Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER JULAI 2019/2020

GMGA 2013
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN
(PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

1
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

KURSUS : PERLEMBAGAAN MALAYSIA


KOD KURSUS : GMGA 2013
JAM KREDIT : 3

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini membincangkan berkenaan perlembagaan persekutuan dan


pelaksanaannya di Malaysia. Melalui kursus ini juga, para pelajar akan turut
didedahkan dengan pelbagai aspek berkaitan dengan pengurusan dan
pentadbiran negara. Sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan
akan disentuh dengan kepada pelbagai takrifan dan pengertian yang tersendiri.

Selain daripada itu, sistem politik negara, sejarah dan perkembagaan


perlembagaan persekutuan akan turut disentuh. Demikian turut dengan peranan
dan fungsian yang dimainkan oleh Majlis Raja-Raja, Yang DiPertuan Agong
serta kedudukan agama Islam turut dibincang dalam kursus ini.

Disamping itu juga, aspek darurat, hak keistimewaan orang Melayu, darurat dan
pilihanraya akan disentuh di dalam perbincangan kursus GMGA 2013.
sehubungan dengan itu adalah menjadi harapan kepada para pelajar agar dapat
menumpukan perhatian dan perbincangan semasa kuliah secara aktif agar isu
berkaitan perlembagaan dan pengurusan negara dapat dilihat dalam skop
pengajian yang lebih luas.

OBJEKTIF KURSUS

1. Memahami perlembagaan persekutuan Malaysia

2. Menyedari tentang kepentingan perlembagaan dalam kehidupan dan


urusan seharian.

3. Mengetahui perlembagaan dengan lebih menyeluruh serta aplikasinya


dalam sistem pentadbiran dalam negara.

4. Memiliki skil dan pemahaman dalam terma dan seksyen penting dalam
perlembagaan persekutuan.

5. Mempraktikkan ilmu yang diperolehi di dalam kuliah.

2
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

PENGENDALIAN KURSUS

Kursus ini disertakan dengan modul pembelajaran kendiri. Oleh itu modul kursus
adalah merupakan rujukan utama pelajar untuk memahami kandungan kursus
ini. Modul kursus yang menggunakan kaedah pembelajaran kendiri telah
dilengkapkan dengan soalan-soalan sebagai latihan bertujuan untuk menguji
pemahaman pelajar. Selain daripada modul kursus, pelajar-pelajar juga boleh
mendapatkan bahan-bahan untuk kursus ini daripada senarai Rujukan
Tambahan bagi meningkatkan kefahaman dan menjawab soalan-soalan yang
dilampirkan dalam modul. Soalan-soalan dalam modul dan buku-buku rujukan
boleh dicuba bagi menguji kemahiran dan pemahaman pelajar bagi menganalisis
bahagian-bahagian yang berkaitan dengan kursus ini. Sebagai bantuan kepada
pelajar bagi memahami isi kandungan modul dengan lebih baik, lima sesi
perjumpaan antara tenaga pengajar dan pelajar telah disusun termasuklah sesi
peperiksaaan akhir. Pertemuan-pertemuan yang diadakan adalah bermaksud
membolehkan pelajar berjumpa, berbincang dan bersoal jawab dengan
pensyarah kursus. Sebagai persediaan untuk setiap pertemuan, pelajar
dinasihatkan untuk membaca, meneliti kandungan modul sebelum menghadiri
sesi pertemuan agar setiap persoalan dapat dijawab dan perbincangan
dijalankan dengan lancar.

PENILAIAN KURSUS

Garis panduan penilaian dilakukan berdasarkan tugasan yang diberikan,


peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir semester. Ketiga-tiga
komponen penilaian ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam bahagian
seterusnya. Agihan markah adalah seperti berikut:

Tugasan 20 %
Pembentangan Tugasan 10 %
Peperiksaan pertengahan semester 20 %
Kuiz 10 %

Peperiksaan akhir 40 %

JUMLAH 100 %

TUGASAN

Satu tugasan akan diberikan kepada pelajar. Tugasan hendaklah mengikut


format yang diedarkan bersama dengan soalan tugasan. Tugasan mestilah
diserahkan kepada pensyarah pada pertemuan yang ditetapkan. Penyerahan
tugasan adalah seperti berikut:
3
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Serahan Tugasan - Pertemuan III

Namun begitu, pelajar boleh menghantar awal tugasan masing-masing sebelum


Pertemuan III. Kelewatan menyerahkan tugasan akan dikenakan penalti dalam
bentuk potongan markah.

 Pertemuan IV - tiada pemotongan markah

 Pertemuan IV - V - pemotongan 5 markah

 Minggu Peperiksaan Akhir - pemotongan 10 markah

 Selepas Final Exam - pemotongan 15 markah

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

Peperiksaan akan diadakan pada akhir pertemuan ketiga yang merangkumi Bab
1 hingga Bab 5. Masa yang diberikan ialah 2 jam.

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER

Peperiksaan akhir akan diadakan pada pertemuan kelima yang mana tarikh,
masa dan tempat sebenar akan diberitahu kelak. Peperiksaan ini adalah
komprehensif, yakni merangkumi keseluruhan modul kursus. Masa yang
diperuntukan adalah 2 ½ jam. Peperiksaan yang akan diadakan meliputi soalan-
soalan berbentuk konsep, teori, serta kaedah, soalan-soalan pengujian
pemahaman, kebolehan menganalisis dan mengaplikasikan konsep-konsep dan
teori-teori yang dibincangkan dalam sitauasi yang semasa. Markah dinyata di
akhir setiap soalan untuk dijadikan panduan mengenai masa yang sewajarnya
diperuntukan untuk menjawab soalan tersebut.

RUJUKAN UTAMA

Modul GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA. Sintok: Universiti Utara


Malaysia, Unit Pendidikan Jarak Jauh.

4
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

RUJUKAN TAMBAHAN

Abdul Monir Yaacob dan Sarina Othman. (1995). Pemerintahan Islam dalam
Masyarakat Majmuk. Kuala Lumpur: IKIM.

Ahmad Atory Hussain. (1996). Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Barat: Statu
Tinjauan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned. (1994). Sistem Undang-undang di


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Ibrahim et.al. (1994). Al Ahkam Jilid 4- Islam Dalam Perlembagaan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hardings, A. (1996). Law, Government and The Constitution In Malaysia. Kuala


Lumpur: MLJ.

Hashim Yeop A. Sani. (1990). Ed. Ke-3. Bagaimana Undang-Undang Kita di Perbuat.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hickling, R.H. (1997). Malaysian Public Law. Kuala Lumpur: Pelanduk


Publications.

Lee, H. P. (1995). Constitutional Conflict In Contemporary Malaysia. Kuala


Lumpur: Oxford University Press.

Mohammad Agus Yusoff. (2006). Malaysian Federalism: Conflict and Consensus.


Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Aris Hj. Othman. (1983). Perkembangan Perlembagaan Malaysia.


Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Mohd. Salleh Abbas (Tun). (1997). Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan


di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Salleh Abbas (Tun). (1989). Kebebasan Kehakiman, Singa di Bawah


Takhta Dijerat. Kuala Lumpur: Penerbitan Pena.

Shaikh Mohd Noor Alaam S.M. Hussain. (1988). Federalisme di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suffian Hashim (Tun). (1997). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wade & Bradley. (1985). Constitutional and Administrative Law. Kuala


Lumpur: Longman.
5
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Wheare, K.C. (1993).(terj.) Perlembagaan Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Wu Min Aun. (2000). Ed. Ke-2. The Malaysian Legal System. Kuala Lumpur:
Longman.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia

TENAGA PENGAJAR

Nama Pensyarah No. Telefon E-mel

DR. MUHAMAD AZWAN ABD


RAHMAN
Pensyarah Kanan
Pusat Pengajian Kerajaan 04-9287982 azwanrahman@uum.edu.my
Kolej Undang-Undang, Kerajaan
dan Pengajian Antarabangsa
Universiti Utara Malaysia

6
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

JADUAL SESI PERTEMUAN, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER,


DAN PEPERIKSAAN AKHIR

Pertemuan Kandungan Tempoh

Pertama  Pengenalan kursus


26/07/2019  Perbincangan tugasan 4 jam
 Bab 1 dan 2

Kedua  Bab 3, 4 dan 5


16/08/2019  Kuiz (10 %) (1 Jam) 4 jam

 Bab 6 dan 7
Ketiga  Peperiksaan Pertengahan Semester (20 %) 4 jam
20/09/2019 (2 jam)
 Serahan Tugasan (20 %)

Keempat  Bab 8 dan 9


18/10/2019  Pembentangan Tugasan (10 %) 4 jam
 Ulangkaji

Kelima PEPERIKSAAN AKHIR 2 ½ jam


13-
20/11/2019

7
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

PANDUAN PELAJAR

Kursus GMGA 2013, Perlembagaan Malaysia adalah merupakan kursus yang


memerlukan pemahaman, penghayatan dan analisis bagi mempertajamkan
pengetahuan tentang bidang ini. Pengurusan Sumber Manusia adalah
merupakan elemen penting dalam pembangunan organisasi malah tanpa
pengurusan manusia yang jitu, organisasi yang kukuh pasti akan tumbang
ekoran daripada pelaksanaan sistem dan kaedah yang tidak praktikal. Justeru
sebagai manusia, isu pengurusan perlu memainkan peranan yang penting
kerana ia bukan hanya melibatkan kemajuan negara tetapi juga berkait rapat
dengan pembangunan ekonomi dan pertumbuhan negara.

Sistem pendidikan jarak jauh memerlukan usaha dan kesungguhan pelajar


terhadap program yang diikuti. Anda bukanlah seperti pelajar sepenuh masa
yang mempunyai lebih masa pertemuan dengan tenaga pengajar. Dalam sistem
pendidikan jarak jauh, anda mendapat bimbingan yang minimum dari tenaga
pengajar. Kejayaan anda bergantung kepada diri anda sendiri. Sebagai
panduan, buat permulaan, anda perlu meneliti objektif kursus ini agar anda
mendapat gambaran secara kasar apa yang bakal anda peroleh pada akhir
semester nanti. Apabila memulakan sesuatu bab, pastikan anda membaca
objektif bab berkenaan dan setelah selesai bab tersebut, lihat semula objektif
berkenaan untuk menilai sendiri sama ada anda berjaya memenuhi objektif
tersebut atau sebaliknya. Jika anda belum berpuas hati, cuba lagi dengan lebih
tekun sehingga anda merasa tahap kefahaman anda meningkat.

Selain daripada modul ini, anda juga dinasihatkan supaya membaca rujukan
tambahan dan mengikuti perkembangan semasa bagi membolehkan anda
membincangkan konsep-konsep asas dan teori-teori yang anda pelajari dari
kursus ini. Walaupun anda mungkin mengalami kesukaran pada permulaan,
pendedahan begini berupaya membolehkan anda mengaitkan konsep dan teori
dengan situasi sebenar.

Modul ini juga mengandungi latihan dalam bentuk Soalan Dalam Teks (SDT) dan
Soalan Penilaian Kendiri (SPK). SDT merupakan soalan yang dikemukakan
selepas bahagaian tertentu dalam bab bagi menguji kefahaman anda terhadap
bahagian berkenaan. SPK pula terdapat di akhir setiap bab untuk menilai
kefahaman anda terhadap keseluruhan bab. Walaupun cadangan jawapan
kepada SDT dan SPK disediakan, anda dinasihatkan mencuba dahulu soalan-
soalan yang dikemukakan sebelum melihat cadangan jawapan ini.

Anda juga boleh mendapatkan maklumat daripada buku teks rujukan yang
disenaraikan. Penggunaaan berbagai buku rujukan dapar meningkatkan
pemahaman dalam mempelajari kursus ini. Bagaimanapun, ianya bergantung
kepada pelajar sendiri. Pelajar yang mempunyai inisiatif dan berusaha dengan
tekun sudah pasti akan mendapat kejayaan di masa hadapan.
8
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

PANDUAN DAN ARAHAN

PENYEDIAAN TUGASAN
GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1. Anda akan diberi soalan tugasan pada pertemuan pertama oleh pensyarah
yang berkaitan. Tugasan ini memerlukan anda memuat kajian dan analisis
berdasarkan tajuk yang diberikan oleh pensyarah yang berkaitan. Tajuk-tajuk
yang akan diberikan dan dicadangkan adalah yang berkaitan dengan isu-isu
Perlembagaan Malaysia.

2. Jawapan anda hendaklah bertaip menggunakan kertas ukuran A4. Saiz Font
12: Times New Roman

3. Untuk keseragaman, lekatkan muka surat hadapan tugasan (seperti contoh


yang diberi) kepada jawapan anda. Isikan ruang yang berkaitan bagi muka surat
hadapan.

4. Setiap helai kertas jawapan perlu mempunyai kod dan nama kursus sebagai
header di sebelah kanan dan nombor matrik anda sebagai footer di sebelah kiri.
Ini adalah untuk menjamin keselamatan andainya terdapat muka surat dari
kertas jawapan anda yang tercerai.

5. Jawapan anda boleh menggunakan Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris,


dan hendaklah di dalam lingkungan 15-20 muka surat (double spacing).
Penilaian dilakukan berdasarkan kepada aspek berikut:-

Kandungan – 15 markah
Gaya bahasa (e.g teknikal, ejaan dsb) – 5 markah
Rujukan – 5 markah

Pelajar hendaklah menggunakan sekurang-kurangnya SEPULUH rujukan dari


berbagai sumber seperti di bawah dengan menggunakan gaya penulisan
American Psychological Association (APA):
 Jurnal ilmiah
 Majalah ilmiah dan terbitan organisasi
 Buku teks
 Carian internet dsb.

Modul adalah tidak termasuk dalam rujukan tugasan anda. Lampiran tidak
termasuk dalam jumlah muka surat yang ditetapkan.

6. Tugasan mestilah diserahkan kepada pensyarah pada Pertemuan III.

9
GMGA2013 Perlembagaan Malaysia UPJJ-UUM

Nama No. Matrik

Bulan dan Tahun JULAI 2018 Pusat


Pendaftaran

TUGASAN GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

SOALAN:

Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia


menjelaskan undang-undang yang digubal tidak boleh
bercanggah dengan peruntukan perlembagaan dan sekiranya
berlaku undang-undang tersebut akan terbatal. Pilih satu isu
dan bahaskan peranan pelaku-pelaku dalam proses
pembuatan dasar yang bersesuaian dengan peruntukan
Perlembagan Persekutuan dan masyarakat majmuk di
Malaysia.

Article 4 (1) of Malaysia constitution is the supreme law of the


Federation and any law passed which is inconsistent with
this constitution shall, to the extent of the inconsistency, be
void. Please choose one issue and discuss the role of actors
in the policymaking process which align with the constitution
and multi-ethnic society in Malaysia.

Tarikh Akhir Serahan Pertemuan III Tarikh Penerimaan

Nama
Pensyarah

No. Soalan Markah Asas Markah Diperolehi

25
*Sila kepilkan helaian ini pada muka hadapan tugasan anda

10

You might also like