Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ucapan Hari Kemerdekaan Tahun 2019 Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik

Ogos menjadi bulan penting untuk kita mengenang sejarah panjang kemerdekaan
negara. Perjuangan dan pengorbanan yang ditumpahkan pemimpin dan pejuang terdahulu
harus kita jadikan semangat dan azimat buat kita meneruskan kesinambungan penting membina
dan membangunkan negara yang kita cintai ini.

Baru-baru ini, KPM memperkenalkan kembali pendidikan sivik di sekolah yang diajar
secara rentas kurikulum. Ia memberikan anak-anak kelebihan pengetahuan lebih meluas dan
melihat sivik dari pelbagai aspek yang ada.

Salah satu penekanan terpenting dalam pendidikan sivik ini ialah menyuburkan
perasaan cintakan negara dan melahirkan warganegara yang bertanggungjawab terhadap
negaranya sendiri.

Sehubungan itu, bertepatan dengan sambutan hari kebangsaan ini, pendidikan sivik
boleh digunakan sebagai salah satu kaedah untuk mendekatkan jiwa anak-anak dengan elemen
patriotisme.

Menanam semangat cintakan negara dan menyuburkannya bukan sekadar hangat


semasa Ogos dan September sahaja. Ia bukan satu usaha bermusim, namun ia perlu wujud
secara semula jadi demi menjadikan kita benar-benar faham dan mengerti tentang erti
kemerdekaan serta terus bersama-sama berusaha memainkan peranan masing-masing untuk
kemakmuran negara.

Meningkatkan kualiti diri dalam bidang pendidikan, mencapai tahap terbaik dalam
kegiatan kokurikulum atau membentuk diri menjadi anak yang berakhlak mulia ialah permulaan
penting menjadi seorang warganegara hebat.
翻译版献词

八月是我们纪念这个国家独立历史的重要月份。过去先贤战士为国家所作出的牺牲和斗
争,应该成为我们在建设和发展国家的精神基础,使这个受人爱戴的国家继续取得成功。

最近,教育部在教学课程中重新引入了公民教育。它为儿童提供了更广泛的知识基础,
并从各个方面培养公民意识。

公民教育最重要的一个重点是培养对国家的爱,栽培对自己国家负责的公民。

因此,在这个国庆月里,公民教育可以作为将儿童的心灵嵌镶爱国主义元素的方法之一。

各位,培养对国家的热爱并不仅仅在八月和九月。这不是季节性的努力,它需要持续不
断,使我们真正理解独立的意义,并继续共同努力,在国家的繁荣中发挥作用。

让我们一同提高教育素质,实现最高水平的课外活动,培养良好品德的孩子,是成为优
秀公民的良好开端。

You might also like