Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

http://bisikaninsan.blogspot.my/2010/06/bahaya-liberalisme-moden.

html

Zaman kini kian berubah mengikut pelbagai acuan pemikiran. Namun, di sebalik pemikiran itu,
terdapat kerencaman pemahaman yang amat mencengkam – menuju ke arah pelbagai saluran
pemikiran yang bersifat liberal.

Apa yang dapat dilihat pada masa kini, pelbagai fragmen ideologi Barat menerjah sama ada dari segi
ekonomi, politik, sosial, budaya, malah dijadikan sebagai satu anjakan paradigma daripada
modenisme kepada pascamodenisme yang menjurus ke arah “liberal”.

Liberal yang berasal daripada perkataan Latin, iaitu liber membawa maksud bebas atau bukan
hamba. Perkataan liberal juga sering dikaitkan dengan perkataan Inggeris, iaitu liberty yang
membawa konsep kebebasan.

Secara amnya, liberal mempunyai sifat liberalisme yang mengutamakan hak-hak peribadi. Falsafah
ini membentuk suatu masyarakat yang mempertahankan pemikiran yang bebas bagi setiap individu.
Ini mengakibatkan munculnya pelbagai perbezaan pendapat yang mendalam, malah wujud di dalam
rangka liberalisme. Perbezaan pendapat ini membawa kepada perdebatan yang hebat di antara ahli-
ahli liberal.

Dalam History of Rome from Its Foundation, Livy menggambarkan pergolakan di antara kelas
plebeian dan patrician. Marcus Aurelius di dalam tulisannya yang bertajuk Meditation, berkata “…
pendapat polisi (dasar) pemerintahan yang berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua yang
diperintah dan pendapat tentang kerajaan beraja berdasarkan kebebasan kepada hampir kesemua
yang diperintah…”

Selepas kejatuhan Empayar Rom, pendapat dan pendukung liberal tidak cergas lagi di sepanjang
Zaman Kelam di Eropah. Perjuangan untuk kebebasan mula dihidupkan kembali semasa zaman
Renaissance di Itali. Ia mula tercetus apabila pertelingkahan berlaku di antara penyokong-penyokong
bandar negeri yang bebas dan penyokong-penyokong Paus. Niccolò Machiavelli kemudiannya di
dalam Discourses on Livy mula melakarkan prinsip-prinsip kerajaan republik pada awal abad ke-16.

Pertelingkahan ini mengakibatkan perpecahan dari sudut liberalisme klasik, juga wujud beberapa
pergerakan di dalam liberalisme. Liberalisme klasik merupakan satu cabang falsafah liberalisme yang
menekanan kerasionalan manusia, hak-hak harta peribadi, hak-hak semulajadi, kengkangan
perlembagaan ke atas kerajaan, perlindungan hak-hak sivil, pasaran bebas dan kebebasan peribadi.
Disebabkan perpecahan itu, maka lahir beberapa aliran dan pergerakan liberalisme seperti
neoliberalisme, liberalisme budaya, lliberalisme klasikal, ordoliberalisme, liberalisme konservatif,
paleoliberalisme, liberalisme sosial dan liberalisme ekonomi.

Berbanding dengan aliran lain, liberalisme budaya lebih mengunjurkan sistem pragmatik yang
negatif dengan menekankan hak-hak peribadi yang berkaitan dengan cara hidup dan perasaan hati
termasuk kebebasan seksual, kebebasan beragama, kebebasan pemahaman dan perlindungan
daripada campur tangan kerajaan di dalam kehidupan peribadi.

Umumnya, liberalisme budaya menentang peraturan-peraturan kerajaan di dalam seni, akademik,


perjudian, seks, pelacuran, pengguguran kandungan, penggunaan pengawalan kehamilan, arak,
dadah, serta perkara-perkara dan barang-barang kawalan yang lain. Kebanyakan pendukung liberal
menentang hampir semua peraturan kerajaan yang mencampuri hal-hal ini.

Menurut ideologi Barat, liberalisme dapat diklasifikasikan sebagai satu fahaman, falsafah, dan tradisi
politik yang meletakkan kebebasan sebagai nilai politik yang tertinggi. Ia bermula dari Zaman
Kebangkitan Barat dan kini mengandungi pemikiran politik yang luas dan kaya dari segi sumber.

Liberalisme mula mengalami perubahan mendadak dengan membentuk pendapat yang menyatakan
bahawa manusia bebas boleh membentuk asas masyarakat yang stabil. Pendapat ini mula
diketengahkan oleh John Locke (1632-1704) di dalam tulisannya yang bertajuk Two Treatises on
Goverment.

Di dalam tulisannya itu, beliau telah memperkenalkan dua ideologi liberal yang penting, iaitu
kebebasan ekonomi yang bermaksud kebebasan untuk berharta dan mempergunakannya, serta
freedom of conscience seperti yang dibentangkan di dalam A Letter Concerning Toleration (1689).

Beliau membina pendapat awal mengenai hak-hak semulajadi (natural rights) yang dilihat sebagai
“kehidupan, kebebasan, dan harta”. Teori dan hak-hak semulajadi ini telah menjadi asas
pembentukan idea hak-hak asasi manusia. Pada akhir abad ke-17, John Locke menulis England and
the Thinkers of the French Enlightenment untuk mengkaji perjuangan kebebasan dari sudut Rights of
Man yang pernah ditulis oleh Thomas Paine pada tahun 1791.

Perang Kemerdekaan Amerika Syarikat yang meletus telah menubuhkan negara yang pertama untuk
merangka satu perlembagaan berdasarkan konsep kerajaan liberal, iaitu kerajaan mentadbir dengan
‘kerelaan’ yang ditadbir. Manakala elemen bourgeois yang sederhana di dalam Revolusi Perancis
pula, cuba menubuhkan sebuah kerajaan yang berdasarkan prinsip-prinsip liberal.
Di Sepanyol pula, kumpulan yang merangka Perlembagaan Sepanyol 1812 (yang dirangka di Cadiz)
menggunakan perkataan liberal di dalam politik sebagai kata nama. Mereka menamakan diri sebagai
Liberales bagi memberi tentangan kepada pemerintahan mutlak monarki Sepanyol. Pada awal kurun
ke-18, liberalisme menjadi ideologi yang terpenting di negara-negara maju.

Sememangnya hari ini reaksi kita perlu positif apabila berhadapan dengan dominasi Barat pada
peringkat global, dan hipokrasi terhadap Barat secara diplomasi adalah penting. Namun, tanpa
sumbangan dan ideologi kita sendiri, kita akan dikecam sebagai defensif pula. Apa yang
menghairankan, mereka tidak mempersoalkan isu-isu etnik, budaya dan politik di Eropah dan
Amerika Syarikat yang bertentangan dengan demokrasi dan hak asasi manusia.

Tidak dapat dinafikan bahawa mereka sering berteori tentang kejahilan dan barbarisme di Asia dan
Afrika, malah terus menjadikan strukturalisme sebagai spekulasi bagi menunjukkan bahawa
segalanya itu berpunca daripada sistem budaya etnik masyarakat Asia dan Afrika sendiri. Andaian
teori mereka bahawa Asia dan Afrika tidak mampu membentuk masyarakat majmuk adalah kerana
terlalu jauh daripada fahaman “liberal”.

Pada era ini, Barat dapat diidentifikasikan menjadi dua era, waktu modenisme dan pascamodenisme.
Modenisme mengheret pandangan hidup saintifik yang antropomorfisme (persamaan kejadian
manusia dengan tuhan), sekularisme, rasialisme, empirisisme, pemikiran dikotomi, pragmatik yang
bersandarkan teori negatif, penafian kebenaran metafizik, kurangnya penerapan didaktisisme
terutamanya daripada segi moral dan etika kehidupan, seterusnya membina ideologi dan fahaman
“liberalisme moden” yang dibawa oleh pendukung liberalisme moden. Kebanyakan fahaman baru ini
menggugat akidah umat Islam kerana secara realistik, ianya logik bagi akal.

Berbeza pula dengan pascamodenisme yang merupakan aliran mengkritik modenisme sehingga
mendatangkan pelbagai kecelaruan minda. Hasilnya, wujud pemahaman-pemahaman baru yang
disalahtafsirkan seperti relativisme, pluralisme, dan sebagainya. Walau bagaimanapun,
pascamodenisme masih menjadi aliran modenisme dan kedua-dua istilah ini menjadi konsep
kefahaman corak kehidupan yang bercelaru di era globalisasi ini.

Kini, tidak dapat ditolak lagi dan amat menyedihkan apabila kesan refleksi pengaruh Barat telah
mula mengalir dalam pemikiran sesetengah golongan umat Islam, dan ini dapat dilihat daripada arca
pembaharuan pemikiran keagamaan Islam atau tajdid. Pembaharuan sering diterjemahkan menjadi
modenisasi, dan kini ke arah menjadi liberalisasi. Padahal tajdid berbeza daripada modenisasi
ataupun liberalisasi, baik secara etimologi mahupun konsep. Malangnya, perbezaan ini tidak
dicermati, dan konsep-konsep di dalamnya diterjah tanpa proses epistemologi Islam yang jelas.
Selain itu, usaha-usaha pembaharuan pemikiran atau tajdid sesetengah umat Islam kini ternyata
masih bersifat spektisisme (keraguan), evasif, iaitu tidak didukung oleh komuniti yang spesifik dalam
mengkaji, meneliti, menyelaraskan, dan mengembangkan pemikiran kefahaman Islam dari pelbagai
sudut. Apa yang dikhuatiri konsep tajdid sering ditekankan oleh segelintir umat Islam yang
bertunjangkan kepentingan kebendaan dan keduniaan yang mencakupi semangat dan bentuk-
bentuk jahiliah sahaja.

Pembaharuan seperti itu tidak akan membawa kepada pencerahan minda, tetapi menimbulkan
banyak keraguan dan konflik. Ini mengakibatkan kefahaman, idea, nilai, dan falsafah ilmu Barat
moden dan pascamodenisme bercampur baur dalam pemikiran sesetengah umat Islam. Akhirnya,
Muslim berbicara mengenai ilmu pengetahuan Islam, sejarah Islam, bahkan ajaran Islam dengan
pemahaman, nilai, idea, serta pendekatan yang berhubungan dengan terminologi Barat. Di sini
menimbulkan persoalan, mengapakah terjadi sedemikian rupa?

Apa yang diperlukan dalam pembaharuan pemikiran Islam adalah dengan menggali kembali
khazanah ilmu pengetahuan Islam. Dengan keserasian yang bersandarkan epistemologi Islam,
khususnya kepada para ilmuwan dan ulama Islam agar mereka berganding bahu bersama-sama
berijtihad dan bertajdid serta melahirkan konsep-konsep Islam yang tersendiri yang bersesuaian
dalam pelbagai bidang. Tajdid adalah usaha untuk menghidupkan semula Islam dalam bentuknya
yang murni, serta menyusun semula corak hidup dan masyarakat dengan nilai dan prinsip-prinsip
Islam. Islam amat memandang tinggi terhadap kebebasan, tetapi kebebasan itu seharusnya berada
pada landasan kebenaran.

Selain itu, mengkaji pemikiran dan kebudayaan asing terutama Barat amat penting terutama
daripada sudut pandangan hidup, falsafah, epistemologi, dan konsep-konsep penting lainnya agar
Muslim tidak terjerumus dalam kerja-kerja justifikasi Barat semata-mata.

Jika waktu modenisme dan pascamodenisme tidak dilihat dalam konteks Islam dan menjadikan ia
‘sesuatu prospek’ yang bernilai dan bersesuaian di mata Islam, sudah tentunya ia akan menjadi
’tusukan’ kepada nilai-nilai Islam yang sedia ada dan akhirnya umat Islam akan ketinggalan dalam
serba-serbi di era global ini.

Sesungguhnya amat digeruni jika pemahaman dan ideologi “liberalisme moden” mengalirkan sifat-
sifat negatif ke dalam dunia Islam, kerana pemahaman ini akan mendatangkan suatu revolusi kepada
Islam masa kini yang akhirnya menutupi syariah Islam. Sudah masanya umat Islam bangkit
menyedari dan membuka lembaran baru bersama konsep Islam yang teratur dan berada di ruang
lingkup yang ditetapkan al-Quran dan Sunnah.
Allah s.w.t menjadikan setiap manusia bersama akal fikirannya tetapi mempunyai berbagai-bagai
pemahaman dan pemikiran. Oleh hal yang demikian itu, Allah s.w.t. meletakkan Islam serta
mengutus Rasulullah s.a.w sebagai garis panduan agar manusia tidak hidup di dalam kegelapan,
kerosakan, dan kesesatan. Amat menyedihkan jika kehidupan kita terus dibuai dengan hipokrasi
terhadap agama, bangsa, apatah lagi terhadap Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui segala-galanya.

file:///C:/Users/user/Downloads/62-223-1-PB.pdf

PENDAHULUAN Ilmu yang mantap berlandaskan kebenaran akidah dan amalannya dalam kehidupan
seharian merupakan perkara penting yang sepatutnya ada pada setiap guru Muslim. Iman yang
teguh akan memandu seseorang guru agar setiap penyampaian pengajarannya dapat disampaikan
dengan adanya perkaitan kepada Pencipta. Guru Muslim hari ini bukan hanya menyampaikan ilmu
yang berkaitan mata pelajaran tetapi lebih dari itu kerana perlu peka terhadap isu semasa khasnya
yang melibatkan akidah Islam. Rentetan daripada penularan

ideologi yang cuba memoesongkan akidah umat Islam kini semakin giat, maka peranan guru Muslim
juga tidak kurang hebatnya untuk membimbing dan mendidik pelajar agar memiliki akidah yang
teguh terpelihara. Pelbagai informasi daripada fahaman yang berbeza kini boleh diperolehi dihujung
jari. Kemajuan teknologi yang banyak memberi manfaat tidak kurang juga bahaya yang datang
bersama sekiranya tidak mendapat penjelasan dan bimbingan yang sewajarnya. Antaranya ialah
Ideologi Liberalisme dengan momokan mengikuti arus kemodenan semasa sebagai daya penarik
sangat membimbangkan. Begitu juga aliran yang berselindung di balik nama agama seperti Islam
Liberal akan menimbulkan kekeliruan umat Islam khasnya pelajar yang baru mempelajari ilmu
semasa. Justeru, guru Muslim bertanggungjawab memainkan peranan sebagai pendidik dalam ruang
lingkup institusi pendidikan. Walaupun cabaran begitu hebat, namun dengan memberi kefahaman
yang jelas dan tepat, pelajar akan terhindar daripada anasir-anasir yang menggoyah akidah sekaligus
menjaga kesucian Islam.

FAHAMAN LIBERALISME

Liberalisme diambil daripada perkataan ‘Liber’ bahasa Latin yang bermaksud bebas atau merdeka.
Kamus Dewan mentakrifkan liberalisme sebagai fahaman yang liberal, fahaman atau pendirian yang
mahukan demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi (Kamus Dewan 2013). Menurut Wan
Adli Wan Ramli (2012), teras kepada fahaman ini adalah berdasarkan kepada keprihatinan dalam
melindungi dan menggalakkan kebebasan serta autonomi individu dalam segala aspek. Pengertian
Liberalisme dijelaskan oleh Ahmad Zaki (2008) sebagai keyakinan dan iktikad penganut pelbagai
agama bahawa kemajuan ilmu pengetahuan dan kebudayaan semasa memerlukan semakan semula
prinsip, pemikiran dan kesimpulan agama yang difahami dan diaplikasikan kepada perspektif baharu
berasaskan falsafah dan pencapaian semasa. Ini menunjukkan penafsiran semula perlu seiring
dengan tamadun moden dan global (Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Muhd Najib Abdul Kadir
2013). Manakala menurut Marzuki (2008), ia merupakan fahaman yang menerima keunggulan
fahaman sekular-liberal Barat serta percubaan untuk mentafsir semula idea kebebasan dalam Islam
agar selari dengan tuntutan pemikiran tersebut. Takrifan yang hampir serupa menjelaskan
Liberalisme adalah aliran yang cuba membebaskan Islam dari sebarang ikatan syarak sama ada
dengan cara mentafsir, mengolah atau menafikan apa sahaja dalil syarak agar bersesuaian dengan
pemikiran yang berteraskan falsafah Barat (Asri Zainul Abidin et al. 2006). Oleh yang demikian,
penulis berpendapat Liberalisme hari ini lebih kepada serangan terhadap akidah umat Islam untuk
memesongkan daripada landasan kebenaran. Tafsiran atau takwilan berlandaskan rasional semata-
mata mengikut peredaran zaman dan kepentingan hak individu jelas bertentangan dengan syariat
yang sememangnya untuk kemaslahatan manusia sejagat. Konsep Liberalisme merupakan struktur
pemikiran yang mencakupi hampir segenap aspek kehidupan manusia termasuk pendidikan, agama,
sosial dan sebagainya. Ia berpegang kepada prinsip rasional, keterbukaan dan kebebasan intelektual
(Wan Adli Wan Ramli 2012). Mereka mengutamakan hak-hak asasi manusia sebagai ukuran dan
orientasi seterusnya akan menolak apa jua penafsiran daripada agama sekiranya ia bertentangan
dengan pemikiran mereka (Lukman Hakim & Mohd Nasir Omar 2011). Golongan ini juga berpegang
kepada penemuan saintifik sehingga mencetuskan konflik besar dengan cubaan untuk
mentransformasikan agama yang berorientasikan kebebasan hak individu manusia (Lukman Hakim &
Mohd Nasir Omar 2011). Fahaman ini terus bergiat sehingga mempengaruhi dunia Islam kerana
merasakan manusia kini juga perlu bebas daripada ikatan hukum-hakam yang difikirkan sebagai
ketinggalan zaman. Malah menurut Indriaty Ismail & Ahmad Mahyuddin Hassan (2011), keadaan ini
sudah tidak relevan lagi dalam konteks kehidupan dunia kini memandangkan ia terkongkong oleh
tafsiran golongan ulama tradisional. Ia jelas menggambarkan bahawa agama hanya sebagai budaya
yang boleh diketepikan sekiranya ia tidak menepati apa yang dikehendaki.

MANIFESTASI FAHAMAN LIBERALISME

Selepas kejatuhan Dinasti Uthmaniyyah, dunia Islam melakukan transformasi ilmu pengetahuan dari
Barat. Jamaludin Al-Afghani dan Sheikh Muhamad Abduh adalah antara cendekiawan Islam di Timur
Tengah yang telah membuka ruang dalam menggerakkan umat Islam kepada dunia modenisasi
(Azalina Tatar & Latifah Abdul Majid 2012). Pembaharuan yang dibawa lebih menjurus dalam bidang
pendidikan khasnya Sains dan Teknologi agar umat Islam ketika itu tidak ketinggalan berbanding
dengan bangsa dan agama lain. Selain itu, untuk mengelakkan umat Islam menjadi taqlid dengan
sekeliling Guru Muslim dan Cabaran Ideologi Liberalisme 42 bahkan berusaha untuk kemajuan umat
sejagat yang seimbang. Rentetan itu, ilmu semakin berkembang namun telah berubah tidak seperti
yang kehendaki dalam penyepaduan ilmu kerana lebih berpaksikan falsafah Barat. Ia menjadi kronik
apabila sebilangan ilmuannya menjadikan rasionalisasi sebagai prinsip untuk melakukan dan
mencapai apa yang diingini. Kemunculan Liberalisme dalam kalangan umat Islam menurut Tengku
Intan Tengku Puji & Muhd Najib Abdul Kadir (2013) pula bermula sejak berlakunya penjajahan kuasa
Eropah pada kurun ke-16 hingga awal kurun ke-20. Bukan sahaja sistem pemerintahan budaya Barat
dibawa masuk bahkan pentadbiran dan pendidikan juga telah meresap dalam pemikiran umat Islam.
Namun begitu, tidak dinafikan faktor dalaman masyarakat Islam yang tidak kukuh menjadi ruang dan
peluang kepada kuasa luar menyusup masuk. Pegangan akidah yang goyah dan jati diri Muslim yang
rapuh menjadi punca munculnya aliran yang mengatakan dirinya Islam namun praktikal dan falsafah
hidup terpesong kerana akal fikiran semata-mata menjadi panduan dalam kehidupan. Akhirnya
muncullah golongan yang disebut ‘liberal’. Mohd Fairuz Jamaluddin & Latifah Abdul Majid (2013)
menjelaskan fahaman ini sebagai pemikiran yang berkehendakkan kepada keterbukaan dalam
berijtihad dengan meletakkan akal pada tempat yang paling tinggi sehingga meminggirkan pegangan
utama iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Golongan Liberalisme lahir dari dunia Barat pada abad ke-16
dan ke-17 Masihi iaitu pada zaman Renaissance (Mazlan Ibrahim et al. 2011). Fahaman ini bermula
apabila gerakan reformasi golongan intelektual Eropah memperjuangkan kebebasan individu
daripada kongkongan kuasa institusi Gereja Kristian Katholik yang begitu mendominasi seluruh
aspek kehidupan di Barat (Azalina Tatar & Latifah Abdul Majid 2012). Kenyataan ini selari dengan
Tengku Intan Zarina Tengku Puji & Muhd Najib Abdul Kadir (2013) bahawa kemunculan Liberalisme
adalah reaksi tentangan terhadap autoriti gereja yang menggunakan atas nama Tuhan untuk
bertindak dan menindas. Pertembungan aliran pemikiran berlaku, sehingga pengaruh yang inginkan
kebebasan ideologi semakin diterima dan menyusup masuk dalam pelbagai bidang kehidupan.
Ideologi ini semakin berkembang ke serata tempat dan peluang ini digunakan oleh golongan
tertentu untuk dijadikan bahan dengan metlamat merosakkan akidah umat Islam. Liberalisme
seolah-olah satu serangan hendap terhadap agama Islam daripada golongan yang tidak pernah
menyenangi akidah suci ini. Serangan yang dituju berbentuk serangan pemikiran dan cuba mengajak
manusia untuk melihat agama atau akidah secara terbuka (Mohammad Ariffin Ismail 2009).
Perkembangan zaman dan perbezaan geografi serta budaya menjadi satu pendekatan golongan
Liberalisme bertindak untuk mempersoal, mengkritik atau mengubah suai hukum dan ketetapan
dalam agama Islam. Penularan fahaman liberal yang semakin berkembang di Nusantara dapat dilihat
dengan munculnya istilah Islam Liberal rekaan Barat iaitu Leonard Binder pada tahun 1988 dan
Charles Kurzman pada tahun 1998 di dalam penulisan mereka. Penggunaan nama Islam yang
digunakan hanya sebagai umpan agar umat Islam menerima ideologi mereka. Walhal ia hanya
sekadar nama dan sedikit demi sedikit ingin mengubah woldview Islam sebenar.

CABARAN GURU MUSLIM MENDEPANI LIBERALISME

Sistem pendidikan perlu dimantapkan dan memastikan ia tidak dicemari dengan ideologi yang
memesongkan, maka ia bergantung kepada guru yang berkualiti. Rosnani Hashim (2007)
berpendapat bahawa seseorang guru Muslim itu mestilah insan yang bermutu dan mempunyai ilmu
yang luas serta mengikut perkembangan semasa agar lebih bersedia menghadapi cabaran dalam
profesion ini. Namun, gerakan pemikiran liberal yang cuba memecahbelahkan umat Islam dan
mengelirukan pemahaman pelajar khasnya telah menjadi cabaran besar dalam kalangan guru
Muslim sebagai pendidik. Terdapat beberapa perkara yang dijadikan sebagai daya tarikan dalam
ideologi Liberalisme untuk memenangi hati dan diterima secara logik oleh masyarakat awam. Hal ini
perlu diketahui dan difahami seterusnya memberi penjelasan yang tepat agar kefahaman yang
menyeleweng dapat dielakkan dan kesucian Islam akan terus terpelihara. Prinsip Rasional Ideologi
yang mempercayai tiap sesuatu dapat diselesaikan dengan pemikiran yang rasional menggunakan
akal sebagai sumber mutlak untuk bertindak dalam merancang dan

KESIMPULAN Bermulanya ideologi liberalisme dari Barat yang menentang kumpulan agama yang
sudah semestinya menyimpang kerana inginkan kebenaran yang bersesuaian dengan fitrah manusia.
04 IJISAE 2015, Vol. 2(1): 23-34 Namun penentangan ini semakin hari semakin lebih jauh terpesong
dan cuba mencipta aliran pemikiran berdasarkan logik semata-mata. Ideologi ini semakin
berkembang kerana menggunakan kebebasan hak individu dan perubahan mengikut zaman
dijadikan satu pegangan dan mendapat sokongan atau pengikut sehingga ke Nusantara, khasnya
Malaysia. Kemunculan dan gerakannya tidak dapat untuk banteras secara terang-terangan kerana ia
mempengaruhi pemikiran seseorang. Penularannya masuk melaui peningkatan tahap pendidikan
moden yang tidak seimbang, malah lebih kepada acuan Barat. Selain itu, kemajuan teknologi
maklumat hari ini yang memudahkan penyebaran maklumat sampai terus kepada setiap individu.
Perkembangan gerakan ini sudah pasti mendapat sokongan dan dokongan di balik tabir daripada
golongan yang menentang Islam. Justeru, guru Muslim perlu bangkit dan sentiasa memberi
kesedaran kepada pelajarnya mengenai serangan pemikiran yang bergerak secara senyap. Akidah
yang mantap dan bekalan ilmu pedagogi yang cukup perlu ada pada seorang guru Muslim untuk
lebih bersedia menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar.

You might also like