Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN 2020

1. Semua murid diminta beratur mengikut kelas.


2. Berikan arahan baris… Baris sedia… Senang Diri..luruskan barisan..turun tangan..

Selamat Pagi & Salam Sejahtera / (Assalamualaikum wbt.)


Yang Berusaha Tuan Mahat Bin Satimin, Guru Besar SK Dalit,
Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;
1) Puan JB Julia Justin - Penolong Kanan Pentadbiran.
2) En. Ludovicus Yapir – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3) En. Haidin Bin Sarumin – Penolong Kanan Kokurikulum.

Yang Dikasihi lagi disayangi, para guru dan seterusnya rakan-rakan sekalian.
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Kebangsaan, “Negaraku”, dan lagu sekolah,”SK Dalit
Tercinta”. Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan pusing menghadap bendera Malaysia.
(Selepas Nyanyian)
Terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan atas nyanyian sebentar tadi. Semua guru
dipersilakan duduk.
Seterusnya saya menjemput rakan saya,…………………………….untuk membacakan ikrar
rukunegara. Dipersilakan.
Sekarang saya menjemput pula rakan saya,…………………………untuk membacakan ikrar murid
SK Dalit, dipersilakan.

Untuk Makluman, guru yang bertugas sepanjang minggu ini ialah: ………………….………………
Seterusnya, saya mempersilakan Cikgu ___________________________ untuk memberikan
laporan bertugas mingguan, sepanjang minggu lalu. Dipersilakan.
(Selepas Laporan)
Terima kasih Cikgu ____________________________________ atas laporan yang disampaikan
tadi.

(Ucapan Guru (Jika Ada)


Meneruskan acara majlis pagi ini, saya mempersilakan cikgu ………………….
(Habis Ucapan)…………Terima kasih Cikgu.

(Ucapan Pentadbir)
Seterusnya, majlis mempersilakan:………………..
 Tuan Mahat Bin Satimin, Guru Besar SK Dalit
 Puan JB Julia Justin - Penolong Kanan Pentadbiran.
 En. Ludovicus Yapir – Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
 En. Haidin Bin Sarumin – Penolong Kanan Kokurikulum.
…………untuk menyampaikan ucapan.

(Habis Ucapan)
Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan
oleh Tuan Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebentar tadi. Semoga nasihat, teguran,
amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk ke arah kecemerlangan.
Sebelum berakhir perhimpunan,marilah sama-sama kita menyanyikan lagu negeri
”Sabah,Tanahairku”. Semua diminta berdiri tegak dan menghadap bendera negeri Sabah.

(BERSURAI)
Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, Semua rakan murid boleh beredar ke kelas masing-
masing mengikut arahan Guru dan pengawas yang bertugas.

Sekian, Terima Kasih.

You might also like