Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH AGAMA SETIU

PUTERA JAYA, BANDAR PERMAISURI


22100 SETIU, TERENGGANU
TEL : 09-6097521 FAX : 09-6097012

BAHAGIAN HEM

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Pakaian seragam sekolah hendaklah kemas, cantik, bersih dan menutup aurat untuk menggambarkan
pelajar Islam yang segak dan berdisiplin.

PELAJAR LELAKI

1.BAJU
 Hanya baju putih sahaja yang dibenarkan kecuali pengawas sekolah
 Tidak dibenarkan memakai baju daripada kain jenis licin dan
berkilat.
 Baju tanpa kolar tidak dibenarkan.
 Baju berlengan panjang, lengan baju tidak boleh dilipat.
 Hanya 1 poket tidak tertutup di bahagian kiri baju
dibenarkan.
 Hanya butang baju plastik berwarna putih dibenarkan.
 Baju mestilah dimasukkan ke dalam seluar dengan
kemas.
 Hanya singlet berwarna putih dan kosong sahaja
dibenarkan. Tidak dibenarkan memakai singlet yang
berwarna dan mempunyai tulisan seperti T-shirt dan
sebagainya.
 Sebarang jenama atau cop tidak dibenarkan ditampal di
mana-mana bahagian baju.

2.SELUAR
 Hanya seluar panjang berwarna putih sahaja dibenarkan.
Seluar selain daripada warna tersebut seperti hitam dan
biru tua atau lain-lain warna tidak dibenarkan (kecuali
pengawas sekolah)
 Butang seluar hendaklah diperbuat daripada plastik dan
warnanya mengikut warna seluar.
 3 poket sahaja dibenarkan iaitu 2 di tepi dan 1 di
bahagian belakang sebelah kanan.
 Labuh kaki seluar hendaklah mencecah kasut tetapi tidak
mencecah lantai.
 Seluar potongan “jeans”, “ala jeans”, “bell bottom” dan
seumpamanya tidak dibenarkan.
 Dilarang memakai seluar yang disambung atau seluar
CONTOH PAKAIAN PELAJAR LELAKI
yang sengaja ditampal atau ditampung.

3.STOKIN
 Semua pelajar WAJIB memakai stokin.
 Hanya stokin hitam tanpa corak dan belang sahaja dibenarkan.
 Stokin pendek tidak dibenarkan. Panjang stokin hendaklah sekurang-kurangnya 6cm daripada bahagian
atas buku lali.
 Tidak dibenarkan melipat stokin.

4.KASUT
 Hanya kasut kain kanvas berwarna hitam tanpa jalur
berwarna dan tulisan dibenarkan. Kasut selain daripada
yang dibenarkan seperti kasut sukan, tidak dibenarkan.
 Kasut jenis bertali dan “zap-on” dibenarkan.
 Tali kasut hendaklah berwarna hitam sahaja. Tali kasut
selain daripada warna hitam akan dirampas.
 Tali kasut hendaklah diikat dengan kemas dan rapi
(elakkan daripada terurai dan longgar).
 Tidak dibenarkan menconteng kasut.

5.TALI PINGGANG
 Dibenarkan warna hitam/putih sahaja.
 Mestilah daripada jenis biasa dengan kepala yang tidak
berhias. Kepala besar dan beraneka bentuk tidak
dibenarkan.
 Tali pinggang berjenama tidak dibenarkan. Jika pelajar
didapati memakainya, ia akan dirampas dan tidak akan
dipulangkan.
 Lebar tali pinggang mesti 2 – 3 cm.

6.KAD NAMA / TANDA NAMA


 Ia WAJIB dipakai oleh semua pelajar sepanjang masa
mereka berada di dalam kawasan sekolah, semasa
memakai pakaian seragam sekolah dan juga ketika
menyertai rombongan, pertandingan atau seumpamanya
di luar sekolah.
 Kad nama yang disimpan dan tidak dipakai akan
dirampas. Pelajar akan didenda semasa menuntutnya
semula.
 Kad nama hendaklah dipakai di hadapan kocek baju.
 Ia tidak boleh diconteng, diletakkan gambar yang tidak
sepatutnya, ditampal sticker dan sebagainya.
 Kad nama akan dirampas, jika didapati memakai kad nama
pelajar lain.

7.TALI LEHER
 Pelajar lelaki diWAJIBkan memakai tali leher sepanjang waktu persekolahan.
 Warna tali leher adalah seperti berikut :
Pengawas - Merah
Pelajar biasa - Biru
 Tali leher yang diconteng akan dirampas.
 Ikat dengan kemas (tidak terlalu pendek, tidak terlalu panjang dan tidak senget sebelah)
PELAJAR PEREMPUAN
CONTOH PAKAIAN PELAJAR PEREMPUAN
1. TUDUNG
 Kain tudung mestilah berwarna putih dan biru bagi
pelajar men. atas sahaja, tanpa renda dan sulaman.
 Bahagian hadapan tudung hendaklah dilipat dan dipin.
 Anak tudung berwarna putih dan hitam sahaja
dibenarkan.
 Anak tudung yang keras seperti plastik tidak dibenarkan.
 Potongan kain tudung mestilah melebihi siku dan
menutupi bahagian punggung.
 Bahagian luar dan dalam tudung tidak boleh diconteng.

2. RAMBUT
 Keseluruhan rambut mestilah ditutupi oleh kain tudung.
 Pemakaian anak tudung adalah WAJIB.
 Tidak dibenarkan mewarna dan menginai rambut.

3. BAJU KURUNG
 Hanya baju kurung berlengan panjang serta bercekak /
berkacing di bahagian pergelangan tangan sahaja
dibenarkan.
 Baju daripada kain licin dan berkilat tidak dibenarkan.
 Potongan baju kurung ialah potongan tradisional, leher
teluk belanga. Potongan selain ini tidak dibenarkan.
 Labuh baju kurung hendaklah mencecah paras lutut.
 Lengan baju tidak boleh dilipat.

4. KAIN SARUNG
 Hanya kain berwarna hijau kehitaman (olive green)
dibenarkan.
 Kain licin dan berkilat tidak dibenarkan.
 Labuh kain mestilah menutup buku lali serta mencecah
kasut tetapi tidak mencecah lantai. Pelajar yang kerap
memakai kain terlalu labuh, kainnya akan digunting.
 Tidak dibenarkan menconteng bahagian dalam dan luar
kain.

5. STOKIN, KASUT DAN KAD NAMA / TANDA NAMA


 Sama seperti pada bahagian pelajar lelaki.

6. TAMBAHAN
 Pelajar perempuan diWAJIBkan memakai kain dalam.
 Kuku panjang, kotor atau berinai tidak dibenarkan.
 Dilarang membawa dan memakai barang-barang kemas
seperti cincin, rantai, gelang, topi, alat solek dan
seumpamanya.
 Pelajar dilarang memakai cermin mata “tinted” dan
kanta lekap berwarna.
 Tidak dibenarkan memakai pakaian yang jarang, ketat,
terlalu singkat, terlalu besar atau terlalu labuh.

You might also like