Bab 1 Pengenalan Kepada Pengurusan Sistem Maklumat

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 36

BAB 1

PENGENALAN PENGURUSAN SISTEM


MAKLUMAT
SISTEM MAKLUMAT DALAM DUNIA
GLOBAL
• Cloud computing-
• Perniagaan atas talian melalui internet terutama sekali melalui rangkaian sosial.
• Perniagaan muzik atas talian menggantikan cara lama seperti penggunaan cakera padat
• E-perniagaan (e-commerce)
• pendapatan amazon meningkat sebanyak 39% berbanding offline business lain yang hanya meningkat sebanyak 5%
• Perubahan dari segi teknik pemasaran dan industri pengiklanan
• Facebook, Youtube, Twitter menjual perkhidmatan yang mana merupakan kaedah baru e-commerce
dalam abad 21.
• Web, wikis dan blog menjadi peralatan penting dunia korporat bagi tujuan komunikasi, kerjasama dan
perkongsian maklumat.
PERANAN SISTEM MAKLUMAT DALAM
PERNIAGAAN

Pada tahun 2010, Organisasi pernigaan di Amerika Syarikat membelanjakan


lebih USD 562 billion untuk perisian, perkakasan dan peralatan telekomunikasi
bagi kegunaan Sistem Maklumat. Selain itu Amerika Syarikat juga
membelanjakan sebanyak 800billion pada perundingan perniagaan, pengurusan
dan perkhidmatan yang meliputi perbelanjaan untuk merekabentuk semula
operasi perniagaan agar organisasi perniagaan boleh memperolehi kelebihan
dari teknologi baru ini.
Bagaimana Sistem Maklumat Mengubah
Organisasi Perniagaan

2010
• 89 juta pengguna di US menggunakan peranti mudah alih bagi capaian
internet - hampir separuh dari bilangan pengguna internet. Terdapat hampir
285 juta pelanggan telefon bimbit di Amerika Syarikat dan hampir 5billion
diseluruh dunia.
• June 2010 – 99 juta organisasi perniagaan mempunyai dot-com laman web
berdaftar.
Hari ini
• 133 juta rakyat Amerika membeli-belah secara online dan setiap hari 41 juta rakyat Amerika
melakukan pantauan secara atas talian bagi produk dan perkhidmatan.
• Setiap hari pada tahun 2010
• 75 juta membaca surat khabar secara atas talian.
• 39 juta menonton video atas talian.
• 66 juta membaca blog
• 16 juta menulis blog
• Facebook berjaya menarik 134 juta pengguna setiap bulan di US dan 500 juta di seluruh
dunia.
Perkara baru dalam Pengurusan Sistem
Maklumat

3 perubahan yang bersaling-kait.


a) Kewujudan platform digital mudah-alih
b) Perkembangan perisian atas talian
c) Perkembangan “coud computing” di mana lebih banyak perisian perniagaan boleh
didapati di internet.
Perkakasan
• iPhone iPads, Blackberry, tablet, Samsung dan netbook bagi
pelayaran web bukan sahaja merupakan gajet atau pusat
hiburan, tetapi juga mewakili kelahiran baru platform
komputer.
• Lebih banyak business computing beralih dari PCs dan desktop
kepada peranti mudah alih.
Pengurusan
• Pengurusan selalunya menggunakan teknologi “Web 2.0”
seperti rangkaian sosial dan wikis bagi membantu mereka
membuat keputusan yang lebih baik dan lebih cepat.
• Untuk menyelaraskan pembekal dan penghantar, memuaskan
keperluan pelanggan dan menguruskan pekerja mereka.
Cabaran dan peluang dalam globalisasi

• Pada tahun 2010, lebih dari 33% ekonomi di Amerika Syarikat diperolehi daripada perdagangan asing,
iaitu import dan eksport.
• Di Eropah dan Asia, bilangannya bertambah sehingga 50%
• Lebih kurang 500 syarikat-syarikat AS mendapat separuh pendapatan mereka daripada operasi asing.
• Lebih dari separuh pendapatan Intel pada tahun 2010 datangnya daripada jualan Microprocessor di luar
negara.
• 80% alat mainan yang dijual di Amerika Syarikat dihasilkan di China
• 90% daripada komputer peribadi yang dihasilkan di China menggunakan cip Intel atau AMD yang
dihasilkan di Amerika Syarikat
• 90% of the PC’s manufactured in China use American made Intel or AMD chips.
MIS dalam poket anda

• Perniagaan dijalankan menggunakan peranti mudah alih.


• Smartphone kini dipanggil ““Swiss Army Knife of the Digital Age”.”
• Smartphone ini boleh ditukarkan menjadi pelayar web, telefon, kamera, pemain video
atau pemain muzik, mesin menjawab e-mail dan laluan bagi memasuki sistem korporat.
• Perisian dan aplikasi baru bagi rangkaian sosial dan pengurusan jualan (CRM)
menjadikan peralatan ini alat perniagaan yang serba boleh.
• Balckberry seprti contoh, boleh digunakan secara optima bagi penghantaran dan
penerimaan email dan mesej kerana mempunyai kawalan keselamatan yang baik.
Contoh 1 : iPhone example Doylestown
Hospital
• Seramai 360 ahli fizikal merawat beribu-ribu pesakit.
• Ahli fizikal ini menggunakan iPhone 3G untuk sentiasa berhubung antara
kakitangan hospital, rakan sekerja dan juga bagi mendapatkan maklumat
pesakit.
• Doktor juga dilengkapi dengan capaian peranti mudah alih dengan sistem
rekod perubatan elektronik yang menyimpan rekod pesakit.
Contoh 2: D.W Morgan
• Bertindak sebagai perunding rantaian bekalan dan pengangkutan, dan pembekal
perkhidmatan logistik kepada syarikat-syarikat seperti AT&T, komputer Apple
• Dulu bergantung pada panggilan telefon dan cara-cara manual lain untuk mengesan
penghantaran produk kepada pelanggan mereka.
• Sekarang, menggunakan aplikasi yang dipanggil “ Chainling Mobile” untuk digunakan oleh
30 orang pemandu/penghantar mengemaskinikan status penghantaran produk, mengumpul
tandatangan dan GPS serta mengesan setiap penghantaran.
• Amerika Syarikat mencipta lebih 3.5 juta peluang pekerjaan baru dalam Sistem maklumat dan
perkhidmatan lain yang berkaitan turut berkembang serta menjadikan gaji pekerja terlibat
lebih stabil.
Pengembangan Firma Digital

• Firma Digital adalah organisasi yang mana hampir kesemua hubungan dengan pelanggan ,
pembekal dan pekerja dilakukan dan diselesaikan secara digital.
• Proses Perniagaan (Business Process) adalah satu set tugas-tugas yang berkaitan yang
dibangunkan oleh sesuatu organisasi dalam satu jangkamasa untuk menghasilkan satu hasil
perniagaan serta gaya yang unik sebagaimana aktiviti-aktiviti ini disusun dan diselaraskan.
• Contoh : bangunkan produk, mencipta perancangan pemasaran, melantik pekerja
• Harta intelek, tugas teras, kewangan dan buruh diuruskan secara digital.
• Eg: CISCO systems, 3M & IBM- adalah contoh organisasi yang hampir menyamai konsep
digital firm.
Objektif Perniagaan Yang Strategik Dalam
Sistem Maklumat.

• Pada hari ini, Sistem maklumat merupakan keperluan penting bagi mejalankan
perniagaan harian di Amerika Syarikat serta negara membangun yang lain. Sistem
maklumat juga digunakan bagi mencapai objektif strategik perniagaan.
• Telefon, kabinet fail merupakan asas kepada perniagaan di abad ke 20, dan kini di
abad ke 21, Teknologi maklumat telah menjadi salah satu asas kepada perniagaan.
• Organisasi perniagaan telah membuat banyak pelaburan dalam Sistem maklumat bagi
mencapai 6 Objektif strategik perniagaan:
1.Kecemerlangan Pengoperasian
• Sistem maklumat dan teknologi adalah antara peralatan terpenting untuk
digunakan oleh pengurus bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti
dalam operasi perniagaan, terutamanya apabila berhadapan dengan
perubahan dalam operasi perniagaan dan juga tingkahlaku pengurusan.
• Contoh : Wallmart
• Dalam tahun 2010, Wallmart memperolehi $408 juta dalam perniagaannya iaitu
hampir 1/10 dari hasil jualan di Amerika Syarikat.
2. Produk, Perkhidmatan Dan Model
Perniagaan Baru.
• Model perniagaan – bagaimana organisasi menghasilkan, mengedar dan
menjual produk atau perkhidmatan bagi menghasilkan keuntungan.
• Apple Ins- menukarkan cara pengedaran muzik kepada atas talian, model
pengedaran yang sah berdasarkan teknologi iPod.
3. Hubungan Rapat Pelanggan Dan
Pembekal
• Apabila organisasi perniagaan mengenali pelanggan mereka dan memberi perkhidmatan dengan baik,
pelanggan akan kembali membuat belian dengan organisasi tersebut.
• Apabila sesuatu organisasi perniagaan itu berhubung baik dengan pembekal, pembekal akan memberikan
maklumat penting.
• Contoh 1: Hotel Mandarin Oriental di Manhanttan, simpan semua maklumat mengenai pelanggan
dari suhu bilik, channel TV, minuman apa yang banyak dipesan. Apabila pelanggan yang sama menginap
masuk, pihak hotel menyediakan bilik dengan suhu bilik yang disukai pelanggan, rangkaian tv yang dipilih
sebelum ini menjadi rangkain utama dan disediakan dengan minuman pilihan.
• Contoh 2: Jc Penny, pembekal TAL Apparel Ltd.
• Setiap jualan di Jc Paney, TAL(pembekal) akan dapat mengesan rekod jualan. Maka, TAL akan tahu
produk mana yang mana cepat habis, maka TAL akan sediakan dan hantar stok baru tanpa perlu
menunggu JC Penny membuat pesanan.
4. Meningkatkan Keupayaan Dalam
Pembuatan Keputusan
• Tanpa maklumat yang tepat, pengurus akan menggunakan ‘forecast’, tekaan yang
terbaik serta tuah dalam membuat keputusan.
• Ini akan menyebabkan terlebih atau terkurang hasil produk atau perkhidmatan yang
akan menyebabkan penyalahgunaan sumber serta masa tindakbalas yang lemah.
• Gagal untuk dapatkan maklumat yang tepat pada masa yang tepat akan membuatkan
sesuatu organisasi perniagaan membuat keputusan yang salah.
• Keputusan yang salah akan membuatkan peningkatan kos dan hilang pelanggan.
• Contoh : Syarikat Verizon menggunakan dashboard digital berasakan laman web untuk
sediakan pengurusan dengan maklumat terbaru tentang rungutan pelanggan.
5. Kelebihan daya saing.
• Apabila sesebuah firma berjaya mencapai satu atau lebih dari
objektif perniagaannya; kecemerlangan operasi, produk baru,
model perkhidmatan dan produk, keintiman pelanggan/pembekal
dan meningkatkan pembuatan keputusan, bermaksud organisasi
telah berjaya mencapai kelebihan daya-daing.
6. Survival-
• Firma pernigaan juga melabur dalam sistem maklumat dan
teknologi kerana ianya merupkan keperluan bagi menjalankan
perniagaan. Sebagai contoh pada tahun 1977 di Amerika,
Citybank telah memperkenalkan mesin ATM yang pertama.
Selepas itu bank-bank lain juga memperkenalkan mesin ATM
supaya organisasi mereka boleh terus bertahan.
PERSPEKTIF DALAM
SISTEM MAKLUMAT
Apa itu sistem maklumat?
• Sistem maklumat secara teknikalnya boleh ditakrifkan sebagai satu set komponen yang berhubung-kait
yang mengumpul (atau capai), proses, simpan dan mengedarkan maklumat untuk menyokong
pembuatan keputusan dan kawalan di dalam organisasi.
• Juga membantu pengurusan pekerja menganalisa masalah, menggambarkan subjek yang kompleks dan
mencipta produk baru.
• Data- fakta mentah, yang mewakili peristiwa yang berlaku di organisasi atau persekitaran fizikal.
• Maklumat (Information) – data yang telah dibentukkan ke dalam bentuk yang bermakna dan boleh
digunakan oleh manusia.
• Contoh: Di supermarket bila beli barang, di kaunter akan mengimbas bar code. Di hujung operasi,
supermarket akan memeriksa inventori untuk periksa produk apa yg sudah dijual, jenama apa supaya
supermarket boleh guna maklumat tersebut untuk kegunaan masa depan.
AKTIVITI TERLIBAT DALAM SISTEM
MAKLUMAT
1. Input- mengumpul data mentah dari organisasi atau dari persekitaran
2. Pemprosesan- menukarkan input mentah kepada bentuk yang lebih
bermakna.
3. Output-memindahkan maklumat yang telah diproses kepada pengguna
yang akan menggunakannya.
4. Feedback- hasil yang dipulangkan kepada pekerja organisasi yang
sepatutnya bagi membantu mereka menilai atau membuat pembetulan di
peringkat input.
CONTOH
TIKET ONLINE
• Input : nama penjual, alamat, nombor kad kredit, bilangan tiket yang
ditempah, tarikh perlawanan
• Proses : mengira stok tempahan, mengesan belian tiket dan menghantar
permintaan untuk pembayaran oleh syarikat kredit card.
• Output : Tiket untuk di cetak, resit dan laporan bagi jualan tiket secara online
bagi perlawanan tertentu, jumlah bilangan tiket yang dijual setiap tahun dan
pelanggan tetap.
Dimensi Dalam Sistem Maklumat

• Celik komputer/Computer Literacy- Pengetahuan dalam teknologi


maklumat
• Celik Sistem Maklumat/Information System Literacy
• Pemahaman yang luas mengenai sistem maklumat, dan memahami pengurusan
dan dimensi organisasi sistem serta memahami dimensi teknikal sistem.
• Pengurusan sistem maklumat (MIS) berurusan dengan isu tikahlaku serta isu
teknikal yang menyelubungi penggunaan pembangunan dan kesan terhadap sistem
maklumat yang digunakan oleh pengurus dan pekerja di dalam organisasi.
3 DIMENSI SISTEM MAKLUMAT

1. ORGANISASI
2. PENGURUSAN
3. TEKNOLOGI MAKLUMAT
ORGANISASI
• Elemen utama organisasi adalah manusia, struktur perniagaan, proses, politik
dan budaya.
• Organisasi mempunyai struktur yang terdiri daripada tahap dan kepakaran
yang berbeza.
• Strukturnya menunjukkan secara jelas pembahagian kerja, kuasa dan
tanggungjawab; dianjurkan hierarki struktur piramid.
Pengurusan atasan – Profesional dan teknikal.
• Pengurus senior – melakukan strategi jangka panjang
mengenai produk dan perkhidmatan serta memantau
prestasi kewangan syarikat.
Pengurusan pertengahan – melaksanakan perancangan dan
program oleh pengurus senior.
• Pekerja berpengetahuan – seperti contoh jurutera, saintis
atau arkitek; merekabentuk produk dan perkhidmatan
serta mencipta pengetahuan baru untuk organisasi.
Pengurusan operasi – memantau aktiviti harian perniagaan
• Pengurusan bawahan terdiri daripada kakitangan operasi.
• Data workers-membantu dari penjadualan dan komunikasi
di semua peringkat.
• Pengeluaran dan perkhidmatan –menghasilkan produk dan
menyampaikan perkhidmatan.
PENGURUSAN
• Tugas pengurusan adalah untuk mengatasi pelbagai situasi yang dialami oleh
organisasi, buat keputusan dan merangka pelan tindakan untuk
menyelesaikan masalah organisasi.
• Tetapkan strategi organisasi, memperuntukkan sumber manusia dan
kewangan
• Menghasilkan produk dan perkhidmatan baru serta mewujudkan semula
organisasi dari masa ke masa.
Teknologi Maklumat
• Perkakasan komputer
• Perisian komputer
• Teknologi pengurusan data
• Teknologi rangkaian dan telekomunikasi
• Internet, rangkaian, intranets, extranets
• Word Wide Web
• Infrastruktur IT
Sistem Maklumat DAN Perspektif Perniagaan

• Sistem Maklumat merupakan instrumen penting untuk mewujudkan nilai bagi firma itu
• Membolehkan organisasi untuk meningkatkan pendapatan atau mengurangkan kos dengan
menyediakan maklumat bagi membantu pengurusan membuat keputusan yang kebih baik.
• Juga merupakan satu siri aktiviti tambah nilai bagi mendapatkan, mengubah dan
mengedarkan maklumat yang boleh digunakan oleh pengurus untuk meningkatkan
pembuatan keputusan, meningkatkan prestasi organisasi dan akhirnya, meningkatkan
keuntungan firma.
• Pelaburan terhadap teknologi maklumat sahaja tidak mampu menjadikan organisasi dan
pengurus lebih efektif melainkan mereka di disertai oleh nilai-nilai, struktur dan corak
tingkah laku di dalam organisasi serta aset pelengkap yang lain.
PENDEKATAN MODEN TERHADAP
SISTEM MAKLUMAT
• Pembelajaran bagi sistem maklumat adalah dari pelbagai bidang. Tiada teori
atau perspektif tunggal yang mendominasi. Secara general, bidang ini boleh
dibahagikan kepada pendekatan teknikal dan pendekatan tingkahlaku.
• Sistem maklumat merupakan sistem sosio-teknikal; yang terdiri daripada
mesin-meesin, peranti-peranti, serta teknologi fizikal keras, juga memerlukan
sosial, organisasi dan pelaburan kebijaksanaan bagi memastikan ianya
berfungsi dengan baik.
A. PENDEKATAN TEKNIKAL
• Pendekatan teknikal terhadap sistem maklumat menekankan model berasaskan matematik
bagi mempelajari sistem maklumat, juga teknologi fizikal dan keupayaan formal sistem-sistem
ini. Bidang yang menyumbangkan kepada pendekatan teknikal adalah sains komputer,
pengurusan sains dan kajian operasi.
• Sains komputer berkaitan dengan membangunkan teori-teori komputer, kaedah pengiraan,
computation, serta kaedah bagi penyimpanan dan capaian data yang lebih efisyen.
• Sains pengurusan menekankan kepada pembangunan model bagi pembuatan keputusan dan
amalan pengurusan.
• Kajian operasi fokus kepada teknik matematik bagi mengoptimakan parameter terpilih
organisasi, seperti pengangkutan, kawalan inventori dan kos transaksi.
B. PENDEKATAN TINGKAHLAKU
• Bahagian terpenting dalam bidang sistem maklumat adalah berkaitan isu-isu tingkahlaku yang wujud
dalam pembangunan dan penyelenggaraan jangka-panjang sistem maklumat.
• Isu seperti integrasi perniagaan strategik, rekabentuk, implementasi,dan pengurusan tidak boleh di
gunakan dengan model yang digunakan bagi pendekatan teknikal.
• Seperti contoh, sosiologi mempelajari sistem maklumat dengan memerhatikan bagaimana kumpulan-
kumpulan dan organisasi membentuk pembangunan sistem dan bagaimana sistem memberi kesan kepada
individu, kumpulan dan organisasi.
• Ahli psikologi mempelajari sistem maklumat dengan memahahami bagaimana pembuat keputusan
menerima dan menggunakan maklumat formal.
• Ahli ekonomi mempelajari bagaimana sistem maklumat memahami pembuatan barangan digital, dinamik
pasaran digital, dan bagaimana sistem maklumat baru menukarkan kawalan dan struktur kos di dalam
syarikat.
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like