Perakaunan 2 Tempahan Kerja Past Year 201320162018

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

STPM2013U

(a) Bezakan antara nota permintaan bahan dengan borang pesanan belian. [2]
(b) Takrifkan unit setara dan kos dipindah masuk [2]
(c) Bezakan antara kos tersedia dengan kos pengendalian berubah. Nyatakan satu contoh bagi setiap jenis kos
berkenaan dalam industri pengangkutan. [3]
(d) Syarikat Sinar Cerah Berhad mengeluar dan menjual lampu neon. Syarikat menggunakan kaedah pengekosan
tempahan kerja untuk menentukan kos produknya.
Ringkasan data operasi bagi bulan Disember 2012 adalah seperti berikut:
(1) Bahan mentah langsung yang diminta dan buruh langsung yang digunakan adalah seperti di bawah:
Kerja Bahan mentah langsung(RM) Buruh langsung (RM)
Kerja J1 2,750 1,700
Kerja J2 3,800 2,000
Kerja J3 2,990 1,450
Kerja J4 5,950 3,800
Kerja J5 3,250 1,900
Kerja J6 900 600
(2) Kadar overhed perkilangan ialah 60% atas kos buruh langsung
(3) Kerja J1, J2, J4 dan J5 telah disiapkan sepenuhnya
(4) Kerja J1, J2, dan J4 dengan harga masing-masing ialah RM7,000, RM10,500, dan RM18,100 telah
dihantar dan dibilkan kepada pelanggan.
Dikehendaki
(i) Hitung kos kerja yang disiapkan sepenuhnya dalam bulan Disember 2012. [6]
(ii) Hitung kos kerja dalam proses bagi Kerja J3 dan Kerja J6 pada 31 Disember 2012 [3]
(iii) Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan kerja barang siap, jualan secara kredit bagi Kerja J1, J2 , dan
J4 , dan kos barang dijual [4]
STPM 2018
Syarikat Rawa Bina Sdn. Bhd. menggunakan sistem pengekosan normal untuk merekodkan aktiviti pengekosan tempahan
kerja. Syarikat itu mempunyai dua jabatan, iaitu Jabatan A dan Jabatan B. Maklumat yang dibelanjawankan dan maklumat
sebenar bagi tahun 2017 adalah seperti berikut:

Butiran Jabatan A Jabatan B


Overhed yang dibelanjawankan RM198,000 RM792,000
Overhed Sebenar RM165,000 RM690,000
Jam buruh langsung dijangkakan 66,000 jam 13,000 jam
Jam mesin dijangkakan 14,000 jam 99,000 jam
Jam buruh langsung sebenar 70,000 jam 10,000 jam
Jam mesin sebenar 15,000 jam 80,000 jam
Beberapa tempahan kerja telah disiapkan dalam tahun 2017. Maklumat berkaitan No. Kerja : M107 adalah seperti berikut:

Bahan mentah langsung RM34,500


Kos buruh langsung:
Jabatan A (6,000 jam pada kadar RM7.00 sejam) RM42,000
Jabatan B (1,500 jam pada kadar RM7.00 sejam) RM10,500
Jam Mesin digunakan
Jabatan A 200 jam
Jabatan B 1,500 jam
Overhed sebenar RM35,000
Unit dikeluarkan 20,000 unit
Syarikat menggunakan kadar overhed pratentu di setiap jabatan untuk mengagihkan overhed kepada setiap tempahan
kerja. Jam buruh langsung digunakan di Jabatan A dan jam mesin digunakan di Jabatan B
Dikehendaki
Hitung
(i) kadar overhed pratentu bagi Jabatan A dan kadar overhed pratentu bagi Jabatan B [3]
(ii) jumlah kos dan kos seunit bagi No. Kerja: M107 [4]
(iii) Overhed terkurang dan terlebih serap bagi No. Kerja: M107 dan sediakan catatan jurnal pelarasan bagi No. Kerja:
M107 [3]
(iv) Overhed terkurang atau terlebih serap bagi Jabatan A dan overhed terkurang atau terlebih serap bagi Jabatan B
serta sediakan catatan jurnal pelarasan bagi setiap Jabatan. [7]

STPM2016U
(a) Nyatakan dua perbezaan antara pengekosan tempahan kerja dengan pengekosan proses. Berikan satu contoh
perniagaan bagi setiap kaedah pengekosan itu. [3]
(b) Syarikat Indah Kabinet Sdn. Bhd. mengeluarkan kabinet mengikut spesifikasi pelanggan. Syarikat itu
menggunakan kaedah pengekosan tempahan kerja. Asas kos buruh langsung telah digunakan dalam menentukan
overhed pengeluaran. Kadar overhed pratentu bagi tahun 2015 dikira berasaskan jumlah overhed pengeluaran
yang dijangkakan oleh syarikat sebanyak RM480,000 dan kos buruh langsung sebanyak RM400,000. Satu
daripada tempahan kerja yang dilakukan dalam tahun 2015 ialah IK41.
Maklumat kos syarikat yang terlibat bagi tahun berakhir 31 Disember 2015 adalah seperti berikut:

Item RM
Kos bahan mentah langsung digunakan 300,000
Kos buruh langsung 210,000
Sewa kilang 20,000
Kos buruh tak langsung 75,000
Penyelenggaraan kilang 100,000
Susut nilai mesin kilang 20,000
Sewa pejabat 10,000

Inventori bagi kerja dalam proses dan inventori barang siap adalah seperti berikut:

1 Januari 2015 31 Disember 2015


RM RM
Kerja dalam proses 40,000 30,000
Barang siap 150,000 130,000
Kerja IK41 dimulakan dan disiapkan dalam tahun 2015. Kos kerja IK41 berjumlah RM150,000.

Dikehendaki
(i) Nyatakan sebab Syarikat Indah Kabinet Sdn Bhd menggunakan pengekosan tempahan kerja. [1]
(ii) Hitung kos overhed diserap [2]
(iii) Hitung kos perkilangan dan kos barang dijual [8]
(iv) Tentukan harga jualan kerja IK41 jika polisi syarikat menetapkan bahawa harga jualan ialah 50% atas
kerja. [2]

You might also like