Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 32

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa Negeri Sembilan diberi nama sedemikian.

Penamaan Negeri
Sembilan dahulunya merujuk kepada gabungan “negeri-negeri kecil yang sembilan buah” atau dikenali
sebagai Luak yang terdiri daripada Sungai Ujong, Rembau, Johol, Jelebu, Naning, Kelang (Kini Klang),
Hulu Pahang, Inas (Jelai) dan Segamat.

Kini sebahagian daripadanya telah dikeluarkan daripada Negeri Sembilan seperti Segamat (Sebahagian
daripada Johor), Naning (Sebahagian daripada Melaka), Jelai (Sebahagian daripada Pahang), Kelang atau
Klang (Sebahagian daripada Selangor). Walaubagaimanapun daerah-daerah seperti Gunung Pasir,
Tampin, Terachi serta Ulu Muar telah dikanunkan pada 1895 menjadi sebahagian daripada anggota
“persekutuan” baru Negeri Sembilan. Persekutuan ini lah yang menjadi asas kepada pembentukan tujuh
daerah di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Tampin, Port Dickson, Rembau & Jempol.

Seringkali dinyatakan dalam sejarah dimana Melaka menguasai Negeri Melayu. Begitu juga apabila
kerajaan Johor meneruskan kegemilangan kesultanan Melaka sehinggakan kesemua negeri melayu
tunduk berada didalam naungannya. Semasa kerajaan Johor dalam keadaan kucar kacir dan lemah,
banyak negeri naungan Johor telah membebaskan diri daripada kerajaan Johor termasuklah Negeri
Sembilan. Tahun 1773 merupakan permulaan bagi kerajaan Negeri Sembilan apabila orang
Minangkabau di Rembau, Sungai Ujong dan Naning mengambil kesempatan untuk menjemput seorang
anak raja iaitu Raja Melewar dari Pagar Ruyung bagi memerintah negeri-negeri yang didiami oleh orang
Minangkabau di Semenanjung dengan menggunakan gelaran Yam Tuan atau Yang Dipertuan Besar.
Yang di-Pertuan Besar adalah pemerintah bagi Negeri Sembilan mengikut sistem raja berperlembagaan
moden negeri berkenaan sejak tahun 1898. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar dikenali sebagai
Yamtuan Besar Seri Menanti dan menjadi raja memerintah di tanah jajahan adat meliputi Seri Menanti,
Inas, Terachi, Ulu Muar, Gunung Pasir dan Jempol di Negeri Sembilan.

Permulaan perlantikan Yang di-Pertuan Besar ini berlaku pada abad ke-17 Masihi. Sebelum itu, Negeri
Sembilan adalah di bawah takluk Kesultanan Melayu Johor. Pada separuh pertama abad ke-17 itu,
Kerajaan Kesultanan Melayu Johor sentiasa diancam oleh orang Acheh di bawah pemerintahan Sultan
Iskandar Muda Mahkota Alam (1607-1636). Ini menjadikan Kerajaan Kesultanan Melayu Johor tidak
berupaya untuk melindungi Negeri Sembilan.

Pada masa yang sama, orang Bugis diketuai oleh Daeng Kemboja memasuki Negeri Sembilan membuat
huru hara dan memaksa orang-orang Negeri Sembilan berketurunan Minangkabau mengakui Daeng
Kemboja sebagai raja di Negeri Sembilan. Kaedah ini dilihat adalah bertentangan dengan pendirian
orang-orang Minangkabau di sini.

Satu utusan telah mengadap Sultan Johor untuk meminta supaya seorang raja dipertuankan di Negeri
Sembilan. Bagaimanapun, permintaan ini tidak dapat ditunaikan dan Sultan Johor telah membenarkan
orang Negeri Sembilan ini mencari anak raja dari negeri lain untuk dipertuankan di Negeri Sembilan.

Maka pemimpin setempat di Negeri Sembilan menghantar wakil untuk mengadap Yang di-Pertuan Pagar
Ruyung di Tanah Minangkabau. Permintaan utusan orang Negeri Sembilan ini diperkenankan dan
melantik Raja Melewar menjadi Yamtuan Besar Seri Menanti yang pertama. Raja Melewar telah
mengetuai angkatan perang orang Negeri Sembilan menghalau Daeng Kemboja dari tanah Negeri
Sembilan.

Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di
Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar
negeri (penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan.
1. Memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyat

 Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin Negara kita kerana mereka yang
berusaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan Negara.
 Usaha-usaha mereka untuk memajukan Negara haruslah sentiasa disokong, bukannya dikritik.
 Perjuangan tokoh-tokoh Negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang
penting dalam memperjuangkan kemerdekaan Negara haruslah diambil tahu dan dihargai.
Tanpa pejuang seperti mereka, Negara kita mungkin masih di tangan penjajah.

2. Lambang-lambang kebesaran Negara harus dikenali dan


dihormati

 Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu
yang suci dan rakyat tidak harus membenarkan bendera Negara dipijak, dibuang atau dibakar
sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di
dunia.
 Ketika menyanyikan lagu Negaraku, kita perlu berdiri tegak serta menghayati lagu tersebut
dengan penuh semangat cinta akan Negara.

3. Sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya.

 Kita perlu taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati Negara.
 Kita harus mempertahankan maruah dan bangsa Negara dengan bersedia berkorban apa sahaja
untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan Negara.
 Kita perlu sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan Negara serta cara
mengatasinya.
4. Semangat kekitaan dalam mengekalkan perpaduan di
sesebuah Negara

 Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi
antara masyarakat. Kita haruslah bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi mengelakkan
pertelingkahan dan perselisihan faham untuk kesejahteraan hisup Malaysia.
 Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan
keharmonian dan semangat berjuang untu Negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri.

5. Bersifat produktif untuk memajukan Negara

 Rakyat yang rajindan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi Negara dan taraf hidup
mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung
kepada bantuan kerajaan pada setiap masa.
 Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam Negara tanpa
menjejaskan perpaduan Negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat
Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga
untuk memajukan ekonomi Negara semula.
1. Adat Perpatih

Keunikannya adat adalah berdasarkan kepada sumber adat tersebut dan system nasab ibu yang
diamalkan oleh masyarakatnya. Sistem ini tidak terdapat di negeri-negeri lain di Malaysia. Disebabkan
itu, ia merupakan peraturan atau undang-undang dalam masyarakat orang Melayu di Negeri Sembilan
dan kata-kata yang diungkapkan dalam adat perpatih iaitu “perpatah-pertitih” mempunyai nilai-nilai
kesenian yang tinggi. Para sarjana pernah mencatatkan hasil sastera lama Melayu adalah pancaran
masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Oleh itu, perpatah-pertitih ini dapat menyingkap tentang
weltanschuung atau pandangan tentang weltaschuung atau pandangan hidup masyarakat Melayu
secara umum dan etos Melayu khususnya.

2. Suku dan Perut

Masyarakat Melayu Negeri Sembilan dikelaskan mengikut nenek moyang mereka. Pengkelasan ini
dikenali sebagai suku. Suku dalam pengertian adat ialah anggota masyarakat yang terbentuk daripada
kelompok keturunan yang daripada sebelah ibunya. Dalam konteks masyarakat Adat Perpatih terdapat
12 suku iaitu :

1. Biduanda
2. Batu Hampar
3. Mungkal
4. Sri Lenak
5. Paya Kumboh
6. Tiga Nenek
7. Sri Melenggang
8. Batu Belang
9. Tanah Datar
10. Anak Acheh
11. Anak Melaka
12. Tiga Batu
 Raja Melewar telah dititahkan oleh ayahandanya untuk pergi ke Negeri Sembilan untuk menjadi
Yang DiPertuan Besar yang pertama. Sebelum Raja Melewar bertolak ke Negeri Sembilan, Yang
DiPertuan Pagar Ruyung telah memerintahkan seorang kerabat diraja bernama Raja Khatib
untuk pergi lebih awal membuat persiapan menyambut Raja Melewar di Negeri Sembilan.
Bagaimanapun sesampainya Raja Khatib di Seri Menanti, dia telah mengaku sebagai anak raja
yang dihantar dari Pagar Ruyung. Penghulu Seri Menanti bernama Penghulu Naam telah
mengahwinkan anak perempuannya dengan Raja Khatib.

Sementara itu di Pagar Ruyung,angkatan Raja Melewar mula belayar menuju Tanah Melayu.
Bagaimanapun sebelum ke Negeri Sembilan, Raja Melewar terlebih dahulu mengadap Sultan
Johor yang kemudiannya menganugerahkan cap mohor dan diberikan kuasa untuk memerintah
semua tanah jajahan di Negeri Sembilan.

Selepas pelantikan itu, Raja Melewar dan angkatannya berangkat menuju ke Negeri Sembilan
melalui Naning. Sampai sahaja di Naning, angkatan Raja Melewar telah bertembung dengan
angkatan perang Bugis pimpinan Daeng Kemboja. Pertempuran berlaku dan akhirnya angkatan
Bugis berjaya dikalahkan dan Daeng Kemboja terpaksa melarikan diri.

Raja Melewar kemudiannya meneruskan perjalanan sehingga sampai di Rembau dan ditabalkan
menjadi Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan di Kampung Penajis. Tempat bersemayam Raja
Melewar dinamakan sebagai Kampung Astana Raja.

Selepas pertabalan itu Raja Melewar memimpin satu angkatan perang untuk menyerang Raja
Khatib di Seri Menanti. Namun Raja Khatib telah lebih awal melarikan diri. Penghulu Naam lalu
bertindak menderhaka dan memberontak menentang Yang DiPertuan Besar Raja Melewar.
Dalam peperangan itu, Penghulu Naam berjaya dikalahkan sendiri oleh Raja Melewar dan
angkatan senjatanya. Penghulu Naam telah dibunuh sendiri oleh Raja Melewar. Namun ada
berpendapat[nyatakan menurut siapa?] bahawa Penghulu Naam dihukum pancung yang mana
kepala dan tubuhnya ditanam secara berasingan. Kematian Penghulu Naam telah menyelesaikan
ketegangan dalam pemerintahan Negeri Sembilan ketika itu.
3. Rumah Tradisi

Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang bersifat
Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang bertingkat yang dialas daun rumbia. Rumah ini
mempunyai serambi hadapan dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu
melalui serambi. Serambi dihiasi ukiran kerrawang yang bercorak silang-menyilang. Rekaan tangga
adalah ingkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yang menarik.

Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling rumah, lebih-lebih lagi di sekitar serambi
hadapan rumah. Ukiran Adalah bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagian anjung,
serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza.

Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di rumah ibu dan tangga
menghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan tingkap atap yang diberi ruang oleh
struktur rumah ini.

4. Masakan Dan Makanan Tradisi

Orang Negeri Sembilan memang terkenal dengan masak lemaknya yang sangat lemak dan pedas.
Berbagai-bagai jenis juadah dari sumber santan yang banyak terdapat pada jenis masakannya. Seperti
yang kita telah sedia maklum, masakan dan makanan tradisional masyarakat Negeri Sembilan berbea
dengan negeri-negeri lain, sama ada lauk-pauk, kuih-muih walaupun air minuman.

Bagi masyarakat Melayu Negeri Sembilan, masakan dan makanan mereka mempunyai cara pengadunan
yang berbeza sehingga melahirkan cita rasa yang cukup istimewa dan unik. Sebagai warisan tradisi,
masakan dan makanan tradisional Melayu Negeri Sembilan begitu banyak mengandungi pelbagai
bentuk, rupa dan cara membuatnya yang berlainan sehingga timbul identity Negeri Sembilan yang
tersendiri yang kebanyakannya menggunakan santan dan cili padi seperti masak lemak kuning lada api,
rending, masak salai, masakan bakar, masak lemak putih, rebus celur dan sebagainya.
1. Yang di-Pertuan Negeri

Mengikut undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959, Raja di Negeri Sembilan adalah terdiri
daripada Yang di-Pertuan Besar, Undang Luak Sungei Ujong, Undang Luak Rembau dan Tengku Besar
Tampin.

Yang di-Pertuan Besar dipilih dan ditabalkan oleh Undang Yang Empat daripada kalangan putera raja
bereturunan Raja Lenggang ibni Raja Laut iaitu Yamtuan Seri Menanti yang ketiga.

Walaupun keududukan Yang di-Pertuan Besar diakui sebagai Raja, namun kuasa budi bicaranya terhad
dan hendaklah mendapat persetujuan daripada Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin dalam
banyak aspek termasuk pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan, Penangguhan pembubaran Dewan
Undangan Negeri, penetapan dasar kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera di Negeri Sembilan
dan hal ehwal agama Islam.

Sistem beraja yang unik itu mencetuskan ilham kepada kewujudan jawatan Yang di-Pertuan Agong bagi
peringkat Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian Persekutuan Malaysia, di mana Majlis Raja-raja
yang terdiri daripada Sembilan raja Melayu ditubuhkan untuk memilih Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan secara automatik akan menganggotai Majlis Raja-Raja dan
menjadi sebahagian daripada sistem beraja di Malaysia.
2. 1795-1808 : Raja Hitam

 Nan Dipertuan Tuanku Raja Hitam juga dikenali Tuanku Raja Hitam merupakan seorang Raja
atau Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-II di Negeri Sembilan. Baginda menggantikan Raja
Melewar yang telah mangkat. Baginda merupakan menantu kepada Raja Melewar kerana
mengahwini Tunku Puan Aishah binti Raja Melewar. Baginda memerintah dari tahun 1795
sehingga tahun 1808.

Baginda merupakan anakanda kepada pasangan Yamtuan Raja Balambang dan Tuwan Gadih
Mudo dari Minangkabau. Baginda dilahirkan sekitar tahun 1704 dan mangkat pada tahun 1808
ketika berusia 104 tahun. Baginda mempunyai 4 orang isteri antaranya :

1. Saenah (Anak penghulu Melaka)


2. Cik Puan Besar Jingka
3. Tunku Puan Aishah binti Raja Melewar
4. Tunku Sulong binti Raja Adil

Hasil perkahwinan tersebut, baginda dikurniakan beberapa orang putera dan puteri, antaranya :

1. Osman bin Yamtuan Raja Hitam


2. Timbun bin Yamtuan Raja Hitam
3. Tunku Alang Hussien bin Yamtuan Raja Hitam
4. Tunku Ibrahim bin Yamtuan Raja Hitam
5. Tunku Alwi bin Yamtuan Raja Hitam
6. Tunku Puan Ngah binti Yamtuan Raja Hitam
7. Tunku Putok binti Yamtuan Raja Hitam
8. Tunku Puteh binti Yamtuan Raja Hitam

Baginda juga merupakan saudara tiri berlainan ibu dengan Puteri Ratna Indun Sari dan Putri
Ratna Indusari.

Pada tahun 1808, Tuanku Raja Hitam telah mangkat dan tempat baginda digantikan oleh Tuanku
Raja Lenggang sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan berikutnya. Baginda dikebumikan
di Sri Menanti, Negeri Sembilan.
3. 1824-1861 : Raja Lenggang

 Raja Lenggang (Yamtuan Lenggang Laut) atau Paduka Seri Tuanku Raja Ali merupakan Raja atau
Yang di-Pertuan Besar ke-3 di Negeri Sembilan. Raja Lenggang adalah Raja ke-3 yang dijemput
dari kerajaan Pagaruyung di Sumatera selepas Almarhum Raja Hitam. Baginda adalah daripada
keturunan Yang Di-Pertuan Pagaruyung iaitu anakanda kepada Yamtuan Melenggang Alam atau
Raja Naro I (1707-1767).

Jemputan Raja Lenggang sebagai raja adalah disebabkan kemangkatan Almarhum Raja Hitam
pada tahun 1808. Atas kekosongan jawatan itu, Datuk Undang di Negeri Sembilan bersepakat
untuk menghantar utusan lagi kepada Raja Pagaruyung untuk memohon seorang raja lagi
dirajakan di Negeri Sembilan.

Raja Lenggang yang ditabalkan di Penajis menjadi Yamtuan Seri Menanti (Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan) dan bersemayam di Seri Menanti. Semasa Raja Lenggang menjadi Yamtuan
Seri Menanti, baginda telah barkahwin dengan Tengku Ngah yang merupakan puteri kepada
almarhum Raja Hitam. Hasil daripada perkahwinan baginda berdua telah melahirkan dua orang
putera iaitu Raja Radin dan Raja Imam (Raja Ulin).

Raja Lenggang mempunyai hubungan yang baik dengan Yamtuan Muda Jelebu iaitu Tengku
Sabun (Tengku Ahmad Shah). Bagi mengukuhkan hubungan baik itu lagi, dalam tahun 1820,
seorang puteri Tengku Sabun telah dikahwinkan dengan putera Raja Lenggang, Raja Radin.
Semasa baginda menjadi Yamtuan Seri Menanti, baginda telah berikhtiar apabila baginda
mangkat kelak, putera baginda Raja Radin akan menggantikan baginda sebagai Yamtuan.
Rancangan tersebut telah mendapat persetujuan Datuk Penghulu Ulu Muar, Datuk Bongkok
Abdul Malek ketika itu.
4. 1872-1887 : Raja Radin

 Pada tahun 1824, tanpa disangka-sangka, Raja Lenggang mangkat di Seri Menanti. Pada ketika
itu, Raja Radin baru berusia 13 tahun. Datuk Bongkok Abdul Malik pula memaklumkan hasrat
Raja Lenggang itu kepada Datuk-datuk Undang Yang Empat dan memohon supaya Raja Radin
diangkat sebagai Yamtuan Seri Menanti. Walaubagaimanapun, hasrat tersebut telah ditolak oleh
Datuk Kelana Sungai Ujong (Datuk Kelana Kawal) memandangkan pengganti Yamtuan Seri
Menanti itu seharusnya dipilih dikalangan raja dari Minangkabau (Pagaruyung) berdasarkan
tradisi yang diamalkan sejak Raja Melewar lagi.

Walaubagaimanapun perbalahan tersebut berterusan sehingga tercetusnya perang antara


Datuk Kelana Sungai Ujong dengan Datuk Penghulu Ulu Muar. Walaubagaimanapun Datuk
Penghulu Ulu Muar telah kalah dalam peperangan itu. Setelah itu, Datuk Kelana Sungai Ujong
telah melantik seorang raja bernama Raja Kerjan memangku jawatan Yamtuan Seri Menanti
sementara menantikan seorang raja dari Pagaruryung yang akan dijadikan sebagai Yamtuan Seri
Menanti.

Dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 1826, datanglah seorang Raja dari Pagaruyung iaitu Raja
Labuh atau Yamtuan Sati ditabalkan sebagai Yamtuan Seri Menanti atas kehendak Datuk Kelana
Sungai Ujong. Raja Labuh telah datang ke Negeri Sembilan bersama isteri dan anaknya, Raja Asil.

Semasa Raja Labuh menjadi Yamtuan Seri Menanti, baginda bersahabat baik dengan Raja
Kerjan. Padahal Raja Kerjan bukanlah disukai oleh rakyat di Negeri Sembilan. Atas sebab itu, Raja
Labuh tidak dapat menjalinkan hubungan persahabatan dengan Rembau, Ulu Muar dan Johol
(Kediaman Yamtuan Radin). Sehinggalah pada tahun 1830 iaitu 4 tahun selepas itu, telah
berlaku perselisihan faham antara Raja Labuh dengan Datuk Kelana Sungai Ujong. Dikatakan
punca pergaduhannya adalah disebabkan rasa tidak puas hati Datuk Kelana Kawal apabila Raja
Labuh meminta beberapa karung duit tembaga yang dimenanginya sewaktu temasya sabung
ayam yang diadakan di Seri Menanti.

Akibat daripada itu Datuk Kelana Kawal memerintah Penghulu Ulu Muar untuk menyerang serta
menurunkan Raja Labuh daripada jawatan Yamtuan Seri Menanti. Peperangan tersebut telah
membawa kekalahan kepada Raja Labuh. Akibatnya baginda terpaksa berundur dan berlindung
di Melaka.

Selepas pada peristiwa itulah, Raja Radin putera kepada Raja Lenggang diangkat sebagai
Yamtuan Seri Menanti iaitu pada tahun 1930. Sejak daripada itu sudah termaktub dalam
Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 yang menyatakan bahawa “Tiadalah
boleh dipilih siapa-siapa menjadi Yang DiPertuan Besar bagi negeri ini melainkan ianya seorang
Melayu laki-laki yang sempurna akal dan memeluk agama negeri ini dan anak di dalam nikah
yang berketurunan dari Raja Radin ibni Raja Lenggang mengikut sebelah laki-laki.”
5. 1861-1869 : Yamtuan Imam

 Yamtuan Imam adalah seorang Raja atau Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-V di
Semenanjung Malaya, menggantikan Raja Radin yang turun tahta. Yamtuan Imam bertahta dan
memerintah di Negeri Sembilan dari tahun 1861 hingga 1869.

Yamtuan Imam merupakan putera kepada raja sebelumnya, Raja Radin. Pada tahun 1869,
Yamtuan Imam digantikan oleh Tengku Ampuan Intan, sebagai Pemangku Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan hingga tahun 1872. Tengku Ampuan Intan merupakan janda dari Raja Radin.
Pada tahun 1872, daulat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan disandang secara tetap hingga
tahun 1888 oleh Yamtuan Antah, adik kepada Yamtuan Imam.
 Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan yang keenam. Memerintah dari 1869 hingga 22 Oktober 1888 dan memperjuangkan
Negeri Sembilan daripada dijajah oleh British pada tahun 1876. Merupakan anakanda Yamtuan
Radin dan mempunyai anakanda yang memodenkan Negeri Sembilan iaitu Tuanku Muhammad
Shah.

Perjuangan menentang penjajah di Negeri Sembilan dipelopori Tuanku Antah ibni Almarhum
Yamtuan Radin atau dikenali Yamtuan Antah yang juga Yamtuan (pemerintah) kelapan bagi
kawasan Seri Menanti. Perjuangan di negeri itu bermula pada Mac 1872 apabila Datuk Kelana
Sungai Ujong, Datuk Laksamana Syed Abdul Rahman membuat perjanjian membenarkan
seorang Inggeris, Henry Velge membuka lombong biji timah di Sungai Ujong (kini Seremban).
Bermula detik itu, Empayar British bertapak di Negeri Sembilan. Kemarahan Orang Melayu
semakin meluap-luap pada April 1874 apabila Datuk Kelana Syed Abdul Rahman dan Datuk
Muda Linggi pergi ke Singapura untuk bertemu British membuat satu perjanjian dengan wakil
British, Andrew Clarke yang boleh merugikan bangsa dan tanah air itu menawarkan Sungai
Ujong berada di bawah lindungan penjajah itu.

Datuk Kelana menghantar surat itu kepada Clarke yang mengalu-alukan kehadiran seorang
residen untuk menasihatinya memerintah Sungai Ujong. Bendera Union Jack akhirnya dinaik dan
dikibarkan di puncak tiang berhampiran rumah Datuk Kelana di Ampangan pada September
1874, seterusnya disusuli istiadat tembakan meriam sebanyak 21 das seolah-olah British cuba
memberitahu penduduk yang mereka berkuasa di Sungai Ujong. Bagi mengukuhkan
kedudukannya di Sungai Ujong, Datuk Kelana yang dibantu oleh 150 askar British lengkap
bersenjata kemudian menyerang Datuk Bandar Tunggal dan membakar Rahang yang
dimusuhinya pada November 1874. Datuk Bandar Tunggal akhirnya menyerah kalah akibat
serangan itu.

Selepas dua tahun berundur ke Johor, akhirnya Yamtuan Antah kembali ke tanah airnya, Seri
Menanti. Beliau hanya sempat tinggal di bandar diraja itu hanya 11 tahun apabila pada 1888
beliau meninggal dunia dan beliau dimakamkan di Seri Menanti.
 Almarhum Tuanku Muhammad Shah ibni Almarhum Tuanku Antah merupakan putera sulung
kepada Tuanku Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin (Yam Tuan Antah). Baginda merupakan
Raja atau Yam Tuan yang ke-7 Negeri Sembilan atau Seri Menanti pada ketika itu.

Pelantikan beliau sebagai Yam Tuan merupakan detik pertama kalinya penggunaan gelaran Yang
di-Pertuan Negeri Sembilan menggantikan gelaran Yam Tuan serta semua luak atau daerah
dalam Negeri Sembilan menjadi sebuah negeri dibawah satu perjanjian yang diperkenalkan oleh
Inggeris semasa pemerintahan baginda.

Ia berlaku ketika baginda Tuanku Antah mangkat pada tahun 1888 dimana pada ketika itu sekali
lagi menyaksikan perebutan takta dalam Negeri Sembilan. Kali ini Tengku Muda Cik yang
merupakan putera Almarhum Yam Tuan Radin (Yam Tuan ke-4) serta adinda kepada Almarhum
Yam Tuan Antah menuntut takhta Yam Tuan Seri Menanti.

Dalam hal ini, Supritenden bagi Negeri Sembilan, Martin Lister telah berunding dengan Siamang
Gagap mengenai tuntutan Tengku Muda Cik yang telah ditetapkan ayahandanya Almarhum Yam
Tuan Radin mewarisi Yam Tuan Muda Jelebu dan ia tidak berhak lagi ke atas Seri Menanti.

Pada tahun 1888, Penghulu Yang Berenam – Johol, Ulu Muar, Jempol, Inas, Terachi dan Gunung
Pasir sebulat suara melantik putera sulung Almarhum Tuanku Antah, Tuanku Muhammad
menjadi Yam Tuan Seri Menanti yang ke-7. Perlantikan tersebut telah diistiharkan oleh Martin
Lister. Walaubagaimanapun semasa pengistiharan tersebut, Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu
dan Rembau tidak turut serta dalam perlantikan Tuanku Muhammad sebagai Yam Tuan Seri
Menanti itu.

Seterusnya pada 18 Mac 1889, Yam Tuan Seri Menanti (Tunku Muhammad), Undang Luak
Sungai Ujong, Jelebu, Rembau dan Tengku Besar Tampin telah membuat suatu surat perjanjian
dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith. Menurut surat perjanjian ini,
semua luak atau daerah di dalam Negeri Sembilan menjadi sebuah negeri. Yamtuan Seri Menati
dan semua Undang Luak bersetuju menerima Penasihat British. Sejak itu mulalah kerajaan
British mencampuri secara langsung pemerintahan di dalam Negeri Sembilan.

Pada tahun 1895 pula, diperbuat surat perjanjian tertubuhnya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
yang mengandungi Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Raja-raja dan Orang-
orang Besar Negeri Sembilan turut sama menandatangani perjanjian itu dengan Raja-Raja
melayu lainnya. 3 tahun selepas itu iaitu pada 29 April 1898, Tunku Muhammad Yam Tuan Seri
Menanti telah dilantik dengan menggunakan gelaran Yang di-Pertuan Besar bagi seluruh Negeri
Sembilan.
 Diputerakan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman memperoleh pendidikan
awal di Sekolah Melayu Kuala Jempol sehingga tahun 1907. Selepas itu, baginda meneruskan
pendidikan Sekolah Menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar selama tujuh tahun sehingga
tahun 1914.

Sewaktu penamatan pelajaran sekolah menengahnya, S.P.B. dilantik sebagai Pegawai Melayu di
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Pada tahun 1915, baginda
memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah di Seremban.
Terbukti baginda seorang pegawai yang rajin dan sangat komited terhadap tugas Baginda.
Baginda mendesak jabatan itu supaya membuka lebih banyak cawangan di beberapa daerah lain
di Negeri Sembilan.

Seterusnya baginda Tuanku Abdul Rahman dilantik sebagai Penolong Pegawai Melayu di Klang
sebelum ditukarkan semula ke daerah lain. Kemudian Baginda dihantar bertugas sebagai
Penolong Pemungut Hasil Tanah di Hulu Selangor. Berkat usaha gigih dan ketekunan baginda
selama ini, baginda telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pegawai Daerah.

Titik perubahan dalam kerjaya baginda berlaku pada tahun 1925 apabila baginda bertugas untuk
jangka masa yang pendek di Mahkamah Agung di Kuala Lumpur. Kemudian, baginda mengiringi
paduka ayahanda baginda, yang ketika itu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bercemar duli
melawat United Kingdom untuk menyaksikan Pameran Empayar British di Wembley dan untuk
menziarahi Raja George V.

Dalam perjalanan ke United Kingdom, baginda membulatkan tekad untuk belajar undang-
undang. Hasrat baginda ini mendapat limpah perkenan Tuanku Muhammad, ayahanda baginda.
Dengan itu baginda pun terus menetap di United Kingdom sehingga baginda menamatkan
pengajian dan memperoleh ijazah undang-undang pada tahun 1930. Berita tentang baginda
telah mendapat ijazah undang-undang telah disiarkan dalam surat khabat di Tanah Melayu
secara besar-besaran. Terdapat kekeliruan antara Tuanku Abdul Rahman dengan Tunku Abdul
Rahman pada ketika itu. Tunku Abdul Rahman ialah adinda kepada besan Tuanku Abdul
Rahman.Baginda diterima menjadi peguam tiga tahun kemudiannya. Selama beberapa tahun
yang pertama, Baginda berusaha sehingga menjadi Magistret. Kemudiannya baginda dilantik
sebagai Pegawai Daerah.

Baginda mempunyai tiga putera dan lima puteri. Permaisuri pertama baginda, D.Y.M.M. Tuanku
Maharum berputera seorang putera, D.Y.M.M. Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri
Sembilan yang Kesembilan. Cik Engku Maimunah berputera dua putera dan dua puteri. Yang
sulung ialah Y.T.M. Tuanku Aidah. Baginda Tuanku Ja'afar ialah putera kedua manakala Tunku
Abdullah ialah putera ketiga.
 Almarhum Duli Yang Maha Mulia Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
merupakan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang kesembilan dari 5 April 1960 - 14 April
1967. Baginda merupakan putera sulung kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama
iaitu Almarhum Tuanku Abdul Rahman melalui Tuanku Maharunnisa Binti Tunku Membang.

Almarhum Tuanku Munawir telah diputerakan pada 29 Mac 1922 di Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. Baginda merupakan putera sulung daripada 8 beradik. Tuanku Munawir mendapat
pendidikan awal di Sekolah Seri Menanti, Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan di Sekolah
King George V, Seremban. Seterusnya baginda telah ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran
di School of Oriental & African Studies (SOAS) di London, UK.

Baginda telah dikurniakan gelaran Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting pada 6 Julai 1934 pada
usia 12 tahun setelah ayahanda baginda menaiki takhta Negeri Sembilan pada tahun 1933.
Seterusnya baginda telah dilantik sebagai Yang Amat Mulia Tunku Laksamana pada 25 April
1937 pada usia 15 tahun.

Tuanku Munawir juga pernah menjadi Pemangku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
sebanyak 2 kali. Pertamanya pada 31 Ogos 1954 hingga November 1954 dimana ayahanda
baginda berangkat ke luar negara. Dan kali kedua semasa ayahanda baginda diangkat sebagai
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang pertama bermula tanggal 3
September 1957 hingga 5 April 1960.

Baginda telah mendirikan rumah tangga bersama Tuanku Ampuan Durah Binti Almarhum Tunku
Besar Burhanuddin pada 1940, dan keduanya dengan Engku Fatimah Zaharah.
 Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Tuanku Jaafar ibni Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman (19 Julai
1922 - 27 Disember 2008) merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan Yang di-
Pertuan Agong Malaysia yang ke-10. Baginda telah diputerakan pada 19 Julai 1922, Klang,
Selangor dan dibesarkan di Seri Menanti, Negeri Sembilan. Baginda merupakan putera kedua
bagi Yang di-Pertuan Agong yang pertama.

Kerjaya diplomatik baginda bermula pada 1957 apabila baginda mengambil kursus khas bagi
perkhidmatan diplomatik di London selama setahun. Tugasan pertama baginda adalah sebagai
Kuasa Usaha di Washington, D.C., Amerika Syarikat diikuti sebagai Setiausaha Pertama dengan
Misi Kekal ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Konsul dan Timbalan Pesuruhjaya
Tinggi Persekutuan Tanah Melayu di London.

Baginda kemudian dilantik sebagai Duta Malaysia ke Mesir dan kemudian sebagai Pesuruhjaya
Tinggi ke Nigeria and Ghana. Baginda telah dilantik untuk berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke
Jepun tetapi dipanggil pulang oleh Kerajaan Negeri Sembilan berikutan kemangkatan kekanda
baginda, K.D.Y.M.M. Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan
Besar Negeri Sembilan ke-9 pada April 1967.

Negeri Sembilan adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengamalkan sistem pelantikan
Raja secara demokrasi sejak turun-temurun. Bagi memilih pengganti K.D.Y.M.M Tuanku
Munawir yang mangkat, pemimpin kawasan-kawasan utama di Negeri Sembilan yang digelar
Undang Yang Empat mengadakan perbincangan untuk memilih Yang di-Pertuan Besar
seterusnya dari kalangan Putera Yang Empat Negeri Sembilan iaitu:

Tunku Besar Seri Menanti, Yang Amat Mulia Tunku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
Tunku Laxamana, Yang Amat Mulia Tunku Nasir Alam ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Tunku Muda Serting, Yang Amat Mulia Tunku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Tunku Panglima Besar, Yang Amat Mulia Tunku Abdullah ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Pada 18 April 1967, Undang Yang Empat telah bersepakat melantik dan menabalkan Tunku
Ja’afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10.

Baginda telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-10 pada 26 April 1994 dan
menamaptkan tempoh penuh jawatannya selama 5 tahun pada 25 April 1999. Antara
sumbangan terbesar baginda semasa tempoh tersebut adalah sokongan kuat terhadap
penganjuran Sukan Komanwel yang berlangsung dengan jayanya di Kuala Lumpur pada tahun
1998.
 Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir diputerakan pada 14 Januari 1948. Baginda
ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11. Baginda merupakan satu-satunya
putera daripada enam orang adik-beradik kepada pasangan Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan
Besar ke-9 dan pasangan baginda, Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar
Burhanuddin.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad, Kuala Pilah. Kemudian di
Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Tampin dan Sekolah Menengah King George V di
Seremban dan meneruskan pelajaran baginda di Aldenhem School, United Kingdom. Baginda
memperoleh Ijazah Undang-undang dari Kolej Universiti Wales, Aberystwyth, Britain.

Baginda menjadi ahli perniagaan serta Pengarah Bangkok Bank Berhad. Pada tahun 1973,
Tuanku Muhriz kemudiannya mengahwini Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud
dari Terengganu dan memperoleh tiga orang putera, Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali
Redhauddin Muhriz, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.

Dilantik sebagai Tunku Besar pada 1960, Tunku Muhriz dipilih oleh Majlis Undang berikutan
kemangkatan ayahanda baginda. Perlembagaan Negeri Sembilan menyatakan bahawa
penggantian takhta adalah mengikut anakanda lelaki, cucunda lelaki, adinda lelaki dan anak
kepada adinda lelaki kepada pemerintah itu. Tunku Muhriz merupakan waris pertama selepas
kemangkatan Tuanku Munawir, lalu diikuti oleh Tunku Ja'afar dan Tunku Abdullah. Walau
bagaimanapun, baginda tidak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar ketika itu tetapi ayahanda
saudaranya, Tuanku Jaafar yang untuk satu penggal iaitu 5 tahun ketika itu seorang diplomat,
telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar yang ke-10. Pemilihan ini secara tidak langsung
dicadangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tunku Abdul Rahman, yang
meminta supaya Tuanku Muhriz tidak dipilih kerana masih terlalu muda iaitu ketika itu berusia
lapan belas tahun.

Kesemua Undang Yang Empat bersidang di Dewan Keadilan dan memutuskan pemasyhuran
Tuanku Muhriz sebagai pengganti Almarhum Tuanku Ja’afar. Kemudian tembakan meriam 32
das dan 21 das lagi menandakan pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang
baru. Semua Undang Yang Empat menghadap Tuanku Muhriz dan Mubarak menyampaikan
persembahan Mas Manah. Seterusnya Mufti negeri, Datuk Murtadza Sheikh Ahmad
membacakan doa kesyukuran.

Baginda hadir dalam Istiadat Pemakaman Diraja iaitu membawa jenazah Almarhum Tuanku
Ja’afar dari Pelambar di Istana Besar Seri Menanti ke Maharaja Diraja Seri Menanti bersebelahan
Masjid Tuanku Munawir diiringi 86 das tembakan meriam.
1. 1773-1795 : Raja Melewar
6. 1872-1887 : Yamtuan Antah
7. 1887-1933 : Tuanku Muhammad
8. 1933-1960 : Tuanku Abdul Rahman
9. 1960-1967 : Tuanku Munawir
10. 1967-2008 : Tuanku Jaafar
11. 2008-kini : Tuanku Muhriz
Objektif Kajian

1. Untuk mengetahui pengasas awal kerajaan Negeri Sembilan.

2. Membina kronologi pengasas kerajaan Negeri Sembilan.

3. Menjelaskan keistimewaan Negeri Sembilan yang menjadi tumpuan pada hari ini.

4. Meneragkan cabaran yang perlu dihadapi oleh pemerintah pada hari ini.
Kaedah Kajian

Melayari internet

Penyelidikan perpustakaan

You might also like