Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2019


SK SETIAWANGSA
KHAMIS,17 JANUARI 2019
1. Perarakan masuk

Majlis mengumumkan perarakan masuk barisan pemimpin muda Tahun 6 dan Tahun 5 SK Setiawangsa
ke dalam dewan dengan diketuai oleh Yang Dihormati Encik Dzul Helmi bin Mohamad Amin sebagai
mewakili Yang Dihormati Encik Shahpandi b Abdul Manan, Yang diPertua PIBG Sekolah Kebangsaan
Setiawangsa dengan diiringi oleh barisan pentadbir SK Setiawangsa. Dipersilakan.

2. Nyanyian Lagu Negaraku

Hadirin diminta untuk kekal berdiri/dipersilakan berdiri untuk nyanyian lagu negaraku. Majlis
menjemput adik Iris Imanee binti untuk mengetuai nyanyian ini. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas nyanyian itu tadi.

3. Ucapan Aluan Pengacara Majlis

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.

Yang Dihormati,
Encik Dzul Helmi bin Mohamad Amin
Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Setiawangsa
mewakili
Yang Dihormati Encik Shahpandi b Abdul Manan
Yang diPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Yang Berusaha,
Puan Norhayati bt Haron,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Yang dihormati,
Puan Hajah Jasniza bt Mohamed
Guru Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Puan Jamiatun bt Ahmad


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Puan Mastura binti Omar


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa
Guru Kaunseling merangkap Penyelaras Majlis Pelantikan Pemimpin Muda 2020, Penyelaras-penyelaras
badan pengawas, guru-guru wacana kegemilangan, barisan pengawas tonggak kecemerlangan aspirasi
kepimpinan,dan para murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Setinggi tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi atas limpahan taufik dan perlindunganNya
dapat kita berkumpul pada pagi yang penuh indah ini tanggal 8 Februari 2020 untuk menyempurnakan
Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Sekolah Berprestasi Tinggi bagi
sesi persekolahan tahun 2020. Untuk makluman semua, majlis ini adalah gabungan bersama Badan
Pengawas Sekolah, Mushrif dan Mushrifah, Pusat Sumber Sekolah, Unit SPBT, Pengawas Kantin Sekolah
dan Pembimbing Rakan Sebaya.

Guru guru dan murid-murid sekalian,

Tujuan majlis seumpama ini diadakan adalah


untuk mengiktiraf peranan pemimpin muda dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah disamping
menyemai sikap bertanggungjawab terhadap tugasan yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Upacara
yang penuh simbolik ini bukan sahaja memenuhi tradisi pelantikan sayap utama sekolah ini, tetapi
merupakan satu amanah yang akan dipikul oleh mereka.

Bersinar mentari di alam maya


Cantik cahaya penuh berserakan
Pengawas cemerlang teraju sekolah
Gemilang sekolah kebanggaan negara
4. Bacaan doa
Memulakan acara pada pagi ini, bagi memohon restu dan keberkatan, marilah bersama2 kita menadah
tangan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh adik Muhammad Fariz Adam bin Razali.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Setinggi tinggi terima kasih diucapkan kepada adik Muhammad Fariz Adam bin Razali atas bacaan doa
itu tadi.
5. Ucapan Aluan Guru Besar

Meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Norhayati bt Haron,
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Setiawangsa untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan hormatnya
dipersilakan.
****************************************************************************
Majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepadaPuan Norhayati bt Haron, Guru Besar, Sekolah
Kebangsaan Setiawangsa atas ucapan itu tadi.

6. Ucapan Perasmian
Kain berlipat dari istana
Buat puteri raja kayangan
Secebis nasihat insan berguna
Secubit budi jadi kenangan
Meneruskan acara, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati Encik
Dzul Helmi bin Mohamad Amin, Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Setiawangsa untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah
Kebangsaan Setiawangsa, Sekolah Berprestasi Tinggi Tahun 2020. Dipersilakan.
******************************************************************************
Seuntai kata terima kasih kepada Yang Dihormati Encik Dzul Helmi bin Mohamad Amin
atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

7. Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda

Guru-guru dan murid murid sekalian,


Pengawas yang berdaya saing adalah menjadi harapan sekolah sekaligus menjadi suri teladan yang
mampu merealisasikan matlamat ke arah melahirkan disiplin unggul generasi syumul. Majlis pelantikan
dan penyerahan watikah pada hari ini diharap dapat menyuntik semangat dan menjadi pendorong
kepada murid2 lain. Bagi menyempurnakan acara penyerahan watikah pelantikan, majlis dengan segala
sukacitanya menjemput Yang Berusaha Puan Norhayati bt Haron, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan
Setiawangsa untuk menjemput dan mengiringi Yang Dihormati Encik Dzul Helmi bin Mohamad Amin,
Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Setiawangsa untuk penyempurnaan acara. Dipersilakan.
Dengan ini dipohon kepada barisan pemimpin muda untuk bersedia.

Acara dimulakan dengan penyerahan watikah pelantikan kepada Ketua Pemimpin bagi Tahun 2020.
Mendahului senarai penerima watikah pelantikan pada hari ini ialah........
(rujuk senarai nama)

Seterusnya dipersilakan penyelaras Mushrif dan Mushrifah iaitu En Mohd Shaleh bin Mislan
untuk tampil ke hadapan bagi mengiringi barisan Mushrif dan Mushrifah Sekolah.
Dipersilakan.
Dipersilakan adik .....................
(rujuk senarai nama)

Bagi mengiringi barisan Pengawas SPBT dipersilakan Puan Norhayati bt Ariffin selaku Penyelaras Unit
SPBT Sekolah Kebangsaan Setiawangsa untuk tampil ke hadapan.
Dipersilakan adik.......................
(rujuk senarai nama)

Meneruskan acara, dipersilakan Puan Hayat bt Ibrahim, Penyelaras Pusat Sumber Sekolah untuk
mengiringi barisan Pengawas Pusat Sumber di pentas.
Dipersilakan adik.......................
(rujuk senarai nama)

Agenda diteruskan dengan mempersilakan Puan Azizun Zihan bt naik ke pentas bagi
mengiringi Badan Pengawas Sekolah. Dipersilakan.
Dipersilakan adik.......................
(rujuk senarai nama)
Majlis diteruskan dengan menjemput Puan Maslliha bt Omar selaku Penyelaras Pengawas Kantin
untuk naik ke pentas bagi mengiringi barisan Pengawas Kantin.
Dipersilakan adik.......................
(rujuk senarai nama)

Dan mengetuai barisan terakhir penerima watikah pelantikan, dipersilakan Puan Noor Hafiza bt Abdul
Hamid, Penyelaras Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)untuk tampil ke pentas.
Dipersilakan adik.......................
(rujuk senarai nama)

Sekalung penghargaan diucapkan kepada .............................................................................................atas


kesudian menyampaikan watikah pelantikan tersebut. Majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan
Norhayati bt Haron, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Setiawangsa untuk menyampaikan sedikit
cenderamata kenang kenangan kepada Yang Dihormati Encik Shahpandi b Abdul Manan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan penghargaan terima kasih atas penyempurnaan acara itu tadi.

Hadirin sekalian,
Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka dengan ini rasmilah sudah pelantikan jawatan
Mushrif dan Mushrifah, Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Kantin, Pengawas SPBT
dan Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah Kebangsaan Setiawangsa bagi tahun 2020 ini. Majlis
mengucapkan tahniah kepada para pemimpin muda yang telah dilantik. Harapan kami agar semua
pemimpin muda dapat melaksanakan taklifan yang disandang dan amanah yang dipikul dengan sebaik
mungkin.

8. Lafaz Ikrar

Majlis diteruskan dengan lafaz ikrar Pemimpin Muda. Dengan ini dipersilakan adik Tengku Mia Zaara bt
Tengku Arizal untuk mengetuai bacaan lafaz ikrar.
Dipersilakan.
~lafaz ikrar~
Terima kasih diucapkan atas pimpinan lafaz ikrar sebentar tadi. Mudah mudahan dengan lafaz ikrar itu
tadi akan menjadikan barisan pemimpin muda ini lebih komited dalam menjalankan tugas yang telah
diamanahkan kepada mereka..
Dengan itu, maka berakhirlah Majlis Pelantikan Pemimpin Muda Sekolah Kebangsaan Setiawangsa,
Sekolah Berprestasi Tinggi bagi sesi persekolahan tahun 2020. Agenda yang seterusnya ialah sesi
9. fotografi. Semua Unit akan mengadakan sesi fotografi bersama tetamu jemputan dan juga barisan
pentadbir bersama Penyelaras Unit masing2.

Melati kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon jati,
Sampai sudah ke penghujung acara,
Tahun depan kita bersua lagi.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

You might also like