Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA PROGRAM JOM KE SEKOLAH TAHUN 2019 dan

PELANCARAN PAPAN KENYATAAN PEGAWAI PERHUBUNGAN


SEKOLAH

No ATURCARA SKRIP PENGACARA


1. Ketibaan Tetamu Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia Sarjan Zainal Bin Yusop, dan
Jemputan barisan pegawai Polis Diraja Malaysia diiringi
Yang Berusaha Encik Albaz Bin Samat.. Guru Besar Sekolah Kebangsaan
(CKG.HISHAM) Meritam ke Bumbung Gemilang.
2. Nyanyian Majlis dengan segala hormatnya memohon semua hadirin
berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Lagu Sekolahku
Gemilang.
(CKG.BERNADINE
) ***************************** (Nyanyi lagu Negaraku dan
Ibu Pertiwiku)
************************ (Lagu sekolah MC kira 1...2...3....)

Majlis mengucapkan terima kasih dan mempersilakan


semua hadirin duduk.
3. Kata-kata Aluan Bismillahirrahmannirahim.
Assalamualaikum w.r.t, Salam Sejahtera dan Salam Menjulang Pendidikan Sarawak.

Menatah berlian emas dilebur


(CKG.HISHAM) Sayang sekali permata hilang,
Salam dihulur senyum terhibur,
Selamat datang ke Meritam Gemilang

Yang Berbahagia ,
Sarjan Zainal Bin Yusup
Ketua Pegawai Perhubungan Sekolah , Sekolah Kebangsaan Meritam

Yang dihormati,
Koperal Jaymar Bin Puhuliu ,
Konstable Mohamad Hafiz Bin Mahussin,

Yang juga merupakan Pegawai Perhubungan Sekolah , Sekolah Kebangsaan Meritam.


Yang Berusaha
(CKG.HISHAM) En. Albaz Bin Samat
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Meritam

Yang dihormati
Puan Nur Syazwani Binti Abdullah
Penolong Kanan Pentadbiran SK Meritam Limbang

En.Patrick Rudy Sela, Penolong Kanan Kokurikulum


Guru-guru, Pegawai Kumpulan Pelaksana Sekolah, para Ibu bapa dan, murid-murid yang
dikasihi sekalian.

Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat juga kita berhimpun
bersama-sama ......... dalam Majlis ...... Permuafakatan Kementerian Pendidikan
Malaysia....... dan Polis Diraja Malaysia ......untuk Program Jom Ke Sekolah Tahun 2019 dan
Pelancaran Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan Sekolah.

4. Maklumat Program Hadirin sekalian,

(CKG.BERNADINE) Untuk makluman....program pada pagi ini bertujuan untuk meningkatkan peratus kehadiran
murid ke tahap maksimum dan mengurangkan permasalahan disiplin dan salah laku dalam
kalangan murid, terutamanya gejala ponteng sekolah.

Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pihak Polis Diraja Malaysia berhasrat
meneruskan permuafakatan tersebut pada tahun ini dengan mengadakan Program Jom Ke
Sekolah Peringkat Kebangsaan serentak di seluruh negara pada hari ini.
5. Bacaan Doa
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput Ustaz Mohd Najahuddin Bin Zulkipli
untuk memimpin bacaan doa bagi memohon keberkatan agar segala urusan mendapat
rahmat. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(CKG.HISHAM) ********************(DOA)

AMIN-AMIN...YA RABBAL ALAMIN...

Majlis merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Mohd Najahuddin Bin
Zulkipli atas bacaan doa sebentar tadi.

6.
Ucapan Pegawai Hadirin yang dihormati sekalian,
Perhubungan
Sekolah Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berbahagia Sarjan Zainal
Bin Yusup selaku Ketua Pegawai Perhubungan Sekolah , Sekolah Kebangsaan
(CKG.BERNADINE Meritam untuk menyampaikan ucapan
)
Dipersilakan.

************* Ucapan PDRM*******************

*****Tunggu Pegawai Polis duduk di tempat baru , baru MC mula cakap****

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Sarjan


Zainal Bin Yusup , Ketua Pegawai Perhubungan Sekolah, Sekolah
Kebangsaan Meritam atas ucapan sebentar tad.

7. Ucapan Guru Hadirin yang dikasihi,


Besar SK Meritam
Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berusaha , Encik
Albaz Bin Samat...Guru Besar Sekolah Kebangsaan Meritam untuk
menyampaikan ucapan.
(CKG.HISHAM)
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

********* Ucapan GB ************************

*****Tunggu GB duduk di tempat baru , baru MC mula cakap****

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha , Encik Albaz
Bin Samat ... Guru Besar Sekolah Kebangsaan Meritam atas ucapan sebentar
tadi.
Hadirin sekalian,
8. Perasmian
Program Acara yang dinantikan telah pun tiba...

Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Sarjan Zainal Bin


(CKG.HISHAM)
Yusup selaku Ketua Pegawai Perhubungan Sekolah bersama dengan Pegawai
Perhubungan Sekolah yang lain....diiringi Yang Berusaha Encik Albaz Bin
Samat....Guru Besar Sekolah Kebangsaan Meritam untuk menyempurnakan
perasmian Program Jom Ke Sekolah dan Pelancaran Papan Kenyataan
Pegawai Perhubungan Sekolah.

9. SELESAI
PERASMIAN Dipersilakan.
PROGRAM

(CKG.BERNADINE ************** (Bagi isyarat pada jemputan menandakan sudah


) selesai dan boleh kembali ke tempat duduk)

Majlis mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia


Sarjan Zainal Bin Yusup...Ketua Pegawai Perhubungan Sekolah dan Yang
Berusaha Encik Albaz Bin Samat ...Guru Besar Sekolah Kebangsaan Meritam
atas kesudian menyempurnakan perasmian Program Jom Ke Sekolah dan
Pelancaran Papan Kenyataan Pegawai Perhubungan Sekolah.
Hadirin sekalian,
10. TAMAT PROGRAM
Dengan berakhirnya perasmian dan pelancaran itu tadi.... berakhirlah sudah
(CKG.BERNADINE pelancaran Program Jom Ke Sekolah dan Pelancaran Papan Kenyataan
) Pegawai Perhubungan Sekolah untuk Tahun 2019.

Pihak majlis sekali lagi merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada para jemputan kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri
majlis pada pagi ini.

Akhir kalam,

Songket biru tampak berseri,


Tenunan indah buat arjuna,
Tersilap bicara harap dimaafi,
Ketemu lagi di lain masa.

Sekian dan Salam Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak...

You might also like