Hang Tuah Bapa Seni Silat Melayu Sejati

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 31

HANG TUAH BAPA SENI SILAT MELAYU SEJATI

Suatu sorotan ilmiah persilatan terhadap teknik dan falsafah dasar salah satu daripada berbagai jenis
silat Melayu lama dan yang asli di Nusantara.
(Meneliti dari penceritaan pengarang Hikayat Hang Tuah)

Sedutan dari buku :


SENI SILAT MELAYU ASLI SERAMBI MAARIFAT
Oleh;
Ustaz Hj. Wan Ismail W.E. al-Faqir ila-llah
GURU SENI SILAT MELAYU ASLI SEJATI
(PSS GERAK SEJATI, MALAYSIA)

Bismillahi Rahmani Rahim. Alhamdulillahi rabbil `aalamin wabihi nastain wala haula wala quwwatailla
billaahil`aliyyil`adhim. Wassolatuwassalam ala sayyidina Muhammain syayidil ambia`i wal mursalin
wasyayidil mutawakkilina wa`ala aalihi wasohbihi ajmain-amin.

Bismillahi rahmani rahim. Wal`asri. Innal inssana lafii khusrin. Illallaziina aamanu wa`amilus saalihaati
watawaa bilhaqqi watawaa bis sobri.
(Al-Quran, suratul Asri : 1-3)

“Dengan nama Allah yang maha pengasih dan penyayang. Demi masa. Sesungguh manusia itu benar-
benar berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman, mengerjakan amal kebajikan, dan
saling berpesan dengan kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran”.

`I believe in one God, and Muhammed (s.a.w), the Apostle of God`, is the simple and invariable
profession of Islam. The intellectual image of the Deity has never been degraded by any visible idol: the
honours of the prophet have never transgressed the measure of human virtue: and his living precepts
have restrained the gratitude of his disciples within the bound of reason and religion’.
(Edward Gibbon and Simon Okley, history of the Saracen Empire)

Islam teaches the inherent sinlessness of man. It teaches that man and woman have come from the
same essence, possess the same soul and have been equipped with equal capabilities for intellectual,
spiritual and moral attainments.

THE REALITY OF THE HEART

The first step to self-knowledge is to know that thou art cimposed of an outward shape, called the body,
and an inward entity called the heart, or soul, by `heart` it do not mean the piece of flesh situated in the
left of our bodies, but that which uses all the other faculties as its instrument and servants. In truth it does
not belong to the visible world, but to the invisible, and has come into this world as atraveller visits and
will presently return to its native land.It is the knowledge of this entity and its attributes which is the key to
the knowledge of God-Allah (s.w.t.). The Knowledge;

1. The knowledge of self


2. The knowledge of God
3. The knowledge of this world as it really is
4. The knowledge of the next world as it really is.

SALAM PENDAHULUAN

Assalamualaikum pembaca semua dan selamat sejahtera. Sebelum kita membaca dan meneliti rencana
ini, bagi pembaca yang muslim marilah terlebih dahulu bersama sama kita membaca ummul kitab satu
kali dan kita hadiahkan pahalanya kepada semua leluhur guru-guru dan kader-kader ilmu persilatan
Melayu-Nusantara sama ada yang telah mati atau pun yang masih hidup yang berniat ketika mengajar
dan belajar ilmu persilatan adalah perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan pendakwahan agama
Islam yang suci, meninggikan maruah agama dan maruah bangsa, mempertahankan agama dan tanah
air melalui ilmu persilatan semenjak bermulanya kemasukan agama Islam ke NUSANTARA ini hinggalah
kepada yang meneruskan perjuangan suci sademikian itu pada hari ini yang bukan semata-semata
kerana kemashuran namanya dan wang ringgit. Semoga mereka semua termasuk ke dalam gulongan
hamba-hamba Allah yang berjasa dan yang dikasihi serta diredhaiNya, lagi mendapat nikmat di sisiNya di
hari akhirat nanti dan semoga barokah dari Tuhan kepada mereka itu menitis juga kepada kita semua
yang menghadiahkan al-Fatihah kepada mereka. Al-Fatihah. Amin, ya Rabbal `alamin. Terima kasih.

MUKADDIMAH

HANG TUAH sebagai seorang Laksamana dan Hulubalang Melayu terulong zaman kegemilangan
Kerajaan Empayer Laut Melayu Melaka zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah dan awal zaman
pemerintahan Sultan Mahmud Syah sudah tidak asing lagi kepada masyarakat umum Nusantara malah
Negara Negara Asia Tenggara dan sebahagian kecil dunia amnya. Kehebatan Ilmu persilatan beliau
yang di gambarkan oleh pengarang Hikayat Hang Tuah (Rujukan : Hang Tuah. DBP, Kuala Lumpur.
Ogos 1963) bagaikan tiada tandingannya lagi semenjak zaman beliau hinggalah ke hari ini. Penulis
hanyalah seorang biasa sebagai guru kepada salah satu seni silat lama Nusantara Melayu iaitu Seni Silat
Melayu Asli Sejati yang bernaung dalam Persatuan Seni Silat Gerak Sejati (Trg) Malaysia merasa
amatlah kerdil untuk menganalisa, mengulas dan memberi pandangan serta pendapat yang jitu dan tepat
dari segi seni, teknik dan falsafah persilatan Laksamana Hang Tuah seorang pendekar handalan,
Laksamana, panglima dan pahlawan Melayu teragong. Maka tidaklah terjangkau dan terfikir sepenuhnya
perkara-perkara tersebut dengan ilmu dan pengalaman serta kebolehan persilatan penulis yang amat
cetek dibandingkan dengan beliau. Sementara itu di luar sana terdapat bagitu ramai guru-guru,
mahaguru-mahaguru yang lebih arif dan hebat dalam ilmu persilatan Melayu Nusantara. Namun kerana
keadaan dan situasi semasa, keadaan minda setengah-setengah anak peribumi terhadap pusaka
warisan sendiri, keadaan masyarakat dan bangsa Melayu kini yang membimbangkan serta negara dan
juga terkadang ada pandangan sinis dunia luar terhadap kewibawaan ilmu persilatan Melayu di banding
dengan yang lain, penulis merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk mengenengahkan dan
menyampaikannya apa yang sepatutnya kepada khalayak Melayu-Nusantara dan dunia amnya
mengenai semua perkara tersebut dalam kertas-kerja ini untuk direnung, difikirkan serta dikongsikan
fikiran dan tindakan untuk mempertahankan maruah dan kebaikan bangsa Melayu. Lantaran sebelum ini
(semenjak kisah Hang Tuah dibukukan) tiada seorang sarjana pun lagi sama ada sarjana Timur atau pun
di Barat membicarakannya dari segi seni dan teknik serta falsafah persilatan pendekar teragong Melayu
ini. Kajian yang telah ada dan yang cukup banyak oleh para sarjana salama ini hanyalah kajian kajian
dari sudut kesusasteraan, dari sudut perwatakan dan peristiwa, dari sudut bahasa dan kebudayaan
Melayu serta adat istiadat dalam tamadun Melayu sahaja daripada kajian mereka terhadap buku atau
Hikayat Hang Tuah ini.

KEHEBATAN ILMU PERSILATAN HANG TUAH

Kehebatan ilmu persilatan Hang Tuah adalah berpaksikan dan berpunca daripada ilmu zohir dan batin
Tiga Orang Guru beliau berserta sebilah keris penduanya yang sakti iaitu Keris Taming Sari dan keris
berjasanya iaitu keris utamanya `Keris Panjang Tempa Melaka` serta sebilah pisau kecil hikmat yang
selalu tidak berpisah dengan beliau yang rahsianya hanya terbongkar bilamana saat perpisahan beliau
dengan gurunya seorang Syeikh Sufi di hulu Melaka iaitu Syeikh Mansur yang ternyata melalui dialog ini:

“Ya tuanku, suatu pun tiada persembah (hadiah untuk guru sebagai membalas budi-p) hamba ka-bawah
kadam (yang mulia-p) tuanku, hanya-lah pisau (badik?-p) sa-bilah ini (untuk-p) permainan tangan
(pakaian-p) tuanku.` Maka di-sambut oleh Syeikh pisau itu, maka di-lihat-nya pisau itu sarong-nya
daripada emas sa-puloh mutu di-tatah mas permata sembilan bagai, shahadan hulu-nya daripada chula
(tanduk). Maka pada hulu-nya suatu intan dibuboh-nya, chahaya-nya amat gilang-gemilang dan mata
pisau itu terlalu baik (dari segi tempaan besinya dan ukuran tuahnya-p). Maka sheikh pun terlalu sukacita
seraya berkata, `Sunggoh-lah tuan anak kepada-ku (sanggup menghadiahkan barang yang amat bernilai
sabagai tanda kasihnya-p). Bermula pisau itu sa-buah negeri dengan isi-nya tiada ku tukarkan. Ada pun
kasih anak-ku itu Allah Ta`ala juga membalas dia, tetapi (walau pun pisau bertuah dan berhikmat ini tiada
lagi pada Hang Tuah-p) insha Allah Ta`ala, barang di-mana tempat anak-ku itu dipeliharakan Allah
subhanahu wa Taala juga, bala di-jauhkan Allah Ta`ala pada kadam. `Sa-telah sudah Sheikh Mansur
memberi do`a akan Laksamana, Laksamana pun sujud pada kaki sheikh (maksud – merendah diri
kepada guru dengan cara mencium tangan orang yang suci hati dan kerana menghormati ilmu agama
serta ilmu ketuhanan yang ada di dalam dadanya - bukan perbuatan sujud fizikal pada kaki manusia -
kerana perbuatan begitu syirik dan berdosa besar dalam Islam-p) itu lalu ia bermohon. Maka sheikh pun
memelok mencium Laksamana. Maka Tun Pekerma dan Tun Kasturi pun bemohonlah (permisi) pada
sheikh itu.” (ms.308)

1. Guru ilmu persilatan Hang Tuah yang pertama selepas beliau dan sahabat-sahabatnya belajar dengan
bapa-bapa mereka ialah Aria Putera, seorang ahli pertapaan (Suluk) di Bukit Panchalusa rangkaian
Gunung Ledang. Nama yang lain bagi beliau ialah Maulana Ishak atau Syeikh Wali Lanang. Beliau
merupakan pengganti pemuka para Wali Sembilan Maulana Syeikh Malik Ibrahim, putera kepada
Pendakwah dari keturunan Rasullah s.a.w iaitu Sayed Husein Jamadil Kubra yang merupakan adik
beradik kepada Syeikh Muhammad Saman – Syeikh Saman atau Sayyid Thanauddin. (Sayed Husein
Jamadil Kubra berkahwin dengan Puteri Raja Melayu Negara Chermin Jiddah (Kelantan – Malaysia
sekarang ini) iaitu Puteri Linang Chahaya, adinda kepada Cik Siti Wan Kembang lalu berputerakan
Maulana Malik Ibrahim yang menjadi pendakwah Islam pertama di Jawa bersama adindanya Maulana
Ibrahim Asmarakandi, Adinda kepada Maulana Malik Ibrahim yang berlainan ibu iaitu hasil perkahwinan
bapanya dengan puteri Raja Melayu Campa (Muangthai) anak kepada Sultan Zainol Abidin dan
permaisuri Siti Zubaidah -`Dewi Sudaksina`- bernama Puteri Ramawati Puteri). Setelah Maulana Malik
Ibrahim meninggal dunia dalam tahun 1419M, Maulana Ishak yang hidup se zaman dengan Sultan
Mansur Shah semasa zaman remaja Hang Tuah telah menggantikan Maulana Malik Ibrahim dan
ayahandanya sayyid Ibrahaim Asmarakandi meneruskan pendakwahan agama Islam bersama
kekandanya Maulana Sayyid Ali Rahmatullah (Sang Persanta Nala) di Tanah Jawa sebelum ia
membuang diri dari Jawa lalu datang bertapa di Bukit Pancalusa di banjaran Gunung Ledang. Gunung
Ledang dalam bahasa Jawa bermaksud `Gunung yang tinggi‘, `Kim Sua` – Gunung Emas atau Mount
Ophir – sebutan Euro-Hebrew ada tersebut dalam kitab Zabur. (Keterangan lanjut mengenai Maulana
Ishak atau nama samarannya Aria Putera – sila lihat bahasan di bawah tajuk kecil rencana ini iaitu
`Menolak dakwaan bahawa Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya bukan Melayu‘).

BERKAITAN HANG TUAH LIMA BERSAHABAT MENJADI MURID ARIA PUTERA ADALAH
BERDASARKAN PENYESUAIAN MASA YANG MENGETEMUKAN MEREKA DAN BERDASARKAN
petikan teks di bawah ini:

“Maka Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu pun diajarnya-lah oleh Aria Putera,
bagai2 ilmu isharat hulubalang dan firasat dan ilmu penjurit (hulubalang) tetapi lebih juga Hang Tuah
diajarnya barang ilmu dan isharat.” (Ms.26)

Mengikut kata Aria Putera beliau mempunyai tiga beradik saperti dailog berikut:

“Maka kata Aria Putera, `Hai chuchu-ku Hang Tuah, aku ini tiga bersaudara (tiga beradik-p) yang muda
menjadi pegawai, Raden Aria Sina, di (keraton-p) Majapahit, yang tua itu dudok bertapa di-gunong
Wirana Pura, namanya Sang Persanta Nala. Ada pun cucu-ku, kala datang (apabila sampai) umor2 dua
puloh tiga tahun (ketika umur seseorang paling bertenaga atau perkasa dalam hidupnya-p) engkau pergi
ka-Majapahit (beliau melihat melalui firasat atau kasaf para wali-p), jangan tiada engkau berguru pada-
nya, kerana saudara-ku itu banyak ilmu-nya daripada-ku, kerana ia dari kecil (sudah-p) bertapa (masuk
suluk-p) tiada ia merasai dunia (tidak pernah buang masa berseronok mengikut hawa nafsu dan
keduniaan-p).”

Mengikut Versi Tanah Melayu kajian mengenai sejarah Wali Songo memang benar Maulana Ishak (Aria
Putera) mempunyai tiga beradik dari satu ibunya puteri Raja Melayu Campa `Wira Bhadrawarman` yang
berkahwin dengan Sayyed Ibrahim Samarkandi yang disebut oleh orang Jawa Sayyidi Ibrahim
Asmarakandi. Maka Raden Aria Sina ini namanya yang satu lagi ialah Ali Murtadho atau Sayyid Ali
Murtolo sebutan orang Jawa. Ada pun Wirana Pura itu zaman 600 tahun lampau namanya disebut
Ampeldenta (Wiranapura?-p) ialah nama kepada satu daerah di Surabaya iaitu yang mana di situ ada
satu kawasan tanah tinggi yang menjadi pusat perguruannya atau pasentren bagi Sunan Ampel (Sang
Persanta Nala). Dalam sejarah beliau akhir menjadi menantu Betara Majapahit (Prabu Hayam Wuruk –
Raja Brawijaya – berkahwin dengan puteri Dewi Candrowati atau Nyai Ageng Manila menjadikan beliau
salah seorang pangeran yang biasanya dianugerah gelaran Raden oleh Raja – Sebab itu kemudiannya
beliau dikenal dengan gelaran Raden Rahmat) bersama isterinya Dewi Candrowati. Wallahualam.

2. Guru Hang Tuah yang kedua ialah Sang Persanta Nala. Mengikut Hikayat Hang Tuah ialah seorang
ahli pertapaan (ahli Suluk) yang sakti di Gunong Wirana Pura di Tanah Jawa iaitu saudara tua gurunya
Hang Tuah iaitu Aria Putera di Bukit Panchalusa (Nama lain bagi beliau ini ini ialah Maulana Sayyid Ali
Rahmatullah - atau Sunan Ampel – Raden Rahmat. Sebelum berpisah dengan Maulana Ishak adiknya
yang membuang diri di Bukit Pancalusa, daerah Gunung Ledang Melaka mereka berdua telah berjaya
mempeluaskan dakwah Islamiah dengan hebat sekali hingga ke Majapahit. Sunan Ampel atau Sang
persanta Nalalah yang merancang penubuhan negara Islam pertama di Jawa yang berpusat di Demak –
(lihat hujah yang sama saperti bahasan mengenai Aria Putera di akhir rencana ini). Sayyid Ali
Rahmatullah (Sang Persanta Nala) kemudiannya berkahwin dengan puteri Majapahit bernama Puteri
Nyai Ageng Manila dikurniai empat orang anak iaitu Sunan Bonang, Sunan Darajat (Kedua beradik ini
menjadi anggota wali sembilan di Jawa penyambung usaha ayahandanya Sunan Ampel), Dewi Murtasiah
dan Nyai Ageng Maloka. Wallahualam.

G.Ledang

.Tanjung Tuan

Selat Melaka . Tanggak


(Malaysia)
.Muar

.Batu Pahat

(Singapura)
Pandangan Hang Tuah terhadap gurunya ini saperti berikut;

“Maka kata Laksamana `Baharu suatu penglihatan tuan-hamba, kerana baginda ini sangat sakti-nya dan
tahu-nya`. Maka Laksamana dan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu pun diajar oleh
Sang Persanta Nala akan ilmu segala penjurit dan hulubalang, tetapi terlebih juga Laksamana, diajarnya
pelbagai ilmu dan sharat hulubalang dan ilmu penjurit itu, kerana Laksamana, salama dudok di gunong
itu, tiada ia tidur dan makan (puasa Bharata-makan bertih sahaja-p) dan tiada ia bercerai dengan Sang
Persanta Nala itu, barang dipintanya oleh Laksamana diberinya oleh Sang Persanta Nala. Sang Persanta
Nala pun terlalu suka dan kaseh akan Laksamana. Maka kata Sang Persanta Nala, `Ada pun ilmu
penjurit dan ilmu hulubalang habislah (tamatlah) sudah, yang ada padaku ini hanyalah ilmu orang bertapa
dan kesaktian juga.” (MS.142)

Bersabit dengan ilmu yang di perturunkan oleh Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah, kehebatan Ilmu
persilatannya tiada tandingan dari dulu hingga sekarang kerana ada satu rahsia ilmu yang mana Hang
Tuah Tidak akan mewariskan kepada sesiapa pun selepas dirinya seperti dialog ini;

“Kata Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah: `Ya anakku, ada suatu pesanku pada anakku : ada pun
ilmu yang ku ajarkan kepada mu ini jangan kau ajarkan pada barang siapa, jikalau anakmu pun sekali
jangan kau ajarkan. Jikalau diajarkan, nescaya datanglah kebinasan di atas diri mu`. Maka kata
Laksamana, `Pada bicara hambamu yang ilmu dan sharat tuanku itu jangankan kepada anak cucu
hambamu, jikalau Duli Yang Di-Pertuan sakali pun berkehendak akan ilmu tuanku itu kepada hamba mu,
tiadalah hamba mu persembahkan. Jikalau dibuangkan oleh Duli Yang Di-Pertuan nyawa hamba mu pun
redhalah.” (Ms. 142-143)

3. Guru Hang Tuah Yang ketiga ialah seorang ulama dan ahli hikmat lagi wali iaitu Syeikh Mansur di Hulu
Melaka. Seperti dialog ini;

“Maka Tun Pekerma dan Tun Kasturi pun naiklah bertanya pada orang dusun itu, katanya, `Ka-mana
perginya Laksamana itu?` Maka kata orang itu. `Ada berguru pada Sheikh Mansur namanya. Ada pun
Laksamana itu diangkat anak oleh Sheikh itu.”

“Maka sembah Laksamana, `Ya tuanku, hambamu pohon suatu alamat (pertandaan-p) dari tuanku tanda
menjadi hamba ke bawah kadam (telapak kaki – bahasa merendah diri-p) tuanku`. Maka Sheikh Mansur
pun mengambil mastulnya (kain ikat kepala yang berhikmat) yang burok (lama) itu lalu diberikan pada
Laksamana. Maka kata Syeikh, `Ya anakku Laksamana, ada pun mastulku ini jika engkau berperang
pakai olehmu.” (Ms. 307)

4. Kehebatan ilmu persilatan Hang Tuah juga dibantu pula oleh kesaktian Keris Taming Sari kurniaan
Seri Betara Majapahit di Tanah Jawa kepada beliau kerana jasanya membunoh Taming Sari yang
mengamok yang mahu membunoh Seri Betara majapahit itu. Keris Taming Sari mempunyai aura (The
Power of Keris) yang sungguh hebat seperti petikan berikut;

“…Shahdan maka kerisnya bernyala2 seperti gunong api hendak membakar.” (Ms.303)

“Maka Hang Jebat pun merebahkan dirinya berguling seperti jentera (teknik gulingan pantas-p) rupanya.
Maka oleh Laksamana dipertubi-tubinya tikam, tiada juga kena. Maka pada penglihatan Laksamana
segala tuboh Hang Jebat itu habis diselimuti oleh kerisnya…” (Ms.319). (Aura-medan tenaga keris
Taming sari yang begitu tebal dan kuat-p. Sila rujuk artikel rahsia keris Lok 13 di laman web ini,
www.geraksejati.co.cc)

Meneliti kepada punca atau paksi kehebatan ilmu persilatan Hang Tuah itu tentulah meliputi zohir dan
batin ilmu persilatan beliau. Tetapi sorotan yang akan dibicarakan oleh penulis berikutnya bukanlah
mengenai ilmu persilatannya yang batin kerana kita tidak dapat menyelaminya dari dalam buku
hikayatnya ini secara medalam tetapi agak jelas untuk disoroti ialah tentang kaedah persilatan Hang
Tuah yang zohiriah sahaja yang digambarkan oleh pengarangnya. Namun boleh dipastikan bahawa
setiap pendekar tingkat tinggi ilmu persilatan Melayu asli biasanya seperti mana Hang Tuah juga
dilengkapi oleh gurunya dengan peramalan ilmu-ilmu kebatinan. Namun sesudah datangnya Islam ke
alam Melayu kebanyakan ilmu kebatinan persilatan Melayu diasimilasikan amalan kebatinannya
berdasarkan pegangan akidah Islamiah dengan membuangkan segala peramalan kurafat dan unsur
Hindu – Budha yang bertentangan dengan kaedah tauhid dan syariat Islam. Sebagai suatu contoh yang
mashor ialah ilmu persilatan Panglima Salleh (Kiyai Salleh-Johor) `Pahlawan parang panjang` yang
bertempur bermandi darah dalam perang jihad menentang komunis bintang tiga di kawasan Batu Pahat
dan Muar, Johor pasca zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu – Perang Dunia II. Para penjurit
Melayu pimpinan beliau semuanya paling tidak mesti beramal kebatinan dengan berwiridkan zikir `Ayat
Empat` yang mashor yang mempunyai lima darjat peramalannya itu dan paling tidak seseorang
pendekarnya mesti mengamalkan darjat pertamanya dari lima darjat peramalan ismullah ayat empat
tersebut itu. Wallahu`alam.

PEMBENARAN (PENTAHQIQKAN) SOROTAN PERSILATAN ZOHIRIAH - SILAT LAKSAMANA HANG


TUAH.

Berdasarkan gambaran oleh pengarang cerita Hang Tuah tentang ilmu dan teknik persilatan Hang Tuah
ini bolehlah dianggap Silat Hang Tuah ini menjadi salah satu induk atau tonggak utama kepada
keberkesanan seni beladiri Melayu bagi pelbagai teknik dan resam silat silat Melayu asli yang ada pada
hari ini di Nusantara Melayu dengan berbagai namanya dan berbagai corak serta kaedah persilatannya.
Namun Silat Melayu yang betul-betul asli mengikut kaedah Silat Hang Tuah ialah mana-mana silat yang
menggunakan senjata-senjata yang pernah digunakan Hang Tuah dalam pembelajaran persilatannya
seperti pisau, parang, keris pendek (keris pendua), keris Panjang (keris Utama), kapak, tombak, pedang,
lembing – seligi dan panah walaupun persilatannya tidak menyamai taraf kehebatan Pahlawan Agong
Melayu itu. Namun begitu boleh juga dianggap bahawa Hang Tuah tetap handal berlawan dengan teknik
tangan kosong walaupun dalam cerita-cerita pertempurannya atau pergelutan beliau dengan para
lawannya dalam hikayat ini tiada sekali pun menyatakan beliau berlawan atau bergelut dengan
menggunakan tangan kosong sahaja kerana sudah lumrah dan ma`alum kepada semua bahawa dalam
persilatan Melayu jika seseorang boleh bertempur dengan menggunakan senjata tradisional maka secara
mudahnya pula ia boleh berlawan atau menguasai teknik menggunakan tangan kosong. Hal ini terbukti
Hang Tuah ada menari tarian silat bertangan kosong dalam beberapa majlis keraian di istana sama ada
di Melaka atau di Majapahit. Dengan hujah ini tidaklah boleh dianggap jika sesebuah perguruan
persilatan Melayu yang ada hari ini tidak mengajar bagaimana cara menggunakan senjata senjata
tradisional Melayu sebagai bukan silat Melayu yang asli. Namun berdasarkan sorotan ini, silat
Laksamana Hang Tuah melalui gambaran hikayatnya, penggunaan senjata senjata tradisi dalam
persilatan Melayu asli adalah suatu perkara pepakan malai terutama bagi silat Melayu asli yang berasal
dari benih Silat Laksamana Hang Tuah sendiri.

Gambaran sebenar teknik ilmu persilatan Melayu Asli zaman Laksamana Hang Tuah dapat dikesani dari
riwayat semua babak-babak pertarungan bersenjata atau pergelutan Hang Tuah secara perseorangan
ataupun babak pertarungan beliau bersama empat sahabatnya dengan musoh-musoh mereka yang ingin
membunoh mereka atau yang ingin memusnahkan misi para pahlawan Melayu itu iaitu sebagai seorang
panglima dan Laksamana dan sebagai hulubalang hulubalang Melayu zaman kemuncak kegemilangan
Empayer Laut Melayu Melaka di zaman pemerintahan Sultan Mansyur Shah dan Zaman bermula
kejatuhan Melaka ke tangan Portugis (tahun 1511M) iaitu di zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah.

Para sarjana timur dan barat ramai yang berpendapat Hikayat Hang Tuah bahagian pertama iaitu
bahagian pertarungan (perlawanan) kerana melaksanakan misi dan zaman menuju puncak
kegemilangan kerajaan Melaka adalah ditulis oleh seorang pengarang tertentu dan bahagian kedua iaitu
bahagian pengembaraan Hang Tuah ke negara-negara besar zamannya seperti Siam, India, Cina, Turki
dan Rom adalah dikarang oleh seorang pengarang yang lain. Walau bagaimanapun bahagian
pengembaraan Hang Tuah ke India dan Siam masih boleh dianggap ianya ditulis oleh pengarang
bahagian pertama juga kerana gambaran teknik persilatan Hang Tuah dan pertarungan pedang yang
cukup dramatik, mahir dan hebat oleh Hang Tuah menentang pendekar `Benua Keling` (India) dan
menentang pendekar Jepun (Samurai?) lebih kurang sama dengan kaedah persilatan Laksamana Hang
Tuah bahagian pertama hikayat Hang Tuah ini. Cerita bahagian Pertarungan Hang Tuah dengan musoh-
musoh beliau berkemungkinan besar ditulis selepas sahaja serangan Portugis ke atas Melaka. (Sila rujuk
bahasannya pada buku Hang Tuah. DBP, Ogos 1963 atas tajuk:Pengenalan ms Xii ).

Melalui bahasan itu dapatlah kita membuat suatu rumusan bahawa pengarang Hikayat Hang Tuah
bahagaian pertama adalah seorang yang arif dalam ilmu persilatan Melayu zamannya (Zaman hikayat
bahagian pertama ini ditulis) sebab gambaran kehebatan persilatan Hang Tuah yang digambarkan beliau
mungkin suatu khayalan minda sedar penulisannya yang memang dipengaruhi ilmu atau teknik persilatan
sama ada yang pernah dialaminya, dipelajarinya atau yang pernah dilihatnya sendiri atau pun diceritakan
orang di zamannya kepada beliau. Seseorang tidak dapat menulis dengan baik dan tepat akan sesuatu
perkara tampa ada unsur-unsur pengalaman diri seperti perkara yang tersebut itu. Mengikut sasterawan
Negara, Kassim Ahmad dalam aluan kata pengenalan dalam buku Hang Tuah keluaran DB. 1963
tersebut mengenai kekaliberan pengarang Hikayat Hang Tuah mengenai ilmu persilatan Melayu seperti
berikut:

“…Dan sesungguhnya, boleh dikatakan semua temasha2 pertikaman antara Hang Tuah atau Hang Tuah
dan teman temannya di satu pehak dengan musoh2 Melaka di pehak yang lain dilukiskan dengan gaya
yang amat menghairahkan. Bukan saja dalam melukiskan temasha2 pertikaman pengarang ini handal,
tangannya tidak kurang hidup mengendalikan peristiwa yang lebih biasa (luar biasa-p).” (ms. xiv)

Jelas kepada kita sekarang gambaran teknik persilatan Hang Tuah dan para sahabatnya zaman 500
tahun yang lampau itu adalah gambaran Seni Silat Melayu Asli yang sejati oleh pengarangnya kerana
pada zaman itu boleh dikatakan belum ada lagi sebarang pengaruh seni beladiri asing (jika ada) yang
dikhuatiri mempengaruhi teknik dan palsafahnya dalam seni beladiri Melayu iaitu Seni Silat. Oleh yang
demikian gambaran sebenar teknik dan palsafah Seni Silat Melayu Asli yang sejati seperti zaman Hang
Tuah dapat kita ketahui melalui beberapa sudut kajian terhadap babak-babak pertarungan Hang Tuah
dan sahabat-sahabat beliau dengan para pencabar yang ingin membunuhnya seperti berikut;
BEBERAPA SOROTAN TERHADAP SILAT LAKSAMANA HANG TUAH

ASAS PERSILATAN HANG TUAH LIMA BERSAHABAT

Pada ketika usia meraka baru belasan tahun telah bermula suatu pengalaman kependekaran oleh Hang
Tuah bersama empat orang sahabatnya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu keluar
mengembara di sekitar Selat Melaka. Beliau dan sahabat sahabatnya telah dibekalkan oleh bapa bapa
mereka senjata dengan sebilah keris dan sebilah parang. Hal ini andaian yang boleh dibuat ialah Hang
Tuah dan sahabat-sahabatnya telah pun diajar oleh bapa masing-masing ilmu persilatan kampungan.
Jikalau ilmu silat belum diajar kepada mereka bagaimana keris dan parang yang dibekalkan itu hendak
digunakan menentang musoh? Tentulah menjadi lebih merbahayakan diri sendiri kalau tidak pandai
menggunakan senjata yang dibawa. Sudah menjadi resam tradisi masyarakat Melayu lama pula
seseorang pemuda tidak akan meninggalkan kampong halamannya mengembara tampa sedikit
sebanyak belajar terlebih dahulu ilmu persilatan sebagai bekal menjaga diri dari ancaman musoh
diperantauan.

A. SILAT TARI HANG TUAH (SILAT BUNGA – SILAT TANGAN KOSONG)

Silat Tari Hulubalang Melayu atau Silat Bunga Hang Tuah. Pada zaman ini di utara dan pantai timur
Semenanjung Tanah Melayu corak silat yang semacam ini disebut juga Silat Pulut atau Seni Silat Tangan
kosong. Pada kebiasaanya Silat Tari ini dipersembahkan di majlis-majlis keraian dalam istana Raja
dengan iringan bunyi-bunyian muzik khas. Seperti mana sekarang ini dipersembahkan dalam majlis-
majlis perasmian atau keraian tertentu dalam masyakat Melayu Nusantara sebagai suatu budaya tradisi
Melayu. Tetapi di zaman ketika dan setelah Negeri-Negeri Melayu Nusantara dijajah oleh kuasa kuasa
barat persembahan Bunga Tari Silat Pendekar Melayu Asli ini agak berubah sedikit tekniknya kepada
menjadi lebih lembut daripada yang di zaman teradisi Hang Tuah. Ini kerana para pesilat semasa
penjajahan kuasa-kuasa barat dilarang oleh penjajah memakai senjata semasa persembahan silat
walaupun sekurang-kurangnya ada terselit sebilah keris di pinggang masing-masing ketika pesilat
mempamerkan aksi-aksi silat masing-masing dalam majlis keraian tersebut. (zaman penjajahan untuk
bersilat tangan kosong saja pun mestilah mendapat kebenaran pihak mata-mata kerajaan (polis) terlebih
dahulu. Lalu tradisi begini (kaedah dan gaya tidak memakai senjata dipinggang ini) di warisi generasi ke
generasi hinggalah ke hari ini. (Sila lihat artikel Silat Lembing-Tombak Panji Alam Pendekar laman web
http://geraksejati.co.cc sebagai perbincangan tambahan)

TEKS:

1. DI MELAKA-TANAH MELAYU

Hang Tuah digambarkan sangat mahir dengan tarian silat dalam majlis keraian di istana. Salah satu
contohnya lihatlah petikan berikut di mana Hang Tuah menarikan tarian silat bunga ini (Bunga Tari Silat
Pendekar Hulubalang Melayu) semasa menghadiri majlis keraian `Menduduki Istana baru` oleh adinda
Sultan Melaka iaitu Sang Jaya Nantaka;

“Maka Tun Tuah pun menyembah kepada raja muda lalu berbangkit serta memegang ulu keris panjang
tempa Melaka itu (yang diselitkan pada pinggangnya-p) terlalu baik (cantik dan hebat-p) sikapnya
(tingkah dan gerakan-p) menari itu (bersilat tari dengan kedua tangan dan gerakan tubuh dan kaki itu-p),
lalu di-lompatkan dengan lompatan pertikaman (ya`ni cara lompatan beserta aksi menikam-p), serta
menyembah lalu dudok. (Di sini walaupun keterangan yang diberi pendek tetapi gambaran Tarian
silatnya dinamik dan mempunyai klimaksnya – pada babak penyudah tarian-p). Maka raja muda pun
suka melihat dia (Bersilat itu-p), tiada jemu pada mata baginda (mata melihat sangat tertarik – hati
tertawan), maka dalam hati baginda, sunggoh–lah Tun Tuah ini hulubalang, manis laku-nya (ya`ni
hebatnya perawakan seorang hulubalang). Sa-telah itu maka Tun Jebat pun menyembah raja muda lalu
menari. Maka Hang Lekir, Hang Lekiu pun mengambil piala daripada tangan orang mengisi piala itu…”
(ms.66)
2. DI MAJAPAHIT-TANAH JAWA.

Semasa di Majapahit Hang Tuah juga ada menari tarian Silat Bunga Hulubalang Melayu Asli ini dalam
majlis-majlis keraian diraja dalam istana Betara Majapahit. Contohnya seperti petikan berikut:

“Maka rebana (berserta alatan bunyian dan gendang, gong, serunai dan yang lain lagi-p) berbunyilah.
Maka segala raja-raja itu pun berasa khayal-lah lalu
berbangkit menari beranggap-anggapan terlalu ramai…”

“..Maka titah Seri Betara, `Menari apa-lah Kiyai Tuah. Ingin-lah kita hendak melihat-mu menari.` Maka
sembah Tun Tuah, `Daulat tuanku andika, ini menari cara hulubalang-lah` (tari silat-p). Maka Tun Tuah
pun menyembah Seri Betara dan Raja Melaka lalu bangun menari, serta di-singsing-nya tangan baju-nya
lalu di-pegang hulu keris panjang-nya (yang di selitkan di pinggangnya-p). Maka tangan kanan di-
kedang2-nya (dimainkan bunga tari silat serta gerak pancungan, tikaman, parasan, tetakan, tangkisan
dan lain-lain-p). Apabila tangan-nya kanan memegang hulu keris panjang-nya, maka tangan-nya kiri di-
kedang2kannya, lalu dilompatkan-nya.” (Ms.126)

3. “Maka titah seri Betara, `Hai kiai Pateh, anggapkan (unjuk sambil mengajak-p) kepada Laksamana,
kerana kita hendak melihat Laksamana menari, kerana kita dengar Laksamana pandai menari (menari
silat kaedah seni tari hulubalang Melayu-p) cara Melayu. `Maka Pateh pun bangun menari, serta di-
sinsing-nya tangan baju-nya, maka di-anggapkan-nya pada Laksamana. Maka Laksamana pun
menyembah lalu bangun menari, serta di-sinsing tangan baju-nya, memegang hulu keris panjang-nya
(yang di selitkan pada pinggangnya-p). Sa-telah itu maka di–kedang2kan tangan-nya apabila ia
melompat ka-kiri dan ka-kanan, serta memekis, kata-nya, `Cheh! Mana-tah penjurit Majapahit ? Mari-lah
berhadapan dengan aku..” (ms.245)

ULASAN SILAT : TARI DAN JURUS

Berdasarkan kisah Hang Tuah dalam petikan di atas, jelaslah kepada kita sekarang bahawa Seni Silat
Tari Melayu atau Silat BungaTari Melayu atau pun jenis Silat Pulut itu adalah juga silat Melayu Asli
semenjak Zaman Hang Tuah atau sebelumnya beribu tahun lagi. Cuma Silat Tari atau Silat Bunga oleh
Hang Tuah ada memakai keris dipinggangnya dan menari sebelah tangan pada permulaan gerak serta
memegang hulu keris sebelah tangan yang lain (teks 2 dan 3). Lalu menari dengan kedua-dua tangan
selepas memegang ulu keris pada permulaan geraknya (teks 1). Maka jika Silat Tari Melayu Asli hari ada
yang memulakan gerak tari tangan kosongnya dengan satu tangan diletakkan di paras pinggang seolah-
olahnya memegang hulu keris dan tangannya yang satu lagi dihulurkan ke hadapan dengan gerak tari
yang memberi ma’ana serangan dan belaan – tangkisan dan sebagainya kemungkinan besar benih
asalnya (Bapanya) ialah Silat Hang Tuah. Satu hal lagi adalah jelas sekali method atau teknik lompatan
amat popular kepada beliau (Hal ini ia itu teknik lompatan-jarang di guna dalam kebanyakan silat pulut
pada hari ini tetapi bukannya mesti tidak ada – Jika benih silat tari atau silat bunga tertentu itu benihnya
berasal dari Silat Hang Tuah tandanya ialah ada aksi lompatannya pada gerakan penyudah. Sama ada
tinggi atau pun rendah lompatannya pasti ada walau pun tidaklah sehebat lompatan Hang Tuah-p).
Namun tarian ini bukanlah pada praktiknya digunakan untuk bertempur-perang, tetapi untuk keraian atau
perasmian majlis-majlis tertentu. Maka Silat Tari atau Silat Bunga yang benihnya berasal dari cara Hang
Tuah itu sebenarnya lah sejenis kaedah tarian hulubalang Melayu zaman dahulu. Tarian ini diajar dari
generasi ke generasi untuk memenuhi fungsi-fungsi keraian majlis tertentu tersebut. Oleh itu kebanyakan
perguruan Seni Silat Tari Melayu ini tidak ada mengajar muridnya bermain senjata, ia hanya banyak
menumpukan bermain tarian dan permainan buah buah silat secara Tanya – jawab pada serangan dan
belaan melalui sentuhan sentuhan ringan pada titik bahaya pada tubuh lawan serta kuncian-kuncian juga
ringan secara teknik bertangan kosong. Walaupun bagitu ia mempunyai potensi membentuk jurus-jurus
pencak ( jurus tempur ) yang hebat dalam pelajaran tempur penggunaan senjata Melayu tradisional
seperti parang, kapak, keris pendek, keris panjang, pedang, tongkat pendek atau tongkat panjang,
tombak, lembing, seligi-tembong dan panah serta lain-lain lagi. Kerana ia ibaratkan satu pokok :

Tarian silat bunga atau bunga tarinya itu ibaratkan dedaunan dan rantingnya pokok. Manakala jurus
tempur silat bunga itu adalah dedahannya pokok. Manakala buah pukulan atau serangan dan belaannya
sama ada bertangan kosong atau menggunakan senjata adalah batangnya pokok. Manakala Iman,
Islam, tauhid, maarifat adalah akarnya pokok. Akar bertunjang dan bertapak paksikan kepada bumi yang
teguh berbudi. Pendek katanya bebunga, dedaun dan rantingnya itu keluar dari dedahan, dedahan keluar
dari batang, batang keluar dari akar, akar keluar dari benih, benih bercambah dari dalam bumi sejati yang
teguh terhampar luas semesta.

Ada pun seni silat Melayu asli hari ini yang benihnya dari Silat Bunga Hang Tuah dapat kita camkan pada
permulaan seorang pesilatnya memulakan gerak tari iaitu jika salah satu tangannya berada atau
menyentuh pinggangnya (seolah-olah memegang hulu keris) dan tangan yang satu lagi dikedang atau
dihulur ke hadapannya dan ditarikan dengan apa-apa corak maknawinya serangan atau belaannya maka
iaitu berkemungkinan besar adalah jenis silat yang benih asalnya daripada Silat Laksamana Hang Tuah.
Tetapi kalau permulaan gerak tarinya terus saja dengan gerakan bunga tari yang istilahnya sama dengan
yang disebut ini iaitu: Tebar, kibor, bedut, besut, pepat gantang, rencong teleng, pedang mengepang,
pusaran ayer, belai bayu, bunga pakma, layangan camar, helang melayang, sikat puan, cakar beroga,
cakar harimau, tampar beruang atau pun seludang jatuh, tapak rimau, tarik rotan, lenggang janda,
merbah berlaga, kayuh sampan, menggalah canggah ombak, belah udang, sireh junjong, benang kusut,
sambar helang segara, sambar garoda, mengepak bangau, patukan tedong, naga melilit, naga libas, siku
kelawar dan banyak lagi, maka bukanlah asal dari benih Silat Tari Hang Tuah. Tetapi ia berasal dari para
pendekar Melayu yang lain yang memang cukup ramai yang hebat-hebat, juga para pengasas Silat Silat
Melayu Asli Nusantara ini dengan bermacam-macam gaya dan dan kaedahnya, falsafahnya dan
namanya yang diwarisi bangsa Melayu hingga ke hari ini hingga berpuloh-puloh orang pendekar malah
beratusan yang menjadi pengasasnya. Sebab itu silat pulut atau silat bunga Melayu cukup banyak
dengan pelbagai gaya bunga silatnya tersendiri terkadang nampak seperti serupa antara satu sama lain
kerana tercipta dari ilham pengasasnya bersumberkan benda-benda alam yang sama antara satu sama
lain. Kaedah Silat Bunga Hang Tuah atau Silat Tari Hang Tuah tariannya disebutnya tari hulubalang yang
dipengaruhi gerak bunga tikaman senjata pendek dan panjang, libasan.paras, pancong, belah, tangkis,
libasan, penggal, tetakan kiri tetak kanan, tetak depan, tetakan belakang, tetak atas, tetak bawah, paras
atau pacong kiri kanan, belakang, depan, atas, tengah, bawah, tangkisan atas, tengah, bawah, dalam,
luar, kanan, kiri, depan, belakang, berpusing dan lompatan keris panjang dan pedang mengikut
keselesaan gerak sejati manusia. Dalam gerak jurusnya pula gerakan tubuh adalah bebas saja baik ke
hadapan, ke belakang, ke kanan, ke kiri, dengan gerak lurus atau gerak sendeng atau rencong semua
boleh dan bebas belaka mengikut situasi serta tempat bergelut serta keselesaan diri manusiawiyahnya.
Kedudukan dan pergerakan tuboh juga bebas tidak terikat dengan satu-satu kaedah kedudukan
persilatan sahaja, ia menggunakan gerak manusia sejatinya – boleh bertukar kapan saja asalkan dirinya
selesa untuk membuat belaan atau serangan atau LARI . Contoh LARI dari Teks:

“Maka Laksamana pun melompat undur (lari) ka-pintu istana itu, maka lalu terjun (lari) di atas pintu itu.
Maka Hang Jebat di-pertubi-nya tikam belakang Laksamana, tiada lut, mastul Laksamana pun tanggal
(terpecat) dari kepala-nya lalu berbelit2 pada leher-nya. Maka Laksamana pun berjalan–lah pulang ka–
rumah-nya sambil melambaikan (membuat hayunan dari arah atas ke bawah) keris-nya.” (ms.323)

Kedudukan tubuh juga mengikut situasi tempur atau pergelutan dan situasi tempat bertempur samada di
kawasan lapang, kawasan sempit, di darat, di air, di bukit, di lembah dan sabagainya dengan kedudukan
dan gerakan sama ada baring terlentang, terlungkup, berbaring pada lambong kiri atau kanan, keadaan
bersila, bersila panggong atau pun bertinggong, duduk berlutut, berdiri dalam keadaan berbongkok,
berdiri berkekuda atau berdiri tegak lurus terpacak sahaja atau pun apa saja kedudukan biasa
manusianya ia tetap boleh bergelut atau bertempur jika diserang oleh musoh ketika itu dengan
menggunakan seluruh alam diri persilatannya. Wallahu`alam.

B. SILAT TEMPUR (MENENTANG MUSOH)

1. PENGGUNAAN SELIGI DAN KERIS PENDEK

Semasa pengembaraan pertama mereka di laut Hang Tuah berlima sahabat telah dikejar oleh tiga buah
kapal lanun yang hendak merompak ke Palembang mereka hendak ditawan dan dijadikan budak
suruhan. Oleh kerana jumlah lanun ramai Hang Tuah mengambil keputusan bertempur di pulau. Sampai
di pulau mereka menyediakan seligi tiga bilah pada seorang untuh menentang musoh yang mengejar
mereka:

“Apabila hamper musoh itu ka-hadapan Hang Tuah, maka ditikam oleh Hang Tuah, kena pehanya, lalu
terdudok tiada dapat bangkit lagi. Maka ditikam pula oleh Hang Jebat, kena saorang, lalu lari ke
perahunya mengambil sumpitan dan seligi…” (ms:21)

“Maka kata Hang Jebat sambil menangkiskan seligi dan anak damak yang seperti hujan datangnya itu
dengan seketika pada (dengan seligi-p) tangannya… serta ditikamnya (dengan seligi-p) oleh Hang Tuah
dan Hang jebat kelimanya. Maka kena pula lima orang musoh itu, lalu rebah terduduk…” (ms:21)

“Maka Hang Tuah pun menghunus kerisnya (Keris pendek, ukuran kurang daripada 13 inci panjang-p)
dan yang keempat itu pun menghunus kerisnya lalu menyerbu diri pada musoh yang dua puloh itu. Maka
ditikamnya oleh Hang Tuah, dua orang mati. Maka di-tikam pula oleh Hang Jebat dan Hang Kasturi,
Hang Lekir, Hang Lekiu, empat orang mati. Maka yang tinggal lagi sa-puloh orang itu lari-lah…” (Ms.21)

ULASAN SILAT

Jika dibayangkan pertempuran Hang Tuah dan empat sahabatnya dari petikan diatas kita melihat ada
dua kemahiran persilatan mereka iaitu bagaimana menggunakan seligi yang cukup berkesan dengan
menangkis seligi yang dilancarkan oleh musuh dan juga menangkis sumpitan anak damak. Kemudian
menggunakan seligi di tangan menikam musoh mereka yang menyerang secara berhadapan dengan
lembing seligi. Mereka juga mahir menggunakan keris pendek dengan cara menyerbu dan menikam.
Perbuatan menyerbu ertinya menerkam (menyerang) dengan deras (dalam bentuk jurus kencang) sambil
menikam musoh dengan tepat. Jelas di sini dalam pertempuran mereka menggunakan jurus-jurus
kencang persilatan berkeris dan tiada di sebut sebarang tarian silat diaplikasikan semasa mereka
bertempur. Memang bila menggunakan jurus silat, perbuatan tari jika ada pun menjadi berkurangan.

2. PENGGUNAAN KAPAK (AXE-WING)

Selepas peristiwa bertempur dengan lanun di pulau Selat Melaka, Hang Tuah bersama sahabat-
sahabatnya telah pergi menambahkan lagi ilmu persilatannya dengan seorang ahli pertapaan Aria Putera
di Bukit Panchalusa selama 7 hari 7 malam. Adakah cara ini warisan kepada Silat Melayu yang terkenal
hari ini dengan nama SILAT PUKULAN TUJUH HARI? Satakat yang penulis tahu Silat Pukulan Tujuh
Hari tingkat awal menitikberatkan puasa putih tiga hari. Pengamalan tidur bertindih nafas. Mengenal
gerak nafas dan menerima buah pukulan dan persenjataan dari guru selama tujuh hari iaitu sebiji buah
sehari dengan keilmuan kaedah belaan dan serang balik dengan menggunakan kaedah silat bertangan
kosong. Pukulan-pukulan yang terkenal ialah pukulan setungan, tukulan buku lima, tumbuk biring,
tumbuk pepat, pukulan telapak tukul buku lima, tendasan baji, segerak sepukul, pukulan elakan, pukulan
seturut, terjahan dan lompatan. Peringkat dua menggunakan senjata (ada yang menerima sekali gus
dengan peringkat satu ada yang mengambilnya dari guru setelah mahir tingkat tangan kosong – dan
menerimanya tujuh hari pula untuk tingkatan menggunakan senjata). Pelajaran tingkat senjata
menggunakan parang, pedang, senjata keris panjang juga keris pendek (biasanya untuk kaedah tikam,
hirisan dan lain-lain rahsia penggunaan keris pendek) .

Pelajaran bersenjata Silat Tujuh hari antaranya saperti berikut;


Hari 1. Serangan bahagian bawah musoh-guna kaedah memarang atau tebas.
Hari 2. Serangan bahagaian pinggang-memarang atau tebas.Belah tengah lurus ke atas.
Hari 3. Serangan bahagian perut hingga sudu hati-dada mengguna teknik tikam.
Hari 4. Serangan daerah kedua rusok kiri-kanan-paras atau parang, tetak,tikam.
Hari 5. Serangan daerah bahu sampai lengan dan tangan tetak, paras, pancong.
Hari 6. Serangan daerah leher, paras, pancong, penggal, tetak dari belakang.
Hari 7. Serangan bahagian muka dan kepala paras, memarang, membelah, menetak

(Silat Pukulan 7 hari Melayu dengar ceritanya banyak versi – lain guru lain caranya. Mana yang asal asli?
Wallahu`alam.)
SETELAH balik dari berguru Hang Tuah menghadapi peristiwa orang mengamuk di tengah pesara
(Pasar) ramai orang yang luka dan mati dibunohnya. Ketika itu Hang Tuah sedang bekerja membelah
kayu api dekat rumahnya dengan kapak.

“…Orang mengamok itu pun datanglah berlari-lari dengan keris terhunus menuju Hang Tuah… datanglah
ke hadapan Hang Tuah serta ditikamnya dada Hang Tuah. Maka Hang Tuah pun melompat
menyalahkan tikam orang itu, maka salah (tidak mengena-p) tikamnya itu. Maka Hang Tuah pun
melompat, maka diparangnya (dibelah-p) kepala orang mengamok itu dengan kapak, kena, belah dua,
maka lalu larilah. Maka orang mengamok itu pun rebah lah lalu mati.” (Ms:29)

ULASAN SILAT

Dalam pergelutan silat antara orang mengamok dengan Hang Tuah tersebut mungkin Hang Tuah duduk
dengan langkah tari menanti serangan atau berdiri terpacak bersahaja tanpa sebarang langkahan tari.
Apabila dadanya ditikam ia mengelak dengan suatu lompatan (mungkin ke kiri atau ke kanan) sambil
dengan cepat membelah kepala musohnya. Ini suatu gerakan pantas iaitu semasa aksi buangan atau
elakan serangan dibuat serentak dengan melancarkan serangan balik (dikenali dengan istilah satu gerak
pada elak dan pukul – ini adalah resam silat Melayu Pukulan 7 hari. Adakah Silat Melayu Pukulan Tujuh
Hari kini adalah warisan silat Hang Tuah dari Gurunya Aria Putera? Wallahua`lam.

3. PENGGUNAAN KERIS PANDAK (PENDEK-PENDUA)

Penggunaan keris pendek atau keris pendua dalam kisah pertempuran persilatan Hang Tuah tidak
banyak. Lima babak utama sahaja yang ada. Tidak sehebat penggunaan keris panjangnya (Keris Tempa
Melaka – keris utamanya). Kalau diselidiki keris Taming Sarinya pun adalah keris pendek (tidak melebihi
13 inci panjang mata keris berpepisaunya). Kaedah penggunaan keris pendek adalah banyak dengan
teknik menikam sahaja. Penggunaan keris pendek ini adalah kebanyakan diajar dalam silat-silat Melayu
Nusantara hari ini. Tapi adakah sama seperti penggunaannya oleh Laksamana Hang Tuah? Mari kita
sama-sama selidiki dan fikirkan.

I. Peristiwa orang mengamok

“Hatta maka orang yang mengamok empat itu pun datang lah dengan keris bertelanjang (Tidak
bersarung-p) berlari2, barang yang terlintang di-tikamnya. Demi di dengar oleh orang empat itu (orang
mengamok) kata Hang Tuah demikian ia pun terlalu amarah, serta diusirnya akan Hang Tuah dan Hang
Jebat, ditikamnya berturut2. Maka Hang Tuah dan Hang Jebat pun melompat ka-kiri dan ka-kanan
menyalahkan tikaman orang itu. Satelah lalu, ditikamnya saorang, itu pun rebah lalu mati. maka
melompat pula Hang Kasturi dan Hang Lekir dan Hang Lekiu, lalu ditikamnya, rebah pula lalu mati. Maka
yang dua orang itu pun bertikam dengan Hang Tuah. Maka keduanya mati ditikam oleh Hang Tuah”.
(Ms.30)

ULASAN SILAT

DALAM BABAK ini teknik pertikaman keris Hang Tuah berserta sahabatnya dengan lawan mereka empat
orang yang ingin membunoh Datok Bendahara Bentan itu ialah teknik TIKAMAN ini biasa dalam kaedah
penggunaan keris pendek. Kaedah utama persilatan ialah ELAKAN dan LOMPATAN. Mengelak dengan
lompatan ke kiri atau ke kanan lalu apabila terluang menyerang (menikam) lawan. Ini disebut kaedah dua
gerak. Setengah guru berpendapat ini kaedah mengelirukan lawan dan mengintai luang yang baik untuk
membinasakan lawan walaupun ada yang berpendapat ia kaedah yang dikira lambat yang boleh
memberi ruang kepada lawan untuk menangkis balik serangan. Namun kaedah lompatan adalah popular
dalam silat Hang Tuah. Kenyataan ini menolak sesetengah pendapat guru silat yang mengatakan Silat
Melayu tiada lompatan atau merbahaya jika bergerak dengan melompat (perkara ini penulis pernah
dengar masa kecil kecil dulu – apabila ziarah ke beberapa gelanggang Silat Melayu). Ada juga
sesetengah ahli persilatan Melayu berpendapat teknik mengelak juga boleh menyebabkan pergerakan
menjadi lembab untuk menyerang balas malah ada sesetengah silat mengatakan jika ia menyerang kalau
lawan mengelak pun kena juga (dimakannya juga). Tetapi kalau mengelak dengan suatu lompatan
seperti silat Hang Tuah ini lalu serentak itu menyerang balas bagaimana?… Hal ini terbuka untuk
dibahaskan lagi.

II. Berkeris pendek (Keris pendua) melawan penjurit mahir bertombak

Gerak lompat dan tikam juga digunakan oleh Hang Tuah dalam pertarungannya di babak-babak tempur
persilatannya yang lain. Contohnya:

“Satelah dilepaskannya (Oleh Pateh Gajah Mada) maka penjurit itu pun segera berlari serta ditikamnya
dada Hang tuah, dipertubi-tubinya tikam, tetapi Tun Tuah orang tahu bermain senjata pada barang main
(pelbagai teknik tempur sebarang senjata-p). Maka Tun Tuah pun Melompat ka-kiri dan ka-kanan
menyalahkan tikam penjurit itu. Maka Tun Tuah pun melompat ka-hadapan serta menghunus keris
penduanya (keris pendek-p), maka dilompat ka-kanan dan ka-belakang penjurit itu lalu ditikamnya
dadanya penjurit itu terus ka-belakang. Maka Tun Tuah pun melompat serta memekis, katanya, `Cheh,
mati engkau oleh-ku!` Hatta maka penjurit itu pun rebah tersungkor di-hadapan paseban itu. Maka Tun
Tuah pun segera menyarung kerisnya lalu naik menyembah Seri Betara dan Raja Melaka.”

ULASAN SILAT

Dalam babak pertikaman keris pendek ini disebut juga gerak lompatan empat pedahat iaitu lompat kekiri,
kekanan, kehadapan dan kebelakang barulah ia menikam. Tikaman yang tepat dengan sekali tikam
sahaja. Gerakan melompat yang terkenal dalam kaedah silat Melayu banyak sekali ada yang disebutkan
istilah lompat harimau, Lompat singa jantan, lompat tiong, lompat lenting ulat nangka, lompat helang
menyambar, lompat garuda, lompat meninggi, lompat menjarak, lompat lenting kedidi, lompat Jalak
berpupoh taji (ayam sabungan) dan banyak lagi kaedah lompat dalam silat Melayu. Jikalau begitu
Lompat silat teknik apakah yang diguna oleh Hang Tuah dalam pertikaman ini? Kalau ada yang berkata
teknik Silat Hang Tuah ini meniru teknik lompat Kungfu Cina atau Shaolin Cina sudah tentulah orang itu
jenis dungu dan buta atau cetek dalam kaedah dan sejarah persilatan Melayu asli sebenarnya atau kajian
silatnya tidak mencukupi. Pada hal, malah konon ceritanya, perkataan Shaolin pada kungfu Cina itu pun
asalnya dari perkataan Silat atau Silek (Minangkabau) dan ianya diperkenalkan oleh Bodhi Dharma dari
Palembang yang bersama Silek itu mengembangkan agama Hindu-Budha ke Tanah Besar Cina beribu
tahun yang lampau kerana pelat sebutan cakap orang Cina akan perkataan silat atau silek jadilah
sebutannya `Shao-lin` dari kata `Si-let` atau` si-lat`. Sebenarnya anak Melayu Nusantara dalam zaman
tradisi atau sampai hari ini juga pun semenjak kecilnya umur setahun dua telah diajar dan dimasukkan ke
dalam minda mereka perkataan LOMPAT dan pentingnya `Falsafah Perlakuan Lompat` itu. Hal ini jelas
terbukti ketika ibu-ibu Melayu menimang dan melambung-lambung keatas anak-anak kecil mereka dari
pangkuannya dengan maksud menghibur hati anak dan melatih keyakinan dan keberaniannya dengan
satu pantun tradisional Melayu yang mashor dengan maksud pendidikan dan harapan masa depan yang
cemerlang untuk anaknya iaitu pantun:

Lompat tinggi tinggi


Sampai ke cucur atap
Belum tumboh gigi
Sudah pandai baca kitab

Maksud `lompat tinggi tinggi sampai ke cucur (tepi) atap rumah` itu ada kaitan dengan falsafah dan
fenomena teknik lompatan dalam ilmu persilatan asli Melayu zaman tradisi atau pun juga kepada yang
hari ini bagi orang yang faham. Iaitu pentingnya berbagai gaya lompatan tinggi dalam persilatan Melayu.
Dalam aspek yang lain maksud suruh lompat tinggi-tinggi itu menggalakkan atau gempakkan semangat
juang dan semangat kemajuan dan kecerdikan untuk kecemerlangan masa depan si anak sepertimana
istilah moden menyebutnya `membuat lompatan saujana` dalam mengejar kemajuan diri dan Negara.
Maka LOMPATAN dalam seni silat Melayu asli sebenarnya ada maksud maknawi apabila melompat ke
atas merujuk kepada keadaan mengundur diri dari tahap manusiawi menuju tahap kesatuan
memperolehi pengaruh spiritual dan pertolongan iluminasi (suluhan cahaya-pertolongan) dariNya.
Maksud doa dan harapan ibu `belum tumbuh gigi sudah pandai baca kitab` itu ialah mengharapkan
anaknya menjadi orang bijaksana tetap sihat, segar, segak, perkasa, cerdas dan cepat besar untuk
sempurna belajar, berilmu dan beramal menjadi seorang pendekar terbilang membela agama, berjasa
kepada masyarakat, bangsa dan tanah air. Tetapi di zaman moden ini apakah kata-kata asuhan atau
didikan ibu semasa menimang anak-anak kesayangan mereka, adakah masih serupa? Atau pun asyik
dengan lagu `Ayat ayat cinta`? Aduh, kalau asyik begitu saja mendidik anak, inilah yang amat disukai
oleh para seteru dan inilah yang melemahkan dan melalaikan anak Melayu. Awas Melayu!, jangan layu
dan keliru… nanti bangsa kamu lenyap dari dunia ini (maksudnya Melayu menjadi bangsa terpinggir dan
terhina). Hal beginilah yang dibimbangkan oleh Hang Tuah takut terjadi kepada bangsanya dengan kata-
kata mendidiknya itu untuk kesedaran keseluruhan bagi Melayu iaitu dengan kata beliau: `Ta`kan Melayu
hilang di dunia` itu. Maksudnya jangan kamu biarkan bangsa kamu, budaya kamu, agama kamu, bahasa
kamu, kuasa politik kamu, institusi raja-raja kamu dan ekonomi kamu terpinggir atau dijajah bangsa lain!!
Fahamkanlah dan sedarlah baik-baik kita semua wahai MELAYU. Jadi kalau Melayu mahu kuat,
dihormati, diikuti, dipatuhi oleh bangsa lain dalam negara ini Melayu mesti SATU saja iaitu satu bangsa,
satu agama, satu parti politik satu cita-cita dalam perjuangan untuk kecemerlangan bangsa, agama Islam
yang suci, budaya dan negara dan lain-lain. Oleh itu Selagi tidak jadi SATU MELAYU saperti saranan di
atas maka Hang Tuah pun kalau dia masih hidup sampai sekarang ini tentulah dia rasa malu terhadap
bangsa-bangsa mendatang yang sudah pun menjadi warga negara ini dengan kata-kata beliau itu kerana
telan menjadi semacam suatu kebohongan. Cakapnya saja berdegar-degar bangsanya MELAYU TAK
PEDULI SETARANG (seterangnya = sungguh-sungguh). Sudahlah beliau dahulu menanggung malu
akibat berkelahi dengan sahabat setianya Hang Jebat sehingga terpaksa membunuh sahabat yang
disayanginya itu kerana nafsu serakah ular naga pegawai istana Melaka dan sikap egoistik rajanya yang
tidak mahu mendengar nasihat dan terburu-buru tanpa selidik usul periksa terlebih dahulu menjatuhkan
hukuman bunuh terhadap Hang Tuah yang akibat balasanNya Melaka Hancur oleh Portugis. Sekarang
seolah-olahnya dia (Hang Tuah Baru ini iaitu : Wakil idealisme Melayu murni sejati) akan bertempur pula
dengan lawannya dari tiga penjuru iaitu sahabat-sahabatnya sendiri yang menjadi musuhnya iaitu Hang
jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir… cuma Hang Lekiu (golongan berdiam diri Melayu) sahaja yang belum
hendak memasuki medan laga. Kalau ada empat golongan pahlawan melayu sahabat Hang Tuah ini
menentang Hang Tuah seorang maka Habislah Hang Tuah. Keris Taming Sarinya pun akan patah tiada
berpower lagi. Rakyat Melayu pun habis huru hara semacam kena AMOK dek Hang Jebat dahulu dan
kena serang oleh portugis. Maka Melaka Baru pun tidak akan aman. Kalau ada yang ingin taklukinya pun
akan senanglah kerana Melaka Baru sudah menjadi tidak stabil lagi. Melayu yang jadi tonggak kekuatan
Negara sudah tidak dituntun oleh pahlawan-pahlawan berkaliber lagi sebab asyik berperang dan
berbunuhan sama sendiri.

Wahai para pemuka pemimpin perjuangan Melayu sedarlah DARI PARTI APA pun kamu dan apapun
gelaran dipangkal nama-nama kamu atau nama parti perjuangan kamu selagi laungan perjuangan kamu
itu mempunyai unsur-unsur budaya hasad dengki, kepentingan diri dan egoisme pada hakikatnya adalah
hepokrasi `BERTOPENGKAN` atas nama dan cogan katanya `PARTI…..APA-APALAH` perjuangan
kamu tetapi pada realitinya hasrat dalam perjuangan kamu yang utama sebenarnya ialah untuk mengejar
kuasa, merebut jawatan dan memenuhkan tembolok-tembolok (kepentingan diri sendiri) kamu sendiri dan
membelai serta membesarkan lagi ular naga (nafsu serakah) kamu dan mendapat pangkat darjat mulia
duniawiyah serta egoisma diri bagi mendapat sanjungan ramai dan serta ketamakan atau kelahapan
terhadap materialisme dan egoisme kamu, maka keikhlasan perjuangan kamu adalah sebenarnya
PALSU BELAKA dan tidak mungkin kamu boleh BERSATU menjadi SATU MELAYU akibatnya
perjuangan kamu tidak boleh mendapat barokah daripada Allah s.w.t. Sebab nenek moyang kamu yang
bijak bistari telah pun lama meninggalkan amanat dan pesan dengan satu simpulan bahasa yang indah
lagi benar iaitu `MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT` yang selari dengan ajaran agamamu Islam yang
syumul dan suci tapi tidak engkau peduli lagi sebab sifat-sifatmu yang tersebut di atas. Ada pun maksud
muafakat menjadi berkat itu ertinya kalau kamu BERSATU DENGAN KERANA ALLAH DAN IKHLAS
maka kamu akan jadi gagah perkasa kuat dan berkuasa (politik) kamu, rahmat Allah akan datang
menyeluruh atas kamu dan umat Melayu kamu, kamu semua akan dipandang mulia, dihormati, ditakuti
dan dituruti kehendak mu yang betul oleh orang (bangsa) lain. Engkau boleh buat apa saja untuk
kebaikan agama kamu, bangsa kamu, negara kamu dan agenda agenda kamu yang lain-lain. Kamu tidak
akan berani ditentang oleh bangsa lain atau diperkecilkan wibawa kamu oleh mereka asalkan kamu
berbuat dengan penuh keikhlasan dan keadilan kerana insaAllah Tuhan akan bersama kamu senantiasa
dalam tindak tanduk perjuangan dan tindakan kamu sebagaimana kejayaan yang pernah dicapai zaman
Rasulullah s.a.w., zaman sahabat sahabat baginda Sayyidina Abu Bakar as-syiddiq, Sayyidina Omar r.a.
dan juga Zaman Sayyidina Omar Abdul Aziz. Justeru kalau tidak demikian kata-kata keramat yang
kononnya oleh Hang Tuah itu diketawakan orang `bukan melayu` saja dan Melayu yang bermaruah pun
amat malu menyebutnya, tambah lagi kata-kata itu bukanlah kata-kata bijaksana yang selari dengan
agama sebagaimana rasionalnya kata-kata simpulan bahasa tersebut. Kalau betul pun kata-kata itu dari
Hang Tuah ialah katanya yang merujuk kepada keadaan semasanya sahaja bukanlah satu kata-kata
hikmat yang berpepakan malar untuk bangsa Melayu. Kalau begitu Hang Tuah boleh dianggap bapa
persilatan Melayu saja tetapi bukan bapa rasionalisme Melayu. Maka bilakah akan lahirnya seorang bapa
rasionalisme Melayu yang ulong yang boleh menyatukan Melayu yang sedang berpecah tiga sekarang
dan betul-betul ikhlas memperjuangkan idelisme patriotik bangsa Melayu yang benar-benar berpaksikan
keluhuran nilai nilai Islam sejati yang suci murni? Wallahualam. [kesinambungan bicara ini baca tajuk:
`Konsep Nasionalisme Melayu Sejati` dalam web ini seterusnya]

Berbalik kita kepada hal persilatan Hang Tuah. Sudah Jelaslah dis ini bahawa Hang Tuah tidak
kempunan untuk meniru mainan seni beladiri asing baik Kungfu atau kuntau Cina atau Jepun atau Siam
atau Korea mahu pun India dan lain-lain lagi untuk menjadi pendekar agong Melayu sebagaimana yang
didakwa oleh sesetengah pihak itu. Oleh itu, Silat Melayu Asli hari ini sudah pun cukup lengkap dengan
semua kaedahnya baik bertangan kosong atau bersenjata dan tetap akan memelihara keasliannya yang
memang cukup berkesan dan canggih dari zaman Laksamana Hang Tuah atau sebelumnya lagi hingga
ke hari ini. Silat Melayu Asli tidak memerlukan bunga tari dan gerak jurus yang sangat kencang pantas
dan ligat kelihatan seperti `Gerakan Jurus saperti gerakan gila dan mabuk` atau `gerakan jurus dan tarian
yang kusut masai` kononnya terlalulah tangkasnya. Sebenarnya itu hanyalah gimik kehebatan yang
membuang-buang masa dan tenaga saja. Silat Melayu Asli dalam jurus dan tari seninya perlukan
ketenangan dan kewarasan serta ketajaman penglihatan, firasat dan kebijaksanaan berfikir namun ia
bergerak dengan cepat, pantas dan kencang serta hebat hanya apabila bertindak dalam serangan dan
belaan ketika bergelut berlawan sahaja, sebagaimana contoh Silat Dato` Laksamana Hang Tuah yang
diperkatakan dalam rencana ini.

III. PERTIKAMAN KERIS DENGAN TAMENG SARI.

Babak setelah Taming Sari memberikan kerisnya kepada Hang Tuah (dengan tipu helah Hang Tuah);

“Maka Tun Tuah pun tersangkut pada birai peseban itu lalu tertelut (terduduk berlutut). Maka segera
ditikam-nya oleh Tameng Sari. Maka oleh Tun Tuah di-elaknya sambil bertelut menyalahkan tikam
Tameng Sari itu, maka kena papan khambi dinding paseban itu…”. (Ms.136)

“…Maka Tun Tuah pun melompat ka-kanan ka-kiri menyalahkan tikam Tameng sari itu, seperti tiada
berjejak di-bumi lakunya. Maka Tameng Sari pun lelah ternganga2 seperti anjing lelah. Maka Tun tuah
pun melompat serta di-tikam-nya dada Tameng sari, serta kata-nya, `Cheh, mati penjurit Tameng Sari
oleh-ku!`. Maka di-tikam-nya, kena dada-nya berbayang2 ka-belakang-nya. Maka Tameng Sari pun
rebah tersungkor, lalu mati.” (Ms:136) .

ULASAN SILAT

Dalam babak persilatan berlawan dengan Taming Sari ini ada teknik bertelut sambil mengelak tikaman.
Kaedah bertelut ini tentulah dengan keadaan duduk berkekuda kaki sebelah (duduk menggunakan satu
lutut sebagai paksi) maka pergerakan mengelak dan menepis atau menangkap – mengunci masih boleh
dilakukan dalam teknik persilatan. Ini keistemewaan Silat melayu asli. Hang Tuah selalunya mengintai
luang yang baik untuk menyerang lawan ia banyak mengambil sikap tenang ketika menghadapi lawan.
Serangannya jarang hampa atau tidak mengena dengan tepat pada titik bahaya yang dikehendakinya
pada tubuh lawan apabila ia menyerang. Karektornya hebat bersama ilmu dan firasat. Ia bertindak
melompat kencang menikam dada Tameng Sari ketika penjurit itu telah letih tidak bermaya lagi.

IV. MENIKAM PENJURIT KERTALA SARI


“Maka Kertala Sari pun berjalanlah ka-tengah pasar itu. Maka tertendang kaki-nya pada tuboh
Laksamana. Maka Kertala Sari pun berdiri-lah atas (sebelah pehak atas) kepala Laksamana itu, kata-
nya, `Tertirek bangkai pula aki ini!` Ada pun akan Laksamana tidor itu keris-nya sudah terhunus, lalu ia
bangun melompat menikam dada Kartala Sari terus kebelakang-nya.” (ms.336)

ULASAN SILAT

Dalam babak ini menunjukan satu gerakan pantas silat Hang Tuah dari keadaan tidur iaitu tuboh
terbaring atas tanah, bangun terus melompat menikam dada musoh dengan tepat dan tidak sempat
dielak oleh lawannya. Adakah kecepatan tindakan sabegini pada pesilat pesilat Melayu hari ini?. Ada pun
bangun dan melompat di sini bukanlah dengan gaya gimnastik yang banyak diaplikasikan dalam seni
beladiri asing dunia hari ini termasuklah juga ditiru oleh setengah-setengah perguruan Silat Melayu
Campuran di Nusantara ini. Maka ini bukan teknik Silat Hang Tuah iaitu melompat seperti lompatan
jimnastik kerana ia tidak berfungsi dengan pantas dalam serangan terhadap lawan. Kalau tidak begitu ia
lompatan apakah namanya lompatan Hang Tuah itu dalam istilah silat Melayu?

V. PERTIKAMAN DENGAN HANG JEBAT

Babak pertikaman keris pandak yang paling Hebat dalam sejarah pertikaman keris. Hang Tuah
Menggunakan Keris Parong Sari dan Hang Jebat mulanya menggunakan Keris Taming Sari kurnia raja
Melaka sebagai menggantikan tempat Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka kerana Hang Tuah telah
terfitnah dan disuruh hukum bunuh oleh Sultan Melaka. Tetapi beliau tidak dibunuh oleh Bendahara
Paduka Raja, cuma disembunyikan di hulu Melaka dan berguru pula dengan seorang Syeikh dan ulama
Islam bernama `Syeikh Mansur’ di hulu Malaka.

PERSEDIAAN HEBAT HANG TUAH

“Maka Laksamana pun meniarap pada kaki raja, seraya memakai di hadapan raja: pertama dipakainya
serual (Seluar Pendekar-p) beledu hijau sampai kelutut-nya, sudah itu maka berkain hijau (selempang-p)
di-gansi (diukup wangian serta doa-p) yang bertepi emas di-pahat bersirat, di-ragam dan ikat pinggang
khatifah (jenis berbulu domba) tujoh belit bersurat ayat Quran (sebagai azimat perang-p) dan berbaju
kesumba murup bersurat do`a besar2 (Sebagai azimat perang-p) dan memakai keris Parong sari itu.
Maka mastul (kain ikat kepala dipakai mengambil barokah pesanan gurunya Syeikh Mansur-P)
pemberian Syeikh Mansur itu di-pakai-nya…” (ms.313)

ULASAN

Persediaan hebat ini kerana secara ma`anawinya hendak diberi tahu oleh pangarang bahawa Hang
Jebat itu juga pahlawan hebat sama seguru ilmu persilatan dengan Hang Tuah, lebih-lebih lagi Keris
Taming Sari yang sakti itu ada di tangan Hang Jebat. Satu lagi pengajarannya dari peristiwa ini ialah:
Bahawa ikhtiar usahakan sesuatu hajat itu biar bersungguh-sungguh dengan segala persediaan yang
sepatutnya supaya Berjaya.

TEKS PERTARUNGAN:

I. “Maka kata Hang Jebat, `Silakanlah orang kaya, hamba beri jalan.` Maka kata Laksamana, `Baik-lah’,
serta ia melompat ka-atas tapakan tangga (istana) itu. Maka baharu hendak melompat kaki-nya sa-belah
ka-dalam pintu, maka di-tikamnya akan Laksamana. Maka di-lepaskan-nya (dielak atau ditepis-p) tikam
Hang Jebat itu salah, (tidak mengenai dirinya-p) maka di-pertubi2-nya tikam oleh Hang Jebat. Maka
Laksamana pun terjun ka-tanah pula.” (ms.316)

II. “Maka Laksamana pun melompat naik ka-atas anak tangga. Maka kata Laksamana, `Hai Si- jebat
undor-lah beri aku berjalan, `Maka Hang Jebat pun undor dari pintu itu sekira2 sempat melompat
menikam, di-sanalah ia menantikan Laksamana, maka Laksamana pun melangkah naik sakali lagi. Ia
melompat lalu ka-atas anak tangga yang di-atas. Maka Laksamana pun terdiri dudok di-atas ibu tangga
itu, maka Hang Jebat pun melompat, maka di-tikam-nya dada Laksamana. Maka di-salah-nya (dielak dan
tepis) sadikit tikam Hang Jebat, maka Laksamana pun melompat masok ka-dalam pintu istana itu lima
depa jauh-nya daripada pintu itu.” (Ms.316)

III. “Maka Hang Jebat pun berbangkit lalu di-tikam-nya akan Laksamana, Laksamana pun tiada sempat
berdiri lalu berguling2 di-atas talam itu. Maka di-tikam oleh Hang Jebat di-pertubi2-nya. Maka Laksamana
pun menghunus keris-nya sambil berguling, seperti jentera ia menyalahkan tikam Hang Jebat itu. Maka
oleh Hang Jebat di-pertubi2-nya tikam berturut2, tiada juga kena. Maka Hang Jebat pun amarah, maka
di-tikam-nya dengan sunggoh2 hati-nya, maka tersalah daripada Laksamana kena talam itu, lekat keris-
nya. Maka di-sentakkan-nya keris itu tiada tercabut. Maka Laksamana pun berbangkit bangun berdiri
seraya melela (bertingkah-beraksi silat pencak-p) di-hadapan Hang Jebat itu tertitar2 (bergerak cepat
sambil mendekat dengan gerakan pencak-p), seraya berkata, `Cheh, Si-Jebat! Mati engkau oleh-ku.`
Maka Hang Jebat pun amarah seperti api menyala2. Maka di-tendang-nya talam itu serta di-sentak-nya
keris, keris itu pun tercabut-lah. Maka oleh Hang Jebat di-tikam-nya akan Laksamana, Laksamana pun
melompat ka-kiri dan ka-kanan menyalahkan tikam Hang Jebat itu. Maka kata Hang Jebat, serta di-tikam-
nya akan Laksamana, kata-nya, `Cheh, Laksamana! Jangan engkau undor. Berdiri-lah engkau.` Maka
kata Laksamana, `Hai Si-Jebat, bukan aku lari membuang belakang. Mana kehendak–mu tikam-lah.`
Maka Hang Jebat pun sa-bagai (berbagai cara-p) menikam, tiada juga kena, saperti tikam bayang2 laku-
nya…” (Ms.318)

IV. “Maka oleh Hang jebat maka di-pertubi2-nya tikam, kerana (tidak terkena-p) pada tuboh Laksamana,
kena talam terus tiada bertahan (tembus-p). Maka Hang Jebat pun lelah, tetapi sungguh pun Laksamana
berguling mata keris-nya ka-atas juga. Shahadan keris Hang jebat lekat pada talam itu. (Ketika ini Keris
Parung Sari diguna pakai oleh Hang jebat yang dilontar berikan oleh Hang Tuah kerana Keris Taming
Sari telah disambar oleh Hang Tuah ketika Hang Jebat terlalai seketika-p) Laksamana pun segera
berbangkit berdiri, serta kata-nya, `Cheh, mati engkau oleh-ku!` Maka Laksamana pun melompat serta di-
tikam-nya dada Hang Jebat, kena dada-nya terus bayang2 ka-belakang-nya.” (Ms.322)

ULASAN TEKNIK PERSILATAN

Dalam petikan teks I, Ada gerak lompatan meninggi digunakan dalam persilatan Hang Tuah untuk naik
ke atas tapakan tangga istana dan seterusnya melompat masuk ke dalam istana melalui pintu besar ia
diterpa dan ditikam oleh Hang Jebat untuk menyalahkan tikaman itu. Hang Tuah menggunakan teknik
elakan-sendeng beberapa kali lalu terjun ke tanah semula.

Dalam petikan teks II, Apabila ditikam Hang Jebat semasa Hang Tuah melompat duduk di atas ibu
tangga beliau menggunakan teknik elakan dan tepisan lalu menggunakan lompatan jauh jarak
lentingannya sejauh lima depa. Calang-calang ilmu silat dan pendekar memang tidak boleh membuat
lompatan sejauh itu. Ini barangkali Hang Tuah menggunakan ilmu apongan ya`ni ilmu meringankan
tubuh. Ilmu apongan tubuh memang ada dalam ilmu persilatan Melayu Pukulan Tujuh Hari peringkat
tinggi yang memerlukan dalam peramalan berwirid doanya selama 7 malam itu dengan berpuasa mutih
selama tujuh hari. Cara bepuasanya mengikut kata yang empunya ilmu ialah pada hari pertama berbuka
puasa hanya dengan tujuh kepal nasi putih dan air putih, hari kedua berbuka dengan enam kepal nasi,
demikianlah hingga hari ke tujuh berbuka dengan 1 kepal nasi putih sahaja dan air putih.

Dalam petikan teks III, Apabila tidak sempat berdiri kerana kencangnya datang tikaman musoh teknik
yang terbaik, memanglah merebahkan diri dan teknik mengelak tikaman lurus semasa diri di lantai ialah
elakan cepat – guling seperti yang digunakan oleh Hang Tuah itu adalah juga teknik silat berkeris
Melayu. Gerak melela ialah satu ragam seni tari pencak dalam seni silat kependekaran Melayu asli
digunakan oleh Hang Tuah untuk mara mengintai peluang untuk menyerang atau tertitar-titar (gerak
cepat) bagi menyerang lawan. Dalam adat pendekar silat Melayu selagi seseorang itu tidak berpaling
belakang kepada musoh walaupun ia menggunakan langkah undur bererti ia masih berwaspada menanti
terkaman lawan, bukan takut yang mahu melarikan diri. Langkah undur memang ada dalam teknik Silat
Melayu Asli bagi mengintai ruang untuk menyerang balas.

Dalam petikan teks IV, Teknik berguling mengelak tikaman lawan semasa tubuh di atas lantai atau atas
tanah tetapi mata keris tetap di halakan ke atas digunakan
oleh Hang Tuah dalam gerak silatnya mempunyai tiga sebab utama. Pertama boleh menghalang
terkaman lawan dengan sawenang-wenangnya. Kedua, supaya keris tidak tertikam diri sendiri. Ketiga
supaya cepat dapat bertindak dari keadaan apabila berpeluang menikam musuh.

4. SENJATA TOMBAK (SPEAR, LANCE) .

DALAM hal bersilat dengan menggunakan tombak (lebih kecil batang ulunya daripada lembing)
pengarang Hikayat Hang Tuah tidak memberi gambaran jelas mengenai kaedah atau teknik
pergerakannya. Hanya diberi gambaran bahawa Hang Tuah memang seorang pendekar yang amat
handal bersilat menggunakan tombak. Perhatikan petikan berikut;

“…Sa-telah baginda mendengar sembah Raden Wira Nantaja itu maka titah baginda, ‘Suroh-lah palu
bunyi2an cara Jawa, kita melihat orang saudara kita bermain.` Maka di-palu orang-lah bunyi2an chara
Jawa itu terlalu ramai. Maka Pateh Kerma Wijaya mendengar bunyi2an itu maka ia pun mengambil
tombak lalu turun bermain (bersilat) tombak, lakunya seperti tidak berjijak di-bumi. Maka Pateh Kerma
Wijaya pun minta lawan (main tombak sacara pesahabatan-p). Maka Tun Tuah pun menyembah raja
kedua itu (Raja Melaka dan Raden Wira Nantaja-Jawa) mengambil tombak turun berhadapan dengan
Pateh Kerma Wijaya bertombak2kan (berlawan secara persahabatan-p) terlalu ramai, di-lihat oleh Raden
Wira Nantaja laku Hang Tuah bermain tombak itu saperti laku penggawa (hulubalang-laskar bertombak-
p) yang pertikaman (handal atau mahir bertikam tombak-p). Maka di-lihat oleh raja dan segala orang
banyak itu tewas juga Pateh Kerma Wijaya oleh Hang Tuah. Maka pateh pun meletakkan tombak-nya.
Maka Hang Tuah pun sudah-lah bermain itu lalu dudok menyembah.”

5. BERPEDANG (SWORDMAN)

Bilakah Hang Tuah dan sahabat sahabatnya belajar bersilat pedang? Adakah dengan bapa-bapa mereka
sebagai asas atau dengan gurunya Aria Putera atau pun dengan Sang Persanta Nala?. Kemungkinan
dengan bapa-bapa mereka sebagai asas bersilat menggunakan semua senjata Melayu tradisi adalah
munasabah. Kemudian ditambah lagi petua-petua silat dan ilmu-ilmu sakti atau kebatinan oleh guru-guru
mereka itu, sebab Hang Tuah dan rakan-rakannya berguru dengan Sang Persanta Nala di Gunong
Wiranapura semasa di Majapahit hanyalah empat hari empat malam sahaja (Apakah belajar
menggunakan senjata empat hari empat malam boleh menjadi bagitu mahir semua permainan senjata?
Tentu tidak – kecuali sudah sedia ada ilmu dan kemahiran sebelumnya). Kebarangkalian ini boleh jadi
ada kebenarannya sebab boleh dikatakan semua orang-orang Melayu terhormat zaman tradisi
mempelajari silat semenjak remajanya lagi dengan diajar oleh ibu bapa mereka. Ini adalah suatu budaya
bangsa Melayu tradisional di mana ilmu silat biasanya diperturunkan kepada anak-anak kecil dan anak
remaja mereka. Hal ini dapat diperkuatkan dengan hujah adanya dialog antara bapa Hang Tuah iaitu
Hang Mahmud dengan Datok Bendahara Seri Paduka Raja seperti berikut;

“…Kata Bendahara, `Mana-kah bapa-nya budak2 empat orang ini?` Maka sembah Hang Mahmud, `Ada,
tuanku, di-perhamba itu keempatnya.` Maka segera di-suroh panggil, keempat-nya pun datang
mengadap Bendahara. Demi melihat orang empat itu, maka kata Bendahara, `Wah, ku-sangka orang
mana2 gerang empunya anak ini, tidak ku-tahu anak kak Dollah (Bapa Hang Jebat-p) dan kak Mesamut
(Bapa Hang Kasturi-p) dan Hang Mansor (Bapa Hang Lekir-p) dan Hang Shamsu (Bapa Hang Lekiu) ada
anak. Jika aku tahu akan tuan2 itu ada anak laki2, sa-lama-nya sudah ku-ambil ku-jadikan biduanda
(pengawal dalaman), kerana tuan2 ini pun berasal (keturunan orang terhormat-handalan) juga.” (Ms:31)

BABAK KEPAHLAWANAN HANG TUAH DALAM SILAT BERPEDANG

A. BERPEDANG MENENTANG LEMBING-TOMBAK PENJURIT DI MAJAPAHIT (JAWA)

“Maka Laksamana pun menyembah lalu turun dari paseban (Balai rong istana-p). Maka Hang Jebat,
Hang Kasturi berjalan-lah dari kiri kanan Laksamana lalu keluar pintu paseban itu. Maka segera di-katup
orang pintu itu. Maka segala penggawa (pengawal-p) di-pintu itu pun merebahkan tombak, di-halakan-
nya pada Laksamana, seraya kata-nya, `Bunoh-lah Laksamana dan segala Melayu ini.` Sa-telah di-lihat
oleh Laksamana segala penggawa itu hendak menikam dia itu, maka Laksamana pun segera mengambil
pedang dan perisai, lalu dihunus-nya, seraya melompat, kata-nya, `Tahan-lah bekas tangan ku ini baik2!`
Mata tombak itu terbengkong (terbengkok atau teralih arah-p). Maka Laksamana pun melompat lalu di-
parang-nya mata tombak itu habis putus2. Maka segala penggawa itu pun habis lari.” (ms.252)

ULASAN SILAT

Dalam menggunakan pedang Melayu ketika menyerang lawan kaedah digunakan lebih kurang sama
seperti menggunakan keris panjang iaitu gerak memarang, atau paras mendatar (serangan separas
sama ada dari kanan ke kiri atau dari kiri ke kanan-p) – pancong (Serangan tetakan serong sedikit sama
ada ke atas atau ke
bawah -p) atau tetak (serangan dari atas kebawah-p) selain menikam (serangan lurus-p). Tetapi dalam
berpedang Hang Tuah juga memakai perisai. Di sini bererti
beliau menggunakan pedang sebelah tangan. Keris panjang pula penggunaanya tidak memakai perisai
tetapi menggunakan sarongnya sabagai alat tangkis atau perisai.

B. BERLAWAN PEDANG DENGAN PENDEKAR INDIA

I. “..Titah baginda (Raja negeri Bijaya Nagaram-Benua Keling-India sekarang), `Hai Laksamana, tahu-kah
engkau bermain pedang perisai?` Maka sembah Laksamana, `Daulat tuankau, tahu juga patek barang2
kadar-nya’…” ( ms:359)

ULASAN:

Jawapan dengan nada tidak meninggi diri oleh Hang Tuah begitu biasalah kepada setiap orang pendekar
yang berguru dengan sempurna didikannya adab dan akhlak yang baik di samping ilmu dalam persilatan
Melayunya yang diajar. Zaman dulu kalau ada didapati perangai tidak sopan sama ada perbuatan atau
perkataan oleh seseorang pemuda orang akan bertanya `Siapakah gurunya dan anak siapakah ia?’
Perangai dan adab akhlak yang baik dalam komunikasi masyarakat juga amat diambil berat oleh ibu
bapa Melayu terhadap didikan anak mereka, begitu juga oleh guru ilmu persilatannya pada zaman
tradisional dan hal begini juga diwarisi hingga kini.

II. “Maka baginda pun menyuroh memanggil pendekar yang tahu terlalu sa-kali pada bermain pedang
dan perisai. Maka titah Kisna Rayan, `Hai pendekar, engkau hendak ku-surohkan bertuju (berlawan
persahabatan – tetapi dalam dialog seterusnya berlaku pertengkaran antara Hang Tuah dan pendekar
raja Kisna Rayan kerana sikapnya memperlecehkan Hang Tuah-p) dengan Laksamana hulubalang
Melayu.` Maka sembah pendekar itu, `Daulat tuanku, berapa puloh hulubalang Melayu itu akan bertuju
dengan patek? Jika sa-orang dua, bukan lawan patik…” (Ms.360)

“…Maka Laksamana pun melangkah pintu keluar. Maka di-lihat oleh Laksamana pendekar itu hadhir
menanti dengan perisai di-luar pintu. Maka Laksamana pun segera mengambil pedang dan perisai di-luar
pintu itu daripada tangan orang-nya. Maka Laksamana pun memekis serta menghunus pedang-nya, lalu
melompat serta di-kirap-nya (ditangkisnya) perisai menyalahkan parang (tebasan) pendekar itu. Setelah
lalu parang pendekar itu, maka di-parang (paras-pancung) oleh Laksamana kena perisai-nya, belah dua
lalu ka-pinggang-nya. Maka Laksamana pun menyarongkan pedang-nya. Maka Nala Sang Guna
(Perdana Menteri Bijaya Nagaram) pun memegang tangan Laksamana lalu di-bawa-nya masok ka-
balairong.”

ULASAN SILAT

Dalam tempur pedang yang singkat ini Hang Tuah mengguna teknik silatnya yang biasa iaitu melakukan
teknik LOMPATAN sambil memarang (tebasan pancung) yang memang ada dalam perinsipal teknik
bersenjata silat Melayu asli sampai ke hari ini iaitu tikam, paras atau tebas – pancong dan tetak.
Perkataan LOMPAT itu pun adalah perkataan Melayu tulin asal berasal. Jadi kalau tidak ada perbuatan
LOMPAT oleh bangsa Melayu macam mana pula ujud perkataan lompat dalam bahasa Melayu. jadi
Jangan pertikai lagi, teknik melompat memang ada dalam pelajaran silat Hang Tuah dan dalam Silat
Melayu Asli hari ini walau pun ada silat Melayu yang tidak menggunakan teknik melompat, maka yang itu
adalah beberapa jenis sahaja dari beratus-ratus jenis lagi silat Melayu Nusantara. Tetapi silat Melayu
yang tidak ada teknik melompat itu, mereka mempunyai falsafah teknik dan kehebatannya tersendiri pula.
Namun begitu pun jika mereka hendak melangkah parit jika tak sampai kangkangnya ke seberang, dia
pasti melompat juga, kalau mahu cepat atau terdesak atau sudah tiada jalan lain. Oleh itu fikirkanlah!.
(penulis telah terangkan jenis-jenis lompatan dalam silat Melayu terdahulu dalam artikel ini-sila lihat
semula) .

C. BERLAWAN PEDANG DENGAN SAMURAI JEPUN.

I. “Berapa lama-nya Laksamana dudok di-benua Siam itu, sa-kali persatua, maka Phra Chau pun
bertitah, `Hai Oya Bagelang, mana dia pendekar Jepun yang bernama Chin Chu itu?`Maka sembah Oya
Bagelang, `Ada, tuanku, pendekar itu, dari Kemboja datang, terlalu mashhor. Jika sa-puloh, bukan lawan-
nya. Maka titah Phra Chau, `Segera panggil pendekar Jepun.’

“…Maka titah Phra Chau, `Hai pendekar, engkau aku titahkan bermain pedang dengan utusan Melayu
ini.` Maka kata Jepun itu, `Berapa puloh orang Melayu itu? Jika sa-orang dua bukan lawan patek.` Hang
Tuah sebagai `Hulubalang Melayu` tiada dapat mendengar kata-kata yang keji (menjatuhkan maruah
kepahlawanannya) di-tengah majlis lalu menyambut cabaran pendekar Jepun dengan berkata: `Cheh!
Hendak berdusta pula. Bicara kamu ini empat lima berdiri pun tiada endah padaku!” (Ms.390)

II. “…Maka pendekar Jepun itu pun turun ka-tanah menghunus pedangnya serta dengan amarah-nya,
beberapa dilarang oleh hulubalang Siam tiada di-dengarnya. Phra Chau (Raja Siam) sendiri lalu larang-
nya (Tidak diambil peduli olehnya-p). Maka ia pun berseru2, katanya, `Hai Melayu, turun-lah engkau! Jika
tiada turun supaya ku-naiki balairong ku-tendas kepala-mu”.

“…Maka kata Laksamana, `Hai si-Kafir yang keras hati-mu, apa engkau hendak perbuat, perbuat-lah
oleh-mu.` Sa-telah pendekar itu melihat Laksamana sudah turun, maka segera di-parang-nya. Maka
Laksamana pun melompat hendak menangkis parang-nya itu, kerana (Jepun-p) memarang dengan dua
belah tangan-nya. Sa-telah lalu, di-parang pendekar itu, maka di-parangnya oleh Laksamana telinga-nya,
putus terpelanting ka-tanah maka Laksamana pun segera melompat naik ka-atas balairong itu. Maka
orang pun hairan pantas Laksamana itu. Sa-telah pendekar itu melihat telinga-nya putus itu, makin
bertambah marah-nya dan malu-nya lalu di-usir (kejar-p) nya akan Laksamana hendak naik ka-balairong
itu. Maka Laksamana pun segera terjun di-atas balai berhadapan dengan Jepun itu pula”.

“Maka di-parang oleh Jepun itu, di-salah-nya (dielakkan-p) oleh Laksamana, serta di-parang-nya hidong
pendekar itu, putus. Maka Laksamana melompat naik ka-atas balairong itu pula. Maka di-rasa-nya oleh
pendekar itu hidong-nya putus, maka lalu di-usir-nya, maka hendak di-naiki ka-balairong itu. Maka
Laksamana pun terjun pula berhadapan dengan jepun itu, lalu di-parang-nya Jepun, bahu-nya pun putus
gugor ka-tanah. Maka jepun itu pun mengusir pula dengan bersunggoh2 hati-nya, maka diparang pula
oleh Laksamana kepala-nya belah (terbelah-p) dua…” (Ms.391)

ULASAN SILAT:

Dalam pertarungan ini Hang Tuah telah menggunakan teknik pedang Melayu iaitu banyak menggunakan
kaedah sebelah tangan. Hal ini dapat difahamkan dari kata pengarang `kerana (Jepun) memarang
dengan dua belah tangannya` Yakni berbeza cara memarang dengan pedang oleh Hang Tuah. Dalam
babak perlawanan pedang ini Hang Tuah telah menggunakan kecepatan memarang musoh dengan cara
yang tidak terduga oleh pendekar Jepun itu iaitu kaedah bagai kucing mempermain-mainkan tikus yang
telah ditangkapnya iaitu dengan cara memarang putus (mencantas, menebas, memancong ) telinga,
hidong pendekar Jepun itu. Kemudian diparangnya bahu pendekar Jepun itu hingga putus dalam waktu
yang berlainan (sebagai sikap kasihaan belas, memberi peluang untuk damai), tetapi semangat Samurai
Jepun ini pun memang berani mati nampaknya maka Hang Tuah pun tiada pilihan lain lagi selain
menamatkan sahaja riwayatnya. Kali ini Hang Tuah menggunakan teknik belah dengan pedangnya maka
kepala Samurai Jepun itu pun terbelah dua lalu mati.

6. KEHEBATAN HANG TUAH DENGAN KERIS PANJANG TEMPA MELAKA.


Dalam Zaman Tradisi penggunaan keris panjang amat popular di kalangan panglima dan hulubalang
Melayu. Panjang bilah matanya lebih dari 13 inci terkadang sampai 33 inci. Kebiasaan panjangnya
menyamai panjangnya pedang Melayu yang mana ada petua khas bagi ukuran panjang untuk seseorang
pemakainya. Ulu keris panjang tidak serupa ulu keris pendek. Ia semacam juga ulu keris sundang ya`ni
sesuai kemas dipegang untuk peranannya menikam, melibas, memarang, memancong, menetak,
menyangga dan lain-lain kaedah persilatan dalam menggunakan senjata. Memakai keris panjang dan
gaya penggunaan dalam teknik persilatan terkadang seperti sama menggunakan pedang Melayu
Nusantara walaupun tidak seratus peratus serupa. Tetapi fungsinya menghadapi serangan lawan yang
ramai di kawasan terbuka adalah lebih berkesan daripada menggunakan keris pendek (Panjang bilah
mata keris pendek kurang dari 13 inci) yang banyak menggunakan teknik menikam sahaja. Banyak
perguruan Silat Melayu Hari ini tidak mengajar muridnya kemahiran menggunakan keris panjang seolah-
olahnya tiada dalam silibus gurunya. Antara sebab-sebabnya adalah seperti bahasan penulis dalam
artikel Silat Lembing–Tombak Panji Alam Pendekar dalam website www.geraksejati.co.cc (Sila rujuk jika
mahu lihat keterangan lebih lanjut). Malah sesetengah orang atau pesilat Melayu sendiri merasa sangat
asing jika ada pesilat Melayu kita bertari silat dengan menggunakan kaedah keris panjang atau ada yang
menuduh yang bukan-bukan terhadap warisan berharga bangsanya sendiri yang terpendam selama ini
oleh kerana penjajahan barat selama 500 tahun ke atas Bangsa Melayu Nusantara! (Sila lihat contoh tari
keris panjang lok 13 oleh pesilat perguruan ini – dalam channel: http://youtube.com/geraksejati.
Bagaimanapun janganlah di ukor kehebatan Hang Tuah Hulubalang Agong Melayu yang dibicarakan ini
dengan pelatih Silat Melayu Keris Lok 13 perguruan Silat Gerak Sejati itu. Ia bagaikan langit dengan
bumilah hebatnya Hang Tuah) .

TEMPAAN RASMI KERIS PANJANG UNTUK HANG TUAH

Kalau kita teliti riwayat pertarungan Hang Tuah dalam menjayakan misinya, Keris Panjang Tempa
Melakalah yang amat banyak berjasa kalau dibandingkan dengan Keris Tameng Sari tempaan Jawa.
Keris Taming Sari hanya beberapa kali sahaja digunakan beliau iaitu digunakan untuk membunoh
Tameng Sari, tuannya sendiri `Keris makan tuan`. Juga digunakan untuk membunuh Kartala Sari dan
satu lagi untuk membunoh sahabat karibnya sendiri iaitu Hang Jebat kerana taatnya Hang Tuah kepada
perintah raja Melaka.

Apabila sahaja Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya diambil oleh Sultan menjadi `Budak Budak Di Bawah
Bendul` Istana (Biduanda), Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya dipersalin oleh raja dengan
selengkapnya, seterusnya perhatikan petikan dibawah ini:

“Pada ketika itu juga baginda menitahkan pandai besi yang tua saorang (Empu-p) berbuat keris panjang
sa-bilah akan pakaian Hang Tuah: dua puloh perkara besi di-lakorkan (dicampurkan) dan sa-bahara besi
di-ausi (digosok dititing supaya halus berseni-p) jadi sebilah keris panjang. Maka beberapa lama-nya
keris empat puloh bilah itu pun sudahlah. Maka di-persembahkan-nya pada raja. Maka keris itu pun
semua-nya di-anugerahkan raja pada budak2 di-bawah bendul, keempat puloh-nya memakai keris
panjang besar sa-bahara di-ausi-nya itu. Maka keris itu pun di-sambut oleh Hang tuah, lalu di-junjong
serta sujud meniarap di-hadapan baginda itu. Sa-telah sudah sujud, maka Hang Tuah pun berbangkit lalu
berdiri menyembah serta di-pegang-nya keris itu, lalu turun ka-tanah, di-hunus (dicabut mata keris dari
sarungnya-p) keris itu, maka ia menyembah pula. Maka Hang Tuah pun melompat bermain keris itu
terlalu manis sakali (hebat dan cantik-p) barang laku-nya, serta memekis, kata-nya, `Cheh! Mana-tah
hulubalang Melayu? Marilah, empat pun baik lima pun baik, tiada-lah indah (endah-p) pada-ku.` Maka
baginda pun terlalu sukachita melihat laku Hang Tuah itu. Pada penglihatan baginda dan segala pegawai
dan pertuanan yang banyak itu, jika empat lima orang berdiri di-hadapan (berlawan dengan Hang Tuah-
p) itu sukar-lah mengenai (Mengalahkan) dia. Sa-telah sudah ia bermain keris itu, maka Hang Tuah pun
menjunjong duli lalu naik dudok sama2 Hang Jebat di-bawah bendul itu.”

BABAK TEMPUR PERSILATAN DENGAN KERIS PANJANG TEMPA MELAKA

1. “Sa-telah di-lihat oleh Pateh Kerma Wijaya dan Tun Tuah orang mengamok itu datang pula – segala
orang yang memalu bunyi2an Betara Majapahit itu pun habis lari cherai-berai, segala bunyi2an yang di-
palu itu pun habis di-tinggalkan-nya – maka Tun Tuah pun geram rasa-nya. Maka ia pun memekis, kata-
nya, `Cheh, barang siapa undor sa-tapak juga, ku-penggal leher-nya dengan tempa Melaka ini. (ms.101)

2. “Sa-telah penjurit itu mendengar kata Tun Tuah demikian itu, maka ia pun terlalu amarah, seperti api
bernyala2 muka-nya, serta dikisar-nya (dipusing ke
arah-p) tombak-nya lalu di-tikam-nya kepada dada Tun Tuah. Tun Tuah pun segera melompat serta di-
hunus keris panjang-nya lalu di-parang-nya mata tombak (bahagian kayu ulu mata tombak-p) itu lalu
putus. Penjurit itu pun segera menghunus keris-nya lalu di-tikam-nya pada dada-nya Tun Tuah. Maka
Tun Tuah segera melompat menyalahkan (mengelak) tikam penjurit itu sambil menyarongkan keris
panjang-nya. Maka kata Tun Tuah, `Sayang-nya aku tatkala pekerjaan tuanku ini belum selesai, jika
tiada, sekarang juga engkau ku-bunuh.” (ms 131)

3. “Hatta maka di-lihat oleh penjurit puloh itu sa-orang Melayu berlari2 dengan keris panjang di-pegang,
maka kata penjurit itu, `Ini-lah Melayu yang di-katakan oleh Pateh Gajah mada itu.` Maka segera di-usir-
nya akan Laksamana, Laksamana pun undor sambil memarang, tetapi melihat ka-belakang tempat
bertahan. Dengan takdir Allah Ta`ala maka Laksamana pun bertemu dengan suatu lorong, pagar-nya
lorong itu batu kiri kanan, luas-nya telus sa-orang juga. Hatta maka Laksamana pun segera menghunus
keris panjang-nya lalu melompat ka-dalam lorong itu bertahan. Maka penjurit tujoh puloh itu beriring2
masok ka-dalam lorong itu. Maka di-parang oleh Laksamana dengan keris panjang-nya putus leher-nya
terpelanting ka-bumi. Maka datang sa-orang pula hendak menikam, itu pun di-parang oleh Laksamana
dengan keris panjang-nya putus leher terpelanting. Maka masuk pula hendak menikam, itu pun di-
panchong-nya. Dengan demikian, orang tujuh puloh itu pun habis mati tinggal tujoh orang lagi di-muka
pintu lorong itu, tiada berani masok. Maka Laksamana pun segera melompat keluar. Sa-telah di-lihat-nya
akan laksamana sudah keluar itu, maka penjurit tujoh orang itu pun berkeliling hendak menikam
Laksamana, Laksamana pun melompat serta di-parang-nya, ketujoh orang itu pun mati: ada yang putus
leher-nya, ada yang putus tangan, ada yang penggal paha-nya.” (ms.152)

4. “Maka kata Laksamana, `Hai saudara ku keempat, ada pun pada firasat (Kasyaf-rasa pada lintasan
batin=`Firasat mukmin itu melihat dengan cahaya Ilahi`-p) hamba, pada malam ini hendak-lah kita
beringat, kerana firasat bertikam itu ada-lah kerana ada orang dalam kampong kita ini.”

“Maka dalam berkata2 itu, maka terhimbas orang lalu hampir pagar istana itu. Maka di-lihat oleh
Laksamana, Laksamana pun menghunus keris panjang-nya, lalu di-hampiri-nya oleh Laksamana. Maka
Sang Winara pun tiada sempat lari, maka menjadikan diri tunggul kayu. Maka di-lihat-nya oleh
Laksamana kayu terdiri di-tengah halaman itu, maka di-parang-nya oleh Laksamana tunggul kayu
dengan keris panjang-nya lalu putus maka Sang Winara pun melompat lari…”

“…Maka Sang Wirana pun naik-lah rumah Laksamana dudok balik pintu serta di-hunus keris–nya
menanti Laksamana keluar. Maka Laksamana pun tahu akan orang naik rumah itu. Maka Laksamana
pun perlahan2 mengambil keris panjang-nya lalu di-hunus-nya. Maka Laksamana pun membuka pintu
rumah-nya, serta terbuka maka Laksamana pun melompat keluar. Maka di-tikam oleh Sang Winara, tiada
kena. Maka oleh Laksamana pun melompat lalu di–parang-nya, kena bahu-nya putus. Maka di-pegang-
nya oleh Sang Winara dengan tangan-nya kiri, serta di-tikam-nya akan Laksamana, di-pertubi2-nya (di-
ulangi tikam dengan pantas-p). Maka Laksamana pun melompat menyalahkan tikam penjurit itu, tiada
kena. Maka di-parang oleh Laksamana, kena bahu-nya sa-belah lagi, lalu putus. Maka tangan Sang
Wirana pun jatoh ka-tanah. Maka ia berdiri saperti pohon kayu tiada bercawang (berdahan-p) laku-nya.
Maka Laksamana pun melompat, maka di-parang-nya pula leher-nya putus. Maka kepala-nya pun
berguling2 lari keluar kampong. Maka segera di-ambil oleh penjurit empat orang itu di-bawa-nya lari
kepada Pateh Gajah Mada.” (ms.155-156)

5. “Sa-telah di-dengar-nya oleh Laksamana orang banyak datang mengepong dia itu maka kata
Laksamana, `Hai saudara-ku keempat, datang-lah sudah orang mengepong kita.` Maka sahut Hang
Jebat, `Apa-tah di-takutkan dan di-hebatkan? Masakan Si-Jebat menumankan. (Lari dengan tidak
melawan bersama rakan setia-p).` Maka Laksamana pun turun dari balai itu serta di-singsing tangan
baju-nya seraya memekis, kata-nya, `Cheh, yang ku-chari pun ini-lah!` Serta di-hunus-nya keris-nya
panjang lalu di-nantikan pengawitan (penjurit pengawal taman larangan/istana) yang seribu itu, serta
membaca pustaka-nya (Ilmu penyangga geroh-p) kalau datang geroh (kecelakaan-p), Telah datang-lah
pengawitan (pengawal) yang seribu itu, maka lalu di-tikam-nya akan Laksamana, saperti ranggas (ranting
ranting kayu yang banyak cabangannya-p) datang tombak berkeliling tuboh Laksamana. Maka
Laksamana pun melompat serta di-parang-nya tombak itu ka-kiri dan ka-kanan, di-pancong-nya habis
putus: ada yang terbengkong (bengkok-p), ada yang patah, suatu pun tidak mengenai tuboh
Laksamana.” (ms;162)

6. “Hatta maka Laksamana pun hendak ke sungai (buang air besar-p). Maka ia pun mengambil keris
panjang-nya lalu turun. Sa-telah sampai ke-tempat itu, maka bergerak bahu-nya kanan. Maka
Laksamana pun fikir dalam hati-nya: `ada pun pada hari ini pada firasatku berperang juga rasa-nya dan
melihat darah lawan. Sa-telah sudah maka ia pun mengambil pendua-nya (keris pendek ukuran mata
kurang dari 13 inci-p) lalu di-pakai-nya. (untuk perbincangan mengenai penggunaan dan pemakaian keris
panjang dan keris pendua lihat artikel rahsia keris lok 13 laman web.www.geraksejati.co.cc). Maka keris
panjang-nya di-pegang-nya dengan tangan-nya kiri, Maka Laksamana pun berjalan-lah dua berbudak
pergi pada tempat ka-sungai itu lalu masuk hutan pada tempat yang lindong.”

“Sa-telah sudah Laksamana ka-sungai (buang air besar), maka penjurit empat puloh itu pun datang-lah
dari kiri kanan Laksamana, seraya berkata, `Bunoh-lah Melayu ini beri mati2. Jangan lagi beri lepas.`
Maka penjurit itu pun berbahagi empat sa-puloh dari hadapan sa-puloh dari kanan sa-puloh dari kiri sa-
puloh dari belakang, lalu di-tikam-nya pada Laksamana dengan tombak-nya. Maka di-tangkis oleh
Laksamana dengan sarong-nya keris itu (Penggunaan sarong keris bagai adik dengan abang dengan
mata keris: lihat artikel rahsia keris lok 13 www.geraksejati.co.cc-p) seraya di-hunus-nya keris panjang-
nya seraya tertinggong ka-sungai. Maka di-tangkiskan oleh Laksamana tikam penjurit itu empat puloh,
suatu pun tiada mengenai Laksamana. Maka Laksamana pun sudah-lah istinja-nya lalu berdiri. Maka
penjurit itu pun undor. Maka Laksamana pun berjalan pergi pada sabuah kolam bersuci. Maka penjurit
empat puloh itu datang pula mendapatkan Laksamana, serta di-tikam-nya di-pertubi2nya. Maka di-
tangkiskan oleh Laksamana tikam penjurit itu. Maka mata tombak-nya itu pun habis putus2 di-parang
oleh Laksamana. Hatta maka Laksamana pun sudah-lah bersuci lalu berdiri serta melompat, di-parang-
nya telinga penjurit itu, kena putus. Maka di-parang-nya sa-orang lagi, kena tangan-nya putus.”

“Sa-telah di-lihat oleh segala penjurit itu lelakuan Laksamana pandai bermain keris itu, maka segala
penjurit itu pun habis lari mendapatkan Pateh Gajah Mada dengan berhiliran darah: ada yang keluar di-
hidong-nya (kerana tikaman-p) ada yang dari mulut-nya (sebab tikaman-p) ada yang keluar dari telinga-
nya (akibat tikaman-p) ada yang keluar dari mata-nya (akibat tikaman-p). Maka segala hal ihwal ia
menikam Laksamana itu semua- nya di-persembahkan-nya pada Pateh Gajah Mada. Mendengar
sembah penjurit itu maka Pateh pun heran. Maka ia fikir dalam hati-nya: `Jika di-bunoh-nya pun segala
penjurit ini oleh Laksamana habis mati oleh-nya, sa-kadar ia hendak menunjukkan tahu-nya (pandai dan
handal-p) juga maka di-perbuat-nya demikian ini.” (ms.247-248)

7. “Maka Hang Jebat, Hang kasturi pun lalu menghunus keris panjang-nya, serta melompat lalu di-
parang-nya segala penggawa itu, empat puloh orang mati…” (ms.252)

ULASAN KAEDAH PERSILATAN:

Dalam petikan 1 dan 2, Kaedah persilatan ialah juga dengan melompat dan penggunaan keris
panjangnya ialah dengan memarang. Untuk mengatasi serangan Hang Tuah mengguna kaedah
`Menyalah` maksudnya mengelak dengan berbagai teknik persilatan.

Dalam petikan 3, Apabila menghadapi lawan yang ramai (70 orang penjurit) berseorangan Hang Tuah
mengguna kaedah melawan (memarang) sambil berundur mencari ruang strategik mengalahkan lawan
yang ramai itu dengan melompat memasuki satu lorong sempit supaya senang ia mengalahkan lawan
seorang demi seorang yang masuk ke lorong tempat beliau bertahan itu. Di sini Hang Tuah
menggunakan akal yang cerdik dan tektikal walau pun ia handal untuk berlawan di kawasan lapang. Ia
tetap mengguna kaedah melompat sambil memarang atau tebas dengan keris panjang tempa Melakanya
terhadap musoh yang datang menyerang. Apabila musohnya sudah ramai yang tewas hanya tinggal
tujuh orang lagi di luar lorong ia terus melompat keluar berlawan di medan terbuka. Tentu tindakannya
keluar dari lorong itu sebab ia sudah rasa `Makan cekak` (rasa yakin boleh tewaskan) terhadap lawannya
iaitu istilah orang pantai Timur semenanjung Tanah Melayu dan orang Utara.

Dalam petikan 4 dan 5, Hang Tuah menggunakan teknik memarang dan memancung dengan keris
panjangnya terhadap musoh. Beliau menggunakan bacaan ilmu (pustakanya) yang di luar pembicaraan
kita.

Dalam petikan 6 dan 7, Hang Tuah menggunakan kaedah tangkisan dengan sarong keris panjang
terhadap serangan tombak sebagai kaedah belaan walaupun kedudukannya dalam bertinggong dan
menghadapi lawan yang ramai pada empat penjuru dirinya iaitu berkelilingan beliau. Tetapi serang balas
Hang Tuah terhadap lawannya kali ini di samping memarang dan memancong ia juga menggunakan
kaedah tikam dengan menggunakan keris panjangnya. Manakala pada petikan 7, Hang Jebat dan Hang
Kasturi menggunakan kaedah silat keris panjang yang sama juga dengan cara Hang Tuah iaitu
memarang terhadap lawan Mereka. Memang mereka adalah seperguruan Hang Tuah semenjak kecil dan
remaja lagi. Wallahu`alam.

PENGECUALIAN:

Tidak diulas dalam pembicaraan artikel ini kaedah persilatan Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya,
tentang kebijaksanaannya menggunakan panah sebab senjata panah digunakan dalam tempur jarak jauh
walaupun ia ada kaitan dengan ilmu persilatan. Begitu juga kita tidak membicarakan tentang peramalan
dan ilmu kebatinan Hang Tuah yang ada juga digambarkan oleh pengarangnya dalam kisah-kisah
pertarungan beliau kerana hal itu adalah di luar dari tujuan tajuk rencana ini.

KESIMPULAN DARI SOROTAN SILAT LAKSAMANA HANG TUAH.

Dengan penerangan dan bahasan di atas Silat Laksamana Hang Tuah bolehlah menjadi sebagai induk
untuk membuat perbandingan kepada berbagai seni silat Melayu yang asli yang lain pada hari ini.
Terutama Silat yang memakai senjata-senjata yang pernah digunakan oleh Hang Tuah dan sahabat-
sahabatnya Hang Jebat, Hang kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu iaitu saperti badik, parang, kapak,
keris pendek lok 3, lok 5, lok7, lok 9, lok 11, lok 13. Dan keris panjang Lok 13, lok 15, lok 17, lok 21 atau
keris-keris bermata lurus, keris sundang dan lain-lain jenis keris, Pedang, seligi-tembong, lembing dan
tombak (ilmu persilatans lembing tombak Melayu mungkin diperturunkan oleh Hang Tuah kepada
anakandanya Tun Biajid kemudian diturunkan pula dari generasi hingga ke hari ini. Sila lihat dalam buku
Sejarah Melayu mengenai peristiwa Tun Biajid dan tombaknya dengan Sultan Mahmud Melaka.

Teknik yang paling popular dalam gerak silat tempur Hang Tuah ialah melompat sambil menyerang atau
sebelum menyerang balas atau lompatan untuk menyalahkan serangan lawan. Lompatan dengan
berbagai gaya mengikut situasi pertarungan atau pergelutan dan tempat. Teknik keris pendek banyak
digunakan untuk menikam sahaja tetapi penggunaan keris panjang selain dengan cara menikam, yang
popularnya apabila menggunakan keris panjang tempa Melakanya ataupun apabila menggunakan
pedang ialah dengan kaedah memarang atau pun tebasan, memancung-membelah, memenggal
bahagian-bahagian tubuh lawan, ataupun memusnahkan terlebih dahulu bahagian-bahagian bahagian
penggerakan senjata lawan iaitu tangan dan bahu atau merosakkan terlebih dahulu bahagian
pancaindera musuh seperti mata dan telinga, mulut dan lain lain.

Paling jelas membezakan antara Silat Hang Tuah yang asli dengan silat silat asli Melayu-Nusantara yang
lain ialah Silat Laksamana Hang Tuah tidak menggunakan prinsip teknik dan gaya yang mengambil
sebarang ilham dari gerakan benda-benda alam semula jadi seperti kebanyakan silat asli Nusantara yang
lain samaada dalam prinsip gaya bunga tari tangan kosongnya atau jurus tempur silatnya dengan teknik
yang ditiru atau diilhamkan oleh gerakan haiwan seperti harimau, monyet, ular tedung, ular berang, ular
naga, kucing, helang laut, helang buana, garoda, burong rajawali, bangau, merpati, ponggok, kura-kura,
penyu dan berbagai-bagai lagi. Tetapi dalam semua situasi pertarungan silat, Hang Tuah menggunakan
kecekapan dan kepantasan GERAK SEMULA JADI DIRINYA yang selesa, yang sesuai dengan situasi
dan tempat pertarungan serta munasabah dengan teknik yang tidak menyusahkan diri (tidak melawan
fitrah gerak asal manusiawi).
Pendek kata, gerak persilatan Hang Tuah baik dalam tarian seninya (bertangan kosong) dan gerak jurus
silat pertarungannya adalah mengikut Gerak Sejati Manusia itu sendiri sabagai makhluk paling istemewa
dijadikan Tuhan semesta alam. Dalam gerak sejati semula jadi manusia itu tentulah kedudukannya lurus
ada, kedudukan berkuda kuda ada, kedudukan sendeng pun ada, seturut ada, sumbang seturut ada,
berpusing ke kiri ke kanan ada, melompat ke depan ke belakang ada, lompat ke kiri ke kanan ada,
melompat ke atas ada, melompat turun pun ada, merendah atau merebahkan tubuh pun ada, berguling
tubuh pun ada, guling kiri guling kanan, guling hadapan ada, hingga dalam bertenggong atau terlentang
pun ada, malah berdiri lurus terpacak pun sangat praktikal kepadanya untuk menanti serangan lawan dan
berbagai gerakan semula jadi manusia lagi yang mungkin lebih bagus daripada meniru sebarang gaya
gerakan haiwan dan benda-benda alam yang lain yang menjadi falsafah teknik dalam seni beladiri dunia
lain atau dalam pencak silat atau seni silat asli Melayu-Nusantara yang lain. Hal ini sangat berkesan jika
betul-betul cekap seperti contoh persilatan Laksamana Hang Tuah dan sahabat-sahabat beliau yang
segurunya itu. Beliau menggunakan firasat, pemikiran yang waras dan kebijaksanaan minda serta
hikmah di dalam batin dalam menghadapi pelbagai suasana dan peristiwa atau pun cabaran di samping
ilmu kebatinan yang pelajari dari guru-gurunya yang sakti pada zamannya. Semangat juangnya tidak
diaplikasikan dari semangat benda-benda alam saperti ular atau naga, burung helang atau garuda,
harimau atau singa, kucing, serigala atau kala jeking atau pun petir, pusaran air dan banyak lagi, Tetapi
beliau mengaplikasikan semangat keimanan, bertawakkal dan bertauhid bergantung secara langsung
kepada Allah s.w.t.yang menguasai segala takdir dan gerak diam, hidup atau mati segala makhluk
semesta alam ini. Barangkali inilah hasil pengajaran ilmu hakikat tauhid dan tasawuf dipelajari dari guru
terakhirnya iaitu Sheikh Mansur seorang guru agama yang alimbillah di hulu Melaka, sebab kata-kata
Hang Tuah memang ada yang menyamai pegangan ahlul hakikat dan tasauf terhadap Firman Allah s.w.t.
iaitu;

Falam taqtuluuhum walaa kina`Llaha qatalahum wa maa ramayta idhz ramayta wa laa kina`Llaha ramaa.
(Al-Quran, 8:17)

Ertinya: “Tiadalah (kamu) yang membunuh mereka itu. Bermula: akan tetapi Allah Taala jua yang
membunuh mereka itu. Bermula: tiada engkau yang memanah (ya Muhammad), (apabila engkau
memanah) tetapi Allah Taala jua yang memanah.”

Ayat Al-Qur’an ini sesuai sekali dengan jawapan Hang Tuah terhadap pertanyaan Hang Jebat kepada
beliau dalam dialog ini;

`Maka kata Hang Jebat, `Hai Laksamana, apa peri mu (`manakan dapat’ – sebab semasa berdailog itu
keris Tameng Sari masih ada di tangan Hang Jebat yang dipercayai boleh menjadi sebagai pelindong
kepadanya-p) akan membunoh aku?` Maka Laksamana pun berkata, `Hai Si-Jebat, bahawa tiada
dengan kuasa-ku membunoh engkau, bahawa Tuhan-ku yang amat kuasa membunoh engkau. Insha
Allah Ta`ala, mati juga engkau dalam tangan-ku.` (ms:319)

Pendek kata dalam setiap waktu semasa pertarungan persilatan hebat Hang Tuah dengan lawannya
prinsip pakaian batinnya (semangat) yang hakiki ialah `Tidak ada takdir selain takdir Allah dan tidak ada
zikir (ingatan) melainkan zikir kepada Allah s.w.t.’ seperti mana petikan dailognya dengan Hang Jebat
tersebut itu, Petikan;

“Maka Laksamana pun melompat undor menyalahkan tikam Hang Jebat itu saperti tiada berjejak rupa-
nya. Maka Hang Jebat pun terlalu lelah terdiri di-atas talam itu menantikan Laksamana datang. Maka
Laksamana pun terdiri (berdiri lurus – termasuk teknik silat Hang Tuah dalam situasi tertentu-p) pada
suatu tempat menantikan pertandaan alamat (gerak takdir-Maarifat wahdatul af’aal-p) Si-Jebat itu.”
(ms:321)

Dalam gerak silat tempurnya ia tidak banyak menggunakan gerak bunga tari yang melelahkan semasa
atau ketika menghadapi lawannya tetapi amat pantas dan kencang apabila mengelak atau menyalahkan
serangan lawan dan juga semasa melancar serangan balas mengikut keselesaan gerak semula jadi
manusia dirinya sendiri maka gerak jurusnya semasa bertarung itulah seninya yang terzahir dengan
sendirinya (sejati). Maka seni yang zahir itu bukan lemah lembut tapi deras, pantas, ligat dan keras serta
Iasak. Tetapi jika berjarak dengan musuh ia tenang, kukuh kedudukan walau dalam kedudukan yang
macam-mana pun mengikut keserasian dan keselesaan badan manusiawiahnya. Ia tidak menggelabah
tetapi yakin serta hatinya kuat bergantung tauhid kepada Tuhan dan mengharapkan barokah pengajaran
gurunya semasa menghadapi peristiwa genting itu dan selalu awas diri baik dalam masa tidur dan
jaganya saperti petikan berikut;

“Maka sang Kertaksa masok-lah ka-dalam rumah Laksamana lalu ka-tempat tidor Laksamana. Maka di-
lihat-nya kelakuan Laksamana tidor itu naga kepulir (tidur bertindih nafas kanan-lambong kanan.
Manakala keris panjang diselit di rusuk kiri dan keris penduanya (keris pandaknya) diselit di rusok
kanannya-kedudukan kedua tangan bersilang (gunanya senang untuk membuat tangkisan mengejut jika
datang serangan semasa dalam berbaringan tidurnya itu-p). Maka dalam hatinya: `Sunggoh-lah
Laksamana ini hulubalang besar lagi penjurit kepetangan (Kepentangan: erti banyak ilmu dan kemahiran
kependekaran -p) dan terlalu berani, tidor-nya pun terlalu ingat (berjaga jaga-p).” (ms 250)

Beliaulah Pendekar agong dan pahlawan Melayu Sejati yang paling ulong dalam sejarah kesatriaan
bangsa Melayu Nusantara iaitu selepas runtuhnya kerajaan Agong Melayu Empayer Serivijaya yang
berpusat di Palembang Sumatera. Wallahu`alam.

BEBERAPA BUKTI MENOLAK DAKWAAN YANG HANG TUAH DAN SAHABAT-SAHABATNYA BUKAN
MELAYU

1. Melalui Buku Hang DBP,KL Ogos 1963, Ibu bapa Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya Melayu maka
bagaimana pula boleh jadi anak mereka itu menjadi Cina, India atau Mat Salleh? Sila lihat muka surat 31,
buku Hang Tuah.

Hulubalang Nama bapa Nama ibu (indong)


1 Hang Tuah Hang Mahmud Dang Merdu
2 Hang Jebat Hang Dollah Dang Bawa
3 Hang Kasturi Hang Mesmut Dang Sekanda
4 Hang Lekir Hang Mansur Dang Hebah
5 Hang Lekiu Hang Shamsu Dang Seri

2. Adapun nama gelaran Hang itu ada gelaran Melayu lama ke atas ahli masyarakat yang dihormati
statusnya samalah nama Dang bagi pangkal nama kepada perempuan. Gelaran Hang di pangkal nama
Melayu di zaman moden tiada lagi kerana berlakunya evolusi bahasa. Cuma masih digunakan oleh orang
Utara Semenanjung perkataan Hang itu menjadi ganti nama kepada seseorang menyamai maksud
perkataan`Awak`. Serupalah gelaran `Sang` telah bertukar kepada perkatan `Maha` seperti kata `Maha
guru atau Yang Maha Mulia`. Maka bagaimana nama dan gelaran untuk Melayu ini boleh nak dikatakan
ia pangkal nama orang Cina, India atau apa-apa ntah lagi!… Lawan status Hang itu ialah orang rendah
darjat atau maruah telah tercemar maka gelaran pada pangkal namanya disebut `Si` misalnya disebut Si
Jebat derhaka atau seseorang yang mahu merendah dirinya disebut gelaran pangkal namanya ‘Si’
misalnya Hang Tuah mengatakan, Selagi ‘Si-Tuah’ ini hidup ia tidak menjatuhkan maruah Melayu… dan
sebagainya.

3. Adapun asal dinamakan mereka sepertimana yang diberi boleh disusuri maksud Melayunya, antaranya
seperti berikut;

PERTAMA, Tuah adalah perkataan Melayu asli ertinya Bernasib Baik. Maka mengapa direka kepada
nama Cina, Hang Tao Wah?

KEDUA, Jebat adalah perkataan Melayu Asli maknanya ialah bau badan seperti orang Melayu kata,
`Baunya seperti jebat musang` maka mengapa direka namanya menjadi Hang Jee Bee ?

KETIGA, Kasturi adalah perkataan Melayu lama yang tulin dari nama sejenis limau disebut `limau
kasturi`. Orang Melayu pantai timur zaman dulu dan sekarang menjadikannya perencah budu, begitu
juga orang Melaka dan pantai barat buat perencah cencalok. Kasturi juga bersamaan makna dengan
perkataan kashatria (sanskrita) atau menjadi sebutannya `sataria` iaitu perkataan yang dalam bahasa
Melayunya zaman berzaman bermaksud kepahlawanan walaupun asal perkataan itu dipinjam dari
perkataan Sanskrit yang bermakna golongan pahlawan dalam kasta Hindu. Kasturi juga adalah
perkataan yang umum di ketahui oleh orang Melayu semenjak zaman dulu lagi iaitu nama kepada sejenis
bauan-bauan minyak atar iaitu `Minyak Kasturi`, ada dua jenis yang satu warna putih cemerlang yang
satu warna gelap. Baunya pula amat harum semerbak bila dipakai oleh sesiapa. Apa yang tidak
munasabahnya apabila Hang Mesmut dan isterinya Dang Sekanda memberi nama anaknya Hang Kasturi
mengambil sempena nama haruman tersebut? Kenapa pula dikatakan Hang Kasturi itu nama kepada
seorang budak India Melaka pula?. Aduhai… peliknya sekali, padahal tidak munasabah langsung dengan
segala alasannya! Bagaimana bapaknya Melayu ibunya Melayu tapi anaknya pula jadi India?.

KEEMPAT, Lekir adalah perkataan Melayu sejati iaitu nama kepada sejenis ubi yang enak rasanya iaitu
`Ubi Lekir`. Di pantai timur semenanjung, batang pokok lekir ini bercorak (berukiran) seperti badan ular
sawa (tetapi sedap dimakan). Jika Lekir yang berbatang hitam tidak boleh dimakan kerana boleh
membawa `mabok` kerana mungkin beracun. Maka mengapa memandai-mandai menukar namanya
menjadi, Hang Lee Kee?

KELIMA, Lekiu juga adalah perkataan Melayu lama yang sekarang ini berubah dengan kata`Lekit`saja.
Zaman dulu lekit atau melekat atau maksud yang paling akhir atau yang melekat paling bawah sekali
disebut `Lekiu`. Maka mengapa memandai-mandai direka nama Cina yang bunyinya Hang Lee Kew
pula? Kes ini semuanya yang tersebut di atas, ada agenda tersendiri setidak-tidaknya untuk menidakkan
adanya kepahlawanan Melayu zaman silam yang boleh memupuk semangat kepewiraan Melayu masa
kini.

4. Dalam pemakaian senjata resmi persilatan bangsa asing (bukan Melayu dan semua rumpun Melayu
Nusantara) sama ada cina, india, korea, jepun mahu pun `mat salleh` zaman dulu tidak ada pun memakai
senjata keris pendek dan panjang di pinggang mereka dan mereka pun tidak tahu bagaimana bertempur
menggunakan keris. Siam ada juga pakai keris tapi `tok cha`nya yang guna keris (ini pengaruh melayu
petani) untuk digunakan dalam perbomohan mereka bukan untuk bersilat. Kalau pendekar cinalah
kononnya Hang Tuah itu jadi laksamana sultan Melaka tentulah digunakan pedang mata lebar cina untuk
bertarung kerana itu senjata kemahiran mereka, lagi pun sampai hari ini tiadalah dalam beladiri cina atau
beladiri India menggunakan keris seperti keris pendek atau lebih-lebih lagi keris panjang Melayu.

5. Hang Tuah pula dikatakan budak cina asalnya yang kemudian menjadi pahlawan Melaka. Adakah ia
berguru dengan Laksamana Cheng Hoe yang melawat Melaka zaman Dinasti Ming (1368-1644)? Kalau
ia belajar dengan Cheng Hoe tentu Cheng Hoe mengajarnya untuk mahir bertempur dengan pedang
Lebar Cina. Betullah dalam Kung Fu – Shaolin Cina secara bersenjata itu ada gerak Lompatan. Jadi
kalau seni beladiri cina ada lompatan maka dia oranglah saja berhak dalam gerak lompat senibela diri?.
Jadi ambil mudah cakap, kalau ada lompatan dalam seni beladiri lain… nah! itu sudah tiru dia punyalah.
Sebab orang lain tak pandai lompat kononnya… Inilah jenis atau bangsa fikiran sempit. Tuhan kurniakan
kepada semua manusia yang diciptakan ada dua kaki belaka maka sama-sama ada potensi melompat
dan sama-sama secara sunatullah mempunyai ilham melompat di masa yang perlu jika untuk
mengelakkan bahaya yang perlukan lompatan. Maka semua beladiri dunia berhak mempunyai jurus atau
seni lompat bukan cina saja. India pun lompat, korea pun lompat, siam pun lompat, jepun pun ada
lompat, brazil pun lompat. Semua beladiri bangsa dunia ada lompat lebih-lebih lagi Melayu lagi handal
lompat sebab selalu mendengar `pantun lompat tinggi-tinggi` dari ibu-ibu mereka semenjak dalam
buaian. Bila besar main lompat sepak raga pula kemudian belajar lompat dalam persilatan pula. Kenapa
ditidakkan adanya lompatan dalam seni silat Melayu!. Kaji baik-baik sebelum cakap yang amat tidak logik
ini. Tapi lompatan Hang Tuah dengan keris panjang tempa Melakanya (bukan tempa cina ya?) adalah
lain dengan cara lompat Kung Fu-Shaolin Cina. Sebab tiga guru Hang Tuah adalah orang Nusantara ini
dan ilmu kebatinan yang digunanya pun kebatinan Nusantara. Sila ikuti huraian berikut:

i. Guru persilatan Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya yang pertama selepas bapa mereka sendiri
adalah Aria Putera iaitu nama samaran kepada salah seorang Wali Sembilan iaitu Maulana Ishak atau
digelar juga di Tanah Jawa Syeikh Wali Lanang anak kepada Sayyed Ibrahim Asmarokandi cucu kepada
Sayyed Hussein Jamadil Kubra yang kahwin dengan puteri Raja Melayu Champa Puteri Ramawati (Sila
lihat rantaian Salasilah keturunan Nabi Muhammad s.a.w.di Asia Tenggara di Lamanweb
www.geraksejati.co.cc, untuk keterangan lihat rantaian keturunan para Wali Sembilan). Maulana Ishak
telah membuang diri ke negeri Pasai Sumatera dan dari situ kemudiannya beliau ke Bukit Pancalusa
Rangkaian Gunung Ledang, Selatan Semenanjung Tanah Melayu sebelum beliau menuju ke Gerisik
kemudiannya dan wafat di sana di mana makamnya dikatakan terletak berhampiran dengan komplek
pemakaman Syeikh Maulana Malik Ibrahim, Wali Sembilan pertama yang datang mengembangkan Islam
di Jawa. Beliau lari dari Istana Blambangan (masa itu ia telah menjadi Raja Muda Blambangan) kerana
angkara bapa mertuanya yang mahu membunuh beliau dari hasutan Patih Bajul Sengara yang anti
perkembangan Islam yang dikembangkan oleh Maulana Ishak. Beliau seorang ahli pertapa (Suluk) dan
pendekar lagi wali Allah yang keramat dan semasa beliau masih di Jawa beliau bersuluk di gua Gunung
Selangu. Beliau mempunya ilmu lipat bumi Perjanan cepat kilat (Ilmu apongan terbang). Ini terbukti
apabila Patih Bajul Sengara (menteri kerajaan Balambangan) yang menjemput Maulana Ishak ke istana
Balambangan dari gua Selangu. Patih Bajul Sengara kembali ke istana dengan larian berkuda tetapi
apabila tiba di Istana Blambangan didapati Maulana Ishak sudah lama berada di dalam istana untuk
mengobati Puteri Dewi Serkadadu. Padahal ketika bertolak dari gua Selangu Maulana Ishak hanya
dengan berjalan kaki. Wallahu`alam.

ii. Guru Hang Tuah kedua ialah adik beradik seibu (puteri Raja Champa juga) sebapa dengan Aria Putera
nama samarannya ialah Sang Persanta Nala. Nama sabenarnya ialah Maulana Rahmatullah atau Sunan
Ampel beliaulah ayahanda kepada Sunan Bonang yang sangat sakti itu.Kalau begitu, ertinya tidak
hairanlah Hang Tuah juga memang berilmu sakti sebab pada hakikatnya ia seguru dengan salah seorang
wali sembilan iaitu Sunan bonang atau nama asalnya Syeikh Maulana Makdum Ibrahim itu. Sang
Persanta Nala memilih Ampeldenta atau sebutan yang hampir sama iaitu Wirana Pura (Pusat / negeri
para sateria-p) dan gunung dalam bahasa lama dimaksudkan juga `tempat yang jauh` tidak semestinya
sebuah gunung yang sebenar saperti yang dimaksudkan pada hari ini. Ampeldenta pula dulunya adalah
sebuah perkampungan Arab di daerah Surabaya sabagai pusat pasentrennya untuk mengajar
pengetahuan Islam dan sebagai pusat penyebaran Islam di Jawa. Pada permulaan kegiatan dakwahnya
di Ampeldenta banyak dibantu oleh adindanya dan juga muridnya Maulana Ishak (Aria Putera).
Kewibawaan mereka berdua sabagai mubaligh menyebabkan Islam cepat Merebak ke Majapahit. Sunan
Ampellah yang mula-mula sekali merancang penubuhan sebuah negara Islam berdaulat di Jawa iaitu
Demak dan menetapkan Raden Paku (Joko Samudera / Syeikh Maulana Ainul Yakin / Sunan Giri)
menjadi Sultan Demak Pertama ia anak saudaranya (anak kepada Maulana Ishak yang dibuang ke laut
dengan perintah datuknya Prabu Menak Sembuyu, Raja Blambangan). Wallahu`alam.

iii. Guru Hang Tuah yang ketiga, Syeikh Mansur. Nama begini sinonim sangat dengan nama Melayu atau
Arab. Nama sultan Melaka pun pada zaman Hang Tuah ialah Sultan Mansur! takkan Tuan Syeikh itu pula
yang mengajar kung-Fu Cina kepada Hang Tuah dalam hutan di hulu Melaka itu. Ilmu yang diajar beliau
tentulah ilmu agama Islam meliputi syariat dan hakikat serta ilmu hikmat persilatan Melayu juga.
Wallahualam.

6. Gerak persilatan Hang Tuah ada perbezaan ketara dengan Kung Fu Cina. Dalam persilatan zohiriah
Hang Tuah tidak ada langsung meniru gaya mana-mana binatang. Ia mengikut kaedah semula jadi
manusia. Kalau beliau bersilat gaya binatang, beliau betul-betul menyerupakan dirinya seperti binatang
iaitu seperti harimau misalnya disebabkan lawan beliau Sang Winara yang menjelmakan dirinya menjadi
anjing garang. Contohnya seperti petikan berikut:

`Maka Sang Winara pun lalu melompat lari. Maka di-turut oleh Laksamana. Maka Sang Winara pun
menjadikan dirinya anjing. Maka Laksamana pun menjadikan dirinya harimau, lalu di-usirnya anjing,
anjing itu pun lari keluar kampung. Maka Laksamana pun menjadikan diri-nya manusia pula.` (Ms:154) .

Manusia moden hari ini barangkali tidak dapat menerima kenyataan manusia boleh menukar diri kepada
bentuk seekor binatang. Tetapi ilmu kimia teknologi kebatinan tingkat tinggi seorang penjurit Melayu
Nusantara zaman dulu dikatakan boleh iaitu melalui satu ilmu kimia kebatinan yang disebut `Ilmu Jirim
13`. Adalah perkara biasa seseorang kita manusia ini tidak akan yakin kepada perkara luarbiasa selagi
perkara tersebut tidak menjadi perkara biasa. Lalu ini disebut perkara legenda dan tidak boleh diterima
akal. Samalah dengan kemajuan teknologi fizikal hari ini saperti radio, TV, Hp atau Kapal Terbang dan
lain-lain ciptaan teknologi moden lagi, kalau diberitahu ada benda ajaib rekaan seperti ini di zaman Hang
Tuah maka mereka pun tidak akan percaya juga seperti kita tidak percaya kepada kemajuan kebatinan
zaman mereka. Untuk mencapai tahap boleh merubah rupa begitu bukan senang. Sang Winara
Sementera terpaksa `Bertapa dalam bumi (Tanah di gali seperti lubang kubur – seperti yang dibuat oleh
Arwah keramat Tok Salehur Kelantan zaman moden ini dan ia bersuluk dalamnya) selama tujuh tahun
tiada makan dan minum dan tiada tidur dan pelbagai rupa-nya dapat di-jadikan (dijelmakan-p).

Itu pun pertapaannya tidak cukup tempuh selama tujuh hari saja lagi untuk sempurna sebab itu takdirnya
ia tewas di tangan Hang Tuah. Tetapi Hang Tuah kalau di teliti dalam buku riwayatnya ini tidaklah
bertapa untuk mencapai tahap ilmu menukar rupa itu tetapi dia menerima secara langsung kesaktian itu
dari gurunya yang keramat, Sang Persanta Nala yang senantiasa bersuluk dari zaman kecilnya.
Wallahualam.

Satu teknik persilatan Hang Tuah lagi yang berbeza sangat dengan kungfu Cina ialah teknik gulingan
yang popular bagi Hang Tuah jika menghadapi tikaman yang terlalu pantas dan teknik ini daya kawalan
diri tidak hilang serta dapat menyerang balas terhadap serangan lawan walaupun tubuh berguling di
bawah atau di atas tanah. Dalam Kungfu Cina teknik gulingan adalah tidak popular tetapi ia lebih popular
berpusing tuboh semasa melompat di udara. Bagi Silat Melayu berpusing tubuh di udara dikira
merbahaya kerana hilang daya kawalan diri semasa berpusing itu dan memudahkan pula serangan
pantas lawan semasa hilangnya daya kawalan itu. Tetapi lompatan Hang Tuah tidak berpusing di udara
ia hanya membuat lompatan mengelak dari serangan atau lompatan yang terus saja secara semertanya
pula menyerang membinasakan lawan. Lompatan Hang Tuah juga tidak ada yang serupa lompatan
jimnastik iaitu melambung diri ke belakang kerana perbuatan begini dikira memberi ruang kepada lawan
melancarkan serangan pantas ketika dia belum stabil dalam kedudukan bagi menghadapi lawan. Dengan
hujah ini Hang Tuah bukanlah pendekar Cina yang dibahaskan sebagai pendekar Cina berkhidmat
kepada Sultan Melaka.

7. Pernah dikatakan ada ujian DNA dibuat terhadap tulang belulang dari kubur Hang Tuah yang digali
dan melalui ujian DNA itu dikatakan bahawa tulang dari kuburan itu adalah tulang seorang berbangsa
Cina. Tetapi kemungkinan besar kubur yang disangkakan kubur Hang Tuah itu kubur seorang Cina
Muslim (jika tidak berjirat seperti kubur Cina). Kerana kubur Hang Tuah, kubur para pembesar Melaka,
kubur Raja-Raja Melaka semuanya telah dimusnahkan oleh Portugis selepas mereka menakluki Melaka
untuk melenyapkan atau melemahkan semangat kesateriaan bangsa Melayu untuk berjuang terus
menerus bagi mengembalikan kedaulatan masa lampau Melaka. Segala bebatuan nesan dan kuburan
semuanya diambil oleh Portugis untuk membuat binaan kota Melaka, A Famosa yang besar yang amat
teguh dan kuat itu. Maka semua kuburan yang ada hari ini yang di klaim sebagai kubur sahabat-sahabat
Hang Tuah boleh dianggap kuburan yang baru dibina salepas zaman penaklukan Portugis dan entahkan
benar atau pun bukan tapak kubur para pahlawan itu masih dalam teka teki lagi. Wallahualam.

Dengan hujah-hujah ini, kata-kata orang bahawa Hang Tuah itu adalah seorang berbangsa Cina dan
wataknya telah di Melayukan oleh pengarang cerita Hang Tuah boleh dianggap satu kenyataan yang
mempunyai maksud provokasi dan mempunyai agenda jahat terhadap semangat kesaterian bangsa
Melayu hari ini dengan menidakkan adanya seorang wira Melayu yang paling agong yang boleh
dianggap BAPA PERSILATAN MELAYU SEJATI dan pelopor seni beladiri Melayu yang asli (tidak ada
tiru dari mana-mana senibela diri bangsa lain) yang melalui kaedah kaedah persilatannya yang amat
berkesan itu serta semangat juangnya yang hebat sehingga dapat membina sebuah empayer besar
Melayu Melaka abad ke 15 setelah Empayer Agong Melayu Srivijaya berpecah. Wallahualam.

MENAFIKAN SINIS YANG MENGATAKAN LAKSAMANA HANG TUAH DAN RAKAN-RAKANNYA


TIDAK WUJUD – DAN CERITA HANG TUAH ITU HANYA SUATU REKAAN SAHAJA.

A. TEKS SEJARAH

1. Bukti dari teks cerita Hang Tuah oleh pengarang ini. Seseorang tidak dapat menggambarkan peristiwa
dengan begitu hidup dalam peta perjalanan seorang pahlawan kalau tiada asas dari adanya sumber asal
yang dilihat atau didengar dari seorang yang lain, walau pun tokok tambah dari peristiwa itu mungkin
berlaku untuk lebih nampak menarik dan hebat serta agongnya seorang tokoh lagenda.

2. Nama Hang Tuah ada tersebut dalam Sejarah Melayu karangan Tun Seri Lanang – Cuma peristiwa
pertikaman dengan sahabatnya sahaja yang berbeza iaitu dengan Hang kasturi yang dikatakan derhaka
kepada raja tetapi bukan Hang Jebat. Gelaran ‘Laksamana` diberikan oleh sultan Melaka kepada beliau
ialah kerana jasa-jasanya mengetuai angkatan laut Melaka tetapi gelar `Laksamana` itu diberi
berasaskan kepada semangat kesatriaan Hang Tuah semasa remajanya mengikut Sejarah Melayu yang
mana jika ia bermain silat sesama sahabatnya ia sering menyinsing lengan bajunya lalu memengkis
katanya `Chis, Laksamana lawanku`. Ertinya di sini pengaruh epik Seri Rama bersama panglima
utamanya dan juga adik kepada Seri Rama sendiri bernama Laksamana yang hebat menguasai
pertarungan dengan musuh-musuhnya menjadi idola kepada Hang Tuah semasa remajanya. Maka
sahlah bahawa ketua angkatan laut Melayu pertama yang memakai gelaran ‘Laksamana` di alam Melayu
ialah Hang Tuah. Jadi kenapa pula tidak mungkin wujud seorang Laksamana Melayu pertama di zaman
keagongan kerajaan Melayu Melaka iaitu yang bernama Hang Tuah?.

B. REALITI atau ILUSI atau pun ILLUMINE !

Pada tahun 1995, penulis ada berbual dengan sahabat penulis Arwah Tuan guru, Tok Wa Wan Ahmad –
Di-Tanjong Jara, Seberang Pintasan Dungun, Negeri Terengganu – Malaysia (Seorang tokoh guru silat
dan agama aliran tasauf dan maarifat yang ternama sekitar dungun – paka – Kemaman, Kuantan dan
Kuala Lumpur yang boleh dipercayai percakapan beliau) mengenai silat Melayu aliran perguruan beliau
iaitu `Silat Pongok`. Beliau ada memberitahu penulis iaitu pernah pada suatu malam beliau didatangi
seseorang yang berpakaian panglima Melayu yang lengkap memperkenalkan dirinya adalah Laksamana
Hang Tuah dan mengajak beliau bersilat di halaman rumahnya. Tetapi tidak sempat pun `bermain silat`
dengan Hang Tuah kerana Tuan Guru didatangi seorang tetamu lain pula ketika itu. Oleh kerana itu Hang
Tuah pun berlalu dari situ dan tidak pernah lagi datang semula selepas itu. Persoalannya sekarang
benarkah itu Hang tuah? Kalau bukan tentulah URI kepada Hang Tuah. (saudara ghaib yang ada kepada
setiap orang manusia kita ini – mengikut kajian ilmu Usul Miftahul-Ghuyub, jika seseorang hidup di dunia
berbuat banyak kebaikan, kebaktian dan mematuhi perintah Nabi dan Tuhan apabila mati Urinya menjadi
bangsa malaikat, tetapi jika seseorang semasa hidupnya di dunia ini banyak melakukan kejahatan dan
dosa apabila ia mati Urinya menjadi bangsa hantu iaitu saudara syaithon. Inilah yang dikatakan oleh
pepatah Melayu Rembau kepada si jahat, `hidup berakal tapi mati berhantu` kerana seseorang itu telah
menggunakan akal budinya untuk melaksanakan dosa, kerosakan dan kejahatan semasa hidup). Maka
kalaulah itu uri Hang Tuah ya`ni bukan Hang Tuah yang Fizikal, tentulah saudara kepada uri itu pernah
wujud dalam dunia ini walaupun ia sudah mati iaitu Laksamana Hang Tuah. Sebenarnya jika dikatakan
itu jelmaan iblis, jin atau syaithon sangat tidak benar bagi orang yang tahu perjalanan rohaniah ilmu usul
miftahul-ghuyub. Wallahu`alam.

C. MENJEJAKI METHOS!

Berdasarkan cerita dari mulut ke mulut orang tua-tua, Laksamana Hang Tuah dikatakan pernah bertapa
di Gunung Datuk iaitu di selatan Banjaran Titiwangsa di Daerah Rembau, Negeri Sembilan (880 meter
dari aras laut) sebelum pergi meminang Puteri Gunong Ledang atas perintah Sultan Mahmud yang mahu
memperisterikan puteri itu. Dengan menggunakan ilmu kebatinan tinggi (ilmu apongan diri seperti yang
pernah digunakan oleh gurunya Maulana Ishak atau Aria Putera yang menggunakan teknik ilmu ini dari
Gua Gunong selangu ke istana Blambangan di Tanah Jawa untuk mengobati Puteri Dewi Serkadadu?) ia
melompat – terbang dari Tanjung Tuan Melaka ke puncak Gunong Datuk dan disebabkan hentakan
telapak kakinya yang kuat semasa mendarat sehingga kini kesan tapak kaki pahlawan Hang Tuah boleh
dilihat di dua lokasi. Kesan tapak kaki kiri beliau terletak di atas sebuah batu berhampiran Rumah Api
Tanjung Tuan, manakala tapak kaki kanan beliau terletak di atas puncak Gunong Datuk. Wallahu`alam.

KESIMPULAN TERHADAP TAJUK ARTIKEL

Mengikut pendapat penulis berkaitan dengan tajuk `Hang Tuah Bapa Persilatan Melayu Sejati` adalah
seperti kesimpulan berikut:
A. Seseorang pesilat (pendiri perguruan) boleh menganggap aliran silatnya berasal dari silat Hang Tuah
berdasarkan kepada fakta-fakta berikut:

1. Jika beliau mempunyai pertalian darah dengan keturunan Hang Tuah melalui anak-anak Hang Tuah
saperti Tun Biajid atau Laksamana Hang Nadim yang mungkin sekali Hang Tuah telah menumpahkan
ilmu persilatannya kepada mereka dan ilmu persilatannya pun berlanjutanlah dari generasi ke generasi
keturunannya.

2. Jikalau ada fakta pertalian sejarah kewujudan aliran persilatannya dengan mana-mana Silat yang
Hang Tuah bersama para sahabatnya itu pernah belajar atau yang Hang Tuah belajar secara
perseorangannya.

3. Jika kebetulan ada kesamaan dalam falasafah, teknik dan rentak persilatannya dengan falasafah,
teknik dan rentak persilatan Hang Tuah seperti dalam kajian ini.

4. Semua perguruan persilatan Melayu Nusantara aliran asli (Bukan silat olahraga sekarang) boleh
menganggap Hang Tuah sebagai bapa persilatannya yang sejati berdasarkan semangat Hang Tuah
yang cintakan bangsanya, rajanya (Melayu), agama dan negaranya.

B. Persoalan yang memerlukan kajian semula:

Adakah kaedah persilatan yang digambarkan oleh pengarang Hikayat Hang Tuah ini sebenar-benar
kaedah persilatan Pahlawan Legenda Melayu itu? Kalau benar begitu layaklah Hang Tuah diberi taraf
gelaran bapa persilatan Melayu sejati. Tetapi adakah pula ianya salah satu gambaran persiltan Melayu
yang mewakili zaman pengarangnya saja? Ataupun hanyalah suatu khayalan pengarang bermodalkan
imaginasinya mengenai kepantasan dan tipudaya (kependekaran bermain senjata) walaupun di fikirkan
oleh orang lain tidak berpijak di bumi nyata? Namun beliau hanyalah bermaksud untuk melahirkan
seorang wira bangsa yang mana segala penceritaan mengenai kepahlawanan, keberanian, kesetiaan
dan kebijaksanaan Hang Tuah itu terhimpun dan membentuk satu imej DIAlah satu-satunya wira Melayu
untuk dijadikan idola bagi membangkitkan semangat patriotisma Melayu sepanjang zaman!

KESAN DARI PEMBACAAN YANG DIHARAPKAN PENULIS KEPADA SIDANG PEMBACA

1. Mendapat gambaran asas tentang keupayaan Seni Silat Melayu Asli dalam aspek teknik dan falsafah
beladiri samoga anak-anak bangsa Melayu akan menghargai semua Seni Silat Melayu Asli di Nusantara
Melayu sabagai warisan bangsa yang amat berharga yang perlu dipupuk, dipulihara dan dipelihara serta
diperkasakan lagi sapanjang zaman. Jadikan apa-apa yang dibaca pada artikal ini sebagai bahan
renungan dan bahan untuk berfikir bagi menambahkan lagi pengetahuan dan membangkitkan semangat
kasatriaan pendekar Melayu-Nusantara tidak kiralah dari perguruan Silat Melayu yang mana yang anda
ceburi selama ini.

2. Mencetuskan semangat patriotik dan penyatuan bangsa Melayu Nusantara melalui semangat bersama
sebagai ahli persilatan asli Melayu Nusantara merangkumi semua perguruan dan persatuan Silat Melayu
Nusantara melayu. Semangat persaudaraan dan patriotik ini amat penting dalam mempertahankan
`akidah Islam yang suci` (Berpesan-pesan demi keimanan demi kebaikan atau kebajikan demi kebenaran
agama Allah). Mempertahankan dari kehancuran bangsa terutama kehancuran akidah Islamiah dan
kuasa di Tanah Air Pusaka Bangsa sendiri. Mempertahankan kedaulatan Raja dan mana-mana
pemerintah yang sah. Mempertahankan Negara tercinta. Ini dari anasir jahat, subersif berkerjasama
dengan yang berwajib dan mempertahankan Negara dari sebarang pencerobohan.

3. Menimbulkan kesedaran kewujudan semangat kepahlawanan agung bangsa Melayu masa silam
(sebelum tertindas dan tercemar maruahnya selama 500 tahun oleh penjajah) Menimbulkan rasa
penghargaan bersama masyarakat terutama Masyarakat peribumi dan pemerintah terhadap mana-mana
institusi persilatan Melayu yang sentiasa berjuang memartabatkan budaya bangsa yang berharga ini
sebagai yang luhor dan kesediaan mereka berkorban demi keselamatan akidah yang betul terhadap
anak bangsa di bawah bimbingan masing-masing perguruan demi agama, bangsa, raja dan Negara.
Walaupun tidak diberi perhatian, imbuhan atau penghargaan apa-apa oleh Negara. Berjuanglah dengan
ikhlas di bawah panji-panji Allah. Insaallah tidak sia sia.

4. Sekarang, Melayu masih boleh bersatu atas dasar persaudaraan seagama dan budaya persilatan
kalau pun tidak mungkin lagi melalui politik. Melayu akan kuat jika semua bersatu padu dan
bermusyawarah mencari apa saja yang terbaik, syaratnya mesti ikhlas dan kerana mengikut ajaran Ilahi.
Bukan berjuang kerana periok nasi dan Kuasa Nafsu Syaithoniah. Contohnya apabila Tuah Jebat
bersatu, kejayaan gemilang bangsa dan Negara Melaka tercapai. Apabila Tuah Jebat bekelahi
berbunohan, dan nafsu syaithon orang isi negeri yang memegang kuasa tidak terkawal dan kebobrokan
perangai ketamakan harta benda dan maksiat bermaharajalela dimana-mana saja dalam Negara,
keberkatan kemuafakatan tidak lagi ada, maka Tuhan murka, Melaka hancur… bangsa Melayu mula
tertindas miskin dan hina di mata penjajah dan bangsa lain. Apabila bangsa di pandang hina budayanya
dan agamanya juga turut jadi terhina. Oleh itu mempertahankan maruah bangsa secara tak langsung
mempetahankan martabat agama. Sebab itu dikatakan cintakan tanah air itu sebahagian daripada iman.

5. Melalui institusi persilatan diharapkan fungsi intelektual tradisi dihidupkan kembali, Bahasa Melayu di
daulatkan (menjadikannya bahasa lingua-franca seluruh Asia Tenggara dan dunia – kembalikan fungsi
bahasa Melayu sabagai bahasa perhubungan antara bangsa sabagaiman di zaman kegemilangan
Empire Srivijaya dan Empire Laut Melaka dahulu), adat dan adab Melayu Islam yang indah selari dengan
tuntutan Islam dipelihara dan dipulihara, penguatan akidah anak bangsa dan semangat setiakawan
saperti mana Hang tuah Lima bersahabat semasa menjalankan misi raja dan negaranya. Hendaklah
dipupuk, kerapuhan akidah dan dadah sedang melanda remaja dan umat Melayu masa kini. Ada anak
Melayu dah tukar agama dan sudah ada special church untuk mereka dibandar bandar besar, alangkah
sedih dan membimbangkan dan ini salah siapa? dan siapakah dalangnya? Di bahu siapa tanggongjawab
memulih keadaan? Kerana nampaknya istilah setiap Melayu itu mestinya seorang Islam sudah tidak
relevan lagi zaman ini. Maka seluruh institusi persilatan Melayu Malaysia dan Nusantara baik pun
perguruan yang besar-besar buatlah tindakan cara besarnya dan perguruan yang kecil-kecil buatlah
ikhtiar cara kecilnya. Hendaklah semua bangkit sekarang. Inilah peluang untuk berbakti kepada bangsa
dan Negara. Marilah kita bangkit bersama biarpun antara kita berjauhan tapi semangat dan cita-cita kita
biarlah bersama. Acara kita berlainan tapi haluan kita tetap sama. Insaallah Tuhan akan menolong selagi
kita ikhlas berjuang demi perkara yang baik 1, 2, 3, 4, 5 yang diutarakan semuanya tersebut di atas.
Samoga memndapat balasan baik dari Allah s.w.t. Tuhan yang memberi rahmat kepada semua hamba-
hambanya yang suka berbakti dengan ikhlas, Wabillahi taufiq walhidaayah… terima kasih. Wassalam.

Allaahumma shalli `alaa sayyidinaa Muhammadin shalaatan tuktabu bihas-suthoor. Wa tusyrahu bihas-
shuduur. Wa tahuunu bihaajamii`ul-umuur. Birahmatin minka yaa ghafuur. Wa`alaa aalihi wa shahbihi wa
sallim.

“Ya Allah, limpahkanlah shalawat dan salam kepada Sayyidina Muhammad, shalawat yang dengannya
dituliskan garis-garis, dan di lapangkan dada, serta Engkau mudahkan segala urusan, berkat rahmat dari
Mu, wahai Tuhan Yang Maha Pengampun, serta kepada keluarga dan para sahabatnya.”

SEMBOYAN HIDUP

“HIDUP BERJASA MATI DENGAN NAMA YANG BAIK”.

“Majulah Seni Silat Untuk Kesejahteraan Insan Sejagat”.

AL-FAQIR ILALLAH, PSSGSM.


Website: http://www.geraksejati.co.cc/
DISIARKAN RENCANA TEKNIK DAN FALSAFAH PERSILATAN LAKSAMANA MELAYU INI SEMPENA
MENGINGATI HARI KELAHIRAN NABI DAN RASUL YANG MULIA SAYYIDINA MUHAMMAD S.A.W.
PADA 12 Rabiul awwal 1430 Hijrah bersamaan 9 March 2002 M.

You might also like