2016 Alat Penyedut Madu Kelulut

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

NAMA INOVASI : Alat Penyedut Madu Kelulut

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

PENGENALAN

Madu lebah kelulut dihasilkan oleh lebah kelulut, sejenis lebah kelulut bersaiz kecil. Warna
madu kelulut biasanya lebih jernih dan cair berbanding dengan madu lebah dan
mempunyai rasa masam-masam manis. Madu kelulut lebih mahal jika dibandingkan
dengan madu lebah biasa kerana kurang terdapat di pasaran. Madu lebah kelulut
mempunyai pelbagai khasiat untuk tujkuan perubatan dan kesihatan. Antara penyakit
dilaporkan sembuh menggunakan rawatan tradisional produk lebah kelulut ialah :-

Diabetis Mellitus, Strok


Hipertensi, HIV dan AIDS
Mengurangkan masalah sakit-sakit sendi
Anti kanser dan tumor
Meningkatkan metabolism badan
Menambahkan tenaga batin
Menjaga kecantikan kulit
Menguatkan wanita yang baru bersalin
Merawat pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman

Penternak lebah kelulut adalah salah satu fenomena baru di Malaysia. Ramai yang
beranggapan bahawa lebah kelulut kurang mengeluarkan madu. Dengan teknologi baru
yang diperkenalkan oleh MARDI lebah kelulut boleh mengeluarkan sehingga 2 kg satu
koloni/bulan. Sebanyak 33 spesis lebah kelulut di Malaysia dan ianya penting untuk
pendebungaan dan di antara spesis tersebut adalah Trigona Atripes, Triguna Nitriventeris
dan Triguna Apicallis. Projek ternakan madu kelulut di KEDA Resort Bendang Man, Sik
bermula pada Mac 2012 dengan menyediakan 10 unit sarang dan sehingga kini KEDA
Resort Bendang Man, Sik telah mempunyai 300 unit sarang kelulut dan telah mula
mengeluarkan hasil madu.

LAPORAN INOVASI

Tujuan Projek Inovasi

Tujuan alat penyedut madu kelulut ini dihasilkan adalah untuk mengatasi masalah
yang dihadapi oleh penternak dan pengusaha kelulut untuk mendapatkan hasil yang
optima. Dengan terciptanya alat ini secara langsung dapat membantu penternak-
penternak mengumpul madu dengan lebih dari segi isipadu, menjimatkan masa dan
tenaga.
Proses Pelaksanaan Inovasi

Alat penyedut madu kelulut adalah inovasi alat untuk menyedut madu yang
dihasilkan oleh lebah kelulut. Alat ini digunakan oleh para penternak dan pengusaha
lebah kelulut untuk mengumpul madu yang dihasilkan oleh lebah kelulut daripada
sarang. Alat ini dihasilkan bagi menggantikan kaedah yang lama iaitu menggunakan
alat picagari (Syringe) dimana proses pengumpulan madu mengambil masa yang
lebih lama, kurang efektif, memerlukan ramai tenaga kerja dan sukar untuk
mendapatkan madu di tempat yang sempit.

Proses sebelum dan selepas

Proses sebelum
Penggunaan alat picagari (Syringe) secara manual kurang efektif kerana
mendapat hasil madu yang sedikit dan mengambil masa yang lama untuk
mendapat hasil madu yang banyak.

Proses selepas
Penggunaan alat penyedut madu kelulut sangat efektif kerana mendapat
hasil yang banyak, mengambil masa yang singkat dan tidak memerlukan
tenaga kerja yang ramai. Alat penyedut ini mudah alih dan mudah digunakan
untuk mendapatkan hasil yang banyak. Alat ini menggunakan bateri, pump,
botol minuman dan changer serta menggunakan bajet yang sangat murah
iaitu sebanyak RM300.00 sahaja. Ia senang dibawa ke ladang serta mudah
digunakan oleh penternak dan pengusaha kelulut.

Eleman Penurunan Kuasa

Tiada.

Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar/Perkhidmatan/Jabatan/Agensi/Negera:

Elemen Inovatif/Kreativiti

Idea, konsep dan rekabentuk alat penyedut direka sendiri oleh pegawai
pertanian KEDA sendiri. Ia bukan merupakan adaptasi dari mana-mana alat
atau mesin yang telah wujud sebelum ini. Alat ini dicipta untuk digunakan
oleg penternak/pengusaha kelulut di kawasan wilayah KEDA dan sekitarnya
termasuk penternak/pengusaha kelulut yang dibantu oleh KEDA dan KKLW
di bawah program Desa Lestari.

Elemen Keberkesanan

Alat penyedit madu kelulut ini amat berkesan digunakan oleh


penternak/pengusaha dalam meningkatkan hasil pendapatan sampingan
mereka dengan lebih cepat, mudah digunakan dan menjimatkan masa serta
tenaga.

Elemen Signifikan

Alat penyedut madu kelulut ini lebih mesra pengguna kerana ia dapat
menjimatkan masa, hasil dan tenaga seperti berikut :-

i. Masa – dapat dijimatkan dari segi kelajuan alat penyedut


menyedut madu tersbut;
ii. Hasil – hasil madu lebih banyak dapat dikumpulkan;
iii. Tenaga Kerja – mengurangkan tenaga kerja kerana alat
penyedut sangat cepat mengumpulkan hasil; dan
iv. Kos – lebih murah berbanding alat atau mesin yang
dikeluarkan daripada pembekal lain.

Elemen Releven

Inovasi ini telah dapat meningkatkan hasil pendapatan sampingan


penternak/pengusaha madu kelulut kerana ia lebih mudah dan efektif, dapat
memberi kepuasan kepada mereka dalam mengumpul hasil madu kelulut.

Pengiktiran

Pelbagai produk madu kelulut telah dihasilkan dan seramai 1,291 unit penternak
kelulut KEDA (KEDA Kelulut Valley) telah diwujudkan.

You might also like