Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Tugasan 3

Instrumen penilaian merupakan kaedah lazim yang dilaksanakan oleh penyelidik


bagi mendapatkan sesuatu maklum balas mengenai kajiannya. Menurut Baharuddin et al.
(2002), instrumen penilaian merupakan kaedah yang berkesan dan menyediakan maklumat
dalam bentuk kuantitatif daripada sesuatu kaji selidik yang lebih umum. Ringkasan data
secara kuantitatif boleh dilihat sebagai pendapat umum, juga sebagai kesan daripada sistem
yang digunakan. Menurut Lu (2004), nilai sesuatu maklumat yang diperoleh daripada proses
soal selidik bergantung kepada betapa sempurnanya sesuatu soal selidik tersebut direka
bentuk. Soalan-soalan yang dikemukakan seharusnya tepat dan tidak pula mengarah
kepada pemberian jawapan yang pelbagai sehingga sukar dianalisis.

Berdasarkan instrumen penilaian pakej pengajaran dan pembelajaran yang telah


saya berikan kepada lima orang rakan saya untuk menilai, saya mendapati bahawa pakej
yang saya bangunkan ini amat sesuai diguna pakai dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran terutamanya kepada murid pendidikan khas masalah pembelajaran. Ini
kerana pengisian dan kandungan pakej saya amat mudah difahami oleh murid pendidikan
khas. Jadual 1 menunjukkan skala yang digunakan bagi mengumpul data. Nombor 1 hingga
5 merupakan nilai skor untuk setiap pilihan yang dibuat oleh responden bagi menilai sejauh
mana responden menyokong kenyataan item instrumen penilaian pakej pengajaran dan
pembelajaran ini.

Jadual 1 : Skor berdasarkan Skala Likert (Rozinah,2000)

Skor 1 2 3 4 5
Sangat Tidak sederhana Sesuai Sangat
tidak sesuai sesuai sesuai

Instrumen penilaian ini mempunyai dua bahagian iaitu soalan berbentuk pilihan dan
soalan terbuka. Soalan pilihan terbahagi kepada empat bahagian iaitu bahagian pengisian,
pedagogi, kualiti media dan kreativiti pakej. Manakala bahagian terakhir merupakan soalan
berbentuk terbuka di mana responden perlu menyatakan kekuatan dan kelemahan bagi
pakej pengajaran dan pembelajaran tersebut.

1
Jadual 2 : Analisis pengisian / kandungan pakej pengajaran dan pembelajaran

Item Penyataan Nilai Peratus (%)


Sesuai Sangat
sesuai
1. Perisian menyediakan sukatan matapelajaran selaras dengan 100%
kurikulum yang digubal oleh KPM.
2. Perisian menyediakan objektif pengajaran yang mudah dicapai 100%
oleh kepelbagaian kecerdasan pelajar.
3. Perisian menyediakan isi kandungan pengajaran yang berkaitan 100%
dengan pengetahuan sedia ada pelajar.
4. Perisian menyediakan fakta dan konsep yang mudah difahami 40% 60%
oleh pelajar.
5. Perisian menyediakan isi kandunagn berkesinambungan dan 100%
disusun dengan baik serta tidak mengelirukan.
6. Perisian menyediakan persembahan dan strategi pengajaran 40% 60%
bersesuaian dengan kepelbagaian kebolehan pelajar.

Berdasarkan jadual 2 di atas, hasil analisis pengisian saya mendapati bahawa


responden menandakan “sangat sesuai” pada item 1, 2, 3 dan 5. Ini kerana perisian yang
saya gunakan selaras dengan kurikulum yang digubal oleh KPM iaitu memperkasakan
kebolehan murid dengan menggunakan teknologi yang bersesuaian untuk membina konsep,
menguasai kemahiran dan menyelesaikan masalah serta meneroka ilmu teknologi
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Selain itu, objektif pengajaran yang saya cuba
sampaikan mudah dicapai dari pelbagai kecerdasan murid pendidikan khas. Ini kerana
murid pendidikan khas mempunyai kecerdasan kognitif yang berbeza-beza mengikut
penyakit individu tersebut (Jamila K.A., 2005). Perisian isi kandungan pengajaran juga
berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid dan perisian ini mengikut kesinambungan
dan disusun dengan baik serta tidak mengelirukan murid. Bagi item 4 dan 6 pula, nilai
peratus sedikit berbeza dari item yang lain kerana terdapat responden yang menandakan
“sesuai” pada item tersebut. Ini mungkin kerana perisian fakta dan konsep yang digunakan
tidak semua murid boleh fahami dengan cepat. Malah, pada perisian persembahan dan
strategi pengajaran juga perlu mengikut kesesuaian kebolehan murid. Ini kerana, setiap
murid mempunyai cara yang tersendiri untuk belajar terutamanya murid pendidikan khas.
Oleh itu, guru perlulah kreatif dalam memilih strategi pengajaran dan pembelajaran agar
murid tidak berasa bosan (Abdul Aziz, 2002).

Seterusnya, analisis penilaian terhadap instrumen pedagogi bagi pakej pengajaran


dan pembelajaran yang telah saya bina. Berdasarkan maklum balas daripada responden,
saya telah mendapati bahawa pedagogi yang cuba saya bangunkan ini memerlukan

2
perubahan dan pengubahsuaian bagi meningkatkan lagi perisian saya ini agar lebih sesuai
digunakan oleh murid-murid pendidikan khas. Ini dapat dilihat pada jadual 3 di bawah.

Item Penyataan Nilai Peratus (%)


Sesuai Sangat
sesuai
1. Perisian menyediakan strategi pengajaran (latih tubi dan 40% 60%
permainan) bersesuaian dengan topik yang diajar.
2. Perisian menyediakan latihan yang membantu memperkukuhkan 40% 60%
pemahaman konsep pelajar.
3. Perisian membantu memudahakan proses pengajaran dan 100%
pembelajaran.
4. Perisian ini boleh digunakan oleh pelajar untuk pembelajaran 40% 60%
kendiri.
5. Perisian menyediakan fakta dan konsep yang mudah difahami 100%
oleh pelajar.
Jadual 3 : Analisis penilaian pedagogi pakej pengajaran dan pembelajaran

Berdasarkan jadual 3 di atas hasil analisis penilaian bagi aspek pedagogi, rata-rata
responden memberikan 60% (sangat sesuai) dan 40% (sesuai) pada item pedagogi ini. Ini
dapat dilihat pada item 1,2 dan 4. Kemungkinan perisian strategi pengajaran yang diberikan
kepada murid seperti latih tubi dan permainan perlu diubahsuai mengikut kesesuaian dan
kebolehan murid. Menurut Faridah Nazir, (2009), pemilihan strategi, pendekatan, kaedah
dan teknik yang sesuai dapat menjamin keberkesanan penyampaian bagi sesuatu
pengajaran dan pencapaian objektifnya secara optimum. Bagi item 3 dan 5, responden telah
memberikan 100% iaitu “sangat sesuai” dengan perisian pedagogi yang terdapat dalam
pakej ini. Perisian ini membantu guru memudahkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Ng Wai Kong (2002), penggunaan teknologi dalam pendidikan boleh
membawa kepada pengajaran yang lebih efektif dan meningkatkan prestasi murid. Dengan
kata lain, penggunaan teknologi dapat membantu guru ketika mengajar di dalam kelas.

Analisis penilaian terhadap instrumen kualiti media. Berdasarkan maklum balas


daripada responden, saya mendapati bahawa kualiti media yang saya bangunkan pada
pakej pengajaran dan pembelajaran ini rata-rata memberikan “sangat sesuai”. Ini dapat
dilihat pada jadual 4 di bawah.

3
Item Penyataan Nilai Peratus (%)
Sesuai Sangat
sesuai
1. Perisian mempunyai integrasi warna adalah bersesuaian. 100%
2. Perisian memaparkan pencapaian pelajar dalam format dan 40% 60%
bentuk yang sesuai.
3. Perisian mempunyai latar suara yang jelas. 100%
4. Elemen multimedia yang disediakan berfungsi dengan baik. 20% 80%
5. Perisian mengintegrasikan elemen multimedia (teks, audio, video,
animasi atau grafik) bersesuaian dengan startegi pengajaran
100%
yang dipersembahkan.
Jadual 4 : Analisis penilaian kualiti media pakej pengajaran dan pembelajaran

Berdasarkan jadual 4 di atas hasil penilaian kualiti media, majoriti responden


meletakkan “sangat sesuai” pada setiap item. Ini dapat dilihat pada nilai peratus iaitu 100%
pada item 1,3 dan 5 manakala pada item 2 dan 4 sebanyak 60% dan 80%. Perisian media
yang saya gunakan dalam pakej ini amat bersesuaian dengan integrasi warna, latar suara
yang jelas, serta elemen-elemen multimedia yang berfungsi dengan baik. Malah, perisian
elemen multimedia yang pelbagai dapat membantu sesi pengajaran dan pembelajaran
murid lebih menyeronokkan. Arends (2001), mendefinisikan multimedia merangkumi
pelbagai media seperti teks, grafik, animasi, imej, suara dan video yang membolehkan
berlakunya interactivity. Menurut Kamarudin dan Hajar, 2004) pula, penggunaan multimedia
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memudahkan guru dan murid untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Oleh itu, perisian kualiti media yang saya
gunakan dalam pakej ini amat membantu guru dan murid pendidikan khas dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, penilaian terhadap kreativiti pakej. Melalui maklum balas responden,


saya mendapati bahawa nilai peratus bagi kreativiti pakej berada pada tahap amat
memuaskan. Ini dapat dilihat pada jadual 5 di bawah.

Item Penyataan Nilai Peratus Purata


Sesuai Sangat
sesuai
1. Perisian mempunyai pergerakan animasi adalah jelas, terang dan 20% 80%
lancar.
2. Perisian mempunyai gambar-gambar yang terang dan jelas. 100%
3. Perisian mempunyai kesan bunyi yang sesuai dan jelas. 100%
4. Perisian klip video yang terang dan jelas. 100%
5. Perisian menggunakan huruf/fon/teks yang jelas dan 40% 60%
bersesuaian.
Jadual 5 : Analisis penilaian kreativiti pakej pengajaran dan pembelajaran

4
Berdasarkan jadual 5 di atas hasil analisis penilaian kreativiti pakej, majoriti pihak
responden menandakan “sangat sesuai” pada setiap item berikut. Ini dapat dibuktikan
dengan nilai peratus yang cukup tinggi pada item 2, 3 dan 4 iaitu 100% . Perisian pakej saya
ini menunjukkan pergerakan animasi yang jelas, terang dan lancar. Ini dapat menarik minat
murid pendidikan khas untuk menonton tayangan video sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Gambar-gambar yang terang lagi jelas juga merupakan salah
satu faktor yang dapat membantu menarikan lagi pakej saya ini. Dengan bantuan audio dan
kesan bunyi yang sesuai dan jelas serta video kelip yang bersesuaian dengan isi pelajaran,
membantu lagi semangat murid untuk terus belajar tanpa merasa bosan dan jemu. Menurut
Kamarudin (1993), penggunaan ICT terhadap murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran tidak lain tidak bukan adalah untuk menarik perhatian dan minat murid
pendidikan khas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PnP) berlangsung. Hal ini
kerana, aplikasi yang digunakan seperti tayangan video dan visual yang menarik dan
berwarna-warni sekali gus dapat menarik lagi minat murid pendidikan khas untuk terus
mengikuti proses PnP. Justeru itu, suasana PnP yang dijalankan akan menjadi lebih
seronok dan murid-murid akan lebih aktif sewaktu aktiviti pembelajaran.

Konklusinya, rata-rata responden mengatakan bahawa kekuatan pakej pengajaran


dan pembelajaran yang telah saya hasilkan ini adalah dari aspek kualiti dan kreativiti media.
Ini kerana saya telah menggunakan klip video yang mempunyai pergerakan animasi yang
menarik, gambar-gambar yang jelas lagi terang serta penggunaan audio yang sesuai dan
jelas untuk didengari. Malah, kuiz atau soalan yang diberikan juga mudah untuk dijawab
oleh murid-murid khas. Kekuatan pakej saya yang seterusnya adalah penggunaan warna
latar. Ini kerana warna latar juga memainkan peranan yang penting bagi menarik minat
murid untuk terus belajar tanpa merasa jemu.

Bagi kelemahan pakej ini pula, responden mengatakan bahawa pakej ini tidak sesuai
untuk digunakan di kawasan luar bandar. Ini kerana pakej ini memerlukan rangkaian
internet. Jika kawasan tersebut tidak mempunyai sumber tersebut, pakej ini tidak dapat
digunakan sewaktu PnP. Oleh hal yang demikian, pakej ini perlu ditingkatkan lagi dari
semasa ke semasa bagi memastikan pakej ini dapat digunakan dalam waktu PnP tidak
kiralah di mana jua berada. Penggunaan teknologi terhadap murid yang lemah atau tidak
tahu menggunakannya perlu diberikan pendedahan awal dan bimbingan agar mereka ini
tidak ketinggalan. Ini kerana, ada sesetengah responden yang mengatakan bahawa pakej
ini tidak sesuai digunakan untuk murid yang lemah dalam ICT. Oleh itu, bimbingan guru
amat diperlukan kepada murid-murid yang lemah dalam menguasai kemahiran teknologi
yang kian berkembang kini.

5
Kesimpulannya, perkembangan teknologi yang begitu pesat dan kemudahan
mengaksesnya mengharuskan guru memanfaatkan pelbagai keunggulan ICT tersebut
secara inovatif dalam aktiviti pembelajaran baik di dalam mahupun di luar kelas. Malah,
penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilihat banyak
membantu serta memberikan impak yang positif terhadap guru-guru dan murid-murid tidak
kiralah murid normal mahupun murid istimewa.

6
Rujukan

Abdul Aziz Abd. Talib. (2002). Pedagogi Bahasa Melayu : Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Arends, R.L. (2001). Learning to Teach. (5th ed.). Boston: McGrawHill.

Baharuddin Aris, Rio Sumarni Shariffudin dan Manimegalai Subramaniam. (2002).


Reka Bentuk Perisian Multimedia. Johor : Penerbitan Universiti Teknologi Malaysia.

Faridah Nazir. (2009). Analisis Kurikulum Bahasa Melayu, Pedagogi, Pendekatan


Pengajaran Mikro dan Makro. Selangor : Open Universiti Malaysia.

Jamila K.A. Mohamed. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. (2004). Pengurusan Strategi: Konsep dan
Aplikasi untuk Pendidikan. Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Kamarudin Hj. Husin. (1993). Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya : Longman Malaysia
Sdn.Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Kurikulum Sekolah Rendah Buku Panduan


Am. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lu Cheng Soon. (2004). Penilaian Peisian Mulrimedia Interaktif Topik Gelombang


Berasaskan Model Konstruktivis Needham. Sarjana. Tesis. Universiti Teknologi
Malaysia.

Ng Wei Kong. (2002). ICT dan Pengajaran. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Rozinah Jamaludin. (2000). Asas-asas multimedia dalam pendidikan. Kuala Lumpur :


Utusan Publication & Distribution Sdn.Bhd.

You might also like