Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA SEKOLAH


(SKPMg2)

BIL.1 TAHUN 2020

Tarikh : 2 Februari 2020


Masa : 1.45 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat
Pengerusi : Cikgu Ruzlaikha binti Abdul Rahman

Kehadiran :
1. Pn Ruzlaikha binti Abdul Rahman PK Pentadbiran
2. Cikgu Zaharuddin bin Ibrahim PK Hal Ehwal Murid
3. Cikgu Norbi bin Othman PK Kokurikulum
4. Cikgu Noor Laila binti Ab. Kadir PK KPKP
5. Cikgu Norhayati binti Idris KP Bahasa Melayu
6. Cikgu Suria Aziana bt Mhd Atan KP Bahasa Inggeris
7. Cikgu Ahmad Hafiz bin Othman KP Matematik
8. Cikgu Saiful Adely bin Abdullah Panitia Sains/Dunia Sains
Teknologi(DST)
9. Ustazah Azura binti Awang Teh KP Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
10. Cikgu Mohd Shamsul Haimi bin Ngah KP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
11. Cikgu Mohd Fitri bin Abdullah KP TMK dan RBT
12. Cikgu Ros Mawardah binti Mahmud KP Dunia Muzik
13. Cikgu Sarinha Elizaberth bt Zulkifli KP Dunia Seni Visual
14. Cikgu Khatijah binti Yahya KP Sejarah

Hadir Bersama :
Tiada
Tidak Hadir :
Tiada
Urus setia :
Cikgu Mohd Azmi bin Ngah – Setiausaha SKPMg2

I. PEI. PERUTUSAN PENGERUSI


1
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia Sekolah kali pertama.
Tindakan : Makluman
1.3 Pengerusi menegaskan tentang kepentingan jawatankuasa ini
yang merupakan penggerak kepada sekolah dalam memastikan
sekolah berkesan dalam beberapa aspek iaitu pengurusan
organisasi, pdpc, hal ehwal murid dan juga kokurikulum.
Tindakan : Makluman
1.4 Pengerusi memaklumkan bahawa skor penilaian SKPMg2 ini
akan dilaksana mengikut 2 fasa iaitu :
Fasa 1 (1 Januari - 31 Mac)
Fasa 2 (1 Ogos -15 November)
Pengerusi berharap semua ahli jawatankuasa dapat memberi
komitmen yang terbaik.
Tindakan : Makluman

II. JAWATANKUASA STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA


BAGI TAHUN 2020
2.1 Setiausaha mengedarkan salinan jawatankuasa SKPM sekolah
bagi
tahun 2020 kepada semua ahli.
2.2 Pengerusi memberikan sedikit penerangan tentang tugas dan
tanggungjawab ahli jawatankuasa SKPM.
2.3 Pengerusi memohon agar ahli jawatankuasa SKPM ini akan
memberikan komitmen yang tinggi dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka.
Tindakan : Ahli JK SKPM

III. PELANTIKAN PASUKAN PELAKSANA STANDARD (PPS)


3.1 Pengerusi menyampaikan surat pelantikan jawatankuasa
Pasukan
Pelaksana Standard (PPS) kepada guru-guru yang
bertanggungjawab terhadap pengurusan dan pengoperasian
sesuatu aspeK TUMS di sekolah.
Tindakan : PPS

2
IV. PEMBAHAGIAN TUGAS DAN PEMBERIAN SKOR SKPM 2020

4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa pemberian skor akan


dimulakan secepat mungkin. Pembahagian tugas telah
diberikan dalam setiap aspek penilaian. Dengan ini, semua ahli
jawatankuasa boleh mula melaksanakannya mengikut bahagian
masing-masing.
Tindakan : Semua ahli jawatankuasa

V. BORANG PENILAIAN KENDIRI


5.1 Setiap guru perlu mengisi Borang Penilaian Kendiri, cetak satu
salinan dan hantar kepada PK Pentadbiran serta emailkan
softcopy kepada PBS.
Tindakan : Semua guru
5.2 Guru data akan mengumpul semua borang dan masukkan skor
dalam portal SKPMg2 sebelum tarikh tutup yang telah
ditetapkan.
Tindakan : Guru Data
5.3 Sepanjang bulan April hingga November, pencerapan pdpc
perlu dilakukan oleh pihak pentadbir sekurang-kurangnya 2 kali.
Tindakan : Pentadbir sekolah

VI. PENULISAN EVIDENS


6.1 Pengerusi memaklumkan bahawa penulisan evidens dalam
borang Aspek/TUMS sangat penting. Setiap PPS haruslah
memastikan evidens yang ditulis itu adalah sahih.
Tindakan : PPS
6.2 Pengerusi akan memberikan contoh penulisan evidens dan
memberikan penerangan kepada semua guru.
Tindakan : PK Pentadbiran
6.3 Pengerusi meminta guru-guru dalam panitia / bidang masing-
masing membantu PPS dalam menyediakan dan
mengemaskinikan evidens bagi setiap Aspek/ TUMS.
Tindakan : Semua guru dan PPS
6.4 Evidens bagi pdpc haruslah disimpan oleh guru-guru yang
dicerap. Antara bahan bukti pdpc adalah seperti RPH pdpc yang
dicerap, gambar-gambar atau rakaman yang dibuat semasa
pdpc, carta, ABM/BBM, lembaran kerja, buku tulis dan
sebagainya.
Tindakan : Semua guru yang dicerap

VII. PENETAPAN KEMASUKAN DATA


3
7.1 Borang yang telah diisi skor perlu dikumpul dan diserah dahulu
kepada PK Pentadbiran.
Tindakan : PK Pentadbiran
7.2 PPS yang dilantik dinasihatkan untuk mengisi skor 2 atau 3
untuk pengisian kali pertama.
Tindakan : PPS

VIII. HAL-HAL LAIN


8.1 Pengerusi memaklumkan tentang Taklimat SKPMg2 kepada
semua guru di sekolah akan diadakan nanti.
8.2 Pengerusi memaklumkan bahasa borang-borang berkaitan
SKPM akan diedarkan kepada PPS pada hari taklimat SKPMg2.
Tindakan : PK Pentadbiran
8.3 PK Pentadbiran mengharapkan agar PPS yang dilantik dapat
memberikan kerjasama dan komitmen yang baik serta
berintegriti dalam menilai sesuatu perkara atau program.
8.4 Beliau mengingatkan semua guru agar memastikan semua
evidens yang dicatat dan diberi skor dalam borang perlu ada
dan disimpan dengan baik dalam fail atau secara softcopy.
Tindakan : PPS

IX. PENUTUP
9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dengan ucapan
terima kasih daripada pengerusi.

Urus setia : Cikgu Mohd Azmi bin Ngah


Tarikh : 8 Februari 2020

Disediakan oleh : Disemak olah :

……………………………… …………………………………
(MOHD AZMI BIN NGAH) (RUZLAIKHA BINTI ABDUL
RAHMAN)
Setiausaha JK SKPM Sekolah (JKSS) Penolong Kanan Pentadbir
SK Pusat,Kemaman. SK Pusat, Kemaman.

You might also like