Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Teks Pengacara Majlis

Hari Anugerah Cemerlang SK Taman Mahsuri 2018


Tarikh : 1 Julai 2018,
Tempat : Dewan SKTM

BIL ATURCARA SKRIP CATATAN


MAJLIS
1 ALUAN Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-


puan ke Hari Anugerah Cemerlang SK Taman Mahsuri bagi tahun 2018.
Majlis akan bermula sebentar lagi, untuk itu tuan-tuan dan puan-puan
serta hadirin sekalian, diminta mengambil tempat di dalam dewan.

2 KETIBAAN Diumumkan ketibaan Yang Berhormat Tuan Karupaiya A/L Mutusami,


Ahli Parlimen Padang Serai, diiringi oleh Encik Mat Roslan Bin Junus,
YDP PIBG, Encik Ahmad Azmi Bin Yahaya, Guru Besar SK Taman Mahsuri
serta barisan pentadbir.

(LAGU NEGARAKU & LAGU SEKOLAH)

Hadirin dipersilakan duduk.

3 Dari Raub pergi ke Pontian


Aluan pengerusi Terus pula ke Kuala Perlis
majlis Harap semua berikan perhatian
Mohon kami mulakan Majlis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada:-


Yang Berhormat Tuan Karupaiya A/L Mutusami, Ahli Parlimen Padang
Serai
Yang Berbahagia, Encik Ismail Bin Md Isa, Pengarah Kolej Tingkatan 6
Kulim,
Yang Berusaha Encik Mat Roslan Bin Junus, YDP PIBG SK Taman
Mahsuri,
Yang Berusaha, En Ahmad Azmi Bin Yahaya, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Taman Mahsuri,
Yang Berusaha, En Nordin bin Ab. Hamid, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran,
Yang Berusaha Pn Nor Hayati Binti Osman Guru Penolong Kanan Hal-
EhwalMurid,
Yang Berusaha En Rosli Bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Berusaha, TN HJ NOR ADZMAN B. BABA, Guru Penolong Kanan


Petang.
Yang Disegani, barisan guru dan ahli-ahli jawatankuasa PIBG SK Taman
Mahsuri,
Seterusnya, yang dikasihi, murid-murid sekalian.

SELAMAT DATANG KE HARI ANUGERAH CEMERLANG SK TAMAN


MAHSURI 2018

Saya, Siti Soffiyah Binti Yusoff,


Dan Saya Ahmad Farhan Bin Jaafar akan mengacarakan majlis ini hingga
ke penghujungnya.

Hari ini menugal jagung,


Hari esok memetik peria;
Hari ini kita berkampung,
Meraikan majlis penuh ceria.

Terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan rasa syukur, kerana dengan


limpah dan kurniaNYA, kita dapat sama-sama berhimpun pada pagi ini,
untuk meraikan kejayaan anak-anak SK Taman Mahsuri.

Sesungguhnya, kecemerlangan Anak-anak SK Taman Mahsuri ini


membuktikan bahawa pengorbanan, kesungguhan dan iltizam yang
tinggi daripada semua pihak memberi impak yang bermakna demi
membangunkan kemajuan pendidikan di sekolah ini.

Semoga usaha kita yang berterusan dalam memberi sokongan kepada


anak-anak SK Taman Mahsuri, terus menjadi pendorong kepada mereka,
untuk terus meraih jenama cemerlang pada masa akan datang. Mudah-
mudahan usaha kita semua diberkati Allah. InsyaAllah.

4 BACAAN DOA Hadirin sekalian,

Zikir Munajat Pembersih jiwa


Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama
menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya. Untuk itu, majlis
mempersilakan Al Fadhil Ustaz Mohd Khairi Bin Abdul Jabbar untuk
memimpin bacaan doa.....dipersilakan.

(BACAAN DOA)
Amin...amin ya rabbal a’lamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Mohd
Khairi Bin Abdul Jabbar atas pimpinan doa itu tadi.
5 UCAPAN GURU Hadirin sekalian,
BESAR
Pencak silat cantik berseni,
Tersadung kaki langkah tersasar,
Majlis kita takkan berseri,
Tanpa ucapan Guru Besar.

Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Encik Ahmad Azmi


Bin Yahaya, Guru Besar SK Taman Mahsuri untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(UCAPAN GB)

Terima kasih diucapkan kepada Encik Ahmad Azmi Bin Yahaya atas
ucapan itu tadi.

6 UCAPAN Terbang di awan burung jentayu,


PERASMIAN Di atas papan batang jerami;
Tampillah tuan kami merayu,
Menyampai ucapan kata perasmi.

Bagi meneruskan aturcara kita pada pagi yang berbahagia ini, majlis
dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berhormat Tuan Karupaiya
A/L Mutusami, Ahli Parlimen Padang Serai untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlangan SK Taman Mahsuri
sesi 2018. Majlis mempersilakan.

(UCAPAN PERASMI)

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Karupaiya


A/L Mutusami diatas ucapan perasmian itu tadi. Maka rasmilah sudah
Hari Anugerah Cemerlang peringkat SK Taman Mahsuri tahun 2018.

7 PERSEMBAHAN 1 Sebelum majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah, marilah


sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian daripada anak-anak
tahun 2 SK Taman Mahsuri. Dipersilakan.

(PERSEMBAHAN)

Terima kasih kepada Anak-anak Tahun 2 SK Taman Mahsuri atas


persembahan sebentar tadi. Persembahan nyanyian itu tadi adalah di
bawah bimbingan Encik Ahmad Safuan Bin Hassan dan Encik
KhairulNizam Bin Rosli.
8 PENYAMPAIAN Perasmian sudah persembahan pun sudah,
HADIAH TAHAP 1 Tibalah masa sampaikan hadiah.

Hadirin sekalian, kita teruskan majlis dengan Penyampaian Anugerah


Kecemerlangan Akademik. Majlis dengan sukacitanya menjemput yang
Berhormat Tuan Karupaiya A/L Mutusami diringi oleh En Ahmad Azmi
Bin Yahaya untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid-murid
cemerlang tahap 1. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(HADIAH TAHAP 1)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Karupaiya kerana


sudi menyampaikan sijil dan hadiah kepada semua penerima. Tahniah
diucapkan kepada semua penerima hadiah.

9 PERSEMBAHAN 2 Sebelum kita teruskan majlis dengan acara penyampaian hadiah untuk
murid tahap 2, marilah kita berehat sebentar bagi memberi laluan
kepada persembahan tarian daripada si cilik SK taman Mahsuri. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

(PERSEMBAHAN)

Terima kasih kepada Anak-anak cilik SK Taman Mahsuri atas


persembahan sebentar tadi. Persembahan tarian itu tadi adalah di
bawah bimbingan Puan Rosmalinda Binti Ghazali dan Pn Sharifah Binti
Ibrahim.
10 PENYAMPAIAN Pergi sekolah seawal pagi,
HADIAH TAHAP 2 Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian hadiah diteruskan lagi,
Semua penerima sabarlah menanti.

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan


Akademik kepada murid-murid tahap 2. Majlis dengan sukacitanya
menjemput .................................................................................................
.......................................
diringi ..........................................................................................................
.. Majlis mempersilakan.

(PENYAMPAIAN HADIAH)

Terima kasih diucapkan


kepada ..................................,........................................... kerana sudi
memyampaikan sijil dan hadiah kepada semua penerima. Tahniah
diucapkan kepada semua penerima hadiah.
11 PERSEMBAHAN 3 Sebelum majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah, marilah
sama-sama kita saksikan persembahan nyanyian solo daripada
__________________________________.

(PERSEMBAHAN)

Terima kasih kepada _______________________ atas persembahan


sebentar tadi. Persembahan nyanyian itu tadi adalah di bawah
bimbingan ___________________________________________

12 PENYAMPAIAN Kita teruskan majlis dengan upacara penyampaian hadiah bagi Anugerah
Khas SK Taman Mahsuri. Dengan itu majlis berbesar hati menjemput
ANUGERAH KHAS _______________________________________diiringi
oleh__________________________untuk menyampaikan hadiah
kepada penerima anugerah. Dipersilakan.

(PENYAMPAIAN HADIAH)

Terima Kasih diucapkan kepada _______________________________ di


atas kesudian menyampaikan hadiah kepada penerima-penerima
anugerah Khas SK Taman Mahsuri bagi sesi 2018

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima hadiah.

13 CENDERAMATA Hadirin yang dihormati,


PERASMI Sebagai tanda ucapan terima kasih pihak sekolah kepada Yang
Berhormat Tuan Karupaiya A/L Mutusamy, majlis sekali lagi menjemput
Encik Ahmad Azmi bin Yahaya, Guru Besar SK Taman Mahsuri diiringi
oleh Encik Nordin Bin Ab Hamid, Penolong Kanan Pentadbiran SK Taman
Mahsuriuntuk naik ke pentas bagi menyampaikan cederamata kepada
perasmi.

Terima kasih diucapkan kepada en ahmad azmi bin yahaya yang sudi
menyampaikan cenderamata.

14 PENUTUP Hadirin sekalian,

Hari Anugerah Cemerlang SK Taman Mahsuri 2018 sudah sampai ke


penghujungnya. Bagi pihak Ahli Jawatankuasa Pengelola dan seluruh
warga SK Taman Mahsuri, saya menyusun jari sepuluh, memohon
kemaafan jika terdapat sebarang kesilapan dan keterlanjuran kata
sepanjang majlis ini berlangsung.

Sebelum bersurai, tirai Hari Anugerah Cemerlang SK Taman Mahsuri


2018 ditutup dengan dua rangkap pantun.

Ucapan salam pengakhir kata


Segala yang ada dikongsi bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa.

Tuan puteri bertolak ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi.

Sekian, terima kasih...


Assalamualaikum wbt

You might also like