Kertas Kerja Naik Taraf Surau Baharu 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA BARAM II,

98000 MIRI, SARAWAK

KERTAS KERJA

PROGRAM MENAIK TARAF


SURAU SKKB II 2017

“SURAU SKKB II MEMBENTUK INSAN BERTAKWA”


1.0 MUQADDIMAH

Surau adalah rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat Islam. Surau
menjadi nadi utama bagi program-program keagamanaan yang dilaksanakan di sekolah seperti
Sambutan Maal Hijrah, Program Maulidur Rasul, Sambutan Peristiwa Isra’ Mikraj, Program Solat
Hajat dan program-program motivasi seperti Kem Insaf Diri, Amali Pengurusan Jenazah, Amali Haji
dan Umrah dan lain-lain.

Surau yang selesa adalah penting untuk mencapai objektif-objektif program yang dijalankan
di surau. Maka program untuk menaiktaraf surau Sekolah Kebangsaan Kuala Baram II telah mula
dijalankan mulai tahun 2015. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Lembaga Surau Sekolah
untuk mencari dana dan memperbaiki prasaran di surau. Walau bagaimanapun, masih terdapat
kekurangan yang perlu diperbaiki, maka usaha menaiktaraf surau sekolah SK Kuala Baram II perlu
diteruskan lagi.

2.0 MATLAMAT

2.1 Program menaiktaraf ini dapat menjadi medan dakwah yang selesa bagi warga Muslim
SK Kuala Baram II, Miri.
2.2 Memberi keselesaan kepada guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Aktiviti-aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan lebih baik .
2.4 Menjadi tempat ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap kepada pelajar-pelajar
Islam terutama pelajar-pelajar muslim SK Kuala Baram II.

3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif Program Menaiktaraf Surau ialah :

3.1 Mengguna pakai surau yang telah lama terbiar


3.2 Menyediakan kelengkapan untuk solat dan belajar di dalam surau
3.3 Mengubah suasana surau supaya lebih ceria
3.4 Memperbaiki tempat wudhu` surau agar boleh digunakan kembali
4.0 NAMA PROGRAM
“Program menaik taraf Surau Sekolah Kebangsaan Kuala Baram II, Miri, Sarawak”

5.0 TEMA
“SURAU SKKB II MEMBENTUK INSAN BERTAKWA”

6.0 JAWATANKUASA LEMBAGA SURAU

Pengerusi : En. Roslan bin Muhammad Yunus ( Guru Besar )


Timb. Pengerusi : En. Saili bin Sait ( GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi : Pn. Cecelia Francis ( GPK HEM )
: En. Rosli bin Narali ( GPK Ko Ku )
Penyelaras : Cik Siti Salwa bt Ab. Aziz (KP Panitia PAI)
Bendahari : En. Mohd Rahmat bin Mohd Sanusi
Biro Keceriaan/Kebersihan : Cik Salina Farhana bt Azmi
Biro Aktiviti/ Dakwah : Cik Juhairiah bt Dzolkipli
Biro Pembangunan/
Penyelenggaraan : En. Wan Mohamad Saufi Wan Mustafa
Biro Siaraya/Inventori : En. Mohd Hasif bin Abd Wahab

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

No Alatan Bilangan Harga


1 Rak al-Quran 4 1200.00
2 Papan Putih 2 4000.00
3 Al-Quran 150 4500.00
4 Sejadah Karpet 5 2250.00
5 Telekung Saiz Murid Tahun 6 50 2500.00
6 Sejadah 50 1500.00
7 Kain Pelikat 15 300.00
8 Tabir Beroda 6 600.00
9 Cat Putih (minyak) 5l/tin 4 700.00
10 Jaring Plastik 40 meter 400.00
11 PA Sistem 1 3000.00
12 Alas Kaki 6 180.00
13 Locker 4 800.00
14 Rehal 60 180.00
15 Cat Emulsion 18 liter 1 320.00
Jumlah RM 22,430.00
8.0 SUMBER PENDAPATAN

8.1 Kutipan derma daripada guru-guru SK Kuala Baram II, Miri.


8.2 Memohon sumbangan derma daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta

9.0 PENUTUP

Akhir kalam, adalah diharapkan agar Program Menaiktaraf Surau ini berupaya mencapai objektif yang
telah digariskan demi menjaga kepentingan pelajar-pelajar dalam meningkatkan syiar Islam. Semoga
sumbangan Tuan/ Puan diberkati Allah, Insya Allah.

Sekian, wassalam .

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…......................................... …...........................................

(SITI SALWA BINTI AB. AZIZ) (ROSLAN BIN MUHAMAD YUNUS)

Ketua Panitia Pendidikan Islam, Guru Besar,

SK Kuala Baram II, Miri, Sarawak. SK Kuala Baram II, Miri, Sarawak.
LAMPIRAN

You might also like