Kaedah Pengajaran Pendidikan Khas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Kaedah Pengajaran Pendidikan Khas

Kaedah Dan Teknik Mengajar

Pengajaran secara kumpulanBerasaskan strategi berpusat pada muridMenguasai


kemahiran mengikut kebolehan masing-masingJenis kumpulan:

a) mengikut kebolehan

b) guru rancang P&Psecara berperingkatMurid dikumpulkan berdasarkan hasil


penilaianSesuai digunakan untuk aktiviti kemahiran asas membaca, menulisdan
mengira Ahli dalam kumpulan boleh ditukarkan kepada kumpulan lainmengikut
tahap kebolehanKomposisi ahli tidak sama untuk setiap kumpulan
bagimatapelajaran yang berlainan

Kumpulan pelbagai kebolehan

Pembentukan kumpulan yang mengandungi murid-nurid yang mempunyaipelbagai


kebolehan dan kecenderunganSesuai untuk menjalankan aktiviti seperti permainan,
simulasi,perbincangan, projek dan ujikajiMurid-murid yang cerdas dapat membantu
murid-murid yang lambat

Pengajaran secara individu

Kaedah mengajar yang berlaku di antara seorang guru dan seorang


muridsahajaMurid-murid yang diajar dengan kaedah ini akan dapat
mengembangkanpotensi mereka dari segi intelek, rohani, jasmani dan sosial
secaramenyeluruh serta seimbang

Faktor-faktor yang diambil kira dalam pengajaran secara individu


Kebolehan dan pengalaman sedia adaPunca masalah yang dihadapinyaStrategi dan
teknik mengajar Isi pelajaran dan bahan bantu mengajar Langkah-langkah
pengajaran mengikut urutan Aktiviti pengukuhan dan penilaian Aktiviti pembelajaran
untuk murid-murid lain

Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi

PENDEKATAN

Adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran


diajarkanberdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Ianya
merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran
danpembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik (kenyataan
yangdianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan).

Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan


pendekatanyang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan
keberkesanan.Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran;

 konkrit ke abstrak

 mudah ke kompleks

 keseluruhan ke sebahagian

 umum ke spesisifik (deduktif)

Pendekatan mengajar

Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh


menggunakankaedah-kaedah yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah
bersesuaiandengan tahap kognitif dan psikomotor pelajar. Bagi memudahkan
pengajarandan pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi, kaedah,
teknikdan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
perkembanganmurid.Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan
berpusatkan bahanseperti penggunaan ICT.

KAEDAH

Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti


pengajaranpembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Merupakan satu
siritindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran
khususdalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati
sesuatuobjektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.
“Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur
yangtersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M.
Anthony 1963).

Jenis kaedah

Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan


dalampengajaran dan pembelajaran Pendididikan Jasmani adalah

1. Kaedah Tradisional

 Tugasan membaca buku teks

 Kuliah

 Mengucap dengan kuat


 Tumpuan kepada perbendaharaan

 Laporan secara lisan oleh murid

 Mengkaji semula(riview)

 Ujian,kuiz dan peperiksaan

2. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan)

Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu :

 P1- Kenal pasti masalah

 P2- Rancang penyelesaian

 P3- Kumpul maklumat

 P4- Buat tafsiran

 P5- Buat kesimpulan

3. Kaedah kumpulan

 perbincangan kumpulan

 kuliah perbincangan

 kerja jawatankuasa

 main peranan

 Sesi Buzz

 Sumbangsaran

 Wawancara

 Konferen
4. Kaedah penyelesaian masalah

 Projek

 Tinjauan

 Penyelidikan atau penjelajahan

 Tunjukcara atau demonstrasi

 Kelab kesihatan

 Lawatan

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang,memahami


masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. Dalam kelasPendidikan Jasmani
pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut.

1. Menganalisis dan memahami masalah

2. Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.

3. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat.

4. Membentuk jawapan yang mungkin.

5.Pilih dan uji penyelesaian alternatif.

6.Pilih penyelesaian yang sesuai.

7.Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu

Kelebihan

Menggalakkan interaksi antara pelajar

memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi


menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji.

Kelemahan

Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru

Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan.Pelajar yang


lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikanmasalah tidak akan dapat
menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

5. Kaedah Kolaboratif

Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat sertatolak


ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatuyang
berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di manasekumpulan
murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktivitipembelajaran
dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satumatlamat. Ahli kumpulan
berbincang, merancang dan membuat persediaanuntuk menyelesaikan masalah
tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajarankolaboratif memerlukan semangat
setiakawan, saling percaya, mempercayai danmampu menyesuaikan diri dalam
pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialahkesebayaan, eksperimen, berinteraksi
dan kepimpinan.

6. Kaedah Koperatif

Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah


 murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli
berinteraksidiantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan
kemajuan

 murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli
kumpulan bergantung secara positif murid belajar secara aktif danbukan hanya
bergantung kepada guru. Ahlikumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian
pembelajaran kumpulan.

 murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli
berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untukmenyelesaikan
masalah atau tugasan yang diberikan.

 Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut


giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan
untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif.

 Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi
pencapaian matlamat.

TEKNIK

Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan


kaedahmengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya
teknikbercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main
peranan,simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan
keberkesananpengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria
pencapaianobjektif berikut ;

 Umur

 Kebolehan

 Kecerdasan

 Minat
Teknik simulasi

Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai


keadaansebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa
yangbenar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam
keadaanterkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru
menyampaikansecara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika
sebenarnyadilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya
ataurumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah
denganmenggunakan komputer.

Teknik main peranan

Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan


spontanmengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yangdipilih.
Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yangbaru.
Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia bolehdilakukan secara
berstruktur atau tidak berstruktur.

Teknik latih tubi


Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktivitisecara
berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran ataukonsep baru
dengan lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali danbertulis.Latihan
seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiranpendidikan jasmani
yang dipelajari.

Teknik demonstrasi

Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana


seseorangmenunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan
muriddalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur
dancara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkanmurid
dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur,kemas dan
berkesan.

Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan


sertasegala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan
denganmenggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh
guruboleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul
dipadang.

Teknik sumbangsaran

Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif


penyelesaianmasalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua
orang
dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap
sesuatutopik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran
dijalankandengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu

 topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid.

 kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan

 pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk


memastikanperjalanan aktiviti berjalan lancar

 setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.

 semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.

 cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

Contoh teknik mengajar kemahiran asas

Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahirandengan


betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul maka hasilnya
pastilahbetul.Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih adalah
memukul.Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar
bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada
cara-caramemegang kayu; iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan
bola,hayunan, ikut lajak, sentuh bola , dan sebagainya.

STRATEGI

Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik

untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada ;


 Kebijaksanaan memilih pendekatan

 Kecekapan merancang kaedah dan teknik

 Berdasarkan objektifnya

Prinsip dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani


sesuatupenyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara.

Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau


tidakterutamanya dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan
bukansahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan.

Oleh itu strategi pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran


berikutperlu di guna pakai sebagai panduan :

Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif pengajaranyang
berteraskan kepada domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif.

Domain psikomotor

–merujuk kepada perkembangan kemahiranmanipulatif atau motor.

Domain kognitif

–merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalamperkembangan kebolehan dan


kemahiran intelek.
Domain afektif

–merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaanindividu

Objektif psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit dan sebaiknya ditulisdalam

bentuk SMART iaitu menekankan perkara berikut;

 Kemahiran yang khusus

 Boleh diukur

 Boleh dicapai

 Munasabah

 Masa mencukupi

Dedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiranyang diajar
bagi satu sesi pengajaran.

 Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan.

 Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanankelas.

 Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi
ataumengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran.

 Latih tubi secara ansur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja danbentuk
latihannya perlu ada kesinambungan atau berhubung kait.
 Adakan pertandingan bersyarat atau permainan kecil yang bolehmenimbulkan
motivasi murid atau perangsang.

Langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P ;

P1- Penerangan (semasa, maklum balas)

P2- Praktik (pengelolaan)

P3- Pelakuan (tunjuk cara, tepat dan berulang)

P4- Permainan atau pertandingan

P5- Penyeliaan atau pembetulan

Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu.

 Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahanagar


mudah dilihat oleh murid-murid.

 Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukanatau


memberikan perhatian.

 Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan


keberkesananpengajaran pembelajaran.

You might also like