Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 9


27200 KUALA LIPIS, PAHANG
Telefon : 09-3201012
Kod Sekolah: CBA 3062 Faks : 09-3201009
E-mail : cba3062.skbatu9@gmail.com

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : CBA3062.100-8/1/5 ( )
Tarikh : 12 Februari 2020

Kepada
PEJABAT PERIKANAN DAERAH LIPIS
No.35 Aras Bawah, Pusat Perniagaan,
Jalan Bukit Residen,
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN ANAK IKAN KELI DAN BEKALAN MAKANAN IKAN UNTUK
PROGRAM LESTARI HIJAU SK BATU 9.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa PIBG SK Batu 9 akan menjalankan aktiviti penternakan


ikan keli sempena pelancaran Program Lestari Hijau. Program ini merupakan salah satu aktiviti
yang dijalankan ke arah mencapai matlamat Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)
Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Sehubungan itu, pihak sekolah ingin memohon sumbangan anak ikan keli dan bantuan
bekalan makanan ikan daripada pihak tuan. Ini sedikit sebanyak dapat membantu kami
menjalankan aktiviti ini dengan lancar.

4. Segala kerjasama dan sumbangan yang diberikan, kami dahului dengan ucapan
setinggi-tinggi terima kasih. Pihak tuan boleh menghubungi YDP PIBG, En. Suhaimi bin
Mohamad (011-31370864) untuk sebarang pertanyaan atau maklumat mengenai program ini.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

.....................................
SUHAIMI BIN MOHAMAD
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Kebangsaan Batu 9

You might also like