Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SENI REKA

Sejarah dan Perkembangan

Sejarah perkembangan seni reka negara kita agak muda berbanding dengan perkembangan seni
halus dan seni kraf. Seni reka terbahagi kepada komunikasi visual, reka bentuk teknologi dan
reka bentuk persekitaran. Kewujudan kursus seni reka secara formal menerusi institut teknologi
MARA (kini UiTM), Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak dan institusi
swasta misalnya, merupakan titik tolak transformasi terhadap bentuk-bentuk rekaan dua dimer:si
(2D) dan tiga dimensi (3D) sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi.

Bidang seni reka di negara ini terus berkembang dengan penubuhan Majis Rekabentuk
Malaysia dan Majlis Inovasi Negara. Beberapa buah institusi seperti Institut Teknologi MARA
dan institusi swasta telah berjaya melahirkan ramai pereka yang berkaliber.

1
1

Tokoh reka bentuk teknologi ialah Zulkifli Haron.Beliau lahir pada


tahun 1959 di Kelantan. Beliau mendapat pendidikan di Institut
Kemahiran MARA Johor Bahru.Beliau iaah pereka cipata peralatan
berteknologi dalam pelbagai sektor.Beliau pernah menerima
anugerah Guinness Effort Award 1989 dan Anugerah Belia Selangor
Darul Ehsan 1996.

Tokoh seni reka grafik ialah Haji Hashim Hassan. Beliau lahir pada
tahun 1938 di Johor. Beliau mendapat pendidikan di Canterbury
College of Art, England dan University Ohio, USA. Beliau
memenangi pertandingan mencipta logo Hari Kebangsaan iaitu pada
tahun 1980, 1981, 1983, 1984, 1985, 1986, 1987, 1991.Beliau
dikenali sebagai ‘Bapa Logo Hari Kebangsaan’.

Tokoh reka bentuk fesyen ialah Jimmy Choo. Beliau lahir pada tahun
1961 di pulau pinang.Beliau mendapat pendidikan di London College
of Fashion.Beliau menerima anugerah gelaran ‘Profesor’ dari
University of the Arts,London atas sumbangannya dalam bidang
fesyen.Beliau mendapat anugerah Order of the British Empire
(knighthood) daripada Queen Elizabeth II,England pada tahun 2002.

2
4

Tokoh seni reka animasi ialah Hassan Abdul Muthalib.Beliau lahir


pada tahun 1945 di Kedah.Beliau mendapat pendidikan sehingga
SPM tetapi meminati bidang animasi.Beliau ialah Pengerusi
Persatuan Animasi Malaysia.Beliau dianugerahkan ‘Anugerahvsri
Angkasa” bagi kategori ‘Idea Terbaik’ dan ‘Treler Terbaik’ untuk
animasi pendek,iaitu ‘Sang Kancil dan Buaya’ dan ‘Sang Kancil dan
Monyet’.

5
Tokoh komunikasi visual ialah Ahmad Haji Zainuddin.Beliau lahir
pada tahun 1950 di Pahang.Beliau mendapat Ijazah Kedoktoran dari
Manchester Metropolitan University,England.Beliau ialah Profesor
di UCSI University,Malaysia.Beliau ialah Pengerusi Majlis REka
bentuk Malaysia(MRM),Ahli Majlis Profesor Negara dan pakar seni
grafik dalam kluster industry dan inovasi.Beliau ialah tokoh yang
mempepolori kepimpinan reka bentuk.

Tokoh reka bentuk teknologi kreatif ialah Lim Kok Wing.Beliau


Lahir pada tahun 1946 di Kuala Lumpur.Beliau merupakan pelapor
dan juga presiden Limkokwing University of Creative
Technology.Beliau menerima banyak penghargaan seperti anugerah
Father of Innovation in Africa dalam The Bizz Awards 2014 di
Texas,USA.

3
Pertubuhan

Majlis Rekabentuk Malaysia Majlis Inovasi Negara

Ditubuhkan pada tahun 1993. Ditubuhkan pada tahun 2007.

Terletak bawah pengawasan Terletak bawah pengawasan


Kementerian Sains,teknologi dan Kementerian Sains,Teknologi dan
Inovasi. Inovasi.

Tujuannya untuk membuka masa Tujuannya untuk membentuk dan


depan inovasi dan reka bentuk di melaksanakan agenda inovasi
Malaysia. Negara yang lebih mantap.

Institusi Seni

Institusi Teknologi MARA (sekarang dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM)
dengan kewujudan Jabatan Seni Lukis dan Seni Reka pada tahun 1967.

Universiti awam lain seperti Universiti Sains Malaysia,Universiti Malaysia Kelantan,Universiti


Putra Malaysia,university Tun Hussein Onn dan Universiti Malaysia Sarawak.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta seperti Centre for Advanced Desigh,Malaysian Institute of Art
dan Limkokwing University of Creative Technology.

You might also like