TEKS MC SK MERITAM HARI Keluarga Zon D

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM HARI KELUARGA ZON D dan MAJLIS PERPISAHAN GURU


BESAR

No ATURCARA SKRIP PENGACARA


1. KETIBAAN Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Mat Zinan Bin Haji
TETAMU Wahit, Pegawai Pendidikan Daerah Limbang..
JEMPUTAN diiringi Yang Berusaha Encik Janudin Bin Aji Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Lubok Tekurok
merangkap Pengerusi Sekolah-sekolah Zon D ke
Bumbung Gemilang , Sekolah Kebangsaan Meritam.

2. KATA-KATA Yang Berbahagia, Tuan Haji Mat Zinan Bin Haji Wahit, Pegawai Pendidikan
ALUAN Daerah Limbang.
Yang Berusaha
Encik Janudin Bin Aji, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lubok Tekurok
merangkap Pengerusi Sekolah-sekolah Zon D daerah Limbang.

Yang dihormati...Encik Albaz Bin Samat Guru Besar Sekolah Kebangsaan


Meritam

Yang dihormati ... Encik Mohammed Abu Bakar Bin Musleem… Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Tedungan.

Yang dihormati... Puan Nur Syazwani Binti Abdullah, Penolong Kanan


Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Meritam .

Yang dihormati barisan Guru Besar-Guru Besar Sekolah Zon D Daerah Limbang.

Barisan Penolong Kanan-Penolong Kanan Zon D..

Barisan Guru-guru Zon D...

Dan Anggota Kumpulan Pelaksana Sekolah-sekolah zon D.

Assalamualaikuum dan selamat sejahtera.


Alhamdulillah. Bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana... dengan limpah kurnia-
Nya, dapat juga kita berhimpun dan masih diberikan kesempatan untuk
bersama-sama dalam Program Hari Keluarga Zon D dan Majlis Perpisahan Guru
Besar-Guru Besar... yang akan berpindah ke sekolah lain.

Hadirin Sekalian,

3. UCAPAN Majlis kita pada petang ini diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang
PENGERUSI Berusaha Encik Janudin Bin Aji , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lubok
ZON D Tekurok merangkap Pengerusi Sekolah-sekolah zon D untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan. Dipersilakan.
*************************************************
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Janudin
Bin Aji , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lubok Tekurok atas ucapan alu-aluan
sebentar tadi.

4. UCAPAN Hadirin sekalian,


PERASMIAN
Majlis kita diteruskan lagi dengan menjemput Yang Berbahagia, Tuan Haji Mat
Zinan Bin Haji Wahit, Pegawai Pendidikan Daerah Limbang untuk
menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Hari Keluarga Peringkat Sekolah-
sekolah Zon D.

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan..

*************************************************

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang


Berbahagia, Tuan Haji Mat Zinan Bin Haji Wahit , Pegawai Pendidikan
Daerah Limbang atas kesudian untuk menyampaikan ucapan dan merasmikan
program kita pada petang ini.
Hadirin dikasihi,

5. UCAPAN GB Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik Mohammed Abu Bakar
YANG Bin Musleem , Bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tedungan
BERPINDAH
STESEN. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

************************************************
Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik
Mohammed Abu Bakar Bin Musleem , Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Tedungan atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi. Untuk
makluman, Encik Mohammed Abu Bakar Bin Musleem akan berpindah ke
Sekolah Kebangsaan Gadong

***************************************************
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Encik Albaz Bin Samat Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Meritam untuk menyampaikan ucapan …

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

****************************************************

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Albaz
Bin Samat, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Meritam atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi. Untuk makluman, Encik Albaz Bin
Samat akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Limpaki.

*************************************************

Hadirin sekalian…
7. CENDERAMATA

Majlis kita pada petang ini …diteruskan lagi dengan menjemput Yang
Berbahagia Tuan Haji Mat Zinan Bin Haji Wahit, Pegawai Pendidikan Daerah
Limbang … untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan
kepada Encik Albaz Bin Samat dan Encik Mohammed Abu Bakar Bin
Musleem

Majlis mempersilakan…… Encik Albaz Bin Samat …. Untuk menerima


cenderamata daripada Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Limbang.

Seterusnya, majlis mempersilakan Encik Mohammed Abu Bakar Bin


Musleem untuk menerima cenderamata daripada Tuan Pegawai Pendidikan
Daerah Limbang..

*******************************
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada menjemput Yang Berbahagia
Tuan Haji Mat Zinan Bin Haji Wahit, Pegawai Pendidikan Daerah Limbang
atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi. Sesungguhnya, segala
jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Encik Albaz Bin Samat dan
Encik Mohammed Abu Bakar Bin Musleem selama berkhidmat di Sekolah
Kebangsaan Meritam dan Sekolah Kebangsaan Tedungan… tetap diingati dan
dikenang sampai bila-bila

Hadirin yang dihormati..


8. MAJLIS TAMAT
& TAKLIMAT Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata sebentar tadi … maka
HARI berakhirlah sudah Majlis Perasmian Hari Keluarga Zon D serta Majlis Perpisahan
KELUARGA Guru Besar-Guru Besar Sekolah Zon D.
ZON D

Para tetamu jemputan dan Guru Besar-Guru Besar dipersilakan untuk menikmati
jamuan minum petang yang telah disediakan.

Seusai majlis ini… Taklimat berkaitan Pemilihan Pemain Pasukan PSKPP Zon D
untuk Tahun 2019 akan diadakan .

Sekian, daripada saya … Assalamualaikuum dan selamat sejahtera.

You might also like