PP Kolej T6

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

SULIT*

946/1/ 2020 STPM

KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLEHUDDIN


JALAN HUTAN KAMPONG 05350, ALOR SETAR, KEDAH

PENGAJIAN PERNIAGAAN
KERTAS 1
(1 jam 45 minit)

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SEMESTER 1 STPM 2020

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A.

Jawab soalan 11 dalam Bahagian B dan jawab soalan 12 atau soalan 13.

___________________________________________________________________________
Kertas soalan ini terdiri daripada 4 halaman bercetak

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

Pn Rabiatul & Pn Habibah Pn Zaliza bt Abu Zahid En Kamarul Azman b Abdul Khalil
Guru Mata Pelajaran Ketua Unit Mata Pelajaran Penolong Kanan Pentadbiran

STPM -946/1/ 2020 [Lihat halaman sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
2

Bahagian A [50 markah]

Jawab semua soalan:

1. Jelaskan dua faktor pengeluaran bagi menjalankan sebuah klinik perubatan. [6]

2. Huraikan tiga peranan perniagaan kepada masyarakat. [6]

3. Huraikan tahap perniagaan huluan dan hiliran dalam perniagaan ayam. [4]

4. Nyatakan empat jenis susun atur. [4]

5. Jelaskan dua jenis inventori dalam kilang kasut. [6]

6. Berikan maksud merekayasa dengan memberikan satu contoh. [4]

7. Huraikan dua klasfikasi produk bagi produk mesin jahit. [4]

8. Berikan lima langkah dalam proses pembelian produk baru. [5]

9. Senaraikan lima kepentingan pengurusan sumber manusia. [5]

10. Huraikan tiga proses pengambilan sumber manusia.


KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLE HUDDIN
[6]

BAHAGIAN B [50 markah]

STPM -946/1/ 2020 [Lihat halaman sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
3

Jawab soalan 11.

11. Syarikat Faiza Sdn. Bhd. yang diasaskan oleh Pengarah Urusannya, Faiza Bawumi Sayed
Ahmad dan ditubuhkan pada tahun 1992, menjalankan perniagaan utamanya dalam pengilangan
dan pemborongan beras serta pengilangan dan pemborongan rempah dan lain-lain produk bukan
beras untuk keperluan harian pengguna.

Syarikat itu kini mempunyai lebih 21 jenama beras selain mengeluarkan berbagai jenis rempah
di pasaran. Antara jenama terkemukanya adalah beras Herba Ponni yang berjenama Taj Mahal,
Beras Basmathi berjenama Beras Moghul, Beras Maharani, Beras Khasmir serta beras tempatan
yang berjenama Beras Faiza Emas, Beras Bunga Raya dan beras wangi Thailand yang berjenama
Beras Lagenda. Bagi memastikan lagi pelbagaian produk beras Syarikat Faiza terus
mengeluarkan beras yang bersaiz 2 kilogram antaranya, pulut hitam faiza, pulut susu faiza, Thai
Brown Rice Faiza, Thai Red Rice Faiza , Parboiled Basmathi, Kohinoor Basmathi, Royal Dancer
Fragrant dan Nasi Dagang. Untuk meningkatkan lagi penguasaan pasarannya Syarikat Faiza
mengeluarkan dan menawarkan pelbagai rempah yang dibungkus dalam 10 jenis berbeza yang
melibatkan saiz pembungkusan 25 gram, 220 gram dan sekilogram diproses di kilang terletak di
Johor dengan kapasiti kakitangan 35 orang di bahagian pengeluaran. Antara produk utama
rempah Faiza ialah Faiza Curry, Faiza Beriani dan Faiza Bukhari.

Pada masa sama,Syarikat Faiza mengeluarkan beberapa produk baru selain beras dan rempah
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLE HUDDIN

seperti ketupat nasi segera bihun, kicap dan sos cili, MSG, bubur, garam, tepung,air galian, madu
import dan mihun segera. Pengenalan produk baru dijangka melonjakkan lagi jualan kerana
syarikat akan menjalan promosi yang agresif melalui pengiklanan biarpun produk Syarikat Faiza
sudah terkenal dan diyakini halal dan bermutu tinggi terutama di kalangan masyarakat Islam.

Syarikat Faiza memperuntukkan RM 5 juta setahun untuk promosi. Antaranya pengiklanan di


media-media tempatan dalam usaha mengukuhkan nama Syarikat Faiza sebagai jenama produk
makanan yang terkenal dengan kualiti tinggi di negara ini. Syarikat Faiza turut menunaikan
tanggungjawab sosial korporatnya dengan melakukan sumbangan ataupun sokongan kepada
kesejahteraan masyarakat, pendidikan,seni dan lain-lain lagi. Antara program-program khas yang
dilaksanakan ialah memberi bantuan biasiswa kepada pelajar dari keluarga kurang
berkemampuan, bantuan kepada mangsa banjir dan pusat-pusat penempatan banjir, sumbangan
produk kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta sempena Majlis Sambutan Maulidui Rasul,
tajaan mengerja umrah kepada pekerja terpilih, pemeriksaan kesihatan percuma (Random Blood
Sugar) kepada orang ramai.Untuk mengekalkan ingatan masyarakat terhadap Syarikat Faiza,
syarikat turut juga menaja beberapa program, antaranya “ Program Bersamamu” bersama dengan
TV3 selama 7 tahun, MoU dengan National Diabetes Institute(NADI) selama 3 tahun,
bekerjasama dalam menubuhkan Koperasi Masjid melalui ANGKASA, latihan industri kepada
pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang terpilih di seluruh Malaysia dan menyediakan

STPM -946/1/ 2020 [Lihat halaman sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
4

faedah-faedah kepada pekerja syarikat seperti faedah perubatan,bilik solat, cuti tahunan,
anugerah pekerja cemerlang dan latihan.

(Disesuaikan daripada http://www.faizarice.com/ dan


http://iksprofile.blogspot.my/2012/05/syarikat-faiza-sdn-bhd.html yang dicapai pada 4/9/2017)

Soalan kes

a) Jelaskan klasifikasi produk yang dikeluarkan oleh Syarikat Faiza Sdn. Bhd. [4]

b) Jelaskan lini produk yang diamalkan oleh syarikat dalam memantapkan lagi strategi
pemasaran Syarikat Faiza [17]
c) Jelaskan campuran promosi yang diterapkan dalam Syarikat Faiza Sdn. Bhd. [14]

Jawab satu soalan sahaja,sama ada soalan 12 atau soalan 13

12. Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, jelaskan ciri-ciri setiap peringkat dalam
kitar hayat produk. [15]
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLE HUDDIN

13. Jelaskan lima tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepentingan persekitaran tugas
yang terlibat dalam perniagaan pembuatan roti. [15]

STPM -946/1/ 2020 [Lihat halaman sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
5

Skema Pemarkahan

Bahagian A [50 markah]

1. Jelaskan dua faktor pengeluaran bagi menjalankan sebuah klinik perubatan. [6]

Skema Pemarkahan

i. F1 Bahan mentah
H1- merujuk kepada input-input yang digunakan dalam proses pengeluaran bagi
menghasilkan sesuatu produk.
C1 - Ubat-ubatan

ii. F2 Modal Insan


H1- keupayaan fizikal dan mental yang digunakan dalam aktiviti organisasi.
H2- terdiri dari buruh mahir dan kurang mahir
H3- mendapat upah atau gaji
C1- Doktor, jururawat, farmasi.

iii. F3 Modal
H1- sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan kepada syarikat.
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLE HUDDIN

H2 - terdiri daripada wang atau aset


C1- wang, Komputer, bangunan klinik/pembiayaan dari bank

iv. F4 Teknologi
H1- Peralatan yang diperlukan untuk melaksanakan aktiviti perniagaan
H2 - membantu melancarkan sesuatu proses pengeluaran/ meningkatkan kecekapan/
meningkatkan daya saing/ meningkatkan operasi perniagaan
C1 -mesin x-ray, mesin scan, stetoskop, blood pressure monitor/alat bacaan tekanan
darah

v. F5 Keusahawanan
H1- orang yang membentuk perniagaan/orang yang menggabungkan faktor-faktor
pengeluaran dan menjadikan sebagai output pengeluaran.
H2 - Sanggup mengambil risiko
C1- Doktor Sani

[(1F + 1H + 1C =3M) x 2 = 6M]

STPM -946/1/ 2020 [Lihat halaman sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
6

2. Huraikan tiga peranan perniagaan kepada masyarakat. [6]

Skema Pemarkahan

i. F1 - Memenuhi keperluan dan kehendak/Menghasilkan pelbagai keluaran untuk


memenuhi pelbagai cita rasa masyarakat.
H1 - menyediakan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan supaya banyak
pilihan
H2 - memberi kepuasan kepada pengguna
C1 - kereta yang pelbagai jenama, tingkat harga, warna dan kegunaan.

ii. F1 - Mewujudkan peluang pekerjaan


H1 - melalui pengambilan pekerja untuk menjalankan usaha perniagaan.
H2 - gaji dan upah digunakan untuk memenuhi keperluan masyarakat
C1 - kilang roti Gardenia memerlukan pengurus, operator, pemandu dll.
H3 - meningkatkan taraf hidup masyarakat

iii. F3 - Mewujudkan peluang perniagaan dan pelaburan


H1 - perniagaan akan membuka peluang perniagaan yang lain kepada
masyarakat.
C1- peluang perniagaan seperti pengangkutan, bekalan bahan mentah, perbankan,
pelaburan dan sumber manusia.
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLE HUDDIN

iv. F4 - Meningkatkan kemudahan infrastuktur


H1 - pembangunan perniagaan yang baharu akan menyebabkan pertambahan
infrastruktur seperti jalan raya/tempat rekreasi
H2 - pembayaran keuntungan perniagaan kepada kerajaan melalui kutipan cukai
akan digunakan untuk pembangunan kemudahan infrastruktur yang lebih baik
kepada masyarakat.

v. F5 - Melaksanakan tanggungjawab sosial


H1 - hasil daripada keuntungan perniagaan akan digunakan untuk membantu
masyarakat seperti derma, biasiswa, pembinaan taman permainan dan tempat
menunggu bas.

[(1F + 1H/1C = 2M) x 3 = 6M]

3. Jelaskan tahap perniagaan huluan dan hiliran dalam perniagaan ayam. [4]

Skema Pemarkahan
Tahap perniagaaan huluan dan hiliran dalam perniagaan ayam adalah:

STPM -946/1/ 2020 [Lihat halaman sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
7

i. H1 - Aktiviti huluan merujuk kepada aktiviti perniagaan atau perusahaan yang


berlaku dahulu sebelum perniagaan lain dapat dijalankan.
H2 - Perniagaan huluan ialah perniagaan yang terlibat dalam ekstraktif /
pengeluaran bahan mentah.
C1 - ladang ternakan ayam menjadi aktiviti huluan kerana membekal ayam
sebagai input kepada KFC/Restoran.

ii. H1 - Aktiviti Hiliran merujuk kepada aktiviti perniagaan atau perusahaan yang
berlaku bagi memproses bahan mentah menjadi barangan siap untuk dipasarkan.
C1 - Kedai Ayam Bismi/KFC/dll adalah hiliran kerana pengusaha membeli ayam
dari ayam ladang untuk diproses menjadi ayam goreng.

[(1H + 1CH = 2M) x 2 =4M]

4. Nyatakan empat jenis susun atur. [4]

Skema Pemarkahan

Empat jenis susun atur adalah :

i. F1 - susun atur secara tetap


ii. F2 - susun atur secara proses
iii. F3 - susun atur secara produk
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLE HUDDIN

iv. F4 - susun atur secara selular

[1F x 4 = 4M]

5. Jelaskan dua jenis inventori dalam kilang kasut. [6]

Skema Pemarkahan

Dua jenis inventori dalam kilang kasut adalah:

i. Bahan Mentah
H1- sesuatu yang digunakan dalam industrinsebagai bahan asas dalam proses
pengeluaran.
H2 - bahan yang berasal daripada alam dan dalam keadaan mentah.
H3 – bahan yang telah diproses secara minimum.
STPM -946/1/ 2020 [Lihat halaman sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
8

C1- contoh getah, benang, kain, butang dll untuk menghasilkan kasut.

ii. Kerja Dalam Proses


H1 - proses pengeluaran yang belum selesai tetapi telah menghadapi perubahan
input.
H2 - mempunyai nilai kewangan kerana modal telah dilaburkan.
C1 - tapak kasut, tali kasut, butang, zip kasut dll

iii. Produk Siap


H1 - Hasil akhir yang dikeluarkan setelah proses pengeluaran selesai / boleh
digunakan terus oleh pengguna
H2 - reka bentuk fizikal yang jelas
H3 – produk yang telah siap dan dipasarkan
C1 - contoh Kasut

[(1F + 1H + 1C =3M) x 2 = 6M]

6. Berikan maksud merekayasa dengan memberikan satu contoh. [4]

Skema Pemarkahan
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLE HUDDIN

Maksud Merekayasa dengan memberikan satu contoh adalah:


i. Melibatkan proses memikirkan semula (1M) / merekabentuk semula asas-asas
secara agresif (1M) / untuk mencapai kemajuan dalam bidang yang melibatkan
kos, kualiti dan perkhidmatan(1M).
ii. Proses membentuk semula proses-proses utama yang penting (1M)/ proses yang
kritikal yang melibatkan sistem (1M)/ struktur organisasi secara radikal dan besar-
besaran untuk mencapai kemajuan besar dalam perniagaan(1M)
iii. C1- contoh berkaitan penstrukturan semula organisasi
Definisi 3M + 1M =4M
7. Huraikan dua klasfikasi produk bagi produk mesin jahit. [4]
Skema Pemarkahan

Dua Klasifikasi produk bagi produk mesin jahit adalah:


i. F1 - Produk pengguna
H1 - barangan yang dibeli oleh pengguna untuk kegunaan peribadi atau keluarga
C1- ibu membeli mesin jahit jenama Singer untuk menjahit baju raya kami
sekeluarga.
ii. F1 -Produk Industri
H1 - barang yang dibeli oleh individu atau organisasi tertentu untuk diproses
semula dan seterusnya digunakan untuk menjalankan perniagaan.

STPM -946/1/ 2020 [Lihat halaman sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
9

C1 - Kedai Menjahit Baju membeli baju untuk kegunaan tukang jahit untuk
menyiapkan tempahan.
[ (1F + 1H/1CH = 2M) x 2 = 4M ]

8. Berikan lima proses pembelian produk baru. [5]

Skema Pemarkahan

Lima proses pembelian produk baru adalah :


i. F1- Menyedari
ii. F2 - Meminati
iii. F3 - Menilai
iv. F4 -Mencuba
v. F5 - Menerima

[ 1F x 5 = 5M]

9. Senaraikan lima kepentingan pengurusan sumber manusia. [5]


Skema Pemarkahan

Lima kepentingan sumber manusia adalah :


i. H1 - Memastikan individu yang diambil bekerja oleh organisasi digunakan
dengan berkesan dan cekap. KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLE HUDDIN

ii. H2 - Merancang keperluan sumber manusia


iii. H3 - Pengambilan tenaga kerja yang bersesuain dengan keperluan organisasi.
iv. H4 - Membangunkan system pembayaran gajia yang cekap.
v. H5 - Menguruskan system pemberian ganjaran dan pampasan.
vi. H6 - Menyediakan program latihan dan pembangunan
vii. H7 - Merancang skim kesihatan dan keselamatan
viii. H8 - Membuat penilaian tahap pencapaian pekerja

[ 1H x 5 = 5M]

10. Huraikan tiga proses pengambilan sumber manusia. [6]

Skema Pemarkahan

Tiga proses pengambilan sumber manusia adalah :


i. Menarik minat / merekrut
- melibatkan usaha mencari dan menarik sekumpulan calon-calon yng berpotensi
dan berkelayakan untuk memenuhi sesuatu jawatan kosong dalam organisasi.
- kaedah yang boleh digunakan iklan, hebahan umum, Head hunting dan walk in.

STPM -946/1/ 2020 [Lihat halaman sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
10

ii. Pemilihan
- satu proses untuk mengenalpasti individu yang mempunyai kelayakan yang
releven untuk mengisi kekosongan jawatan sedia ada atau jawatan yang bakal
wujud.
- Perkara yang perlu disediakan borang permohonan, semakan rujukan, temuduga
dan ujian.

iii. Penawaran kerja


- calon yang berjaya dalam proses pemilihan akan ditawrkan kerja dengan syarat-
syarat perkhidmatan.

iv. Induksi
- proses pekerja baru dibiasakan/orientasi dengan persekitaran kerja.

(Jawab dalam urutan / Boleh pilih mana-mana asalkan ikut urutan.)


[ (1F + 1H =2M) x 3 =6M]

KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLE HUDDIN

Bahagian B (50 markah)

Skema Pemarkahan

11a

Fakta Huraian Kaitan kes


F1 - Produk H1 - barangan yang dibeli oleh KK1 - Menjalankan perniagaan
pengguna pengguna[1] utamanya dalam pengilangan dan
[1] H2 - untuk kegunaan peribadi pemborongan beras serta pengilangan
atau keluarga[1] dan pemborongan rempah dan lain-lain
produk bukan beras untuk keperluan
harian pengguna[1]
1m Max=2m 1m

11b

Fakta Huraian Kaitan kes


F2 - Kelebaran H1 - Merujuk kepada bilangan KK1 - Pengilangan dan
produk [1] barisan/lini produk yang pemborongan beras [1]
ditawarkan kepada KK2 - Pengilangan dan

STPM -946/1/ 2020 [Lihat halaman sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
11

konsumer/pelanggan. [1] pemborongan rempah[1]


H2 - Bilangan barisan yang KK3 - Produk bukan beras[1]
lebih banyak(lebih lebar) dapat
menarik pelbagai segmen
pasaran[1]

F2 - Kedalaman H1 - Merujuk kepada bilangan Pengilangan dan pemborongan


produk/kepanjangan item produk yang terdapat beras.
produk [1] dalam sesuatu barisan produk. KK4-Antara jenama tekemukanya
[1] adalah beras Herba Ponni bejenama
H2 - Bilangan item yang lebih Taj Mahal [1]
dalam dapat memberi pilihan KK5 - Beras Basmathi berjenama
yang lebih luas kepada Beras Moghul,Beras Maharani,
pengguna [1] Beras Khasmir [1]
KK6 -serta beras biasa tempatan
yang berjenama Beras Faiza Emas,
Beras Bunga Raya [1]
KK7-dan beras wangi Thailand
berjenama Beras Lagenda [1]
KK8 -Bagi memastikan lagi
pelbagaian produk beras Syarikat
faiza terus mengeluarkan beras
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLE HUDDIN
bersaiz 2 kilogram antaranya, pulut
hitam faiza pulut susu faiza, Thai
Brown Rice faiza ,Thai Red Rice
Faiza , Parboiled Basmathi,
Kohinoor Basmathi, royal Dancer
Fragrant dan Nasi Dagang [1]

Pengilangan dan pemborongan


rempah
KK9 -Menawarkan pelbagi rempah
yang dibungkus dalam 10 jenis
berbeza yang melibatkan saiz
pembungkusan 25 gram, 220 gram
dan sekilogram diproses di kilang
terletak di Johor[1}

Antara produk rempah Faiza ialah


KK10- Faiza Curry[1],
KK11- Faiza Raja Curry [1}
KK12 - Faiza Beriani [1]
KK13 - Faiza Bukhari [1]

KK14 - Produk bukan beras


STPM -946/1/ 2020 [Lihat halaman sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
12

Seperti ketupat nasi segera, bihun,


kicap dan sos cili, santan serbuk,
MSG, bubur, garam,tepung, air
galian, madu import dan mihun
segera [1]
2m 2m Max-13m

11c

Fakta Huraian Kaitan kes


F1 - Pengiklanan H1- Pengikalanan merupakan KK1 - Pengenalan produk baru
[1] cara menyampaikan maklumat dijangka melonjakkan lagi jualan
sesuatu barang dan kerana syarikat akan menjalankan
perkhidmatan oleh penjual promosi yang agresif melaui
kepada pengguna melalui pengiklanan biarpun produk Syarikat
pelbagai jenis media massa[1]/ Faiza sudah terkenal dan diyakini
H2 - Pengiklanan juga halal dan bermutu tinggi terutama di
merupakan sebarang bentuk kalangan masyarakat Islam[1]
persembahan yang dirancang KK2 - Syarikat Faiza
dan dibuat khas untuk memperuntukkan RM 5 juta setahun
memperkenalkan dan menarik untuk promosi. [1]
perhatian orang lain terhadap KK3 -Antara pengiklanan di media-
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLE HUDDIN

sesuatu barang. [1] media tempatan dalam usaha


mengukuhkan nama Syarikat Faiza
sebagai jenama produk makanan
dengan kualiti tinggi di negara ini. [1]
F2 - Perhubungan H1 - Satu cara yang diambil KK4 - Dalam meningkatkan
awam oleh perniagaan untuk menjalin tanggungjawab sosial, Syarikat Faiza
hubungan yang baik dengan juga turut menunaikan
masyarakat umum khasnya tanggungjawab sosial korporatnya
pihak berkepentingan dengan melakukan sumbangan atau
perniagaan seperti pembekal, sokongan kepada kesejahteraan
pelanggan dan kerajaan. [1] masyarakat, pendidikan, seni dan
lain-lain {1]
KK5-Antara program-program khas
yang dilaksanakan ialah memberi
bantuan biasiswa kepada pelajar dari
keluarga kurang berkemampuan [1]
KK6 -bantuan kepada magsa banjir
dan pusat-pusat penempatan banjir
[1]
KK7-sumbangan produk kepada
agensi-adensi kerajaan dan swasta
sempena majlis sambutan Maulidur

STPM -946/1/ 2020 [Lihat halaman sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
13

rasul ,[1}
KK8-tajan mengerjakan umrah
kepada pekerja terpilih, pemeriksaan
kesihatan percuma (random Blood
Sugar) keoada orang ramai [1]
KK9- Untuk mengekalkan ingatan
masyarakat kepada jenama Faiza,
syarikat turut menaja beberapa
program antaranya “Program
Bersamamu” bersama dengan TV3
selama 7 tahun, [1]
KK10-MoU dengan National
Diabetes Institute (NADI) selama 3
tahun [1]
KK11-bekerjasama dalam
menubuhkan Koperasi Masjid
melalui ANGKASA [1]
KK12-Latihan industry kepada
pelajar-pelajar institusi pengajian
tinggi yang terpilih di seluruh
Malaysia [1]
KK13-dan menyediakan faedah-
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLE HUDDIN
faedah kepada pekerja syarikat seperti
faedah perubatan, bilik solat, cuti
tahunan, anugerah pekerja cemerlang,
latihan [1]

2m 2m
Max=10m

12. Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai,jelaskan ciri-ciri setiap peringkat dalam
kitar hayat produk. [15]

Skema Pemarkahan

i. F1 - Peringkat Pengenalan
H1 - produk baru diperkenalkan kepada pengguna
H2 - harga dan kos barang tinggi
H3 - keuntungan syarikat adalah sedikit, sifar atau mengalami kerugian
H4 - jualan sedikit
H5 -promosi yang agresif harus dijalankan
H7 - syer pasaran yang sedikit

STPM -946/1/ 2020 [Lihat halaman sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
14

ii. F2 - Peringkat Pertumbuhan


H1- produk mula dikenali ramai
H2 - Harga dan kos barang menurun
H3 - keuntungan syarikat adalah positif dan semakin bertambah
H4 - jualan meningkat dan jualan bertambah pada kadar yang menaik
H5- promosi terus dijalankan bagi menambahkan jualan
H6 - syer pasaran meningkat

iii. F3 - Peringkat Kematangan


H1- Produk sudah dikenali ramai
H2 - Harga dan kos barang pada tingkat yang paling rendah
H3 - keuntungan syarikat adalah maksimum
H4 - Jualan meningkat dan bertambah pada kadar yang menurun
H5 - Promosi dikurangkan atau dihentikan
H6 - Syer pasaran mencapai tingkat maksimum

iv. F4 - Peringkat Kemerosotan


H1- Pengguna telah bosan/jemu terhadap produk syarikat
H2- harga dan kos barang meningkat
H3- keuntungan syarikat adalah sifar dan negatif
H4 - jualan menurun dengan mendadak
H5- promosi dihentikan dan hanya dijalankan untuk menghabiskan stok
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLE HUDDIN

H6 - syer pasaran adalah amat sedikit atau sifar

[(1F + 2H = 3M) x 4] =12M]


Gambar rajah lengkap 3M
(Label paksi x dan y =1M) + (Graf +label =1M) + (Tajuk =1M)

13. Jelaskan lima tanggungjawab perniagaan kepada pihak berkepentingan persekitaran tugas
yang terlibat dalam perniagaan pembuatan roti. [15]

Skema Pemarkahan

Lima persekitaran tugas yang terlibat dalam perniagaan pembuatan roti adalah:

i. F1 Pelanggan
H1 Pembeli produk / pengguna produk atau perkhidmatan
H2 perubahan cita rasa pelanggan mempengaruhi jenis keluaran, harga, kualiti
yang dikeluarkan oleh pengguna.
C1 peniaga perlu menawarkan roti yang berkualiti pada harga yang
berpatutan/layanan mesra/menawarkan diskaun/sediakan produk selamat.

ii. F2 Pembiaya
STPM -946/1/ 2020 [Lihat halaman sebelah]
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
15

H1 pemberi pinjaman
H2 pinjaman yang tinggi membolehkan pembesaran perniagaan dilakukan.
C1perniagaan pembuatan roti harus membayar balik pinjaman.

iii. F3 Pemodal
H1Penyumbang modal
H2 Sumbangan modal yang tinggi dan berkekalan memastikan kelangsungan
perniagaan.
C1 membayar dividen lebih tinggi kepada pelabur.

iv. F4 Pembekal
H1 pihak yang membekalkan bahan mentah
H2 bekalan yang berterusan dan cekap menentukan kejayaan sesebuah perniagaan
persaing
H3 peniaga perlu membuat inovasi/persaingan sihat
C1 memastikan bayaran dibuat kepada pembekal mengikut masa yang
ditetapkan.

v. F5 Kerajaan
H1 pihak berkuasa yang menguatkuasakan undang-undang/peraturan/perlesenan
H2 cukai tinggi mengurangkan keuntungan peniagaan dan jualan
H3 undang-undang mempengaruhi aktiviti perniagaan.
C1 mematuhi segala undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan.
KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLE HUDDIN

vi. F6 Pekerja
H1 tenaga buruh yang menyumbang dalam bentuk fizikal dan mental
H2 pekerja yang baik/ berkemahiran tinggi akan meningkatkan produktiviti
pengeluaran/ matlamat organisasi tercapai.
C1 memberi kenaikan gaji, menganjurkan aktiviti sosial.

vii. F7 Masyarakat
H1 membeli/menyokong produk yang dikeluarkan oleh peniaga
H2 Perniagaan juga perlu menjalankan tanggungjawab sosial untuk memastikan
sokongan yang berterusan dari masyarakat.
C1 menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat seperti biasiswa, derma
dll.

viii. F8 Pesaing
H1 Syarikat yang mengeluarkan produk yang hamper sama dalam industry yang
sama.
H2 firma pelu bersaing untuk mendapat syer pasaran yang tinggi.
C1bersaing secara sihat, peletakan harga yang adil dll.

[(1F + 1H + 1CH) x 5 = 15M]

STPM -946/1/ 2020 [Lihat halaman sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*
16

KOLEJ TINGKATAN ENAM SULTAN SALLE HUDDIN

STPM -946/1/ 2020 [Lihat halaman sebelah]


*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat SULIT*

You might also like