Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

Modul

Kreatif
Utk
Nuqaba’
Vol 2.0
Isi Kandungan Modul:
4 Modul Ice Breaking
*Tak kenal maka tak tahu. Aktiviti yang menarik menjadikan satu-
satu perkenalan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Perkenalan asas kepada Usrah.

8 Modul Team Building


*Usrah memerlukan pembinaan Ukhuwah yang berterusan. Aktiviti
ini baik dijalankan sama ada secara kumpulan sahaja atau dilakukan
bersama kumpulan-kumpulan usrah lain.

20 Modul Asas-asas Islam


*memberi kefahaman Islam dengan cara yang santai dan luar dari
biasa. Dapat menambah kefahaman Islam kepada anak usrah dan
membincangkan isu-isu dengan kritikal dan memberikan
penyelesaian.

10 Modul YouTube
*Usrah dengan menggunakan video?

5 Modul Isu2 Semasa


Mengunakan Suratkhabar sebagai bahan usrah.

15 Aktiviti Berfikir
*Aktiviti berfikir meransang minda anak usrah anda!

15 Aktiviti Anti-Bosan
*ANak usrah mengantuk? Modul ini dapat membantu.
Ta’aruf Tisu
Objektif:
Berkenalan dan mula mengenali

Bahan:
Tisu

Perlaksanaan:
1. Pelajar yang baru mendaftar diminta mengambil sebanyak mana tisu yang mereka
perlukan kerana selepas ini tiada lagi tisu yang akan dibekalkan kepada mereka.

2. Selepas itu ta'aruf dilakukan mengikut sebanyak mana tisu yang dibekalkan.

3. Pelajar yang ambil lebih akan diminta menyebut lebih banyak perkara yang perlu
diketahui tentang diri mereka.

Kawasan Radioaktif
Bahan:
Tiga kepingan plywood atau papan lebih kurang 1m2

Perlaksanaan:
Kumpulan mesti memikirkan bagaimana hendak memindahkan kumpulan dari satu tempat
ke tempat yang dalam jarak 10 meter tanpa menyentuh tanah atau lantai dengan
menggunakan 3 keping papan atau plywood. Tiada satu bahagian badan pun dibenarkan
tersentuh lantai. Jika ada ahli kumpulan yang terkena lantai. Maka ahli kumpulan
tersebut terkeluar. Kumpulan yang pantas dikira sebagai pemenang.

Variasi:
Ia boleh diadakan secara pertandingan yang mana setiap kumpulan bergerak serentak.
Atau satu kumpulan bermula dulu dan kumpulan lain mengejek (jgn berlebihan)
MODUL
ASAS-ASAS
ISLAM
Sayang d Sayang
(AQIDAH)
Objektif:
Menunjukkan kesan beriman kepada Allah.

Bahan:
Tiada

Perlaksanaan:
1. Ajukan soalan berikut kepada peserta”Pernahkah anda jatuh cita atau melihat
rakan anda bercinta?”
2. Peserta diminta menceritakan apa yang dapat dilihat dari segi sikap, tingkah
laku dan apa-apa perkara yang dilakukan oleh orang yang bercinta.
3. Setelah itu, minta peserta mengaitkan orang yang bercinta dengan orang yang
beriman kepada Allah.
4. Peserta diberi masa 10 minit untuk berbincang.

Point Perbincangan:
Naqib perlu memastikan perkara berikut disentuh oleh peserta apabila diminta memberi
pendapat tentang sikap, tingkah laku dan apa-apa perkara lain yang dilakukan oleh orang
bercinta.

1. Selalu rindu dan teringat


2. Akan cuba jadi yang terbaik untuk kekasihnya
3. Tidak sabar-sabar untuk bertemu
4. Akan melakukan perkara yang disukai dan meninggalkan perkara yang dibenci
oleh kekasihnya

Ini boleh dikaitkan sperti berikut bagi orang yang beriman kepada Allah;

1. Selalu mengingati dan merindui Allah setiap masa dan ketika


2. Akan cuba menjadi hamba yang terbaik
3. Tidak jemu beribadat kepada Allah
4. Melakukan perkara yang disukai Allah dan meninggalkan larangannya.

Kesimpulan:
Kecintaan manusia kepada Allah akan menajdikan manusia mencuba sedaya upaya menjadi
hamba yang terbaik.
Tekno-Da’i
(DAKWAH)
Objektif:
Melahirkan pendakwah yang bijak dan kretif dalam menggunakan teknologi sebagai
medium dakwah.

Bahan:
Lampiran

Perlaksanaan:
1. Naqib bertanya kepada usrah bagaimanakah cara dakwah boleh dilakukan.
(Biasanya anak usrah akan berkata melalui berjumpa dan cara-cara dakwah
yang biasa)
2. Naqib menunjukkan lampiran yang mempunyai gambar notebook, handphone,
kamera dan perakam video.
3. Minta anak usrah fikirkan bagaimana alat-alat ini boleh digunakan sebagai
medium untuk berdakwah. Mereka juga perlu juga menyediakan manual yang
boleh difahami oleh orang lain untuk menggunakan benda-benda tersebut
sebagai medium dakwah. Naqib memberi masa kepada anak usrah selama 20
minit.
4. Selepas selesai masa yang diberi naqib minta anak usrah buat pembentangan.
5. Gunakan cara Akademi Fantasia yang mana setiap anak usrah yang lain
berpeluang bertanya dan mengkritik pembentangan berkenaan. Pastikan jangan
melampau sangat mengkritik.
6. Minta mereka forward pembentangan mereka di internet untuk bacaan orang
lain setelah dibuat pembetulan.

Point Perbincangan:

Kesimpulan:
Apa sahaja medium boleh digunakan untuk berdakwah. Yang paling penting isi
kandungannya mesti menepati yang ditetapkan oleh Islam.
MODUL
Modul 1
A TRUE GENTLEMAN
Naqib tunjukkan Video ’A True Gentleman’ yang ada dalam dalam CD.
Selepas video tamat. Minta pendapat tentang mesej yang cuba
disampaikan di dalam video berkenaan.

Perbincangan:
1. Adakah tindakan mereka di dalam video berkenaan boleh
dianggap sebagai membunuh diri?
2. Pernahkah anda membuat perkara yang membahayakan nyawa
anda?

Soalan Tambahan:
1. Apakah warna topi yang dipakai oleh wanita itu?
2. Di dalam gambar tersebut lelaki tua itu duduk di sebelah kiri atau
kanan?

Modul 2
ANIMAL RACE
Naqib tunjukkan Video ’Animal Race’ yang ada dalam dalam CD.
Selepas video tamat. Minta pendapat tentang mesej yang cuba
disampaikan di dalam video berkenaan.

Perbincangan:
1. Nyatakan sikap yang ditunjukkan oleh Burung unta?
2. Nyatakan sikap yang ditunjukkan oleh Penguin?
3. Kalau mengikut logik sepatutnya siapakah yang sepatutnya
menang?
4. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh Penguin sehingga
menyebabkannya memenangi perlumbaan tersebut?
Isu-isu
Semasa
MODUL 1 - BERITA HARI INI
Naqib menggunakan surat khabar hari ini. Naqib perlu memilih berita-berita yang
menjadi isu semasa pada waktu ini. Naqib boleh menggunakan keratan akhbar,
rencana atau petikan wawancara untuk memberi kefahaman kepada anak usrah
tentang sesuatu isu.
Naqib boleh menimbulkan beberapa persoalan, contohnya; Bagaimana perkara ini
boleh berlaku? Siapa yang bertanggungjawab? Atau apa-apa soalan yang
dirasakan sesuai.
Minta anak usrah memberi cadangan bagaimana isu ini boleh diatasi.

MODUL 2 – Surat Pembaca


Naqib menggunakan ruangan surat pembaca untuk menjalankan modul ini.
Naqib boleh membuat ’paper cutting’ isu-isu yang ditimbulkan dalam ruangan surat
pembaca.
Naqib memberi ruangan surat pembaca kepada anak usrah. Anak usrah dikehendaki
membaca dan memahami apakah isu yang dittimbulkan dalam surat pembaca
tersebut.
Naqib diminta menimbulkan beberapa persoalan:
Pada pendapat kamu, mengapakah Surat Khabar menyediakan ruangan surat
pembaca?
Adakah isu yang ditimbulkan akan memberi kesan jika ditimbulkan di ruangan
tersebut?
Anda diminta membuat surat pembaca olok-olok tentang isu-isu yang anda tidak
puas hati.
Aktiviti
Menarik
Nyatakan Kegunaan Sebatang Pensel???
Senaraikan kegunaan pensel sebanyak mungkin dalam 5 minit. Gunakan
kreativiti anda untuk menjana idea sebnayk mungkin...

1. MENULIS
2. Melubangkan kertas
3. _________________________________________________
4. _________________________________________________
5. _________________________________________________
6. _________________________________________________
7. _________________________________________________
8. _________________________________________________
9. _________________________________________________
10. _________________________________________________
11. _________________________________________________
12. _________________________________________________
13. _________________________________________________
14. _________________________________________________
15. _________________________________________________
16. _________________________________________________
17. _________________________________________________
18. _________________________________________________
19. _________________________________________________
20. _________________________________________________
Uji MEMORI Anda!
Selepas 3 minit tutup gambar ini dan minta peserta ingat
semula gambar yang dilihat
ANTI
BOSAN
Anti-Bosan 5

MANCIS

Anda mempunyai 5 batang mancis. bagaimankah anda dapat membentuk nombor 16


dengan menggunakannya?

Penyelesaian

Bentukkannya dalam susunan XVI (= 16 dalam bentuk nombor Roman).

Anti-Bosan 6

BERAPA LAMA TIDUR?

Seorang pemuda yang amat keletihan masuk tidur pada jam 8.30 malam, mengunci jam
locengnya untuk membangunkannya balik daripada tidur pada jam 9.00 keesokan paginya.
Kiralah berapa lamakah pemuda itu tidur?

JAWAPAN

Pemuda itu hanya sempat tidur selama ½ jam atau 30 minit sahaja!
Iaitu:
9.00 – 8.30 = 30 minit
Jam loceng tidak dapat membezakan malam dan siang. Ia menjalankan tugasnya
menderingkan 9 kali untuk menandakan pukul 9.00 dan pemuda itu terus terbangun
akibat diganggu deringan jam itu setelah tidur selama 30 minit sahaja!
BERMINAT???

Harga Modul ini dikira seperti berikut:

1 – 10 unit = RM10/unit
11 – 20 unit = RM7/unit
> 30 unit = RM5/unit

*Bayaran pos ditanggung oleh pembeli. Jika pembeli di


Kuala Lumpur, bayaran pos tidak perlu.
*Modul dipersembahkan dalam bentuk CD.
*Bagi pembelian melebihi 30 unit pada satu-satu sesi.
Maka, 3 orang layak mengikuti bengkel ‘Mencipta Modul
Kreatif’ yang akan diadakan pada Oktober 2008.

Sebarang pertanyaan dan tempahan,

Sila hubungi,

Creative Sifu 012-3976494

You might also like