Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Expand folder.

Folder.
Pengenalan Modul e-KomPeG Peringkat Asas
Selamat Datang ke Modul Kompetensi Pentaksiran Guru Secara Dalam Talian (e-KomPeG) Peringkat Asas

Modul ini merupakan satu wadah untuk para guru mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
pentaksiran. Modul peringkat asas ini dibina berdasarkan tujuh (7) standard dalam The Standards for Teacher
Competence in Educational Assessment of Student, 1990 yang dibangunkan oleh American Federation of Teachers,
National Council on Measurement in Education dan National Education Association.

Sebagai permulaan dan pendedahan awal tentang pentaksiran kepada guru, program di peringkat asas yang
merangkumi Standard 1 dan 2 akan dilaksanakan. Standard 1 merujuk kepada kemahiran memilih kaedah
pentaksiran yang bersesuaian dalam membuat keputusan yang berkaitan dengan pengajaran. Standard 2 merujuk
kepada kemahiran membina kaedah-kaedah pentaksiran yang sesuai untuk membuat keputusan berkaitan dengan
pengajaran. Modul peringkat asas ini telah dibangunkan oleh LP dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pelaksanaan program ini akan dapat memberikan banyak faedah seperti berikut

 Guru dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dalam melaksanakan aktiviti
pentaksiran berkualiti dalam PdP.
 Murid akan mendapat maklum balas yang tepat untuk meningkatkan pembelajaran mereka berdasarkan
instrumen pentaksiran yang efektif.
 Maklumat pentaksiran dan pendidikan yang sah dan boleh dipercayai yang dihasilkan boleh dijadikan
sebagai rujukan dan asas dalam membuat keputusan yang lebih tepat tentang perubahan yang ingin
dilakukan dalam bidang pendidikan.
 KPM dapat menyediakan latihan dalam bidang pentaksiran pendidikan untuk meningkatkan kompetensi
literasi pentaksiran dalam kalangan guru.
 Maklumat pentaksiran dan pendidikan yang sah dan boleh dipercayai yang dihasilkan boleh dijadikan
sebagai rujukan dan asas dalam membuat keputusan yang lebih tepat tentang perubahan yang ingin
dilakukan dalam bidang pendidikan.

Guru-guru mesti mengikuti Unit 1 dan Unit 2 terlebih dahulu sebelum meneruskan dengan unit-unit yang lain. Modul
ini boleh diikuti secarapeseorangan ataupun dalam kumpulan kecil seperti kumpulan Profesional Learning Community
(PLC). Aktiviti dan latihan yang disediakan hendaklah dilaksanakan dan dibawa ke sesi bersemuka untuk
perbincangan lanjut.

*** Bahan-bahan yang disediakan di portal ini adalah untuk tujuan pendidikan dan sebarang usaha untuk mengaut
keuntungan mahupun penyalahgunaan daripada kesemua bahan ini adalah dilarang dan perlu mendapat kebenaran
daripada pihak admin.

Expand folder.
Folder.
Unit 1 : Konsep Asas Pentaksiran
Guru perlu mengikuti sub modul mengikut turutan

Must Complete
Expand folder.
Folder.
Unit 2 : Merungkai Standard dan Penjajaran Konstruktif

Unit 2 terbahagi kepada beberapa bahagian. Anda perlu mengikuti Unit 1 terlebih dahulu
sebelum meneruskan dengan Unit ini.

Objektif:

Di akhir unit ini anda akan dapat memahami konsep dan kaedah untuk merungkai standard dan
melakukan penjajaran konstruktif.

Anda adalah digalakkan untuk melaksanakan aktiviti dan juga latihan kendiri yang ada bagi
memantapkan kefahaman tentang unit ini.

Must Complete
Expand folder.
Folder.
Unit 3 : Proses Pembinaan Item

Anda boleh mengikuti unit ini setelah mengikuti Unit 1 dan Unit 2

Objektif
Perkongsian maklumat untuk memberi kefahaman tentang konsep dan praktis bagi Proses Pembinaan Item
melalui topik perbincangan seperti berikut:

1. Mengenalpasti Prinsip Pembinaan Item


2. Mengenalpasti aras pemikiran yang berbeza.
3. Mengenalpasti ciri-ciri item KBAT.
4. Menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).
5. Mengaplikasi Sistem 9 Poin untuk menilai item yang baik.

Sila uji kefahaman anda dengan menjawab Latihan Kendiri 1,2 dan 3. Aktiviti 1,2 dan 3 boleh
dilaksanakan bagi menambahkan lagi tahap kefahaman anda.

Must Complete
Expand folder.
Folder.
Unit 4 : Pembinaan Item Objektif

Anda boleh mengikuti unit ini setelah mengikuti Unit 1, Unit 2 dan Unit 3

Objektif
Perkongsian maklumat untuk memberi kefahaman tentang konsep dan praktis Pentaksiran Prestasi melalui topik
perbincangan seperti berikut:
1. Mengetahui dan Memahami Prinsip, Jenis, Kaedah Penskoran dan Penilaian Item Objektif
2. Membina dan Menilai Item Objektif
3. Mematuhi Prosedur Pembinaan dan Penilaian Item Objektif Seperti Yang Telah
Ditetapkan

Setelah selesai Unit 4, sila uji kefahaman anda dengan menjawab Latihan Unit 4
Expand folder.
Folder.
Unit 5 : Pembinaan Item Subjektif

Anda boleh mengikuti unit ini setelah mengikuti Unit 1, Unit 2, Unit 3 dan Unit 4

Objektif
Perkongsian maklumat untuk memberi kefahaman tentang konsep dan praktis Pentaksiran Prestasi melalui topik
perbincangan seperti berikut:
1. Mengetahui dan Memahami Prinsip, Jenis, Kaedah Penskoran dan Penilaian Item Subjektif
2. Membina dan Menilai Item Subjektif
3. Mematuhi Prosedur Pembinaan dan Penilaian Item Subjektif Seperti Yang Telah
Ditetapkan

Setelah selesai Unit 5, sila uji kefahaman anda dengan menjawab Latihan Unit 5
Expand folder.
Folder.
Unit 6 : Pentaksiran Prestasi

Anda boleh mengikuti unit ini setelah mengikuti unit 1 dan unit 2

Objektif
Perkongsian maklumat untuk memberi kefahaman tentang konsep dan praktis Pentaksiran Prestasi melalui topik
perbincangan seperti berikut:
1. Mengetahui definisi Pentaksiran Prestasi
2. Mengenal pasti ciri-ciri Pentaksiran Prestasi
3. Memahami mengapakah perlu menggunakan Pentaksiran Prestasi
4. Mengenal pasti bagaimana membangunkan Pentaksiran Prestasi
Setelah selesai Unit 6, sila uji kefahaman anda dengan mengambil kuiz Unit 6.
Expand folder.
Folder.
Unit 7: Instruksional Pentaksiran
Expand folder.
Folder.
Soalan-soalan lazim
Expand folder.
Folder.
Senarai Fasilitator Pusat dan Fasilitator Negeri 2016-2017

Disertakan di sini senarai nama fasilitator pusat dan fasilitator negeri bagi program e-KomPeG
yang telah dilantik oleh Lembaga Peperiksaan bagi tahun 2016-2017. Tuan/puan boleh merujuk
kepada senarai nama ini bagi mengatur sesi bersemuka bagi perbincangan lebih lanjut mengenai
Modul 1 eKomPeG.

Unit 2

Expand folder.
Folder.
Unit 2: Bahagian I Merungkai Standard

Anda disarankan mengikuti Unit 1 terlebih dahulu sebelum meneruskan unit ini.

Di akhir Unit 2 Bahagian I ini anda akan dapat:

1. Memahami konsep merungkai standard

**Nota: Mohon klik pada file .exe yang terdapat di dalam .zip folder unit ini
untuk
muat turun nota, dan kemudian "run" bagi membolehkan
presentation diakses.
Proses muat turun mungkin akan mengambil sedikit masa. Nota
dalam format PDF
juga disediakan.
Must Complete
Expand folder.
Folder.
Unit 2: Bahagian II Penjajaran Konstruktif
Anda disarankan mengikuti Unit 1 terlebih dahulu sebelum meneruskan unit ini.

Di akhir Unit 2 Bahagian II ini anda akan dapat:

1. Memahami konsep Penjajaran Konstruktif

**Nota: Mohon klik pada file .exe yang terdapat di dalam .zip folder unit ini
untuk
muat turun nota, dan kemudian "run" bagi membolehkan
presentation diakses.
Proses muat turun mungkin akan mengambil sedikit masa. Nota
dalam format PDF
juga disediakan.

You might also like