Laporan Perkhemahan Perdana

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sekolah anda telah mengadakan aktiviti perkhemahan unit beruniform.

Sebagai setiausaha
Persatuan Pengakap, anda diminta menulis laporan tentang perkhemahan tersebut.Tulis
laporan anda itu selengkapnya.

Laporan Perkhemahan Persatuan Unit Beruniform Sekolah Kebangsaan Taman Selasih

Pada 14, 15 dan 16 September 2019 yang lalu, Sekolah Kebangsaan Taman Selasih
telah mengadakan Perkhemahan Perdana yang bertempat di padang sekolah. Seramai 121
orang murid telah menyertai aktiviti perkhemahan tersebut. Aktiviti ini disertai oleh murid-murid
terpilih dan aktif di dalam pasukan beruniform yang terdiri daripada pasukan Pengakap, Tunas
Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Puteri Islam.
Tepat jam 4.30 petang, semua peserta telah pun berada di Dewan Selasih untuk
pendaftaran. Pada 4.45 petang, murid dikehendaki berkumpul kembali di dewan setelah selesai
mendaftarkan diri untuk sesi taklimat. Taklimat itu disampaikan oleh beberapa orang guru dan
guru besar selaku penasihat aktiviti Perkhemahan Perdana. Selepas sesi taklimat berakhir,
guru yang bertugas mula mengagihkan set khemah untuk dipasang sendiri oleh peserta.
Sebuah khemah dihadkan kepada lima orang peserta sahaja. Pelbagai gelagat yang mencuit
hati dapat dilihat semasa pemasangan khemah oleh peserta-peserta.
Selepas semua peserta selesai mengemas barang mereka, kami dikehendaki untuk
pergi ke kantin untuk makan malam. Makanan yang dihidang amat enak. Selepas makan, kami
pergi membuat persiapan diri., Pada jam 8.00 malam, semua peserta berkumpul di Dewan
Selasih untuk aktiviti “Ice Breaking”. Peserta diagihkan kepada lapan kumpulan yang terdiri
daripada abjad A hingga H. Setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua dan juga
penolong ketua kumpulan.Pelbagai aktiviti diadakan semasa sesi “Ice Breaking” ini. Antaranya
ialah mencucuk jarum ke dalam belon dan memastikannya tidak pecah serta meletakkan bata
di atas empat helai kertas dan memastikannya tidak roboh. Peserta juga perlu memberikan
kesimpulan untuk kesemua aktiviti yang dijalankan. Setiap kumpulan juga perlu mencipta
identiti kumpulan dengan melukis sebuah logo dan berikan maksud logo itu terhadap kumpulan
itu. Setiap kumpulan juga perlu memberikan nama bagi kumpulan mereka. Aktiviti berakhir pada
jam 12.00 tengah malam. Sebelum semua peserta masuk ke khemah untuk tidur, mereka diberi
empat keping biskut serta segelas air teh panas untuk dijadikan makanan tengah malam
mereka.
Pada jam 7.25 pagi, semua peserta berkumpul di Dataran Selasih untuk menyanyikan
lagu Negaraku, Lagu Ibu Pertiwiku, lagu Sekolah dan Ikrar Rukun Negara. Selesai
menyanyikan dan menaikkan bendera, guru yang bertugas bersama-sama semua peserta
membuat senaman dan aktiviti aerobik bersama-sama. Pada jam 8.00 pagi, semua peserta ke
kantin untuk menikmati sarapan pagi berupa nasi lemak serta minuman teh panas. Pada jam
8.30 pagi semua peserta berkumpul di Dataran Selasih untuk diberikan taklimat bagi aktiviti
acara yang di panggil “Explorace”.Aktiviti “Explorace” ini bermula pada jam 8.45 pagi. Peserta
dikehendaki mencari petunjuk di setiap stesen yang terdiri daripada stesen A,B,C,D dan E. Di
setiap stesen terdapat beberapa tugasan yang perlu diselesaikan. Sebelum melakukan setiap
tugasan, setiap kumpulan perlu mencari petunjuk yang disorokkan. Di stesen A, tugasan yang
perlu diselesaikan ialah mencabut 100 batang pokok kemuncup.
Setelah setiap kumpulan berjaya menyelesaikan tugasan di stesen A, mereka turun
untuk ke stesen B. Cabaran di stesen B ialah mengira bilangan anak tangga di seluruh sekolah.
Kebanyakan kumpulan tidak dapat menyelesaikan tugasan ini dan mereka dikenakan penalti. Di
stesen C pula, setiap kumpulan perlu membina sebuah menara menggunakan surat khabar.
Menara itu perlu didirikan teguh dalam kiraan 10 saat. Di stesen D pula, setiap kumpulan perlu
meredah longkang, merangkak di dalam lumpur dan sebagainya. Di stesen E pula setiap
peserta perlu mengambil petunjuk di dalam sebuah bekas yang penuh dengan ulat. Selepas itu
mereka perlu menjawab beberapa soalan mengenai sekolah ini dan melekatkan logo kumpulan
mereka di atas kertas soalan tersebut. Aktiviti ini dimenangi oleh kumpulan E kerana mereka
dapat menjawab semua soalan dengan tepat.
Berakhirnya acara ini semua peserta pergi untuk membersihkan diri. Kemudian, mereka
bergerak ke kantin untuk menikmati makan tengah hari. Selepas selesai makan, peserta lelaki
mula bergerak ke masjid untuk sembahyang Jumaat dengan diiringi oleh semua guru lelaki.
Semua peserta perempuan pula berkumpul di kantin untuk mendengar ceramah “Pengurusan
Diri Wanita” yang disampaikan oleh guru bertugas.Sekembalinya semua peserta lelaki dari
sembahyang Jumaat, tepat jam 3.30 petang aktiviti “Base System” dijalankan di Dewan Selasih.
Aktiviti diagihkan kepada tiga base yang pertama ialah ciptaan gadjet, base yang kedua ialah
ikatan anduh dan base yang ketiga pula ialah ikatan tali. Aktiviti berakhir pada jam 6.00 petang.
Pada jam 6.05 petang, semua peserta dikehendaki membuat persiapan diri dengan
memakai pakaian beruniform mereka kerana pada malam itu akan diadakan “Malam Anugerah
Kokurikulum” yang akan dihadiri oleh wakil Pejabat Pelajaran Daerah dan juga ibu bapa.Tepat
jam 7.00 petang, semua peserta yang sudah lengkap memakai pakaian beruniform untuk ke
kantin untuk makan malam. Pada jam 8.00 malam, semua kenamaan dan juga ibu bapa sudah
pun berada di kantin untuk acara malam anugerah kokurikulum. Aktiviti berakhir pada jam 12.00
tengah malam.
Pada keesokkan harinya, pada jam 5.30 pagi semua peserta bangun membuat
persiapan diri .Pada jam 7.30 pagi, semua peserta berkumpul di Dataran Selasih untuk
bersenam bersama-sama. Aktiviti di ketuai oleh guru aerobik Pn. Nor Azian Bt. Mohamed
Jamal.Pada jam 8.30 semua peserta bergerak ke kantin untuk sarapan pagi. Selepas selesai
bersarapan kami semua berkumpul di Dataran Selasih untuk taklimat untuk membuka khemah.
Kami semua membuka khemah dengan mengikut arahan dengan cermat. Selepas membuka
khemah kami bersiap-siap untuk ke dewan bagi majlis penutupan Perkhemahan Perdana.
Guru Besar selaku penasihat bagi aktiviti kali ini memberikan ucapan semasa majlis
penutupan.Selepas berakhirnya ucapan penutupan oleh Guru Besar, En. Waridi Bin Hj. Ali
selaku kem komander pula memberi ucapan. Selepas itu acara penyerahan sijil dan hadiah
untuk setiap kumpulan. Sebelum bersurai pada jam 12.30 tengah hari, semua peserta
dikehendaki bersalaman dengan semua guru dan peserta perkhemahan yang terlibat.
Pelbagai faedah dapat diperoleh semasa aktiviti ini berlangsung. Antaranya ialah kami
dapat mendisiplinkan diri, mengisi masa lapang dan sebagainya. Kami juga dapat mengeratkan
hubungan silaturahim. Kami berharap aktiviti seperti ini akan dapat diadakan lagi pada masa
hadapan.

Laporan oleh :
siti safiah
....................................................
(SITI SAFIAH BT SAFINGGI)
Setiausaha,
Persatuan Pengakap,
SK Taman Selasih

You might also like