Sejarah Kesusasteraan Melayu

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

0 Sejarah Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu merupakan hasil ciptaan seni masyarakat Melayu sejak


zaman dahulu lagi (Siti Hajar Abdul Aziz, 2008). Masyarakat Melayu tradisional sering
mencipta sastera secara tidak langsung dan digunakan sebagai kegunaan dalam
kehidupan seharian. Contohnya irama-irama yang dilagukan oleh seorang ibu untuk
menidurkan anaknya atau mantera-mantera yang dibacakan dengan berirama oleh
pawang-pawang untuk menyembuhkan pesakit. Oleh itu, perkembangan sastera ini
memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat sejak zaman dahulu lagi.
Perkembangan sastera Melayu ini terbahagi kepada dua iaitu kesusasteraan tradisional
dan kesusasteraan moden.

1.1 Sejarah Kesusasteraan Melayu Tradisional

Kesusasteraan tradisional merupakan karya yang telah diwarisi secara


turun-temurun. Terdapat dua jenis karya tradisional iaitu prosa tradisional yang
terdiri daripada cerita binatang, cerita jenaka, cerita-cerita hikayat, dan juga puisi
tradisional seperti pantun, syair, gurindam, dan seloka. Ada pendapat yang
mengatakan kemunculan tamadun awal manusia diiringi juga dengan kemunculan
budaya kesusasteraan ke dalam tamadun tersebut. Kemunculan Tamadun
Mesopotamia telah menyebabkan karya-karya kesusasteraan terhasil sehingga
munculnya Epik Gilgamesh. Oleh itu dari segi sejarah, kemunculan kesusasteraan
mula mewarnai kehidupan manusia sejak sekian lama. Perjalanan masa yang
begitu lama dan lampau itulah yang menyebabkan apa sahaja hasil kesusasteraan
yang ada pada masa dahulu disebut tradisional. Secara umumnya karya-karya
kesusasteraan tradisional boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu lisan dan
tulisan.

1.1.1 Kesusasteraan Lisan

Sastera lisan atau sastera rakyat ialah sastera yang tersebar dari mulut ke
mulut dan diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain melalui
tradisi lisan (Ismail Hamid, 2001). Sastera lisan lahir dalam masyarakat yang
lazimnya buta huruf dan hidup dalam lingkungan daerahnya yang tersendiri seperti
masyarakat desa atau kaum tani. Sastera lisan adalah sebahagian daripada
budaya rakyat (folklore) dan bertujuan untuk memberikan hiburan, pengajaran
yang mengandungi unsur khayalan serta fantasi yang tidak dapat diterima oleh
manusia moden sebagai kebenaran. Selain itu, sastera lisan juga dapat
menggambarkan budaya dan cara hidup sesebuah masyarakat pada masa itu.

Lazimnya pada zaman dahulu, cerita lisan ini biasanya disampaikan oleh
tukang cerita profesional iaitu penglipur lara. Kegiatan ini biasanya disampaikan di
sebelah malam kerana pada siang hari mereka akan bekerja di sawah atau di
ladang. Cerita lisan Melayu menjadi media yang penting pada zaman dahulu
dalam memberikan nasihat dan pengajaran kepada anggota masyarakat.
Contohnya cerita binatang “Anjing dengan Bayang-bayang” yang
menggambarkan tentang akibat orang yang tamak dan cerita “Gagak dengan
Siput” yang menggambarkan tentang akibat orang yang takbur.

Cerita-cerita lisan juga digunakan untuk membuat kritikan dan sindiran


terhadap raja atau orang berkuasa yang mempunyai kedudukan dalam
masyarakat. Cerita-cerita jenaka seperti Pak Belalang, Pak Pandir dan Si Luncai
dijadikan bahan untuk menyindir orang yang bakhil, tamak dan orang yang gila
kuasa.

1.1.2 Kesusasteraan Tulisan

Sastera tulisan wujud dengan adanya sistem tulisan dan disampaikan


secara bertulis. Masyarakat Melayu mula belajar mengenai sistem tulisan apabila
pedagang dari India datang ke Tanah Melayu pada zaman kegemilangan
Kesultanan Melayu Melaka. Oleh itu, banyak sastera Melayu pada masa itu
dipengaruhi oleh sastera Hindu. Namun, apabila Islam sampai ke alam Melayu,
banyak perubahan telah berlaku dalam sastera Melayu. Sistem tulisannya mula
menggunakan tulisan Jawi dan isi sasteranya juga banyak berunsurkan ketuhanan
dan Islam.
1.2 Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden

Kesusasteraan Melayu Moden meliputi masa sejak munculnya karya-karya


Munshi Abdullah hingga masa meletupnya Perang Pasifik yang dimulai oleh Jepun
pada tahun 1941 (Li Chuan Siu, 1981). Menurut Yahaya Ismail (1976), banyak
orang berpendapat bahawa Abdullah Munshi merupakan individu yang membawa
pembaharuan dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden. Karya-karyanya yang
terkenal seperti Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah dianggap sebagai
menyimpang dari bentuk tradisi sastera lama kerana isinya lebih bersifat realiti dan
bukan lagi berunsur khayalan (Muhammad Haji Salleh, 2008). Contohnya beliau
dengan lantang mengecam kekejaman dan pemerintahan kuku besi raja-raja
Melayu dan orang Melayu yang mengabaikan bahasa mereka dalam karya-
karyanya pada masa itu. Selain itu, pada zaman Abdullah juga banyak hasil
sastera yang diterbitkan melalui percetakan. Penciptaan percetakan ini adalah
proses pemodenan yang membantu memperkenalkan karya-karya Abdullah dan
pengarang-pengarang yang sezamannya kepada umum.

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), ASAS 50 memainkan peranan yang
penting dalam perkembangan sastera moden dengan menghasilkan karya-karya
yang bermutu di samping menaikkan semangat kebangsaan rakyat dalam
menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Sastera pada masa itu juga mempunyai
pelbagai fungsi yang bukan sahaja sebagai alat perpaduan kaum, tetapi
berkembang untuk menyampaikan realiti bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu
Hashim Ismail, 2010). Jadi, dengan adanya kesedaran rakyat melalui pembacaan
karya-karya sastera untuk membebaskan tanah air daripada cengkaman penjajah,
akhirnya kemerdekaan Tanah Melayu dapat dicapai. Oleh itu, karya sastera
moden ini lebih bertujuan untuk menyedarkan rakyat supaya bersatu padu dan
telah dihasilkan oleh ramai sasterawan seperti Keris Mas, Usman Awang, dan
Masuri S.N.
2.0 Perbandingan Teori Barat dan Teori Tempatan

Menurut Hashim Awang (1988), teori kesusasteraan merupakan kajian tentang


prinsip-prinsip kesusasteraan, kategori-kategori, kriteria dan sebagainya. Menurut Azmin
Ismail (2007), perkembangan teori sastera di Malaysia bermula pada penghujung 1980-
an. Ia merupakan teori puitika sastera Melayu oleh Sasterawan Negara Muhammad
Salleh, sesuatu yang lahir selepas hampir dua dekad ia muncul di Barat. Sejak 1970-an,
muncul beberapa teori sastera moden di Barat seperti psikoanalisis, resepsi,
intertekstualiti, dekonstruksi, hermeneutik, feminisme, semiotik dan sebagainya.

Dalam konteks kritikan di Malaysia, selepas kelahiran teori puitika Melayu, muncul
beberapa sarjana yang turut mengasaskan teori kritikan. Shafie Abu Bakar (takmilah),
Hashim Awang (pengkaedahan Melayu), Abdul Rahman Napiah (tekdealisme), S.
Othman Kelantan (kritikan Melayu), Mohamad Mokhtar Hassan (konseptual-kata kunci)
dan Mohd. Affandi Hassan (persuratan baru). Terdapat banyak perbandingan yang dapat
dilihat di antara teori sastera yang dihasilkan oleh penteori barat dan juga penteori
tempatan.

2.1 Perbandingan Teori Formalisme Rusia dan Teori Takmilah.

2.1.1 Perbandingan Tokoh Pembawa Teori Barat dan Tempatan

Teori Formalisme Rusia ini dipelopori oleh Golongan Linguistik Moskow


(Moscow Linguistic Circle) dan Opojaz pada tahun 1915. Roman Jacobson, Viktor
Shklovsky dan Boris Ejxenbaum merupakan tokoh formalis yang terkenal dalam
mengembangkan teori ini. Teori Takmilah pula telah diperkenalkan oleh Dr. Shafie
Abu Bakar pada tahun 1993 ketika beliau sedang bertugas sebagai seorang
pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia.

2.1.2 Perbandingan Konsep Teori Barat dan Tempatan

Secara epistemologi, formalisme berasal dari kata forma (latin), yang


bermaksud bentuk atau wujud. Dalam ilmu sastera, teori formalisme merupakan
teori yang mengkaji karya sastera dengan mengutamakan bentuk karya
sasteranya daripada isinya dan tidak berhubungan dengan unsur sejarah, biografi,
konteks budaya dan sebagaiya. Manakala bagi teori Takmilah, perkataan
“Takmilah” berasal daripada kata akar “kamal” yang bertalian dengan takmilah dan
Jamal. Menurut Shafie Abu Bakar (), takmilah merupakan istilah yang bertalian
dengan sifat “Kamal” Allah yang bermaksud sempurna. Oleh itu, dikatakan
bahawa dengan menggunakan teori ini, sesuatu itu akan menjadi sempurna lagi
menyempurnakan (Seri Lanang Jaya,n 2013).

2.1.3 Perbandingan Prinsip dan Ciri-ciri Teori Barat dan Tempatan

Teori Formalisme banyak menumpukan kajian terhadap penggunaan


bahasa dalam penulisan sastera kreatif. Karyanya bersifat otonom dan
meletakkan analisis bahasa sebagai aspek terpenting dalam komponan struktur
yang lainnya (Mana Sikana, 2013). Teori ini juga mementingkan ilmu sastera dan
hukum bahasa puitik. Formalisme inginkan karya yang bermutu tinggi dan
mementingkan penggunaan kiasan, ulangan, simetri, hiperbola dan metafora.
Isinya menggambarkan pengalaman hidup dengan menggunakan bahasa yang
estetik. Golongan formalisme mementingkan citra melalui kekuatan bahasa.

Manakala teori takmilah pula berdasarkan kepada tujuh prinsip dengan


bertunjangkan sifat kamal (kesempurnaan) Allah s.w.t. dan al-kamil Rasulullah
s.a.w. dalam membina karya berunsur Islam. Teori ini bersifat holistik kerana
prinsip-prinsipnya melibatkan pelbagai aspek iaitu ketuhanan yang bersifat kamal,
kerasulan sebagai insan kamil, keislaman yang bersifat akmal, ilmu dengan
sastera yang bersifat takamul, sastera yang berciri estetik dan bersifat takmilah,
pengkarya yang mengistikmalkan diri dan khalayak ke arah insan kamil. Prinsip
ketuhanan yang bersifat kamal memberi maksud bahawa sesuatu karya sastera
yang dihasilkan itu dapat melahirkan rasa keagungan hamba kepada
penciptaNya. Seterusnya, kerasulan sebagai insan kamil bermaksud
menyedarkan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini untuk sentiasa
berkeperibadian mulia dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Keislaman
yang bersifat akmal menerangkan supaya karya yang terhasil dapat memupuk
insan supaya patuh kepada agama dan mencerminkan keperibadian agama
Islam. Prinsip ilmu dengan sastera yang bersifat takamul pula menekankan
hubungan antara sastera dengan ilmu. Selain itu, pengamal teori ini juga
bertanggungjawab dalam menyampaikan dakwah melalui karya-karya yang
dihasilkan. Perkara yang paling penting dalam penghasilan karya menurut teori ini
adalah untuk menarik minat pembaca dalam mencontohi akhlak dan peribadi
mulia Rasulullah s.a.w.

2.1.4 Perbandingan Kelebihan dan Kekurangan Teori Barat dan Tempatan

Kelebihan yang terdapat dalam teori Formalisme ini ialah penulisnya bebas
memainkan bahasa untuk mencipta karya mereka menjadi menarik dalam gaya
bahasa mereka yang tersendiri. Golongan formalisme ini lebih menekankan kajian
sastera dalam bentuk linguistik. Kaum formalis menggunakan 2 konsep iaitu
konsep “defamiliarisasi” dan “deotomatisasi” dalam menghasilkan karya mereka.
Karya-karya yang dihasilkan juga berkualiti kerana mereka menganggap bahwa
segala ilmu pengetahuan harus berasaskan fakta yang dapat diamati. Jadi,
sebelum mencipta sebarang karya mereka akan meneliti maklumat yang akan
ditulis supaya tepat dan sesuai untuk ditulis. Manakala antara kelebihan terbesar
yang terdapat pada teori Takmilah ialah kesemua prinsip-prinsip yang dibawa
adalah bersifat keislaman. Jadi setiap karya yang dihasilkan mengandungi unsur
islamik yang sesuai dengan rakyat tempatan yang majoritinya beragama Islam.
Teori ini juga amatlah diperlukan dalam bidang kesusasteraan kerana ia bersifat
jati diri dan seiring dengan konteks sosiobudaya di negara ini.

Kekurangan yang terdapat pada teori Barat yakni teori Formalisme ini ialah
ia biasanya lebih mementingkan kecintaan kepada dunia semata-mata. Karya-
karya yang dihasilkan biasanya menunjukkan percintaan antara manusia dengan
manusia ataupun masalah-masalah yang berlaku di dunia dan jarang sekali
dikaitkan dengan Tuhan. Teori Barat ini lebih tunduk kepada hawa nafsu manusia
dan menjadikannya asas kesusasteraan Barat. Contohnya novel-novel dan
drama-drama yang dihasilkan oleh Shakespeare seperti Romeo dan Juliet yang
berkisarkan percintaan antara lelaki dan wanita yang akhirnya membawa kepada
keburukan diri disebabkan oleh hawa nafsu diri. Teori ini juga tidak dapat
menghubungkan seni sastera dengan konsep amanah dan tauhid sebagaimana
yang dituntut dalam Islam. Manakala kekurangan yang terdapat dalam teori
Takmilah menurut Shafie ialah kekurangan penulis wanita yang melibatkan diri
dalam penulisan pada masa itu. Hal ini kerana kaum wanita pada masa itu jarang
berkecimpung dalam bidang penulisan.

You might also like