1 Medal Emas

 1 Medal Perak

 1 Anugerah Khas

2. 3rd INTERNATIONAL INNOVATION,DESIGN AND ARTICULATION (i-IDEA 2016)

 1 Medal Emas

 1 Medal Perak

3. NATIONAL INNOVATION AND INVENTION COMPETITION THROUGH EXHIBITION

(iCompEx'16)

 2 Medal Perak

KEBANGSAAN

1. ASEAN QUIZ NATIONAL LEVEL COMPETITION (ONLINE)

 Top 50.

2. HARI KEBUDAYAAN BAHASA JERMAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KALI-14

3. JOHAN ZWEIFELDERBALL

24
4. JOHAN BREZEL BACKEN

5. JOHAN SCHULTUTE

6. KEJOHANAN CATUR TERBUKA PERLIS

7. KEJOHANAN SILAT SENI TERBUKA PARLIMEN ARAU DAN JEMPUTAN

2016KEJOHANAN SILAT SENI TERBUKA PARLIMEN ARAU DAN JEMPUTAN 2016

 PINGAT EMAS – ACARA TEMPUR

 PINGAT PERAK – ACARA TARI SOLO

8. PERTANDINGAN PAPAN SIMPULAN SEMPENA HARI PERINGATAN SEDUNIA

PERSATUAN PANDU PUTERI

 NAIB JOHAN

4.5 Kesimpulan

Kesimpulannya, jelaslah bahawa pencapaian pelajar akan meningkat sekiranya program kurikulum dan

kokurikulum yang dilakukan di sekolah dilakukan secara terancang dan berkesan besertakan kawasan persekitaran

sekolah yang baik atau kondusif, (Mohd Fazli, Suhaida & Soaib, 2016) malahan budaya sekolah menjadi nilai

yang paling penting dalam sistem nilai di sekolah, (Mohd Faiz, Nordin & Hamidah, 2013).

25
BAB LIMA

CABARAN DAN HALANGAN BAGI PROSES KEMENJADIAN MURID

5.0 Pengenalan

Bagi melahirkan seorang insan atau murid yang berkualiti dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial

bukan satu proses yang mudah. Berdasarkan hasil dapatan temuduga, terdapat cabaran dan halangan dalam proses

kemenjadian murid yang boleh dilihat melalui dua aspek kemenjadian murid iaitu dari segi kurikulum dan ko-

kurikulum.

5.1 Kurikulum

Kemenjadian murid di sesebuah sekolah adalah bergantung kepada apakah amalan dan perkara yang dilakukan

untuk mencapai objektif kemenjadian murid. Kemenjadian murid dapat dicapai sekiranya semua pihak yang

terlibat memahami dengan jelas apakah matlamat utama sekolah. Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sesi

temubual bersama guru sekolah, terdapat beberapa cabaran dan halangan dalam proses kemenjadian murid dari

perspektif kurikulum. Antaranya ialah:

5.1.1 Sikap Guru

Guru adalah orang yang paling penting dalam proses kemenjadian seorang murid. Sikap guru yang tidak mahu

berubah akan menjadi halangan bagi mencapai objektif kemenjadian murid. Tanggungjawab seorang guru adalah

untuk membantu menyampaikan ilmu yang benar dan menyatakan sesuatu yang benar. Ini bermakna guru perlu

sentiasa mengemaskini ilmu dan kemahiran sedia ada kerana sifat ilmu adalah sentiasa berubah dan berkembang

mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh, kini pembelajaran telah berubah kepada pembelajaran abad ke-21

yang mana cara pembelajaran perlu lebih aktif dan kreatif untuk meningkatkan kecemerlangan dan productiviti

murid. Namun, jika ada guru yang bersikap tidak mahu membuat perubahan dengan alasan seperti tidak

26
mempunyai masa untuk menyediakan bahan pengajaran yang kreatif, beban kerja guru yang banyak, tiada dana

kewangan untuk membina bahan pengajaran yang kreatif dan sebagainya akan memberi kesan negatif kepada

proses kemenjadian murid dari segi kurikulum (Othman, Yusoff, Puteh & Roslan, 2017).

5.1.2 Kekangan Insfrastruktur (Internet)

Hasil daripada temu bual mendapati bahawa di antara cabaran dan halangan dalam proses kemenjadian murid

ialah berkaitan dengan kekangan insfrastruktur seperti Frog VLE dan (Internet). Senario kekurangan atau

kelemahan dari aspek infrastruktur ini merupakan fenomena yang sering dialami dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Kenyataan ini disokong oleh Rahman, Rahman, Alias, Roslan dan Daud (2018)

yang menyatakan bahawa kekurangan insfrastuktur seperti komputer, Internet dan sebagainya akan memberi

kesan kepada pengajaran malahan turut memberi kesan kepada kurikulum murid. Dari dapatan temu bual,

responden berpendapat bahawa prasarana yang tidak mencukupi menyebabkan terdapat ramai pelajar yang tidak

dapat turut serta dalam proses PdP. Menurut responden lagi, walaupun telah dilengkapi dengan akses internet

berkelajuan tinggi 4G, ia masih belum mencukupi untuk membekalkan capaian internet yang terbaik di sekolah.

Oleh itu, bagi mengelakkan pengajaran dan pembelajaran terganggu, kebanyakkan guru terpaksa akan

menggunakan Internet peribadi seperti hot spot dan Internet broadband.

5.2 Kokurikulum

Menurut Muda dan Razak (2017), tugas pelajar tidak hanya kepada bidang kurikulum malahan tugas pelajar juga

perlu dalam bidang kokurikulum. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), untuk melahirkan isan yang

yang seimbang perlu mengambilkira berkaitan jasmani, emosi, rohani dan intelek (Yaacob & Abdillah, 2017).

Berdasarkan hasil dapatan dari temubual, hanya satu cabaran yang diutarakan oleh responden iaitu ibu bapa.

5.2.1 Ibu bapa

Peranan ibu bapa dalam mencapai matlamat FPK adalah penting kerana dengan dorongan ibu bapa boleh

membangunkan seorang insan yang baik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek malahan turut boleh

27
menggalakkan perkembangan bakat, sifat kreativiti dan potensi pelajar ke tahap yang maksimum (Fadzil, 2010).

Namun, menurut hasil dapatan dari temubual, segelintir ibu bapa tidak menggalakkan anak mereka untuk bergiat

aktif dalam bidang kokurikulum kerana mereka berpendapat bahawa aktiviti yang dilakukan telah menyebabkan

anak-anak mereka tidak memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Ada juga pelajar yang

mengadu kepada ibu bapa mereka yang mereka sering tertidur di dalam kelas kerana aktiviti luar sekolah atau

extra co-curriculum yang terlalu padat dan tidak dapat memberi tumpuan di dalam kelas. Selain itu, ada juga

segelintir ibu bapa yang menyatakan pendapat bahawa bidang kurikulum lebih penting daripada kokurikulum

kerana mereka percaya dengan akademik sahaja yang dapat membantu anak mereka menjadi orang yang berjaya

di masa hadapan. Selain itu, ada juga ibu bapa yang merungut apabila di minta untuk menyumbang sedikit

kewangan untuk tujuan program kokurikulum. Contohnya, ada segelintir ibu bapa yang marah dan tidak mahu

berkerjasama dalam program yang melibatkan aktiviti kokurikulum. Ini adalah kerana kebanyakkan keluarga

pelajar merupakan golongan B40.

5.3 Kesimpulan

Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri yang

sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan dan kemahiran, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggunggjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri malahan sokongan daripada ibu bapa juga

turut penting dalam membantu guru dan pihak sekolah bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

yang mana mahu melahirkan seorang insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelek (Ismail, 2015).

28
6.0 Rujukan

Ahmad, L (2015), Islam Hadhari Dalam Pendidikan Pembangunan Modal Insan Di Malaysia: Satu Analisa
Epistimologi . Jurnal Hadhari. 7(1) 1-8.
Fadzil, N. S. (2010). Kepentingan kokurikulum dalam pendidikan di sekolah menengah. Proceedings of the 4th
International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI Bandung, Indonesia, 8-1-
November 2010, 59-69
Fei, E. L. E. & Han, C. G. K. (2017). Hubungan Kepimpinan Pengetua dengan Motivasi Guru. International
Journal of Education, Psychology and Counseling, 2, 12-14.
Hakim, A. I. (2017). Folio Sekolah. Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu Legasi, Edisi 6. 10-20.

Hakim. A. I. (2017) Folio Sekolah, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu Legasi, Edisi 8.

Hamid, A. S., & Jamali, H. N., (2017). Komunikasi berkesan membina sahsiah pelajar. Journal of Islamic Studies,
1(1), 87-93.

Hj. Ismail, S, (2015) Pembangunan Insan Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan , Journal Of Human Capital
Development Vol. 8 No. 2 (July - December 2015) , 83-99. http://smskp.edu.my/
Ismai, S. (2015). Pembangunan insan dalam falsafah pendidikan kebangsaan. Journal of Human Capital
Development, 2(8), 83-99.
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, (2019), Retrieved from
https://www.moe.gov.my/index.php/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan

Mohamed, N. A. S, & Baba, S. (2016. Proses pelaksanaan pengurusan kokurikulum yang diamalkan oleh
kumpulan pengurusan kokurikulum di sekolah menegah harian.Jurnal Kempimpinan Pendidikan, 3(3), 17-
43.

Mohamed. Z. A (1998). Pengurusan Strategik. Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mohd Yaakob, M. F., Yunus, N. & Yusof, H. (2013). Model Pengukuran Budaya Sekolah: Kajian Di Sekolah
Kebangsaan Di Malaysia. Jurnal Kepimpinan Pendidikan,3, 56-57.
Mok Soon Sang (1996), Pendidikan di Malaysia: Kumpulan Budiman. Kuala Lumpur
Muda, R. & Razak, A. Z. A. (2017). Pengurusan pradoks dalam menyeimbangkan tanggungjawab akademik dan
penglibatan sukan golongan murid atlet. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4(2), 21-38
Norihan, I. S, Hamzah R, Udin. A (2011) Kemantapan Penerapan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Teras
Kemenjadian Guru Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Journal of Edupress. 1(9), 357-363.
Othman & Md.Omar. (2014). Beban Tugas dan Motivasi Pengajaran Guru di Sekolah Menengah Daerah Ranau.
Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal for Educational Thinkers), 5, 35-57.

Othman, M. K., Yusoff, M. Z. M., Puteh, A., & Roslan, N. (2017). Permasalahan dan cabaran guru dalam
membentuk nilai pelajar di sekolah menengah. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 1-10.

29
Radzi, M. S. M., Hamzah, R., & Udin, A. (2011). Menyelesaikan masalah pembangunan akhlak pelajar: Analisis
penerapan kemahiran generik dalam amalan pendidikan. Journal of Edupres, 1,223-229.

Rahman, A. A., Rahman, M. J. A., Alias, S. A. M., Roslan, N. A., & Daud, N. (2018). Aplikasi stem dalam
pengajaran dan pemudahcaraan di sekolah luar bandar: Peluang dan cabaran. International Conference on
Education and Regional Development 2018 (ICERD 3rd 2018), 1-6.
Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. (2019). Sejarah Sekolah. Retrieved from https://sainskp.blogspot.com/

Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu. (2019). Sejarah Sekolah. Retrieved from http://smskp.edu.my/

Tahir, U.M.M, (2006) Pemahaman dan penerapan sosiologi sastera dalam sastera Melayu moden. Akademika,
69. pp. 3-16.
Wan Hasan, S. N. & Wan Jamel, S. F. (2011). Tinjauan Keperluan Aktiviti Kerohanian dalam Kalangan Guru
Pelatih Muslimah di IPG Kampus Batu lintang. Jurnal Penyelidikan IPG Kampus Batu Lintang, 10, 1- 13.
Wasley, P. (2001). Teacher who lead: The rhetoric of reform and the realities of practice. New York: Teachers
College Press.
Yaacob, M. F. C., & Abdillah, N. (2017). Penerapan falsafah pendidikan kebangsaan melalui cerita-cerita rakyat
melayu: Kajian teks himpunan 366 cerita rakyat Malaysia diselenggara oleh aripin said & Othman puteh.
Journal of Business and Social Development. 5(2), 67-74

Yahaya, A & Majid. N. A., (2011). Hubungan antara budaya formal sekolah dan gaya pembelajaran pelajar
dengan pencapaian akademik pelajar sekolah menengah. Journal of Educational Psychology and
Counseling, 2, 78-112.

Zaaim, K., Mohd Nor, M. Y., & Surat, S. (2019). Tahap kompetensi guru (pdpc) skpmg2 dan tahap kemenjadian
murid. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(27), 51-62.

Zakaria, W. Z, Hamzah. R, Udin. A, (2011) Kritikan Dan Perbandingan Falsafah Pendidikan Di Dalam
Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV) Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 287-300.

30

You might also like