Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SK BANDAR TUN HUSSEIN ONN

43200 CHERAS, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU BIL. 4/2019

Tarikh: 25 November 2019


Masa: 11.30 tengah hari
Tempat: Bilik Gerakan

KEHADIRAN

BIL NAMA JAWATAN

1 Nurhafizah binti Ibrhim Ketua Panitia (Pengerusi)


2 Yummi Aisya binti Yuganu (Setiausaha Panitia)
3 Syearry Sylvester (AJK)
4 Azamuddin bin Suboh (AJK)
5 Rosmi Salmiah binti Kasim (AJK)
6 Masliyana binti Mohamad (AJK)
7 Norwati binti Mohd Zin (AJK)
8 Masroha binti Mohd Nor (AJK)
9 Suraya binti Arshad (AJK)
10 Che Noor Asmah binti Ya (AJK)
11 Hasliza binti Jalaluddin (AJK)
12 Azlina binti Ahmad (AJK)
13 Norsyahirah binti Abdul Rahman (AJK)
14 Masliyana binti Mohamad (AJK)
15 Muhammad Rushdi bin Md Rasib (AJK)
16 Mohd Sufian Hadi bin Che Man (AJK)
17 Syuria Albina binti Samani (AJK)
18 Rogayah binti Hasan (AJK)
19 Suraya binti Hussin (AJK)
20 Norhaizan binti Badron (AJK)
21 Nor Azean binti Soib (AJK)
22 Mohd Azizun bin Zakaria (AJK)
23 Nurul Syazwani binti Azami (AJK)
24 Fauziah binti Samsudin (AJK)
25 Nor Hayani binti Abd Rahman (AJK)
26 Rohayati binti Abdul Shukor (AJK)
27 Norlaili binti Yaacob (AJK)

1
28 Norkarmila binti Mohd Noor (AJK)
29 Zarita binti Ahmad Nazri (AJK)
30 Naimah binti Nawawi (AJK)

TIDAK HADIR DENGAN KENYATAAN

BIL NAMA JAWATAN


Tiada

TURUT HADIR

BIL NAMA JAWATAN


Tiada

URUS SETIA

BIL NAMA JAWATAN


1. Yummi Aisya binti Yuganu Setiausaha Panitia Bahasa Melayu

1 UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

1.1 Pn. Nurhafizah selaku pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih
di atas kehadiran guru-guru Bahasa Melayu ke Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu
Bilangan 4/2019. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan ummul kitab Al-Fatihah.

Tindakan : Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.3/2019

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat lalu.


Cadangan : Norwati binti Mohd Zin
Sokongan : Sebulat suara

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua ahli kerana dapat melaksanakan
aktiviti bulan panitia Bahasa Melayu dengan baik.
3.2 Jika ada guru yang belum menghantar fail atau dokumen yang diperlukan oleh
pihak sekolah , diminta berbuat demikian sebelum cuti sekolah bermula.
3.3 Pengerusi mengharapkan semua guru sudah menjalankan tugas dengan baik
dengan memastikan semua buku latihan murid disemak dan dikembalikan kepada
murid semula.

Tindakan : Semua guru BM

2
4 PERKARA-PERKARA BAHARU

4.1 Post Mortem Peperiksaan Akhir Tahun

4.1.1

TAHUN 4 : PEMAHAMAN
SASARAN PENCAPAIAN RUMUSAN
(TERCAPAI/TIDAK
TERCAPAI)
% LULUS :93.20 % LULUS : 81.27 Tidak Tercapai
GPMP : 2.31 GPMP : 3.02
KEKUATAN KELEMAHAN
1. Soalan peperiksaan mengikut aras yang 1. Murid kurang memahami
sepatutnya. kosa kata.
2. Soalan berpandukan sukatan dalam buku 2. Segelintir murid masih
lagi menjawab soalan
teks.
dengan jawapan yang
3.Murid telah didedahkan dengan format soalan. ringkas.
4. Latihan yang diberi membantu murid
3.Murid kerap melakukan
menjawab soalan peperiksaan. kesalahan ejaan dan tanda
baca.
TINDAKAN SUSULAN
1. Meneruskan program peningkatan pada tahun 2019.
2. Memberikan lebih banyak latihan berformat peperiksaan.
3. Memastikan murid menulis dengan ejaan dan tanda baca yang betul.

TAHUN 4 : PENULISAN
SASARAN PENCAPAIAN RUMUSAN
(TERCAPAI/TIDAK
TERCAPAI)
% LULUS : 91.26 % LULUS : 80.21 Tidak Tercapai
GPMP : 2.40 GPMP : 2.91
KEKUATAN KELEMAHAN
1. Soalan yang diberikan berpandukan sukatan 1. Murid kurang memahami
pelajaran Tahun 4. kehendak soalan.
2. Murid telah didedahkan kepada teknik 2. Soalan tidak mengikuti
menjawab soalan. tahap murid.
3.Murid telah mengetahui bentuk soalan di 3. Murid melakukan
dalam bahagian ini. kesalahan ejaan dan tanda
baca.
TINDAKAN SUSULAN
1. Memberi latihan lebih kerap pada bahagian yang lemah.
2. Memberi latihan agar murid menguasai kemahiran ejaan dan tanda baca
yang betul.
3. Memperbanyak latihan membina dan menulis karangan.

3
TAHUN 5 : PEMAHAMAN
SASARAN PENCAPAIAN RUMUSAN
(TERCAPAI/TIDAK
TERCAPAI)
% LULUS : 90.03 % LULUS : 91.56 Tercapai
GPMP : 2.48 GPMP : 2.27
KEKUATAN KELEMAHAN
1. Murid memahami kehendak soalan. 1. Kekangan masa
2. Murid telah menguasai format peperiksaan. 3. melaksanakan program
3. Soalan yang disediakan mengikut JSU. yang dirancang.
4. Guru yang mengajar ialah guru yang 2. Terlalu banyak program
berpengalaman. dijalankan menyebabkan
PdPc ditangguhkan.
3. Murid cuai semasa
menjawab soalan.

TINDAKAN SUSULAN
1. Meneruskan Program Peningkatan pada tahun 2019.
2. Memastikan murid diberikan lebih banyak latihan yang bersesuaian.

TAHUN 5 : PENULISAN
SASARAN PENCAPAIAN RUMUSAN
(TERCAPAI/TIDAK
TERCAPAI)
% LULUS : 90.70 % LULUS : 90.91 Tercapai
GPMP : 2.38 GPMP : 2.39
KEKUATAN KELEMAHAN
1. Murid didedahkan dengan format 1. Latihan penulisan
peperiksaan. (Bahagian B) kurang
2. Murid telah menguasai format soalan. menyebabkan murid tidak
3. Guru yang mengajar ialah guru pandai membahagikan
berpengalaman. masa untuk menjawab
semua soalan.
2. Masih lemah tanda baca.
3. Murid kurang memahami
kehendak soalan.

4
TINDAKAN SUSULAN
1. Memberi latihan lebih kerap pada bahagian yang lemah.
2. Memastikan murid menguasai lebih banyak kosa kata untuk memudahkan
murid untuk membina karangan mengikut tajuk.

TAHUN 6 : PEMAHAMAN
SASARAN PENCAPAIAN RUMUSAN
(TERCAPAI/TIDAK
TERCAPAI)
% LULUS : 99 % LULUS : 93.60 Tidak tercapai
GPMP : GPMP : 2.09
KEKUATAN KELEMAHAN
1. Guru berpengalaman. 1. Murid tidak
2. Guru BM telah mahir mengajar mata pelajaran menggunakan ayat
Bahasa Malaysia. yang lengkap
3. Murid telah didedahkan dengan format soalan. terutamanya di
4. Murid banyak membuat latihan yang berkaitan. dalam bahagian
Pemahaman.
2. Murid cuai semasa
menjawab soalan.
TINDAKAN SUSULAN
1. Memberi latihan lebih kerap pada bahagian yang lemah.
2. Memastikan murid menguasai kemahiran membina ayat.

TAHUN 6 : PENULISAN
SASARAN PENCAPAIAN RUMUSAN
(TERCAPAI/TIDAK
TERCAPAI)
% LULUS : 98 % LULUS : 94.61 Tidak tercapai
GPMP : GPMP : 2.14
KEKUATAN KELEMAHAN
1.Guru berpengalaman. 1. Murid tidak
2.Guru BM telah mahir mengajar mata pelajaran menggunakan ayat
Bahasa Malaysia. yang lengkap
3. Murid telah didedahkan dan memahami terutamanya di
format soalan. dalam bahagian A.
4. Murid telah banyak membuat latihan 2. Murid keliru dengan
mengikut format soalan. kehendak soalan.
3. Murid melakukan
kesalahan dan
tanda baca.
TINDAKAN SUSULAN
1. Memberi latihan lebih kerap pada bahagian yang lemah.
2. Memberi penekanan kepada murid agar menulis ejaan dan tanda baca
dengan betul

5
4.6.1 Peperiksaan Akhir Tahun masih belum berada di tahap yang memuaskan. Walau
bagaimanapun, kita berharap agar keputusan Bahasa Melayu UPSR sentiasa
berada di tahap yang cemerlang.
4.6.2 Guru-guru diharapkan dapat menjalankan tindakan susulan untuk membantu
murid kita menguasai subjek ini pada masa akan datang.

Tindakan : Semua guru BM

4.2 Post Mortem Aktiviti Tahunan Panitia

4.2.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih diatas kerjasama dan komitmen yang
diberikan sepanjang bulan Panitia Bahasa Melayu. Beliau juga
mengucapkan terima kasih kerana telah berjaya menjalankan aktiviti-aktiviti
yang telah dirancang dengan baik. Namun sedikit penambahbaikan perlu
ditambah untuk aktiviti seterusnya iaitu perlu melibatkan persembahan
bakat murid secara dalaman dimana kita akan lebih memfokuskan kepada
konsep kemenjadian murid.

4.2.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah atas kejayaan melaksanakan program


kecemerlangan iaitu bengkel penulisan tahun 4 dan tahun 5. Diharapkan
agar program seperti ini dapat dilaksanakan setiap tahun kerana ianya
sangat membantu murid-murid untuk lebih memahami dan menguasai
subjek penulisan.

Tindakan : Semua guru BM

4.3 Penetapan Kalendar dan Aktiviti Panitia

4.4.1 Aktiviti panitia yang telah dirancang pada tahun hadapan seperti yang berikut:

Tahun 1 - Mengedit petikan pendek


Tahun 2 - Imlak
Tahun 3 - Pertandingan bercerita
Tahun 4 - Menulis karangan autobiografi
Tahun 5 - Tulisan cantik
Tahun 6 - Penanda buku

4.4 Pelan Strategik

4.4.1 Pelan Strategik yang dirancang telah berjaya dilaksanakan dan akan
diteruskan pada tahun akan datang.

Tindakan : Semua guru BM

6
4.5 Penetapan Buku Aktiviti dan Latihan

4. 5.1 Buku kerja.


Buku kerja yang akan digunakan pada tahun hadapan akan ditetapkan oleh
pihak pentadbir.

4.5.2 Buku tulis.


Cadangan buku tulis yang akan digunakan pada tahun 2020 ialah seperti
berikut.

Tahun 1 - 2 buah buku (No. 1 dan No. 5)


Tahun 2 - 3 buah buku ( No. 1)
Tahun 3 - 3 buah buku ( 1 buku penulisan dan 2 buku nombor 1)
Tahun 4, 5 & 6- 4 buah buku ( 2 buku penulisan dan 2 buku nombor 1)

Tindakan : Semua guru BM


4.7 LADAP

4.7.1 Semua LADAP telah dibuat dengan kerjasama semua guru Panitia
Bahasa Melayu.

Tindakan : Makluman

4.8 PLC

4.8.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru atas kerjasama


melaksanakan PLC dengan berkesan pada tahun lepas.

4.8.2 Jadual akan dibuat dan disusun bagi PLC 2020.

Tindakan : Makluman

5 HAL-HAL LAIN

5.1 Semoga Panitia Bahasa Melayu akan lebih cemerlang pada tahun hadapan.
5.2 Terima kasih diucapkan kepada Puan Rogayah dan Encik Rushdi di atas usaha
sebagai guru Bahasa Melayu sepanjang berada di SK Bandar Tun Hussein
Onn. Semoga berbahagia dan terus cemerlang di tempat baru.
5.3 Terima kasih juga diucapkan kepada semua guru Bahasa Melayu yang
sentiasa memberikan kerjasama dalam apa jua aktiviti dan program yang
dijalankan.
Tindakan : Makluman

7
6 PENANGGUHAN MESYUARAT

Ketua Panitia mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.
Mesyuarat seterusnya ialah mesyuarat pertama tahun 2020 yang akan dijalankan
pada tarikh yang akan ditetapkan.

Urus Setia
Setiausaha Mesyuarat Guru
SK Bandar Tun Hussein Onn
Tarikh : 26 November 2019

Disediakan oleh: Disemak oleh:

................................................ .................................................
YUMMI AISYA BINTI YUGANU NURHAFIZAH BINTI IBRHIM
Setiausaha Ketua Panitia Bahasa Melayu
Panitia Bahasa Melayu SK Bandar Tun Hussein Onn

You might also like