RS

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 47

TAJUK: PENGGUNAAN VIDEO TUTORIAL DALAM KEDAH FLIPPED

CLASSROOM BAGI SUBJEK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Bab 1 PENGENALAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan di negara kita sentiasa mengalami perubahan dari masa ke semasa seiring
dengan perkembangan dunia. Pelbagai perubahan yang telah berlaku di dalam sistem
pendidikan terutama selepas kemerdekaan. Bermula dengan pembentangan Penyata
Razak sehinggalah wujudnya sistem pendidikan yang terkini iaitu Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenalkan pada tahun 2011. (Noor Aini
& Zamri 2015)

Perubahan ini berlaku adalah untuk memastikan kesinambungan pendidikan yang


berkualiti secara berterusan. Sejajar dengan perubahan sistem pendidikan, kaedah
pengajaran juga turut berubah mengikut keperluan dan kehendak sistem tersebut.
Kaedah pengajaran yang dahulunya lebih berorientasikan kepada peperiksaan dan
berpusatkan guru kini telah berubah kerana dikatakan murid-murid adalah pasif dan
mengharapkan hanya dapatan ilmu diberikan terus kepada mereka.(Haliza Rosdan
2016). Justeru itu KSSR diperkenalkan agar pengajaran dan pembelajaran adalah
lebih bersifat aktif di mana berpusatkan murid dan diwujudkan elemen-elemen
kemahiran berfikiran aras tinggi (KBAT). (Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025).

KSSR juga memerlukan penglibatan yang lebih daripada murid iaitu murid terlibat
secara langsung dalam mendapat input dengan menggunakan bahan-bahan yang
sesuai. Atas kesedaran ini maka satu pendekatan baru dirancang dengan melibatkan
kepenggunaan teknologi secara optimum dalam sistem pendidikan. Di atas kesedaran
tentang pentingnya penggunaan teknologi pada masa kini, dasar pendidikan telah
menekan aspek teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran agar dapat
mewujudkan pembangunan modal insan yang berteraskan kemahiran abad ke-21.
(Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2012).

1
Selain itu, Kementerian Pelajaran mengakui kepentingan teknologi dalam
pendidikan, yang mana, dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu
anjakan ke-7 menyatakan dengan jelas bahawa penggunaan teknologi dalam
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. (Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia, 2013 – 2025). Di dalam anjakan ini turut di nyatakan bahawa penggunaan
teknologi dalam pendidikan akan dapat membantu memperkukuhkan proses
pengajaran kerana teknologi merupakan satu alat yang dapat memudahkan
penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia melibatkan pendekatan
audio, visual dan bersifat interaktif. (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013
– 2025).

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Kelas abad ke-21


sebagai satu transformasi pendidikan yang menggunakan teknologi sebagai wadah
pembelajaran dan lebih kepada pemusatan murid. Literasi teknologi maklumat
adalah salah satu elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Penggunaan teknologi adalah bersifat pemudahcara agar murid dapat mengakses,
mengurus, menjana maklumat baru dan berkomunikasi dengan orang lain.

Dapatan kajian yang lepas juga menunjukkan bahawa penggunaan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat memberi impak yang positif kepada pelajar.
Peningkatan dari aspek markah peperiksaan pelajar juga meningkat setelah
menggunakan teknologi dalam pembelajaran. (Lytle, 2011).

Selain itu, penggunaan teknologi dapat memberi kesan yang bermakna kepada
pelajar dalam kelas seperti kesediaan pelajar sebelum kelas, penyertaan pelajar yang
lebih aktif dan peningkatan penumpuan pelajar. (AM Lavin et al., 2011). Seterusnya
pelajar dapat belajar mengikut kemampuan mereka sendiri dan memotivasi pelajar
untuk belajar. (Kurzwell, 2015).

Pelbagai jenis teknologi yang digunakan dalam sistem pendidikan. Salah satunya
adalah penggunaan video dalam memastikan pemahaman pelajar dalam
pembelajaran. Penggunaan video tutorial adalah salah satu teknologi yang dapat
digunakan bagi memastikan hasrat pendidikan yang mahu murid belajar secara

2
kendiri dan guru hanya sebagai fasilitator sahaja. Oleh itu kajian ini menumpukan
bagaimana penggunaan video tutorial dalam flipped classroom dan kesannya kepada
para pelajar dalam pembelajaran bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi dari aspek
teori dan kemahiran.

1.1 Latar Belakang Masalah

Pada tahun 2014, diperkenalkan subjek Reka bentuk dan teknologi bagi para pelajar
tahun 4. Reka bentuk dan teknologi ini adalah penjenamaan semula dan
penambahbaikan bagi kurikulum Kemahiran Hidup sekolah rendah. (Suriana
Ismail 2012). Subjek ini diperkenalkan adalah bertujuan sebagai satu langkah
persediaan pelajar sekolah rendah ke sekolah menengah dari aspek pengetahuan dan
kemahiran asas dalam bidang teknikal dan vokasional. Kepentingan bagi bidang
teknikal dan vokasional ini ialah untuk menambahkan bilangan pekerja yang
berkemahiran dengan cara mendidik pelajar seperti yang termaktub dalam Wawasan
2020 bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju dan dalam masa yang
sama sebagai negara pengeluar. (Wawasan 2020)

Kemahiran – kemahiran yang dipelajari dalam Reka Bentuk dan Teknologi adalah
berasal dari penggubalan mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah yang
menekankan kepada penguasaan pengetahuan dan kemahiran teknologi dan
keusahawanan. (Suriana Ismail 2012). Ianya juga menekankan kepada aspek dalam
memperkembangkan kebolehan dan potensi pelajar sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Negara. (Falsafah Pendidikan Negara). Kemahiran-kemahiran yang
diajar dalam Reka Bentuk dan Teknologi adalah berkaitan dengan teknologi,
pertukangan, pertanian dan sains rumahtangga. Para pelajar bukan hanya belajar dari
aspek teori sahaja namun di ajar juga dari aspek amali. Penambahbaikan ini
merupakan satu titik tolak dalam memastikan hasrat kerajaan dalam melahirkan
modal insan kelas pertama dan seterusnya memberi impak yang positif dalam mutu
pendidikan di Malaysia.

Konsep pembelajaran RBT juga adalah menekankan kepada para pelajar melakukan
aktiviti secara aktif dan sendiri dalam menguasai kemahiran yang diajar dalam

3
subjek ini. (DSKP RBT TAHUN 4, 2013). Namun begitu pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat tradisional menyebabkan pelajar kurang memberi
tumpuan dalam pembelajaran. Kurangnya penglibatan para pelajar dalam proses
pembelajaran juga menyebabkan objektif pembelajaran tidak dapat dicapai dari segi
pengetahuan dan kemahiran.

Seterusnya pelajar juga sukar memahami konsep atau kemahiran terutamanya dalam
mata pelajaran amali RBT kerana proses pembelajaran yang membosankan.(Zaiha
nabila Md Harun 2014). Para pelajar juga perlu memahami konsep dn juga
kemahiran bagi menguasai subjek RBT. Ini kerana para pelajar perlu
mengaplikasikan pengetahuan kedalam kemahiran bagi mengahsilkan produk pada
masa yang ditetapkan. Kekangan masa dan kurangnya pengetahuan berkaitan tajuk
menyebabkan para pelajar tidak dapat menyiapkan produk yang dikehendaki. Justeru
perlulah wujud satu kaedah bagi memberikan input berkaitan dengan konsep dan
kemahiran RBT kepada para pelajar sebelum melaksanakan projek mereka.

Penggunaan teknologi dalam pembelajaran pada masa kini amatlah penting. Pihak
kementerian telah menekankan tentang kepentingan para pelajar menggunakan
teknologi dalam pembelajaran selain dari penambahbaikan bidang pendidikan. Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menggariskan pelan tindakan dalam
mempertingkatkan dan memanfaatkan teknologi dalam pembelajaran. Penggunaan
teknologi ini tertakluk kepada semua mata pelajaran agar para pelajar dapat
mencapai pembelajaran secara berkesan.

Pelbagai bentuk teknologi yang digunakan dalam pembelajaran dan salah satunya
ialah penggunaan video tutorial. Penggunaan video tutorial ini adalah sebagai satu
pemudahcara dalam membantu dan mempermudahkan proses pembelajaran bagi
para pelajar. (Pramudito 2013). Selain itu penggunaan teknologi dalam pembelajaran
dapat memainkan peranan yang penting menerusi pendekatan flipped classroom.
(Engin 2014). Penggabungan antara flipped classroom dan penggunaan video tutorial
sebagai salah satu cara bagi membantu dan mempermudahkan para pelajar untuk
menguasai konsep dan kemahiran. Menurut (Lowell et al., 2013), flipped classroom
ini dapat memberi ruang kepada pelajar belajar secara kendiri dan juga pelajar dapat

4
belajar membina pengetahuan melalui bimbingan rakan dan guru. atau pengalaman
pelajar sendiri.

Terdapat beberapa kajian beberapa tahun kebelakangan ini yang menunjukkan


bahawa melalui implementasi video tutorial dan flipped classroom ini dapat
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar dalam proses pembelajaran.
(Amaya-Bower dan Kirstukas 2016). Melalui flipped classroom ini para pelajar perlu
mendapat dahulu maklumat dan pengetahuan berkaitan dengan tajuk pembelajaran
yang akan diajar oleh guru sebelum datang ke kelas dengan cara melihat video
tutorial yang disediakan. (Brame, 2013). Video tutorial yang disediakan ini meliputi
tentang konsep tajuk pembelajaran iaitu mengenai asas jahitan, alatan dan bahan
yang digunakan serta cara menjahit jahitan asas. Setelah para pelajar menonton video
tutorial ini, para pelajar mengimplementasi apa yang telah dipelajari melalui video
tutorial berkaitan dengan konsep dan kemahiran asas jahitan di dalam kelas.

Menurut (Engin 2014), dapatan kajian menunjukkan bahawa flipped classroom dapat
memberikan peluang kepada para pelajar untuk belajar mengikut masa dan kadar
pelajar sendiri serta dapat memberikan pelajar repositori video tutorial untuk
digunakan bagi tujuan pembelajaran.

Video tutorial yang bersifat interaktif juga dapat membimbing pelajar untuk
memahami sesuatu tajuk pembelajaran melalui audio visualisasi. Para pelajar dapat
mengikuti secara interaktif kemahiran yang dipaparkan dalam video. Oleh itu itu,
melalui video tutorial ini merupakan salah satu alternatif dalam membantu mengatasi
kemerosotan pelajar dalam pembelajaran. (Pramudito 2013). Melalui penggunaan
video tutorial dalam flipped classroom, para pelajar dapat belajar dan memahami
tajuk pembelajaran terlebih dahulu dan semasa berada di dalam kelas para pelajar
dapat mengemukakan soalan yang berkaitan untuk memantapkan lagi pengetahuan
yang diperolehi seterusnya pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

1.2 Pernyataan Masalah

5
Pelbagai usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam memastikan
pembangunan modal insan dapat direalisasikan. Pelbagai cara dan kaedah digunakan
agar proses pengajaran dan pembelajaran berjaya dilaksanakan.

Namun begitu, terdapat pelbagai kekangan yang menjadikan proses pembelajaran


kurang berjaya. Permasalahan yang timbul ialah murid kurang focus dalam
pembelajaran terutama bagi tajuk-tajuk yang perlu dipelajari secara teori. Seterusnya,
kekangan dari aspek masa yang mana subjek Reka bentuk dan Teknologi ini adalah
berselang dengan subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Ini
menyebabkan kepada objektif pembelajaran yang tidak dapat dicapai terutama dalam
meyiapkan sesuatu projek atau kerja amali. Seterusnya pemahaman para pelajar dari
aspek teori yang memerlukan masa sukar dilaksanakan akibat dari kekangan masa
iaitu 1 jam seminggu.

Selain dari itu, terdapat guru-guru yang mengajar subjek RBT ini tiada pengetahuan
yang berkaitan dengan RBT dan menjuruskan kepada kurangnya tahap kesediaan
guru. Kaedah pengajaran guru yang bersifat tradisional menyebabkan para pelajar
kuarang fokus dan mudah berasa bosan.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:


1. Menghasilkan video tutorial bagi subjek Reka bentuk dan Teknologi Tahun 4.
2. Mengkaji keberkesanan video tutorial dalam membantu murid menguasai
kemahiran asas jahitan bagi subjek Reka bentuk dan Teknologi tahun 4.
3. Mengkaji keberkesanan video tutorial dalam membantu murid meningkatkan
kefahaman asas jahitan bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi tahun 4.
4. Mengenalpasti persepsi pelajar tahun 4 terhadap penggunaan video tutorial dalam
pembelajaran

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:


1. Adakah penggunaan video tutorial dapat membantu murid dari segi kemahiran
asas jahitan bagi subjek Reka bentuk dan Teknologi tahun 4?

6
2. Adakah penggunaan video tutorial dapat meningkatkan pemahaman murid dari
aspek teori asas jahitan bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi tahun 4?

3. Apakah persepsi pelajar tahun 4 terhadap penggunaan video tutorial dalam


pembelajaran?

1.5 Kerangka Konsep

Kerangka konsep menunjukkan permulaan dengan flipped classroom, yang mana


pelajar akan menggunakan atau melihat video tutorial yang disediakan oleh guru
sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula. Penggunaan video tutorial ini adalah
untuk memberikan kefahaman kepada pelajar tentang tajuk yang akan dipelajari dari
aspek kefahaman teori dan juga kemahiran.

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat memberi impak kepada para pelajar, guru- guru dan
seterusnya kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.6.1 Kementerian Pendidikan Malaysia

7
Hasil daripada kajian ini diharapkan akan dapat membantu Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dalam meningkatkan lagi mutu pendidikan negara. Seterusnya
diharapkan dapatan kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak KPM dalam
membuat penambahbaikan sistem pelajaran negara terutama dari aspek pelajaran
teknikal dan vokasional. Selain itu, hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan bagi
mencadangkan kaedah pengajaran dan pendekatan yang lebih berkesan terutama bagi
pihak guru dalam meningkatkan ilmu.

1.6.2 Guru

Kajian ini diharapkan akan dapat membantu guru-guru dalam menambahkan ilmu
bagi mengajar subjek RBT terutama sekali kepada guru-guru bukan opsyen. Selain
itu juga, dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan di dalam kelas bagi membolehkan para pelajar memahami isi kandungan
dan isi pelajaran dengan mudah. Kajin ini juga diharapkan dapat membantu guru
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berikutnya.

1.6.3 Pelajar

Hasil daripada kajian ini dapat membantu pelajar memahami pembelajaran Reka
bentuk dan Teknologi (RBT) secara teori dan amali. Kajian ini juga diharapkan dapat
membantu para pelajar dalam menyiapkan projek amali dalam masa yang ditetapkan.
Para pelajar juga dapat belajar secara kendiri dalam memahami tajuk yang terdapat
bagi subjek RBT. Para pelajar juga dapat memahami dan juga mengingati fungsi-
fungsi alatan dan cara penggunaannya.

1.7 Definisi Operasi

Dalam kajian ini melibatkan beberapa istilah. Berikut ialah penerangan tentang
istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini.

1.7.1 Video Tutorial

8
Menurut Kamus Dewan edisi keempat video bermaksud rakaman imej dan audio dan
ditayangkan menggunakan alatan video yang sesuai. Manakala tutorial pula
bermaksud kelas perbincangan yang diadakan dengan bimbingan. Manakala
menurut Pramudito (2013) video tutorial bermaksud adalah rangkaian imej-imej
yang bergerak beserta dengan audio yang ditayangkan dan isi kandungannya
berkaitan dengan pembelajaran bagi membantu meningkatkan kefahaman terhadap
sesuatu tajuk dan ianya juga boleh dijadikan sebagai bahan bimbingan atau bahan
pengajaran tambahan.

Dalam kajian ini video tutorial merujuk kepada bahan media yang dihasilkan untuk
menjelaskan dan mengajar secara terperinci tentang suatu proses tertentu atau proses
kerja amali, cara penggunaan dan sebagainya selain dapat membantu memudahkan
para guru dalam menjelaskan pembelajaran yang bersifat teknikal kepada para
pelajar. Melalui video tutorial ini juga informasi yang disampaikan menggunakan
pelbagai kombinasi yang bersifat interaktif dapat menarik minat para pelajar dalam
menguasai tajuk pembelajaran dan para pelajar mudah memahami konsep-konsep
yang diajar secara visual.

1.7.2 Flipped Classroom

Menurut Butzler and Prescott Valley (2014), flipped classroom ialah pengajaran dan
pembelajaran yang menentang cara atau kaedah pengajaran secara tradisional.
Flipped classroom ini juga lebih berpusatkan murid dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Melalui flipped classroom para pelajar mencari dapatan
tentang pengtahuan yang berkaitan dengan pembelajaran yang akan dialankan di
dalam kelas.

1.7.3 Keberkesanan

Definisi keberkesanan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah sesuatu tindakan
itu dapat dilihat daripada hasil sesudahnya. Dalam kajian ini, keberkesanan merujuk
kepada penggunaan video tutorial dalam flipped classroom dapat meningkatkan

9
penguasaan dan kefahaman pelajar dalam aspek teori dan kemahiran berbanding
kaedah tradisional.

1.7.4 Pencapaian

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, pencapaian bermaksud
apa yang telah dihasilkan atau diperoleh. Dalam kajian ini pencapaian bermaksud
keupayaan pelajar memahami dan menguasai pembelajaran yang diajar dan setrusnya
diukur mengikut gred pemarkahan yang diperolehi pelajar mengikut jadual di bawah:

GRED MARKAH
A 80 - 100
B 60 - 79
C 50 - 59
D 40 - 49
E 0 - 39

1.7.5 Persepsi

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat persepsi bermaksud
bayangan atau gambaran dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan
(menerusi pancaindera), dan tanggapan. Dalam kajian ini persepsi adalah merujuk
kepada persepsi pelajar yang mana ditafsirkan sebagai pandangan pelajar terhadap
pembelajaran yang diperolehi setelah melihat video tutorial yang diberikan sebelum
pengajaran dan pembelajaran bermula.

1.8 Penutup

Walaupun penggunaan video telah lama diperkenalkan, namun kajian yang berkaitan
penggunaan video tutorial dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia amatlah
kurang berbanding di luar negara. Kebanyakan kajian adalah lebih menjuruskan
kepada penggunaan klip video yang mana ianya memberi impak yang positif kepada

10
para pelajar dan mengurangkan bebanan kognitif mereka. (Sidek and Hashim 2016).
Namun begitu kajian bagaimana memastikan para pelajar dapat memahami secara
efektif pembelajran reka bentuk teknologi masih belum dilaksanakan.

Oleh itu, tujuan kajian dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti penggunaan video
tutorial dapat membantu para pelajar dalam memahami subjek reka bentuk dan
teknologi dengan lebih berkesan

11
Bab 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang sorotan kajian dan hasil kajian lepas dari
penyelidik lain yang berkaitan dengan kajian yang akan dilaksanakan. Perbincangan
adalah lebih menjuruskan kepada tajuk –tajuk dan isu yang berkaitan dengan tajuk
kajian seperti flipped classroom, video tutorial dan video tutorial dalam flipped
classroom.

2.2 Flipped classroom

Flipped classroom ini adalah salah satu cara para pelajar belajar mengikut masa,
tempat, kesesuaian dan tahap mereka sendiri. (Staker & Horn, 2012). Menurut Barret
(2012), melalui flipped classroom, para pelajar mengumpul maklumat yang ingin
dipelajari di luar kelas sama ada melalui video, melayari internet atau membaca
bahan yang berkaitan. Flipped classroom telah mengubah kaedah tradisional yang
berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar (Valenza, 2012)
.
Melalui pembelajaran secara flipped, para pelajar dapat belajar dahulu secara sendiri
sebelum masuk ke kelas bagi meningkatkan lagi pemahaman dan pengukuhan dalam
sesuatu subjek pembelajaran dan secara tidak langsung dapat mengingati maklumat
dalam masa yang panjang. (Bell, 2015). Ini juga disokong oleh Crews & Butterfield
(2014), menyatakan bahawa pelajar yang menggunakan kaedah flipped ini akan
dapat membiasakan diri mereka untuk melengkapkan diri mereka dengan maklumat
kandungan pembelajaran yang baru mengikut masa mereka sendiri dan dapat belajar
secara berkesan dan menyiapkan aktiviti di dalam kelas dalam waktu yang
ditetapkan.

Melalui flipped classroom, masa interaksi diantara guru dan pelajar dapat ditambah
Menurut Bishop & Verleger (2013), Flipped classroom ditakrifkan sebagai teknik
pembelajaran yang mempunyai dua bahagian penting iaitu pembelajaran di dalam
12
kelas yang menjuruskan kepada pembelajaran dan aktiviti berkumpulan yang bersifat
interaktif dan pembelajaran diluar kelas yang mana pelajar belajar secara inidividu
dengan menggunakn teknologi.

Kaedah flipped classroom juga dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif.
(Siegel, 2013). Menurut Green (2015), Pembelajaran secara flipped classroom ini
berbeza dengan cara tradisional yang mana para pelajar apabila berada di dalam
kelas mereka akan berinteraksi lebih aktif dalam pembelajaran bersama guru dan
rakan-rakan dan seterusnya pembelajaran pelajar di dalam kelas akan lebih optimum
dalam aktiviti kumpulan dan perbincangan bersama guru dan rakan-rakan.

Komunikasi di kalangan pelajar dan kerjasama di dalam kumpulan dapat


ditingkatkan melalui kaedah flipped classroom dan ini secara tidak langsung dapat
meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam pembelajaran. (Herreid & Schiller,
2013). Pada tahun 2008, pelajar-pelajar dari Universiti Michigan telah menggunakan
kaedah flipped classroom bagi subjek kalkulus dan didapati bahawa para pelajar
tersebut dapat memahami subjek tersebut dua kali ganda daripada kaedah tradisional
(Berret, 2012)

2.2.1 Sejarah Flipped Classroom

Menurut Berret (2012), pembelajaran menggunakan kaedah flipped classroom ini


bukanlah sesuatu yang baru kerana kerana diperkenalkan pada tahun 2000 iaitu kelas
bagi subjek sejarah dan subjek kesusasteraan telah lama menggunakan kaedah ini
yang mana pelajar perlu membaca bahan diluar kelas sebagai persediaan untuk
perbincangan di dalam kelas. Namun begitu kaedah flipped classroom ini mula
terkenal pada tahun 2007 oleh Bergmann dan Samms apabila mereka menggunakan
kaedah ini menerusi video dan aktiviti pembelajaran dalam talian bagi pelajar yang
tidak dapat hadir ke kelas. (Bergmann & Sams, 2012).

Seterusnya kaedah flipped classroom ini dipopularkan oleh Akademi Khan yang
mana telah menyediakan video untuk para pelajar mempelajari di rumah secara

13
online sebelum masuk ke kelas bagi melaksanakan aktiviti bersama guru. (Gojak,
2012)

2.3 Video Tutorial

Video tutorial merupkan salah satu teknologi yang digunakan dalam pembelajaran
sebagai bahan pengajaran kepada para pelajar yang dapat memberikan informasi
secara interaktif dan optimum dalam menerangkan secara terperinci mengenai
sesuatu topik pembelajaran dalam bentuk audiovisualisasi. (Pramudito, 2013). Bagi
blended classroom pula, para pelajar akan berinteraksi dengan video tutorial secara
kendiri di dalam kelas dengan bimbingan guru (Rosen & Beck-Hill, 2012).

Menurut Cattaneo, Nguyen dan Aprea (2014), video dapat memberikan kesan kepada
motivasi pelajar, membantu pelajar dalam membezakan pengalaman belajar dan
dapat membantu pelajar dalam memahami konsep dan kandungan melalui
perbincangan. Penggunaan video tutorial ini juga memberikan kesan yang positif
kepada pelajar dan pelajar lebih tertarik untuk menonton video tutorial dalam
mempelajari tajuk pelajaran selain memudahkan pelajar memahami tajuk tersebut.
(Pritandari & Ratnawuri, 2015).

2.4 Penggunaan Video Tutorial dalam Flipped Classroom

Melalui kaedah flipped classroom, penggunaan teknologi memainkan peranan yang


amat penting dalam pembelajaran. (Engine, 2014). Salah satu teknologi yang
digunakan adalah melalui video tutorial. Menurut (Brame, 2013) melalui flipped
classroom para pelajar didedahkan dengan video berkaitan dengan tajuk pelajaran di
luar kelas dan menggunakan pengetahuan yang diperolehi di dalam kelas secara
perbincangan, praktis, penyelesaian-masalah dan interaksi dengan rakan-rakan dan
guru bagi meningkatkan lagi pemahaman bagi tajuk pembelajaran tersebut.

Penggunaan video tutorial di luar kelas dapat memberikan pelajar sepenuhnya


kebebasan untuk melihat dan belajar mengikut masa mereka sendiri dalam
memahami sesuatu tajuk pelajaran dan melalui video tutorial ini pelajar dapat

14
mengulang menonton video tersebut mengikut masa dan kesesuaian mereka sendiri.
(Bower & Kirstukas, 2016).

2.4.1 Sorotan Kajian Lepas

Terdapat kajian-kajian yang lepas yang menggunakan video tutorial dalam flipped
classroom bagi meningkatkan pemahaman dan pencapaian pelajar.

Jadual 2.0: Kajian-Kajian berkaitan video tutorial dalam flipped classroom


Penulis Peringkat Pengajian Disiplin Dimensi
Hopper, 2016 Sekolah Seni Lukis Kemahiran Pelajar
Bower & Universiti Reka Bentuk Pencapaian Pelajar
Kirstukas, 2016 CAD Persepsi Pelajar
Shimamoto, Sekolah Kaedah Persepsi Guru
2012 Pedagogi
Khaled Sekolah Matematik Pencapaian Pelajar
Mohamad, 2016
Bell, 2015 Universiti Bahasa German Persepsi Pelajar

Jadual 1 menunjukkan pelaksanaan video tutorial dalam flipped classroom yang telah
digunakan dan diaplikasi dalam pelbagai bidang pengajian. Kajian yang telah
dilaksanakan oleh Hopper (2016) ke atas sekumpulan pelajar sekolah menengah
dalam bidang Seni Lukis dan telah mendapat reaksi positif di kalangan para pelajar
tersebut bagi penggunaan video ttutorial dalam flipped classroom. Lebih daripada
90% pelajar menyatakan bahawa penggunaan video tutorial ini memudahkan mereka
belajar secara kendiri dirumah dan menjadi lebih fokus bila berada di dalam kelas.

Manakala bagi kajian ke atas sekumpulan pelajar university yang telah dijalankan
oleh Bower & Kirstukas (2016), telah mendapati bahawa peningkatan pencapaian
pelajar sebanyak 13% dan menampakkan kesan positif ke atas pencapaian mereka.
Di dapati juga sebanyak 67% pelajar memberikan persepsi yang positif dengan
menyatakan bahawa penggunaan video tutorial ini amat membantu mereka dalam
mempelajari subjek tersebut. Sementara itu bagi Shimamoto (2012), kajian beliau
lebih menumpukan kepada kaedah pedagogi yang baru untuk diperkenalkan kepada

15
guru di sekolah dan mendapati 9 daripada 10 orang guru tersebut memahami konsep
dan penerangan yang diterangkan dalam video tutorial yang telah disediakan.

Khaled Mohammed (2016), menjalankan kajian ke atas sekumpulan pelajar di


sebuah sekolah menengah di UAE, yang mana para pelajar menghadapi masalah
dalam memahami kemahiran Matematik terutama apabila pelajar ini perlu
menghadapi ujian SAT. Beliau menggunakan video tutorial dan kaedah flipped
classroom dalam membantu para pelajar bagi memahami subjek tersebut. Dapatan
dari hasil kajian beliau mendapati pencapaian pelajar dari ujian pos bagi kumpulan
rawatan adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Hasil kajin ini
menunjukkan terdapatnya keberkesanan dalam penggunaan video tutorial dalam
keadah flipped classroom kerana penggunaan video tutorial ini dapat membantu
pelajar lebih memahami tentang kemahiran subjek tersebut.

Seterusnya penggunaan video tutorial dalam kaedah flipped classroom ini juga dapat
diimplementasi dalam mempelajari bahasa. Dapatan dari kajian yang telah dijalankan
oleh Bell (2015) ke atas 137 pelajar Universiti Brimingham bagi mata pelajaran
Bahasa German telah mendapati persepsi pelajar amatlah menggalakkan dan
memberi impak yang positif. Pelajar merasakan mereka dapat mengambil masa di
luar kelas untuk mempelajari tatabahasa dan kosa kata. Para pelajar juga menyatakan
mereka berasa yakin dan selesa untuk bercakap dalam Bahasa German selepas
menggunakan video tutorial dalam kaedah flipped classroom.

2.5 Kesimpulan

Daripada dapatan kajian-kajian dan perbincangan di dalam bab ini dapat dinyatakan
bahawa kaedah flipped classroom dengan menggunakan video tutorial dapat
memberikan kesan yang amat positif kepada pencapaian pelajar. Penggunaan video

16
tutorial dalam flipped classroom ini dapat diintegrasikan dalam pelbagai mata
pelajaran dan pelbagai peringkat pelajar sama ada sekolah atau universiti.

Kajian penggunaan video tutorial dalam flipped classroom sangat perlu di Malaysia
terutama di peringkat sekolah rendah. Kaedah flipped classroom yang berpusatkan
pelajar adalah suatu konsep yang ditekankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam memastikan pedagogi di sekolah mengikut acuan abad ke-21. Seterusnya
penggunaan teknologi dalam pembelajaran seperti video tutorial juga adalah
digalakkan kerana dalam Pelan Pembangunan Pendidikan dinyatakan tentang
kepentingan penggunaan teknologi dalam membantu pengajaran dan pembelajaran.

17
Bab 3

3.1 Pengenalan

Bagi bab ini dibincangkan mengenai prosedur, langkah-langkah dan juga reka bentuk
kajian yang akan dijalankan. Bab ini akan menerangkan tentang reka bentuk kajian
yang digunakan seperti sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data
dan cara atau kaedah menganalisis data yang digunakan bagi kajian ini.

3.2 Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah bergantung kepada objektif kajian.
Bedasarkan kepada objektif kajian ini maka reka bentuk yang digunakan adalah reka
bentuk kuantitatif. Namun begitu data yang dikumpulkan adalah dalam bentuk
kuantitatif dan dibantu data kualitatif. Kombinasi kutipan data dari kuantitatif dan
kualitatif boleh memberikan data yang lebih jitu dan terperinci. Menurut Todd et. al,
2004, pengkaji dapat melihat fenomena dan dapatan kajian dengan lebih jelas dengan
mencampurkan pelbagai kaedah dalam kajian.

Bagi mendapatkan impak penggunaan video tutorial, kajian ini menggunakan reka
bentuk kajian kuasi eksperimen dengan reka bentuk ujian pra-pos kumpulan kawalan
bertujuan (Gall et al. 2010). Pada peringkat awal, para pelajar telah dibahagikan
kepada dua kumpulan, iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Jadual 3.1
menunjukkan reka bentuk kajian kuasi eksperimen jenis pra-pos kumpulan kawalan
rawak.

Kumpulan Ujian Pra Rawatan Ujian Pos


Rawatan O1 X O2
Kawalan O1 - O2

Jadual 3.1: Reka bentuk kajian kuasi eksperimen ujian pra-pos kumpulan
kawalan bertujuan.

18
Seperti yang telah dinyatakan dalam objektif kedua kajian ini, kajian ini adalah
bertujuan untuk mengkaji keberkesanan video tutorial dalam meningkatkan
kefahaman asas jahitan, telah diadakan ujian pra kepada kedua-dua kumpulan
kawalan dan rawatan untuk membuktikannya. Ujian pra ini dijalankan adalah untuk
mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar sebelum rawatan dilaksanakan. Hasil
dapatan data dari ujian pra bagi kedua-dua kumpulan ini, akan dianalisis dan dibuat
perbandingan untuk melihat pencapaian pelajar bagi mata pelajaran tersebut.

Langkah seterusnya adalah melalui pemerhatian pengkaji terhadap kedua-dua


kumpulan rawatan dan kawalan dengan menggunakan rubrik yang disediakan oleh
pengkaji. Langkah ini adalah untuk mengetahui dan mengkaji keberkesanan video
tutorial dalam membantu menguasai kemahiran asas jahitan yang mana ini adalah
objektif ketiga bagi kajian ini.

Objektif seterusnya adalah untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap


penggunaan video tutorial, pengkaji menggunakan soal-selidik untuk mengetahui dan
mendapatkan maklum balas pelajar.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Sampel kajian adalah terdiri daripada para pelajar tahun 4 di sebuah sekolah di
Daerah Muar. Kumpulan sampel kajian adalah sampel bertujuan. Sampel ini
dikategorikan sebagai sampel bertujuan kerana ia berkait rapat dengan objektif kajian
ini dilaksanakan. Bilangan sampel adalah 62 orang pelajar tahun 4. Pemilihan pelajar
tahun 4 ini adalah disebabkan topik yang dipelajari dalam mata pelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi iaitu asas jahitan adalah dalam sukatan pelajaran tahun 4.
persampelan bertujuan adalah ditentukan apabila penyelidik mengenal pasti orang-
orang yang mempunyai sifat-sifat khas / pengetahuan mengenai topik yang sedang
disiasat (Miles & Huberman,1994)

Reka bentuk kajian ini adalah kuasi eksperimen, maka sampel yang dipilih adalah
terdiri daripada satu kelas kawalan tahun 4 yang dan satu kelas rawatan tahun 4.
Sampel kumpulan rawatan adalah seramai 32 orang pelajar manakala kumpulan
kawalan pula ialah seramai 30 orang pelajar. Bilangan pelajar bagi kumpulan

19
kawalan dan rawatan adalah berbeza kerana melibatkan pelajar di dua kelas. Setiap
kumpulan sampel adalah dari satu sekolah yang sama.

Para pelajar dari kumpulan rawatan dan kawalan akan terlibat dengan ujian pra dan
ujian pos. Manakala bagi para pelajar kumpulan rawatan sahaja yang terlibat dengan
pemerhatian dan soal selidik bagi mengetahui tahap penguasaan pelajar dalam
kemahiran dan persepsi pelajar setelah menggunakan video tutorial.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian adalah alat atau kaedah yang digunakan dalam mengumpul dan
memperolehi data yang dikehendaki dalam mencapai objektif kajian. Adalah menjadi
satu keutamaan bagi memastikan kaedah instrumen yang sesuai supaya dapatan atau
kutipan data adalah lengkap dan keputusan atau hasil data adalah boleh dipercayai.
(Haliza Rosdan 2016).

Seperti yang telah dinyatakan, data yang diambil adalah dalam bentuk kuantitatif dan
kualitatif serta reka bentuk kajian ini melibatkan reka bentuk kuasi eksperimen. Oleh
itu terdapat tiga jenis instrument yang terlibat dalam kajian ini iaitu:
1) Ujian pra dan pos
2) Rubrik bagi pemerhatian
3) Borang soal selidik.

3.4.1 Ujian Pra dan Pos

Ujian pra dan ujian pos digunakan bagi kajian ini adalah untuk mengkaji
keberkesanan video tutorial dalam membantu meningkatkan kefahaman para pelajar
dalam asas jahitan bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Selain itu, ujian
pra dan pos ini juga adalah untuk mengukur perbezaan markah pelajar bagi
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan sebelum dan selepas sesi pembelajaran
diadakan. Menurut Dimitrov&Rumrill (2003), reka bentuk ujian pra dan pos adalah
digunakan bagi membandingkan kumpulan atau mengukur perubahan yang terhasil
daripada rawatan eksperimen.

20
Soalan ujian ini terbahagi kepada 4 bahagian. Ujian pra dan pos menggunakan soalan
yang sama namun susunan soalan berbeza. Soalan disusun secara berbeza adalah
bertujuan agar soalan itu kelihatan seperti soalan yang baru. Jadual 3.2 menunjukkan
susunan soalan ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan dan kumpulan
rawatan.
Kumpulan Ujian Bahagian A Bahagian B
Pra 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
Kawalan
Pos 2 4 1 3 5 4 1 5 2 3
Pra 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
Rawatan
Pos 2 4 1 3 5 4 1 5 2 3

Kumpulan Ujian Bahagian C Bahagian D


Pra a b c d e 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Kawalan
Pos b e a c d 3 6 10 5 1 9 4 2 8 7
Pra a b c d e 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Rawatan
Pos b e a c d 3 6 10 5 1 9 4 2 8 7

3.4.2 Rubrik Bagi Pemerhatian

Instrumen seterusnya ialah pemerhatian. Ini adalah kaedah pengumpulan data


berbentuk kualitatif. Menurut Maner (2014), adalah dipercayai bahawa kajian
lapangan dapat memberikan maklumat berkaitan secara langsung.

Bagi kajian ini, pemerhatian dilakukan untuk menjawab persoalan kajian sama ada
penggunaan video tutorial dapat membantu para pelajar dalam kemahiran asas
jahitan. Oleh itu diadakan rubrik bagi pemerhatian yang akan dijalankan kepada para
pelajar. Contoh rubrik pemerhatian adalah seperti di lampiran B.

3.4.3 Borang Soal Selidik

21
Instrument ini adalah bertujuan untuk mengutip data kuantitatif bagi menjawab
persoalan kajian yang ketiga iaitu persepsi pelajar terhadap penggunaan video
tutorial. Instrumen ini juga adalah untuk mengetahui maklum balas pelajar mengenai
penggunaan video tutorial. Soal selidik yang dihasilkan terbahagi kepada dua
bahagian iaitu bahagian A berkaitan dengan demografi dan bahagian B adalah untuk
mendapatkan maklumat tentang pandangan dan maklum balas para pelajar terhadap
penggunaan video tutorial. Contoh borang soal selidik yang akan diedarkan ialah
seperti dalam lampiran C.

3.5 Kajian Rintis

Kajian rintis dilaksanakan dalam kalangan para pelajar bagi memastikan


kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu instrumen sebelum instrumen tersebut diguna
pakai bagi kajian yang sebenar (Hasnah, 2012).

Setiap instrumen yang telah di hasilkan oleh penyelidik, perlu di berikan kepada guru
yang pakar dalam bidang yang berkaitan kajian ini iaitu guru pakar bagi Reka Bentuk
dan Teknologi untuk mendapat maklum balas, cadangan penambahbaikan dan
kesahan mengikut kehendak dan silibus bagi subjek RBT Tahun 4. Dokumen
pengesahan adalah seperti yang dilampirkan iaitu Lampiran E. Menurut Faizal,
Ruhizan, Bekri dan Ridzwan (2014) objektif kajian rintis ini dilaksanakan adalah
untuk mengetahui kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam instrumen agar boleh
diperbaiki seterusnya menguji kebolehpercayaan instrumen yang dihasilkan agar
dapatan hasil kajian adalah lebih tepat.

Instrumen-instrumen yang terlibat dalam kajian rintis ini ialah ujian pra-pos, rubrik
pemerhatian dan borang soal selidik. Sebelum instrumen-instrumen ini diberikan
kepada para responden, setiap instrument ini akan dinilai dahulu oleh seorang guru
pakar RBT sekolah rendah. Seterusnya setelah pengkaji mendapat maklum balas dari
guru pakar tersebut pengkaji akan membuat penambahbaikan ke atas tiga instrument
yang terlibat. Langkah yang berikutnya, pengkaji akan memberikan instrumen-
instrumen yang telah dibaiki kepada responden kajian rintis. Jadual 3.3 menunjukkan
bilangan responden yang terlibat dalam kajian rintis ini.

22
Bagi ujian pra dan ujian pos seramai 10 orang pelajar Tahun 4 yang terlibat.
Manakala bagi borang soal selidik persepsi pelajar pula, responden yang terlibat
adalah seramai 10 orang pelajar. Bagi rubric pemerhatian, hanya mendapat kesahan
dari guru pakar RBT sekolah rendah sahaja.

Instrumen Bilangan Responden


Ujian Pra-Pos 10
Rubrik Pemerhatian Tiada (kesahan dari guru pakar)
Borang Soal Selidik Persepsi Pelajar 10
Jadual 3.3: Bilangan responden yang terlibat dalam kajian rintis bagi penggunaan
Video Tutorial dalam Kaedah Flipped Classroom bagi Subjek Reka Bentuk dan
Teknologi.

Kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu instrumen bagi borang soal selidik dengan
menggunakan Skala Likert adalah dilihat melalui ujian Alpha Cronbach dalam SPSS
dengan menentukan nilai alpha (α). Interpretasi skor Alpha Cronbach dapat
dijelaskan seperti di dalam Jadual 3.4.

Jadual 3.4: Interpretasi Skor Alpha Cronbach.


Skor Alpha
Kebolehpercayaan
Cronbach
0.9 – 1.0 Sangat baik dan efektif dengan tahap konsistensi yang tinggi
0.7 – 0.8 Baik dan boleh diterima
0.6 – 0.7 Boleh diterima
<0.6 Item perlu dibaiki
<0.5 Item perlu digugurkan

Manakala bagi ujian pra dan ujian pos, analisis ujian Korelasi Pearson digunakan
bagi memperolehi indeks kebolehpercayaan.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data


Prosedur pengumpulan data bagi kajian ini melibatkan tiga fasa. Setiap fasa ini
menerangkan bagaimana pengkaji menjalankan kajian ini. Fasa pertama
menerangkan persediaan awal yang dilaksanakan oleh pengkaji bagi kajian ini.
Manakala fasa kedua melibatkan pemilihan sampel (responden) dan menjalankan
ujian pra bagi responden. Seterusnya fasa yang ketiga pula fasa eksperimen untuk

23
melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan video tutorial dalam flipped
classroom dapat membantu para pelajar dan pengedaran instrument yang telah
dihasilkan iaitu ujian pos bagi kumpulan kawalan dan rawatan, rubric pemerhatian
yang akan dilaksanakan oleh pengkaji bagi memerhati kumpulan rawatan dan borang
soal selidik bagi mengetahui persepsi pelajar kumpulan rawatan berkaitan dengan
penggunaan video tutorial.

3.6.1 Fasa Pertama


Fasa pertama ini adalah persiapan awal sebelum melaksanakan kajian yang sebenar
terhadap sampel yang telah dipilih. Fasa ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu
pembinaan instrumen yang terlibat, melaksanakan kajian rintis dan menganalisa
dapatan data dari kajian rintis.

i) membina dan menghasilkan instrument bagi kajian dan menghasilkan video


tutorial
Melalui persoalan kajian yang diutarakan, maka pengkaji menghasilkan instrument
yang berkaitan bagi menjawab persoalan kajian tersebut. Mengikut kajian ini,
instrument yang pertama dihasilkan ialah ujian pra bagi subjek RBT tahun 4 yang
menjuruskan kepada asas jahitan. Seterusnya ujian pos pula dihasilkan daripada ujian
pra iaitu soalan yang sama namun kedudukan nombor soalan itu berbeza. Ujian pra
dan ujian pos ini diadakan bagi mengetahui pencapaian pelajar bagi kumpulan
kawalan dan kumpulan rawatan. Setelah itu instrument yang seterusnya ialah rubric
bagi pemerhatian dihasilkan berdasarkan apa yang ingin dikaji oleh pengkaji semasa
pemerhatian dijalankan kepada para pelajar. Akhir sekali pembinaan soal selidik
untuk mengetahui persepsi pelajar kumpulan rawatan selepas menggunakan video
tutorial. Jadual 3.4 menunjukkan dengan lebih terperinci mengenai instrument yang
dihasilkan, responden dan tujuan pembinaan instrument tersebut.

Instrumen Responden Tujuan


Soalan Ujian Pra Pelajar tahun 4 Mengetahui kesan penggunaan video
dan Pos tutorial terhadap pencapaian pelajar
Rubrik Pelajar Tahun 4 Mengetahui kesan penggunaan video
Pemerhatian tutorial dalam membantu para pelajar
dari aspek kemahiran asas jahitan
Soalan Selidik Pelajar Tahun 4 Untuk mengetahui persepsi pelajar
24
Persepsi Pelajar terhadap penggunaan video tutorial
Terhadap Video
Tutorial

Seterusnya pengkaji juga menghasilkan video tutorial yang akan digunakan


semasa kajian sebenar.

ii) melaksanakan kajian rintis


Bagi mendapatkan kesahan dan juga kebolehpercayaan instrument yang dihasilkan
untuk sesuatu kajian, kajian rintis ini perlu dilaksanakan. Seterusnya melalui kajian
rintis ini juga dapat mengetahui masalah dan kekangan yang mungkin timbul serta
peruntukan masa bagi melaksanakan kajian sebenar dapat dikenal pasti. (Hasnah,
2012). Bagi kajiain ini seramai 10 orang pelajar digunakan sebagai responden kajian
rintis dan instrument- instrument yang terlibat ialah ujian pra-pos dan borang soal
selidik. Manakala rubric pemerhatian pula, guru pakar RBT sekolah rendah akan
menilai kesesuaian rubric tersebut atau tidak.

iii) menganalisis data dari kajian rintis


Setelah melaksanakan kajian rintis, dapatan data yang diperolehi akan dianalisa agar
instrument yang akan digunapakai semasa kajian sebenar mempunyai nilai kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi. Pengkaji menggunakan ujian Alpha Cronbach
dalam SPSS dengan menentukan nilai skor alpha (α) untuk mengetahui
kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu instrument bagi borang soal selidik dengan
menggunakan Skala Likert. Manakala Manakala ujian Korelasi Pearson digunakan
bagi memperolehi indeks kebolehpercayaan bagi ujian pra dan ujian pos.

3.6.2 Fasa Kedua

Seterusnya, di dalam fasa kedua ini, pengkaji memilih sampel bagi kajian sebenar.
Sampel yang terlibat adalah seramai 62 orang pelajar tahun 4 dan melibatkan dua
buah keas dari sebuah sekolah rendah. Seterusnya pelajar tersebut di bahagikan
kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Pelajar yang
terdiri daripada kumpulan kawalan adalah terdiri dari pada 30 orang pelajar tahun 4

25
sebuah sekolah rendah manakala 32 orang pelajar tahun 4 dari sekolah rendah yang
lain diambil sebagai kumpulan rawatan.

Seterusnya setelah sampel dipilih, pengkaji mengedarkan ujian pra kepada kedua-dua
kumpulan sampel tersebut untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat markah
pencapaian ujian yang diberikan sebelum eksperimen dijalankan.

3.6.3 Fasa Ketiga

Dalam fasa ketiga ini pula, pengkaji mula melaksanakan eksperimen terhadap
kumpulan rawatan bagi mengetahui keberkesanan penggunaan video tutorial dalam
flipped classroom bagi subjek RBT Tahun 4 bertajuk asas jahitan.

Video tutorial yang telah dihasilkan oleh pengkaji semasa fasa pertama akan
diberikan kepda para pelajar kumpulan rawatan untuk mereka lihat sebelum para
pelajar tersebut memulakan sesi pembelajaran. Para pelajar diberi kebebasan untuk
melihat video tutorial tersebut di sekolah dan di rumah sebelum sesi pembelajaran
sebenar bermula. Setelah itu para pelajar akan masuk ke kelas bagi sesi pengajaran
dan pembelajaran yang akan dikendalikan oleh guru mata pelajaran RBT Tahun 4.

Setelah selesai sesi pembelajaran, para pelajar akan diberikan ujian pos untuk
pengkaji mengetahui markah atau skor para pelajar dan ini juga untuk mendapatkan
maklumat tentang kesan penggunaan video tutorial dalam flipped classroom.

Seterusnya pengkaji akan melihat dan memerhati para pelajar melakukan amali asas
jahitan dengan menggunakan rubric pemerhatian yang telah dihasilkan semasa sesi
pengajaran dan pemebelajaran dijalankan. Rubrik pemnerhatian ini juga adalah untuk
mengetahui keberkesanan penggunaan video tutorial dalam flipped classroom dalam
membantu para pelajar untuk menguasai kemahiran amali.

Pengkaji seterusnya mengedarkan dan mengumpul soal selidik yang diberikan


kepada para pelajar kumpulan rawatan untuk mengetahui persepsi mereka tentang
penggunaan video tutorial ini dalam flipped classroom.

26
3.7 Penganalisisan Data

Dalam kajian ini, dapatan data adalah terdiri daripada tiga cara mengikut instrumen
yang digunakan iaitu ujian pra-pos, pemerhatian dan soal selidik.

3.7.1 Ujian Pra-Pos

Responden yang terlibat bagi ujian pra dan ujian pos ini adalah terbahagi kepada dua
kumpulan iaitu seramai 37 orang pelajar bagi kumpulan kawalan dan 42 orang
pelajar bagi kumpulan rawatan. Ujian T-Test adalah sesuai digunakan dalam
membandingkan hasil dapatan ujian pra dan ujian pos bagi dua kumpulan tersebut
sama ada terdapat perubahan yang signifikan atau tidak.

Ujian T-Test ini akan membandingkan nilai min bagi kedua-dua kumpulan tersebut.

3.7.2 Pemerhatian

Bagi pemerhatian pula, telah disediakan rubric bagi pengkaji iaitu secara berstruktur
untuk melihat pemerhatian kepada pelajar semasa menjalankan aktiviti yang
melibatkan kemahiran menjahit. Pengkaji akan merekod data-data semasa memerhati
para pelajar bagi kumpulan rawatan mengikut rubric yang disediakan. Data yang
didapati adalah hasil dari pemerhatian pengkaji dengan menjawab rubric yang
disediakan.

3.7.3 Borang soal-selidik

Data bagi soal selidik persepsi pelajar adalah dianalisis menggunakan SPSS. Dapatan
data akan dikaji secara diskriptif kerana melibatkan data kuantitatif dan untuk
mengetahui nilai min, sisihan piawai serta peratusan dan frekuensi. Nilai-nilai ini
adalah unuk membuat rurmsan mengenai persepsi pelajar terhadap penggunaan video
tutorial.

27
3.8 Batasan Kajian

Beberapa batasan kajian terdapat di dalam kajian ini yang akan memberikan kesan
terhadap dapatan dan hasil kajian yang dilaksanakan. Berikut adalah beberapa
batasan kajian yang wujud semasa kajian ini dilaksanakan:
i) Sampel kajian ini hanya menggunakan pelajar dan tidak melibatkan guru. Ini
bermaksud pandangan dan pendapat guru yang mengajar subjek ini tidak
diambil kira dalam mengetahui keberkesanan penggunaan video tutorial dalam
flipped classroom. Namun begitu, ppandangan guru pakar digunakan untuk
mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan instrument yang digunakan dalam
kajian ini.
ii) Kajian ini menunjukkan gambaran kasar kerana kajian ini hanya menggunakan
pelajar tahun 4 sekolah rendah di daerah Muar sebagai sasaran populasi kajian.
iii) Hasil dapatan dari kajian ini kebanyakannya hanyalah berdasarkan kepada
analisis statistik semata-mata.

3.9 Penutup

Bab ini telah membincangkan tentang penggunaan kaedah yang sesuai dalam
melaksanakan kajian ini. Bentuk kajian yang dilaksanakan adalah dalam bentuk
kuantitatif dan dibantu oleh data kualitatif. Pengkaji juga telah menerangkan secara
terperinci mengenai reka bentuk kajian, jenis sampel, instrument-instrumen yang
terlibat, kajian rintis dan prosedur kajian. Melalui perbincangan di dalam bab ini
diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas bagaimana kajian ini akan
dilaksanakan dan secara tidak langsung dapat menjawab persoalan kajian yang
diterangkan di dalam bab 1.
BAB 4

REKA BENTUK DAN PEMBANGUNAN

4.1 Pengenalan

28
Bab ini akan membincangkan dan menerangkan mengenai fasa- fasa dalam
mereka bentuk dan membangunkan video tutorial dengan menggunakan Frog VLE
sebagai tapak. Video tutorial dan Frog Vle tidak dibangunkan oleh penyelidik. Video
tutorial dirakam oelh penyelidik dan dimasukkan ke dalam Frog VLE penyelidik
untuk disebarkan kepada setiap Frog VLE pelajar. Ini kerana KPM telah
menyediakan Frog VLE kepada setiap pelajar sebagai salah satu wadah
pembelajaran. Model ADDIE digunakan sebagai rangka kerja dalam melaksanakan
video tutorial ini.

4.2 Fasa Analisis


Peringkat pertama dalam model ADDIE ialah fasa analisis. Bagi kajian ini,
fasa pertama ini adalah memfokuskan kepada topik pembelajaran dan kandungan isi
mata pelajaran yang ingin dikaji mengikut silibus di dalam Dokumen Standard
Sekolah Rendah. Penyelidik memfokuskan kepada mata pelajaran Reka Bentuk dan
Teknologi dan tumpuan diberikan kepada topik asas jahitan yang memerlukan pelajar
faham dari aspek teori dan kemahiran.
Seterusnya fasa ini juga menganalisa permasalahan yang wujud dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Dapatan analisa ini
adalah dari temubual dari guru mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi dan Maklumat
untuk mendapatkan maklum balas yang berkaitan.
Bagi membantu dalam permasalahan ini, analisa berkaitan dengan aplikasi
yang akan digunakan bagi membuat video tutorial dan melaksanakan flipped
classroom.

4.3 Fasa Rekabentuk


4.4 Fasa Pembangunan
4.5 Fasa Perlaksanaan dan Penilaian Aplikasi

BAB 5

ANALISIS DAN KEPUTUSAN

29
Bab ini akan membincangkan mengenai keputusan dan analisa yang telah dibuat kepada
kumpulan rawatan dan kawalan. Dapatan yang diterima juga akan dibentangkan secara lebih
terperinci bagi menjawab kehendak persoalan kajian. Dapatan kajian adalah diambil dari
instrument kajian seperti ujian pra dan pos, borang soal selidik dan rubrik pemerhatian.
Semua data dari boring soal selidik, ujian pos dan pra dianalisis secara diskriptif dengan
menggunakan SPSS versi 21 manakala pemerhatian pula dianalisis berdasarkan rubrik
pemerhatian yang telah dirangka. Keputusan dan analisa dapatan ini akan dibentangkan
daam bentuk graf dan jadual agar dapat memberikan penjelasan yang lebih terperinci dan
jelas.

5.2 DAPATAN KAJIAN


Dapatan kajian ini adalah berdasarkan persoalan kajian yang telah dinyatakan dalam Bab 1.
Oeh itu, dapatan kajian ini akan di klasifikasikan mengikut persoalan-persoalan kajian yang
dinyatakan iaitu:-

1. Adakah penggunaan video tutorial dapat membantu murid dari segi kemahiran
asas jahitan bagi subjek Reka bentuk dan Teknologi tahun 4?

2. Adakah penggunaan video tutorial dapat meningkatkan pemahaman murid dari


aspek teori asas jahitan bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi tahun 4?

3. Apakah persepsi pelajar tahun 4 terhadap penggunaan video tutorial dalam


pembelajaran?

Jadual dibawah akan menunjukkan cara dapatan kajian diterima berdasarkan objektif kajian
ini.
Bil Objektif Kajian Instrumen
1. Mengkaji keberkesanan video tutorial Ujian pra dan pos
dalam membantu murid menguasai Rubrik Pemerhatian
kemahiran asas jahitan bagi subjek Reka
bentuk dan Teknologi tahun 4.
2. Mengkaji keberkesanan video tutorial Ujian pra dan Pos
dalam membantu murid meningkatkan Rubrik Pemerhatian

30
kefahaman asas jahitan bagi subjek Reka
Bentuk dan Teknologi tahun 4.

3. Mengenalpasti persepsi pelajar tahun 4 Borang soal selidik


terhadap penggunaan video tutorial dalam
pembelajaran

5.2.1 Keberkesanan Penggunaan Video Tutorial dalam membantu murid menguasai dan
meningkatkan kefahaman dalam asas jahitan.

Ujian pra dan pos telah diberikan kepada murid-murid tahun 4 .Terdapat 4 bahagian di dalam
ujian ini iaitu bahagian A, B, C dan D. Bahagian yang pertama iaitu bahagian A, murid-
murid perlu memadankan alatan jahitan dengan fusinya. Ini adalah untuk menilai kefahaman
murid mengenai alatan jahitan dan fungsinya. Seterusnya adalah bahagian B, murid-murid
perlu gariskan jawapan yang betul dan bahagaian ini adalah untuk meniai kefahaman murid
mengenai asas jahitan. Bahagian C pula adalah penilaian mengenai kefahaman murid
berkaitan dengan langkah-langkah asas jahitan. Manakalan bahagian D pula yang
mempunyai 10 soalan objektif, adalah untuk menilai kefahaman murid secara menyeluruh
mengenai asas jahitan dan alatan jahitan. Oleh itu, ujian ini adalah untuk mengetahui adakah
murid menguasai dan faham mengenai alatan jahitan dan asas jahitan dengan bantuan video
tutorial.

5.2.1.1 Demografi Pelajar


Terdapat 2 kumpulan pelajar bagi kajian ini iaitu 30 orang pelajar dari kumpulan kawalan
dan 32 orang pelajar dari kumpulan rawatan.
i. Kumpulan Kawalan
Terdapat seramai 30 oarang pelajar dari kumpulan kawalan. 18 orang pelajar lelaki
dan 12 orang pelajar perempuan. Jadual 5.1 memaparkan taburan pelajar mengikut jantina.

Jadual 5.1 : Taburan pelajar mengikut jantina bagi kumpulan kawalan.


Jantina Bilangan Pelajar Peratus
Lelaki 18 60 %
Perempuan 12 40 %
Jumlah 30 100 %

31
ii. Kumpulan Rawatan
Kumpulan rawatan pula mempunyai seramai 32 orang pelajar. Pelajar lelaki dalam
kumpulan ini adalah seramai 15 orang dan pelajar perempuan pula adalah seramai 17 orang.
Jadual 5.2 memaparkan taburan pelajar mengikut jantina bagi kumpulan rawatan.

Jadual 5.2 : Taburan pelajar mengikut jantina bagi kumpulan rawatan.

Jantina Bilangan Pelajar Peratus


Lelaki 15 47 %
Perempuan 17 53 %
Jumlah 32 100 %

Dalam kajian ini, para pelajar kumpulan rawatan menggunakan video tutorial sebagai alat
bantu mengajar yang mana video tutorial adalah mengenai alatan jahitan beserta fungsinya
dan asas jahitan yang menerangkan cara jahitan jelujur kasar, jelujur halus, jahitan kia
beserta kegunaannya. Manakala para pelajar kumpulan kawalan menggunakan kaedah
tradisional iaitu pengajaran dan pembelajaran dari guru. Setelah dua minggu para pelajar
bagi kedua-dua kumpulan diberikan semula ujian pos selepas 2 minggu iaitu setelah
kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan menyelesaikan jahitan asas dengan menggunakan
kaedah yang ditentukan mengikut kumpulan masing-masing bagi menilai sekali lagi
kefahaman para pelajar tersebut.
5.2.1.2 Analisis keberkesanan penggunaan Video Tutorial dalam membantu murid
menguasai dan meningkatkan kefahaman dalam asas jahitan.

Ujian pra dan pos diberikan kepada para pelajar bagi kumpuan rawatan dan kumpulan
kawalan untuk mengetahui keberkesanan penggunaan video tutorial ini dapat membantu
pelajar dalam meningkatkan kefahaman mereka dan juga dapat menguasai asas jahitan.

Ujian pra diberikan kepada pelajar kumpulan rawatan sebelum rawatan dan ujian pra juga
diberikan kepada kumpulan kawalan sebelum mereka belajar menggunakan kaedah
tradisional. Soalan-soalan yang diberikan adalah untuk mengukur kefahaman pelajar
mengenai alatan jahitan dan asas jahitan. Pelajar diberikan masa selama 30 minit untuk
menjawab soalan-soalan tersebut. Setelah itu para pelajar kumpulan rawatan Soalan dalam
ujian pos ini adalah sama dengan ujian pra namun terdapat perubahan susunan soalan.

Jadual 5.3 menunjukkan markah ujian pos dan ujian pra bagi setiap pelajar dalam kumpulan
kawalan. Jadual bagi ujian pra kumpulan kawalan menunjukkan markah pelajar adalah
diantara 20% bagi yang paling rendah dan 64% bagi yang paling tinggi. Manakala bagi ujian

32
pos kumpulan kawalan pula ialah di antara 40% yang paling sedikit dan markah yang paling
tinggi adalah 88%. Manakala jadual 5.4 menunjukkan markah setiap pelajar dalam
kumpulan rawatan. Seterusnya perbezaan markah diantara ujian pra dan pos yang paling
tinggi adalah 24 markah.

Jadual 5.3: Perbezaan markah bagi ujian pra dan pos bagi kumpulan kawalan

Pelajar Ujian pra Perbezaan Ujian pos Pelajar Ujian pra Perbezaan Ujian pos
1 40 +10 50 16 36 +14 50
2 40 +16 56 17 38 +12 50
3 35 +15 50 18 30 +18 48
4 42 +18 60 19 30 +24 54
5 46 +14 60 20 36 +14 50
6 52 +8 60 21 36 +22 58
7 20 +20 40 22 40 +20 60
8 22 +18 40 23 40 +16 56
9 40 +10 50 24 54 +12 78
10 42 +18 60 25 52 +14 80
11 42 +12 54 26 52 +14 88
12 40 +20 60 27 64 +14 88
13 52 +8 60 28 40 +18 58
14 50 +18 68 29 44 +24 68
15 50 +16 66 30 40 +14 54

33
BIBLIOGRAPHY
Amaya-Bower, L. A. and S. J. Kirstukas. 2016. “Effect of Video-Guided Tutorials in
a Standard Curriculum and in a Flipped Classroom for a 3D-CAD Course.”
ASEE Annual Conference and Exposition, Conference Proceedings 2016–June.
Butzler, Kelly B. and Arizona July Prescott Valley. 2014. “The Effects of Motivation
on Achievement and Satisfacton in a Flipped Classroom Learning Environment
Dissertation Manuscript Submitted to Northcentral University Graduate Faculty
of the School of Education in Partial Fulfillment of the Requirements for T.”
(July).
Datig, Ilka and Claire Ruswick. 2013. “Four Quick Flips.” 249–52.
Engin, Marion. 2014. “Extending the Flipped Classroom Model : Developing Second
Language Writing Skills through Student-Created Digital Videos.” 14(5):12–26.
Harun, Zaiha Nabila binti Md. 2014. “Kompetensi Guru Dalam Pengajaran Amali
Reka Bentuk Dan Teknologi Di Sekolah Rendah Daerah Batu Pahat.” Universiti
Tun Hussien Onn Malaysia.
Ismail, Suriana, Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional. 2012. .
Rosdan, Haliza binti. 2016. “The Use of Online Game in Widening And Retainin
Vocabulary In Cooperative Learning Environment.” Universiti Teknologi
Malaysia.
Sidek, Syamsulaini and Mashitoh Hashim. 2016. “Pengajaran Berasaskan Video
Dalam Pembelajaran Berpusatkan Pelajar : Analisis Dan Kajian Kritikal
Analysis and Critical Review.” Jurnal of ICT in Education (JICTIE) ISSN 2289-
7844 3:24–33.

34
Lampiran A

REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI


UJIAN PRA
MASA: 30 MINIT

NAMA: ………………………………………………………………….

Sila baca setiap arahan yang diberikan dan jawab semua soalan

BAHAGIAN A
Padankan jawapan yang betul berdasarkan penyataan yang diberi.

Jarum peniti

Gunting kertas

Kapur tukang jahit

Kertas karbon jahit

Pembaris lurus

35
(10 markah)

BAHAGIAN B
Gariskan jawapan yang betul pada pernyataan di bawah.

1. Jahitan (kia, jelujur kasar) boleh digunakan apabila tiada mesin untuk menjahit.

2. Setiap jahitan tangan dimulakan dan dimatikan dengan jahitan (kia, jelujur
halus).

3. Jahitan (jelujur kasar, kia) adalah jahitan sementara.

4. Jahitan (jelujur halus, jelujur kasar) boleh digunakan sebagai jahitan hiasan.

5. Jahitan (jelujur halus, jelujur kasar) adalah lebih kukuh.


(10 markah)

BAHAGIAN C
Susunkan langkah berikut bagi menghasilkan artikel jahitan yang betul
mengikut urutan.

a Sediakan alatan dan bahan yang sesuai

b Jahit jahitan jelujur kasar

c Gunting fabrik

d Jahit jahitan jelujur halus

e Jahit jahitan kia

36
(10 markah)

BAHAGIAN D
Bulatkan jawapan yang betul.

1. Berdasarkan gambar di bawah, apakah nama alatan jahitan ini?

A. Skru mata Philip


B. Pita ukur ukur
C. Gunting fabrik
D. Pembaris lurus

2. Berdasarkan gambar di bawah, apakah nama alatan jahitan berikut?

A. Peretas jahitan
B. Jarum jahit
C. Pita ukur
D. Jarum peniti

3. Apakah nama mata jahitan dibawah?

A. Jahitan kia
B. Jahitan silang pangkah
C. Jahitan jelujur kasar
D. Jahitan jelujur halus

37
4. Apakah fungsi bagi pembaris lurus?
A. Mengambil ukuran badan.
B. Menggunting fabrik.
C. Mengukur, menanda dan membuat garisan pada pola.
D. Memindahkan tanda pola pada fabrik.

5. Apakah fungsi jarum peniti?


A. Menyemat pola pada fabrik.
B. Memotong lubang butang
C. Menanda pada fabrik.
D. Memindahkan tanda pola pada fabrik.

6. Apakah fungsi alatan jahitan dibawah?

A. Menjahit fabrik.
B. Menanda pada fabrik.
C. Menganggalkan mata jahitan.
D. Memotong fabrik.

7. Apakah kegunaan jahitan kia?


A. Memula dan mematikan jahitan.
B. Memotong fabrik.
C. Digunakan sebagai jahitan sementara.
D. Sebagai jahitan hiasan.

8. Di antara berikut yang manakah BUKAN alatan jahitan?


A. Jarum jahit
B. Pita ukur
C. Fabrik

38
D. Kapur tukang jahit

9. Apakah kegunaan jahitan jelujur kasar?


A. Memula dan mematikan jahitan.
B. Memotong fabrik.
C. Digunakan sebagai jahitan sementara.
D. Sebagai jahitan hiasan.

10. Yang manakan pernyataan berikut yang BETUL?


A. Gunting fabrik boleh digunakan untuk menggunting kertas.
B. Kapur tukang jahit hanya mempunyai satu warna sahaja.
C. Pita ukur digunakan untuk mengambil ukuran badan.
D. Jarum peniti digunakan untuk menjahit fabrik.

(20 markah)

39
Lampiran B
RUBRIK BAGI PEMERHATIAN 1

Bil ITEM YA TIDAK

1 Menyediakan alatan jahitan yang betul.

2 Menyediakan bahan jahitan yang betul.

Menggunting fabrik dengan menggunakan teknik yang


3
betul.

4 Menggunakan alatan jahitan dengan betul.

5 Menjahit jahitan kia dengan betul.

6 Mengamalkan ciri-ciri keselamatan semasa amali.

7 Mengamalkan peraturan dan keselamatan di bengkel.

40
RUBRIK BAGI PEMERHATIAN 2

Bil ITEM YA TIDAK

1 Menyediakan alatan jahitan yang betul.

2 Menyediakan bahan jahitan yang betul.

Menggunting fabrik dengan menggunakan teknik yang


3
betul.

4 Menggunakan alatan jahitan dengan betul.

5 Menjahit jahitan jelujur kasar dengan betul.

6 Menjahit jahitan jelujur halus dengan betul.

7 Mengamalkan ciri-ciri keselamatan semasa amali.

8 Mengamalkan peraturan dan keselamatan di bengkel.

41
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI
UJIAN POS
MASA: 30 MINIT

NAMA: ………………………………………………………………….

Sila baca setiap arahan yang diberikan dan jawab semua soalan

BAHAGIAN A
Padankan jawapan yang betul berdasarkan penyataan yang diberi.

Jarum peniti

Gunting kertas

Kapur tukang jahit

Kertas karbon jahit

Pembaris lurus

42
(10 markah)

BAHAGIAN B
Gariskan jawapan yang betul pada pernyataan di bawah.

1. Jahitan (jelujur halus, jelujur kasar) boleh digunakan sebagai jahitan hiasan.

2. Jahitan (kia, jelujur kasar) boleh digunakan apabila tiada mesin untuk menjahit.

3. Jahitan (jelujur halus, jelujur kasar) adalah lebih kukuh.

4. Setiap jahitan tangan dimulakan dan dimatikan dengan jahitan (kia, jelujur
halus).

5. Jahitan (jelujur kasar, kia) adalah jahitan sementara.

(10 markah)

BAHAGIAN C
Susunkan langkah berikut bagi menghasilkan artikel jahitan yang betul
mengikut urutan.

a Jahit Jahitan jelujur kasar

b Jahit jahitan kia

c Sediakan alatan dan bahan yang sesuai

d Gunting fabrik

e Jahit jahitan jelujur halus

43
(10 markah)

BAHAGIAN D
Bulatkan jawapan yang betul.
1. Apakah nama mata jahitan dibawah?

A. Jahitan kia
B. Jahitan silang pangkah
C. Jahitan jelujur kasar
D. Jahitan jelujur halus

2. Apakah fungsi alatan jahitan dibawah?

A. Menjahit fabrik.
B. Menanda pada fabrik.
C. Menganggalkan mata jahitan.
D. Memotong fabrik.

3. Yang manakan pernyataan berikut yang BETUL?


A. Gunting fabrik boleh digunakan untuk menggunting kertas.
B. Kapur tukang jahit hanya mempunyai satu warna sahaja.
C. Pita ukur digunakan untuk mengambil ukuran badan.
D. Jarum peniti digunakan untuk menjahit fabrik.

4. Apakah fungsi jarum peniti?


A. Menyemat pola pada fabrik.
B. Memotong lubang butang

44
C. Menanda pada fabrik.
D. Memindahkan tanda pola pada fabrik.
5. Berdasarkan gambar di bawah, apakah nama alatan jahitan ini?

A. Skru mata Philip


B. Pita ukur ukur
C. Gunting fabrik
D. Pembaris lurus

6. Apakah kegunaan jahitan jelujur kasar?


A. Memula dan mematikan jahitan.
B. Memotong fabrik.
C. Digunakan sebagai jahitan sementara.
D. Sebagai jahitan hiasan.

7. Apakah fungsi bagi pembaris lurus?


A. Mengambil ukuran badan.
B. Menggunting fabrik.
C. Mengukur, menanda dan membuat garisan pada pola.
D. Memindahkan tanda pola pada fabrik.

8. Berdasarkan gambar di bawah, apakah nama alatan jahitan berikut?

A. Peretas jahitan
B. Jarum jahit
C. Pita ukur
D. Jarum peniti

45
9. Di antara berikut yang manakah BUKAN alatan jahitan?
A. Jarum jahit
B. Pita ukur
C. Fabrik
D. Kapur tukang jahit

10. Apakah kegunaan jahitan kia?


A. Memula dan mematikan jahitan.
B. Memotong fabrik.
C. Digunakan sebagai jahitan sementara.
D. Sebagai jahitan hiasan.

(20 markah)

46
Lampiran C
BORANG SOAL SELIDIK

BAHAGIAN A (Demografi)
Arahan: Tandakan √ pada jawapan berkenaan.

Lelaki
1. Jantina Perempuan

Bandar
2. Lokasi sekolah Luar Bandar

Melayu
3. Bangsa
Cina
India

BAHAGIAN B (Penggunaan video tutorial)


Arahan: Bulatkan skor yang sesuai berdasarkan penilaian anda.

Tidak Setuju (TS) 1


Sederhana Setuju (SS) 2
Setuju (S) 3

Bil. Item TS SS S
1. Saya suka menggunakan video tutorial yang disediakan. 1 2 3
2. Penggunaan video menambah kefahaman saya terhadap
1 2 3
sesuatu topik.
3. Saya dapat pelajari banyak perkara daripada video. 1 2 3
4. Saya lebih memahami topik pembelajaran di dalam
1 2 3
kelas selepas melihat video.
5. Penggunaan video dapat membantu saya menyiapkan
1 2 3
projek yang diberikan oleh guru.
6. Penggunaan video sangat mudah dikendalikan. 1 2 3
7. Saya amat tertarik dengan penggunaan video. 1 2 3
8. Penggunaan video sangat memudahkan proses
1 2 3
pembelajaran di dalam kelas

-TAMAT-

47

You might also like