Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

FOO SIEW YOKE

781104-14-5840
HMEF5153
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

FACULTY EDUCATION AND LANGUAGES

MASTER OF EDUCATION

SEPTEMBER SEMESTER 2019

HMEF 5153

EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

MATRICULATION NO : CGS01936206

NAME : FOO SIEW YOKE

IDENTITY CARD NO. : 78110145840

TELEPHONE NO. : 0199582130

E-MAIL : xluyufoo@gmail.com

TUTOR’S NAME : DR. VIGHNARAJAH

LEARNING CENTRE : KUALA LUMPUR

1
FOO SIEW YOKE
781104-14-5840
HMEF5153
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

ISI KANDUNGAN

muka surat

1.0 Semakan Kritikal 3

1.1 Tajuk Penyelidikan 3

1.2 Abstrak 4

1.3 Latar Belakang Penyelidikan 4

1.4 Soalan Penyelidikan 5

1.5 Hipotesis 6

1.6 Tinjauan Literatur 7

1.7 Reka Bentuk Penyelidikan 8

1.8 Populasi Dan Sampel 9

1.9 Instrumen Penyelidikan 10

1.10 Prosedur Penyelidikan 11

1.11 Analisis Data & Keputusan 12

1.12 Penemuan Dan Perbincangan 12

1.13 Komen Keseluruhan 13

2.0 Rujukan 15

2
FOO SIEW YOKE
781104-14-5840
HMEF5153
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

Tugasan 1:

Ulasan Artikel Simin Ghavifekr & Nova Sheila Pillai. (2016). The relationship
between school’s organizational climate and teacher’s job satisfaction: Malaysian
experience. Asia Pacific Education. Review, Vol. 17, pp. 87–106

1.1 Tajuk :

Tajuk penyelidikan “The Relationship Between School’s Organizational Climate And


Teacher’s Job Satisfaction: Malaysian Experience” mempunyai dua pembolehubah
yang jelas iaitu hubungan antara “ School’s Organizational Climate” dan “Teacher’s
Job Satisfaction”.

Tajuk yang ditentukan kurang berfokus kerana penentuan penyelidikan tidak


mencerminkan “Malaysian Experience” yang sebenarnya kerana hanya melibatkan
sampel dari satu daerah, iaitu Penampang di Sabah sahaja. Ini mudah membawa salah
faham kepada pembaca bahawa penyelidikan ini mempunyai skop yang berkaitan
dengan seluruh Malaysia di mana penentuan penyelidikan (tempat) yang terpilih tidak
dimaklumkan. Lagipun, sasaran yang dikaji merupakan guru sekolah menengah sahaja.

Jerry, Jack & Stephen (2012) menyatakan bahawa tajuk artikel harus jelas
menunjukkan hubungan antara pemboleh ubah dan isu teoritis penyelidikan. Maka,
untuk penambahbaikan tajuk penyelidikan supaya ia lebih berfokus dan bertepatan
dengan isi kandungan penyelidikan adalah seperti “The Relationship Between
Government Secondary School’s Organizational Climate And Teacher’s Job
Satisfaction in Penampang, Sabah”. Dengan ini, pembaca terus dapat maklumat
bahawa penyelidikan yang dijalankan adalah berfokus kepada hubungan iklim
organisasi (sekolah menengah kerajaan) dengan kepuasan kerja guru di daerah
Penampang, Sabah.

3
FOO SIEW YOKE
781104-14-5840
HMEF5153
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

1.2 Abstrak

Didapati bahawa abstrak penyelidikan telah ditulis dengan lengkap merangkumi latar
belakang, objektif penyelidikan, kaedah penyelidikan dan hasil dapatan. John (2015)
membincangkankan abstrak yang baik disampaikan secara jelas dan bersesuaian,
memberi hubungan logik dan peralihan antara maklumat, tidak mengemukakan maklumat
yang tiada dalam kertas kajian, menggunakan bahasa yang mudah difahami dan berformat
pengenalan-isi-kesimpulan. Maka, abstrak artikel ini adalah baik kerana telah diolah dan
disusun secara teratur dengan memenuhi elemen abstrak yang baik.

1.3 Latar Belakang Penyelidikan/ Pengenalan

Pengenalan artikel mempunyai latar belakang kajian serta teori yang mendasari kajian
hubungan iklim organisasi dan kepuasan kerja guru. Penulis juga telah menjelaskan
kajian-kajian terdahulu yang pernah membincangkan persoalan yang serupa. Sebanyak 10
penyelidikan lepas berkaitan dengan iklim organisasi dalam telah dirujukkan apabila
penyelidikan semasa dijalankan. Kajian-kajian yang lepas adalah dalam lingkungan masa
yang sesuai (2004-2014) iaitu dalam tempoh 10 tahun semasa penyelidikan dijalankan.
Penulis telah menyediakan tijauan literatur (literature review), rujukan dan eviden yang
sangat mencukupi untuk memberi sokongan terhadap isu yang hendak dikaji. Ini
membolehkan pembaca melihat kedudukan kajian terbaru ini dalam hubungan iklim
organisasi dan kepuasan kerja guru. Pandangan saya disokong oleh University of Illinois
di Urbana-Champaign (2014) yang menyatakan latar belakang yang baik harus
memberikan eviden yang mencukupi.

Seterusnya, penulis membentangkan pernyataan masalah kajian yang mendorong


kajian itu dilakukan. Menurut penulis, pengekalan kepuasan kerja dan komitmen guru
adalah penting kepada keberkesanan sekolah di Malaysia. Iklim organisasi sekolah yang
positif dan sihat bukan sahaja dapat meningkatkan kepuasan kerja guru tetapi juga akan
meningkatkan persekitaran pembelajaran dan produktiviti sekolah pada masa yang sama.
Penulis juga menyatakan kajian baru ini dapat menyumbang kepada kemajuan ilmu
pengetahuan dengan berperanan sebagai alat kajian untuk menggambarkan pelbagai
kesan mengenai iklim organisasi dan kepuasan kerja di sekolah menengah kerajaan.

4
FOO SIEW YOKE
781104-14-5840
HMEF5153
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

Jika berbanding dengan kajian lepas yang disenaraikan, kebanyakan kajian yang
disenaraikan oleh penulis adalah dijalankan di luar negara manakala hanya dua kajian
tempatan (Malaysia) yang dirujuk. Ini mungkin tidak dapat menggambarkan situasi di
negara kita memandangkan budaya, latar belakang dan sejarah negara lain adalah berbeza
dengan negara Malaysia. Maka, kajian yang mengkaji hubungan antara iklim organisasi
sekolah dan kepuasan kerja guru di negara Malaysia merupakan satu jejakan langkah yang
baik di mana saya percaya bahawa kajian ini akan mendatangkan perubahan dan
kesedaran yang baharu dalam bidang pendidikan negara Malaysia.

1.4 Soalan Penyelidikan

Pada pandangan saya, soalan kajian dalam artikel ini mudah difahami oleh pembaca. Isu-
isu yang dibincangkan dalam soalan kajian adalah tahap kepuasan kerja guru sekolah
menengah, signifikan hubungan antara iklim organisasi sekolah dan kepuasan kerja guru,
signifikan perbezaan jantina guru terhadap kepuasan kerja guru dan signifikan perbezaan
pengalaman bekerja terhadap kepuasan kerja guru.

Allyson (2012) menegaskan soalan penyelidikan harus mencerminkan objektif


kajian. Soalan-soalan penyelidikan pada dasarnya merupakan terjemahan objektif
(pernyataan) dalam bentuk pertanyaan. Namun, bukan setiap soalan penyelidikan
merupakan terjemahan daripada objektif kajian dalam artikel. Bilangan 4 soalan
penyelidikan di dalam artikel adalah tidak sama dengan 3 objektif kajian yang
disenaraikan.

Soalan penyelidikan Fokus/ Objektif Kajian


“What is the level of job satisfaction of “ to identify the levels of secondary school
secondary school teachers? ” teachers’ job satisfaction ”.
“Is there a significant relationship “ to identify the level of organizational
between organization climate and job climate key factors ( collegial leadership,
satisfaction among secondary school proffesional teacher behaviour,
teachers? ” achievement press, and institutional
vulnerability ) in secondary school ”.

5
FOO SIEW YOKE
781104-14-5840
HMEF5153
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

“ Is there a significant difference in levels “to determine the relationship between


of teachers’ job satisfaction between the organizational climate and job
genders ?” satisfaction among secondary school
teachers”
“ Is there a significant difference in levels
of teachers’ job based on years of service
in their current school?”

Tambahan pula, susunan soalan penyelidikan dalam artikel ini mudah


mengelirukan pembaca kerana pembaca tidak dapat mengenalpasti objektif mana yang
ditujukan oleh soalan penyelidikan yang dibina.

6ds52

1.5 Hipotesis

Ketiga-tiga hipotesis yang dikemukakan oleh penulis adalah berdasarkan soalan


penyelidikan pada permulaan penyelidikan. Oleh itu, hipotesis yang disebutkan adalah
relevan dengan tajuk dan soalan penyelidikan selari dengan pandangan Farrugia, Petrisor,
Farrokhyar dan Bhandari (2010), hipotesis penyelidikan harus dikembangkan dari soalan
penyelidikan, dan elemen utama penyelidikan seperti strategi pengambilan sampel,
intervensi, pembanding dan pemboleh ubah hasil diringkas dalam bentuk yang
memberikan asas untuk ujian, statistik dan kepentingan akhir klinikal.

1.6 Tinjauan Literatur

Tinjauan literatur atau sorotan kajian ialah mengkaji hasil karya yang pernah dilakukan
oleh orang lain. Amani Dahaman (2011) berhujah tinjauan literatur merupakan ulasan
maklumat yang diperolehi daripada jurnal, buku, prosiding dan penyelidikan-
penyelidikan lepas (tesis) untuk sesuatu penyelidikan terbaru. Tinjauan literatur ialah
pengumpulan maklumat penyelidik tentang permasalahan yang sedang dikaji. Dalam
proses membuat tinjauan literatur seseorang penyelidik akan mengenal pasti apakah yang
telah dipelajari oleh orang lain mengenai permasalahan yang serupa dengan permasalahan

6
FOO SIEW YOKE
781104-14-5840
HMEF5153
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

yang dikaji. Selain itu tinjauan literature adalah satu proses sistematik yang memerlukan
pembacaan dan perhatian kepada butiran yang terperinci.

Dalam menjalankan penyelidikan ini, penulis telah merujuk kepada sebanyak 72


sumber termasuk buku, jurnal dan kajian-kajian yang lepas yang berkiatan dengan skop
penyelidikan. Penulis membahagikan literatur kepada lima bidang iaitu “School
organizational climate”, “Influential factors in school organizational climate”,
“Teachers’ Job satisfaction”, “Influential factors in teachers’ job satisfaction”, dan
“Relationship between organizational climate and job satisfaction in educational setting”.
Kelima-lima bidang ini telah dibincangkan secara menyeluruh dengan tinjauan literatur
kajian yang mencukupi. Pertama sekali, penulis mendefinisikan dua pemboleh ubah
kajian iaitu iklim organisasi dan kepuasan kerja guru secara terperinci berasaskan kajian
yang lepas dan merumuskan bahawa iklim organisasi sekolah mempunyai hubungan yang
signifikan dengan kepuasan kerja guru.

Seterusnya, penulis mengenal pasti faktor-faktor yang akan mempengaruhi iklim


organisasi dalam bahagian “Influential factors in school organizational climate”.
Menurut penulis, faktor-faktor yang mempengaruhi iklim organisasi termasuk
kepimpinan pengetua, tingkah laku guru, tahap pencapaian serta kelemahan institusi.
Selain daripada itu, penulis juga membincangkan sembilan faktor mempengaruhi
kepuasan kerja guru, iaitu supervision, colleagues, working conditions, pay, responsibility,
work itself, advancement, security dan recognition. Kesemua faktor telah dikenal pasti
melalui kajian lepas yang dijalankan oleh beberapa orang pengkaji lepas.

Akhir sekali, penulis memperkuat signifikasi permasalahan berdasarkan tinjauan


kajian lepas yang berkaitan hubungan antara iklim organisasi dan kepuasan kerja dalam
suasana pendidikan. Bahagian ini telah memberi konteks yang jelas dan relevan bagi
skop kajian penyelidikan.
Walau bagaimanapun, saya berpendapat ada kelemahan dari pembacaan artikel
kerana penulis tidak memberi satu sub tajuk khusus untuk tinjauan literatur. Ini akan
mengelirukan pembaca kerana memerlukan masa untuk mengesan tijauan literatur dalam
artikel. Jadi, cadangan saya adalah mewujudkan sub-topik untuk memudahkan pembaca
membaca kajian ini dengan jelas.

7
FOO SIEW YOKE
781104-14-5840
HMEF5153
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

Tinjauan literatur biasanya merangkumi tiga aspek iaitu empirikal, teoritikal dan
metodologi. Kelemahan juga dilihat dalam aspek teoritikal dan metodologi amat kurang
ditekankan di dalam bahagian ini.

1.7 Reka Bentuk Penyelidikan


Penyelidikan yang dijalankan berdasarkan artikel ini adalah berbentuk kuantitatif. Saya
berpendapat bahawa reka bentuk penyelidikan Cross-Sectional yang digunakan dalam
artikel adalah sesuai dengan kaedah penyelidikan kuantitatif. Ini kerana Cross-Sectional
dicirikan oleh pengumpulan maklumat (data) yang relevan pada titik tertentu pada
waktunya. Oleh itu, tidak ada dimensi masa yang terlibat dalam Cross-Sectional, kerana
semua data dikumpulkan dan kebanyakannya merujuk kepada masa di atau sekitar masa
pengumpulan data.

Tambahan pula, pendekatan kuantitatif yang lebih mengutamakan kuantiti dan


melibatkan pengiraan-pengiraan seperti min, median, mod, peratusan, sisihan piawai,
varian dan sebagainya. Tahap kepuasan kerja guru dapat ditunjukkan melalui angka-angka
ini dengan lebih jelas. Pendekatan kuantitatif juga lebih berstruktur, mempunyai darjah
kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai penjadualan yang
jelas serta menumpukan hasil.

Selain daripada itu, penulis juga menerangkan dengan jelas mengenai populasi
kajian, alat pengukuran dan juga prosedur eksperimen yang dijalankan. Johnson (2015)
membahaskan bahawa reka bentuk yang baik harus menunjukkan soalan, penyelidikan
sebelumnya, pengumpulan data dan analisis, tafsiran data, kerangka teoretis, dan
kesimpulan dengan terperinci. Reka bentuk penyelidikan dalam artikel adalah baik kerana
memenuhi syarat yang dibahaskan.

1.8 Populasi dan Sampel

Populasi dan saiz sampel telah diterangkan secara terperinci di mana populasi sampel
adalah terdiri daripada 549 orang guru sekolah menengah bawah penyeliaan Pejabat
Pendidikan Daerah Penampang, Sabah. Sampel adalah dipilih secara rawak dengan
menggunakan kaedah persampelan mudah. Kebaikan cara ini adalah dapat mewujudkan

8
FOO SIEW YOKE
781104-14-5840
HMEF5153
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

sampel yang adil dan dapat mengurangkan kesilapan atau sifat berat sebelah dalam
kalangan pemilihan sampel. Dengan sejumlah jumlah 300 borang soal selidik telah
diedarkan dalam semua sekolah menengah, dan kemudian 226 telah dikembalikan
membentangkan saiz sampel untuk kajian. Bilangan ini telah mencapai sebanyak 88.67%
jumlah populasi yang terdiri daripada golongan guru menengah yang mempunyai ciri-
ciri yang lebih kurang sama di mana responden adalah terdiri daripada guru tetap sahaja.

Penyelidikan kuantitatif boleh dirujuk sebagai kajian yang menggunakan statistik


yang melibatkan bilangan responden yang banyak dengan sekurang-kurangnya melebihi
10 sampel dalam mengukur pembolehubah bagi sesuatu penyelidikan tersebut (Krejcie &
Morgan, 1970; Cohen, 1992). Maka, saiz sampel yang digunakan dalam penyelidikan ini
adalah mencukupi.

Walau bagaimanapun, berdasarkan tajuk kajian asal artikel ini, populasi yang terhad
kepada guru sekolah menengah di daerah Penampang, Sabah tidak menggambarkan
kepuasan kerja guru di seluruh Malaysia. Dengan ini, saya mencadangkan supaya frasa
“Malaysian Experience” seharusnya diganti dengan “Daerah Penampang, Sabah” pada
tajuk kajian.

Jika tajuk kajian asal dikekalkan, saya bercadang penulis harus menetapkan
populasi dan saiz sampel yang lebih besar yang melibatkan guru sekolah menengah dari
seluruh Malaysia supaya dapatan kajian menggambarkan situasi kepuasan guru sekolah
menengah yang sebenar di seluruh Malaysia.

1.9 Instrumentasi
Dalam artikel ini, jenis soal selidik yang digunakan oleh penulis adalah terdiri daripada
soal selidik deskriptif. Antara kesesuaian kajian yang boleh digunakan dalam
penyelidikan kuantitatif adalah deskriptif dan inferensi (Chua, 2011). Kajian
penyelidikan deskriptif melibatkan data yang dikumpul daripada keseluruhan populasi
dan analisis umum yang digunakan adalah frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai dan
taburan skor dalam membentangkan laporan.

Menurut penulis artikel, borang soal selidik yang diedarkan dibahagikan tiga
bahagian (I, II, dan III) dengan jumlah 60 item. Bahagian I berfungsi untuk mengutip

9
FOO SIEW YOKE
781104-14-5840
HMEF5153
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

maklumat demografi dan dua bahagian yang lain berfungsi mengumpul maklumat
pemboleh ubah seperti iklim organisasi dan kepuasan kerja guru secara berasingan.
Penulis juga telah memberi penerangan jelas tentang kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen di mana “Collegial Leadership (0.94), Professional Teacher Behavior (0.88),
Achievement Press (0.92) and Institutional Vulnerability (0.87)” yang mempunyai
“Cronbach’s Alpha” yang tinggi. Skor ini menunjukkan set soalan yang disediakan
menunjukkan kesahan dan konsistensasi yang tinggi. Menurut Carole L. Kimberlin &
Almut G. Winterstein (2008) anggaran kebolehpercayaan digunakan untuk menilai
kestabilan instrumen yang digunakan dalam sesebuah penyelidikan. Semakin tinggi skor
CA, semakin stabil instrumen yang digunakan.

Seterusnya, penulis juga menakrifkan indikasi pengukuran dengan jelas dalam


setiap skala pengukuran. Kajian lepas yang dikemukakan oleh penulis tentang pemilihan
instrumen dapat memberikan gambaran yang jelas kepada pembaca. Dengan ini, saya
berpendapat bahawa instrumen yang digunakan adalah sangat sesuai dan berjaya
menyampaikan maklumat yang perlu diketahui oleh pembaca.

1.10 Prosedur Penyelidikan

Dari segi prosedur penyelidikan, penulis mengutip data melalui masa perjumpaan staf
sekolah masing-masing. Semua responden bertindak secara sukarela dan dijamin
kesulitan masing-masing. Bagi responden yang tidak sempat kembalikan borang soal
selidik, mereka boleh meletakkan borang soal selidik tersebut ke dalam bakul yang
disediakan oleh penulis. Prosedur pengumpulan data ini adalah sesuai untuk reka bentuk
penyelidikan yang digunakan kerana ia membentuk suasana yang tiada paksaan dan ada
cara alternatif untuk guru yang tidak sempat menghantar soal selidik kerana perlu masuk
ke kelas selepas perjumpaan staf.
Untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen, penulis telah memilih sebuah
sekolah menengah di Penampang untuk menjalankan ujian rintis sebelum soal selidik
diedarkan kepada semua sampel. Sandra & Leslie (2007) menyatakan bahawa tujuan ujian
perintis adalah untuk mengkaji sejauh mana ujian dijalankan, adalah penting bahawa ujian
diberikan dalam situasi yang sesuai dengan keadaan sebenar di mana ujian akan
digunakan. Oleh itu, untuk ujian perintis, pengkaji memilih sampel yang menyerupai atau
menjadi sebahagian daripada sasaran ujian. Pada pandangan saya, penulis telah

10
FOO SIEW YOKE
781104-14-5840
HMEF5153
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

mengambil langkah yang sesuai kerana menjalankan ujian rintis sebelum pengedaran soal
selidik kepada sasaran responden.
Menurut penulis bahawa antara jumlah 300 borang soal selidik telah diedarkan
dan 266 berjaya dikumpul. Ini menunjukkan pulangan respon adalah agak tinggi.
Walaupun 21 borang yang tidak lengkap ditolak namun masih terdapat 92% iaitu 245
yang boleh diguna pakai. Bilangan borang soal selidik adalah mencukupi untuk dianalisis.
Namun, penulis tidak memberi penjelasan tentang mengapa hanya 266 soal selidik yang
berjaya dikumpul balik. Ini bermakna terdapat 34 data yang tercicir semasa proses
pengumpulan data tidak dimaklumkan.

Saya bercadang penulis boleh membina sebuah carta aliran atau rajah kerangka
penyelidikan untuk memudahkan pembaca lebih memahami prosedur penyelidikan yang
dijalankan.

1.11 Analisis data dan keputusan

Penulis memilih Statistical Package for Social Science (SPSS) untuk menganalis data
yang dikumpul. SPSS mampu mengakses data dari pelbagai jenis format yang tersedia,
seperti pada dBase, Lotus, Text file, dll. Data yang sudah ada dari pelbagai format dapat
langsung digunakan untuk dianalisis. Selain itu, SPSS memberikan tampilan data yang
lebih informatif serta informasi lebih tepat dengan memberikan kod alasan jika
terjadi missing data.

Didapati penulis telah menggunakan lima teknik untuk menganalis data. Pertama,
“Cronbach’s Alpha” digunakan menguji keboehpercayaan item dalam kajian. Kedua,
“Pearson’s product-moment formula” (table 8) digunakan untuk menguji kolerasi dua
pemboleh ubah. Ketiga, “Descriptive test” digunakan untuk cari min (Table 3,6,7).
Keempat. “Pilot test” digunakkan untuk mencari kebolehpercayaan instrumen. Kelima,
T-test digunakan untuk berbanding hubungan antara kepuasan kerja dengan jantina.
Semua data yang dianalisis telah memberi jawapan kepada soalan penyelidikan
apabila merujuk kepada Table 6, Table 8, Table 10 dan Table 12. Secara keseluruhan
penyelidik telah memberikan penjelasan untuk menggunakan teknik analisa tertentu dan
keputusan telah disampaikan dengan jelas dan tepat dengan tafsiran yang tepat dan
terperinci.

11
FOO SIEW YOKE
781104-14-5840
HMEF5153
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

1.12 Dapatan kajian dan perbincangan

Perbincangan dapatan kajian dalam bahagian ini selaras dengan soalan penyelidikan.
Perbincangan yang dibuat merangkumi ringkasan keseluruhan, perbincangan dapatan
kajian, signifikan dan implikasi kajian serta batasan kajian.

Penulis telah mengemukakan ringkasan dapatan yang menjurus dalam menjawab


persoalan kajian dan seterusnya mencapai objektif kajian. Seterusnya, semua
perbincangan dapatan kajian telah memberi justifikasi berkaitan dengan teori dan konsep
yang dibincangkan dalam bahagian tinjauan literatur. Setiap dapatan kajian penulis juga
dilihat memberi pemahaman yang lebih mendalam di samping mengaitkan kajian lepas
yang disenaraikan sebelum ini. Dalam bahagian ini juga, hipotesis yang dibuat juga
sepadan dengan tajuk penyelidikan. Segala keputusan yang didapati dalam artikel kajian
ini adalah relevan mencerminkan tajuk penyelidikan.

Penulis telah merumuskan tiga signifikan dan implikasi kajian. Pertama,


penyelidikan ini akan menyumbang kepada kemajuan badan pengetahuan oleh
berkhidmat sebagai alat penyelidikan lanjut untuk menggambarkan pelbagai kesan
terhadap iklim organisasi dan kepuasan kerja di sekolah menengah awam. Kedua, dari
segi amalan dan peningkatan dasar, kajian ini berpotensi untuk memberi garis panduan
kepada negeri dan kerajaan persekutuan Malaysia dalam merumuskan terma dan syarat
perkhidmatan yang lebih baik untuk guru khusus di sekolah menengah awam. Akhirnya,
iklim organisasi dan kepuasan kerja adalah saling berkaitan dan saling bergantung, maka
kajian ini bertujuan untuk meningkatkan alam pengetahuan dengan menguji teori
membina kepuasan kerja dan iklim organisasi untuk guru sekolah menengah awam.

Pada bahagian akhir, penulis mengenal pasti beberapa batasan tentang


penyelidikan yang dijalankan. Batasan yang disenaraikan boleh dijadikan rujukan kepada
pembaca atau bakal pengkaji lain supaya dapat membuat penambahbaikan atau cara
pelaksanaan kajian dimodifikasikan.

12
FOO SIEW YOKE
781104-14-5840
HMEF5153
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

1.13 Komen Keseluruhan

Artikel ini adalah teratur, menyatakan pembolehubah bebas dan bergantung pada kajian
dengan jelas. Di samping itu, keputusan dan perbincangan mencerminkan secara relevan
dengan objektif kajian. Namun demikian, keputusan dan dapatan kajian yang
mendedahkan bahawa guru-guru sekolah menengah awam di bawah pengawasan Pejabat
Pendidikan Daerah Penampang berpuas hati dengan tugas mereka tidak menggambarkan
situasi sebenar di seluruh Malaysia. Keputusan ini juga tidak menyumbang secara
signifikan kepada penghasilan idea atau dapatan baru.

Setelah membaca artikel ini, saya bersetuju bahawa faktor kepuasan kerja amat
penting kepada setiap individu yang bekerja. Apabila wujudnya kepuasan kerja, ianya
akan mendorong pekerja meningkatkan prestasi dan produktiviti dan dalam masa yang
sama dapat memastikan KPI sekolah tercapai.

Guru-guru yang berpuas hati dengan kerjayanya akan menjadi lebih produktif dan
memberikan komitmen yang tinggi dalam pekerjaan. Dengan ini, kajian
tahap kepuasan kerja dapat membantu organisasi menggunakannya sebagai rujukan
dalam meningkatkan tahap kepuasan kerja terutamanya di kalangan guru untuk
merancang sebarang perubahan. Justeru itu faktor-faktor yang menyebabkan
ketidakpuasan kerja mestilah dikenalpasti agar perkara-perkara yang menimbulkan rasa
tidak puas hati dapat diatasi untuk kebaikan bersama.

Secara keseluruhannya, saya bersetuju dengan pandangan penulis di mana kajian


ini dapat memberi sumbangan kepada dua perkara penting iaitu dari segi perkembangan
ilmu dan pelaksanaan dasar. Dari segi perkembangan ilmu, kajian yang dijalankan
memberikan sumbangan empirikal terhadap organisasi disamping memberikan nilai
tambah kepada teori-teori sedia ada sebagai kerangka konsep dan pendekatan yang boleh
memandu kajian ini.

Dalam pada itu, kajian ini juga memberi sumbangan kepada dasar tentang
kepentingan iklim organisasi bagi meningkatkan kepuasan kerja guru. Tindakan pucuk
pimpinan organisasi yang mengatur strategi untuk meningkatkan kepuasan kerja guru
adalah suatu usaha yang harus dipandang serius.

Sekiranya saya menjalankan penyelidikan yang sama, saya juga akan


melakukannya dengan reka bentuk yang sama dan modifikasi dari segi skop kajian. Saya
13
FOO SIEW YOKE
781104-14-5840
HMEF5153
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

ingin menjalankan penyelidikan di kawasan bandar dengan populasi terdiri daripada guru-
guru sekolah rendah. Memandangkan perbezaan situasi antara iklim organisasi di sekolah
menengah dan sekolah rendah, saya ingin mengkaji adakah perbezaan tahap kepuasan
kerja guru di sekolah rendah dengan sekolah menengah?

Selain daripada itu, populasi dan saiz sampel boleh diperluaskan lagi kepada
kawasan atau negeri yang berbeza untuk memberi gambaran yang lebih menyeluruh
tentang kepuasan kerja guru dan iklim organisasi dalam alam pendidikan Malaysia.

Dari segi cara pengutipan data, saya tetap memilih borang soal selidik deskriptif
sebagai instrumen kajian namun saya akan menukar soal selidik ke bentuk google form
untuk memudahkan pengutipan data. Borang soal selidik yang berbentuk elektronik lebih
mesra alam berbanding borang cetakan kertas. Responden juga boleh mengisi borang
dengan lebih senang sama ada menggunakan komputer, laptop, tablet ataupun telefon
pintar. Tambahan lagi. kaedah google form ini juga memudahkan pengkaji untuk
menjalankan analisis data.

Akhir sekali, selari dengan pandangan penulis artikel, lebih banyak kajian perlu
dilakukan dalam konteks Malaysia untuk meningkatkan tahap iklim organisasi sekolah
dan kepuasan kerja guru. Ini kerana kajian berkaitan dengan iklim sekolah dan kepuasan
kerja guru merupakan perkara yang sangat penting dan berterusan kerana sistem
pendidikan dan ilmu pendidikan yang sentiasa berkembang. Ianya perlu selari dengan
perkembangan semasa dan bersesuaian dengan tempat tersebut. Para guru akan
meningkatkan keupayaan bertaraf dunia yang diperlukan bagi membantu mencapai
keberhasilan murid yang dihasratkan, dan memperoleh kepuasan dan peningkatan prestasi
serta komitmen yang maksimum.

14
FOO SIEW YOKE
781104-14-5840
HMEF5153
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

2.0 Rujukan

Ary, D., Jacobs, L. C., Irvine, C. K., & Walker, D. (2018). Introduction to Research in

Education. Boston, MA: Cengage Learning.

Biggam, J. (2015). Succeeding with Your Master's Dissertation. Milton Keynes, United

Kingdom: McGraw-Hill Education (UK).

Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2011). Research Methods in Education.

London, England: Routledge.

Contoh Batasan Masalah. (2019, September 29). Retrieved from

https://contohsoal.co.id/contoh-batasan-masalah/

Daisy May Hartwel. (2019, September 19). How to Write an Abstract'Complete Guide

(With Examples). Retrieved from https://custom-writing.org/blog/how-to-write-

an-abstract

Daniel, P. S., & Sam, A. G. (2011). Research Methodology. Gyan Publishing House.

Flinders University. (2012). Critiquing Research Articles. Retrieved October 18, 2019,
from
https://www.flinders.edu.au/slc_files/Documents/Blue%20Guides/Critiquing%
20Research%20Articles.pdf

Kale, A., & Kale, A. (2009). Basics of Research Methodology. Essentials of Research

Methodology and Dissertation Writing, 7-7. doi:10.5005/jp/books/10297_2

Kumar, R. (2014). Research Methodology: A Step-by-Step Guide for Beginners.

Thousand Oaks, CA: SAGE.

McIntire, S. A., & Miller, L. A. (2007). Foundations of Psychological Testing: A

Practical Approach. Thousand Oaks, CA: SAGE.

Omar, A. H. (2012). Latar belakang dan metodologi kajian.

15
FOO SIEW YOKE
781104-14-5840
HMEF5153
EDUCATIONAL RESEARCH METHODOLOGY

Othman talib, drotspss. (2011, July 13). TAJUK 158: LITERATURE REVIEW - DUA

(2) CARA KUPASAN KAJIAN LEPAS. Retrieved from

http://drotspss.blogspot.com/2011/07/tajuk-157-literature-review-dua-2-

cara.html

Panduan Penulisan Proposal Thesis. (n.d.). Retrieved from

https://www.academia.edu/3415586/Panduan_Penulisan_Proposal_Thesis

Prosedur Penelitian. (2010, March 9). Retrieved from

https://kazzuya.wordpress.com/2010/03/09/prosedur-penelitian/

Research Design and Methodology. (n.d.). Heuristic research : design, methodology,

and applications, 38-58. doi:10.4135/9781412995641.d21

Sesay, A. (2012). Educational Research: A Beginner's Guide. Xlibris Corporation.

Thomas, G. (2017). How to Do Your Research Project: A Guide for Students. SAGE.

Wood, M. J., & Kerr, J. C. (2010). Basic Steps in Planning Nursing Research: From

Question to Proposal. Jones & Bartlett Learning.

16

You might also like