Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

KEJOHANAN RENANG

PIALA PENGARAH IPG KAMPUS DARULAMAN


PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
PERATURAN PERTANDINGAN RENANG (LELAKI & WANITA)

1.0 PERATURAN AM
1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan
dijalankan mengikut Undang-Undang Renang sebagaimana yang telah ditetapkan
oleh Persekutuan Renang Amatur Antarabangsa (FINA) serta Jawatankuasa
Teknikal dan Pertandingan Kejohanan Renang Piala Pengarah IPG Kampus
Darulaman.

1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, maka Undang-
Undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi.

1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak nyatakan dalam peraturan berkenaan akan
diputuskan seperti berikut:-

1.3.1 Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM


KEJOHANAN RENANG PIALA PENGARAH IPG KAMPUS DARULAMAN
PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, 2019

1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa


Teknikal dan Pertandingan Renang PIALA PENGARAH IPG KAMPUS
DARULAMAN PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, 2019
adalah MUKTAMAD.

2.0 TARIKH PERTANDINGAN


15 OKTOBER 2019 (SELASA)

3.0 TEMPAT PERTANDINGAN


Darulaman Golf dan Country Club, Jitra Kedah
4.0 PENYERTAAN
4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar IPG sahaja.

4.2 Kejohanan renang ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A
(individu), Bahagian B (relay) dan Bahagian C (permainan atas air).

4.3 Peserta yang sama cuma dibenarkan mengambil maksimum tiga acara dalam
Bahagian A.
4.4 Pendaftaran boleh diterima dalam bentuk perseorangan dan pasukan.

4.5 Penyertaan bagi Bahagian B dan C mesti memenuhi tepat 4 orang dalam satu
pasukan.

4.6 Penyertaan bagi Bahagian B mesti memenuhi minimum 4 orang hingga maximum
6 orang dalam satu pasukan.

4.7 QR code penyertaan

5.0 Yuran Penyertaan


5.1 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah mengikut acara dalam Bahagian A,
B dan C.
5.2 Yuran penyertaan dalam Bahagian A iaitu acara individu adalah RM8.00 bagi
setiap acara. Jika terdapat dua penyertaan acara, maka yuran yang dikenakan ialah
RM16.00.

5.3 Yuran penyertaan dalam Bahagian B iaitu acara relay ialah RM20.00 bagi setiap
kumpulan untuk satu acara.

5.4 Yuran penyertaan dalam Bahagian C iaitu permaianan atas air ialah RM40.00
bagi setiap kumpulan untuk semua acara.

5.5 Yuran penyertaan boleh dibayar melalui cek, atau wang pos atas nama
“KOPERASI INSTITUT PERGURUAN DARULAMAN”, atau membayar ke akaun
nombor: ( 02039010000055 ).
6.0 ACARA-ACARA PERTANDINGAN
6.1 Bahagian A (individu)

Bilangan Jenis Kuak Jarak (m) Jenis acara (L/P)


1. Kuak Bebas (Freestyle) 25 m L

2. Kuak Bebas (Freestyle) 50 m L


3. Kuak Dada (Breastroke) 25 m L
4. Kuak Dada (Breastroke) 50m L
5. Kuak Lentang (Backstroke) 25 m L

6. Kuak Kupu-Kupu (Butterfly) 25 m L


7. Kuak Bebas (Freestyle) 25 m P
8. Kuak Bebas (Freestyle) 50 m P
9. Kuak Dada (Breastroke) 25 m P
10. Kuak Dada (Breastroke) 50m P
11. Kuak Lentang (Backstroke) 25 m P
12. Kuak Kupu-Kupu (Butterfly) 25 m P

6.2 Bahagian B (Relay)

Bilangan Jenis Kuak Jarak (m) Jenis acara (L/P)


1 Kuak Bebas 4X25m L
(Freestyle)
2 Kuak Dada 4X25m L
(Breastroke)
3 Kuak Bebas 4X25m P
(Freestyle)
4 Kuak Dada 4X25m P
(Breastroke)
6.3 Bahagian C (Permainan atas air)

Bilangan Jenis acara Jarak (m) Bilangan


peserta (orang)

1. Floatie race relay 4x25 m 4

2. Pool Snake 25 m 4

3. Scavenger hunt 25 m 4
4. Wet T-Shirt relay 4x25 m 4

5. Duck push 25 m 4

6. Life rescue 25 m 4

7.0 SISTEM PERTANDINGAN


7.1 Pertandingan bahagian A
7.1.1 Dibahagikan kepada dua kategori (Kategori Lelaki/ Kategori Perempuan).

7.2 Pertandingan bahagian B


7.2.1 Dibahagikan kepada dua kategori (Kategori Lelaki/ Kategori Perempuan).
7.2.2 Dalam acara berganti-ganti, nama-nama peserta mengikut susunan untuk
pusingan awal, hendaklah diserahkan tidak lewat dari (1) jam sebelum permulaan
acara berkenaan.
7.3 Pertandingan bahagian C

7.3.1 Dibahagikan kepada dua kategori (Kategori Perempuan/ Kategori


Lelaki)
7.3.2 Kawasan pertandingan adalah satu kumpulan satu lorong.
7.3.3 Semua peserta dibenarkan menggunakan alat bantu mengapung
yang ditetapkan.

Jenis Bilangan Peraturan / aturcara Jarak Syarat


acara peserta (m) menang
(orang)
Floatie 4 1.Empat peserta berenang berganti-ganti. 4x25 m Masa
race relay 2. Wajib “menunggang” secara menegak dengan
menduduk pools noodles 25m.
2. Badan peserta perlu tegak.
Pool 4 1.Peserta A bersedia dan terapung di kolam air yang 25 m Masa
Snake berjarak 5 meter dari tebing kolam.
2.Peserta B memegang tali panjang di tebing kolam.
3. Peserta B perlu melontar tali panjang tersebut ke dalam
kolam air pada masa mula.
4. Ketika peserta A memegang tali panjang tersebut,
peserta B perlu menarik balik peserta A dengan
menggunakan tali panjang. (Peserta A berada dalam
keadaan statik, tidak dibenarkan berenang ke arah tali
panjang untuk memegangnya.)
5. Jika lontaran tali tersebut tidak dapat dipegang oleh
peserta A, peserta B hendaklah menarik kembali tali
tersebut dan melontar semula tali panjang tersebut.
6. Pasukan yang dapat menarik peserta A dalam masa
yang paling singkat dikira menang.
7. Peserta C dan D akan mengulangi pertandingan.
8. Masa keseluruhan yang tersingkat akan dikira menang.
Scavenger 4 1. Empat peserta berenang serentak. 25 m Bilangan
hunt 2. Mengumpul barangan tenggelam dan terapung yang barangan
terdapat di lorong kolam. yang
3. Meletakkan barangan terkumpul ke dalam baldi terkumpul.
pasukan.
4. Masa diberi 3 minit.
Wet T- 4 1. Empat peserta berenang berganti-ganti. 4x25 m Masa
Shirt relay
2. Peserta wajib mamakai baju T-shirt jenis kain kapas
yang basah.

Duck push 4 1. Dua peserta berenang serentak. 25 m Masa


2.Berenang sambil menolak satu itik permainan terapung.
2. Peserta boleh menggunakan apa-apa cara untuk
menolak itik permainan terapung dengan syarat tidak
menyentuhnya dengan tangan atau kaki.
Life 4 1.Peserta A memegang satu tali pendek dan menunggu di 25 m Masa
rescue 5 m kolam air.
2.Peserta B berenang dari titik permulaan di sebelah
kolam air ke peserta A. (Gaya renang mengikut kehendak
peserta). (20m)
3. Perserta B berenang sehingga 5m dan mendekati
peserta A.
4. Peserta A perlu memberi tali pendek tersebut dan
menggunakan tali tersebut menarik balik peserta B
sehingga ke titik penamat.
5. Pasukan yang menggunakan masa yang paling singkat
sampai ke titik penamat dikira menang.
6. Peserta C dan D akan mengulangi pertandingan.
7. Masa keseluruhan yang tersingkat akan dikira menang.

7.4 Sistem permarkahan


7.4.1 Bagi bahagian A dan B, pemenang acara mengikut kedudukan tempat

7.4.2 Bahgian C
7.4.2.1 Setiap pasukan yang menang bagi setiap acara boleh mendapat markah
seperti berikut;-
Tempat pertama: 10 markah
Tempat kedua: 7 markah
Tempat ketiga: 5 markah
Tempat keempat dan selebihnya: 2 markah

7.4.2.2 Pasukan yang dapat markah yang paling tinggi merupakan pemenang
kejohanan.
8.0 MENARIK DIRI

8.1 Setiap perenang mesti mendaftar diri sekurang-kurangnya tiga puluh (30) minit
sebelum acara dimulakan. Sekiranya perenang tersebut gagal berbuat demikian,
maka beliau akan dibatalkan dari pertandingan tersebut.

9.0 PENGADIL / HAKIM

9.1 Jawatankuasa Kecil Teknikal akan melantik semua Pengadil dan Hakim Bertauliah
untuk bertugas di sepanjang pertandingan berlangsung.
9.2 Keputusan Pengadil dalam setiap pertandingan adalah muktamad.

10.0 BANTAHAN

10.1 Semua bantahan atau rayuan hendaklah dikemukakan oleh Pengurus Pasukan
secara bertulis kepada Referi tidak lewat daripada tiga puluh (30) minit selepas
keputusan rasmi diumumkan.

10.2 Tiap-tiap bantahan atau rayuan hendaklah disertakan dengan wang tunai
sebanyak Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM 200.00) dan wang pertaruhan ini akan
luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar.

11.0 HADIAH
11.1 Pingat akan diberi kepada tiga pemenang Bahagian A yang medapat tempat
kedudukan yang paling tinggi mengikut urutan.

11.2 Hamper akan diberi kepada tiga pemenang Bahagian B yang medapat tempat
kedudukan yang paling tinggi mengikut urutan.

11.3 Sijil penyertaan akan diberi kepada setiap peserta.


12.0 PEMAKAIAN
12.1 Peserta diwajibkan untuk memakai pakaian renang seperti swimsuit dan
swimtrunk semasa menyertai pertandingan.

12.2 Goggle dan swimcap tidak diwajibkan tetapi digalakkan untuk memakai. (Ikut
kemampuan diri sendiri)

Disediakan Oleh:

Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan


Kejohanan Renang Piala Pengarah
IPG Kampus Darulaman

You might also like