Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK KAMPUNG GELAM, MELAKA

KERTAS KERJA

PERMOHONAN UNTUK
UNIFORM KADET POLIS

SMK KAMPUNG GELAM


TAHUN 2020
1.0 PENGENALAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dari Unit
Kokurikulum bagi membeli kelengkapan uniform Kadet Polis SMK Kampung
Gelam bagi tahun 2020

2.0 LATAR BELAKANG

Persatuan Kadet Polis memainkan peranan penting dalam menyemai


kesedaran sivik dan perasaan bertanggungjawab kepada masyarakat di
kalangan pelajar. Bagi mencapai objektif untuk membina satu bangsa Malaysia
yang berdisiplin, maka penubuhan Unit Uniform Kadet polis akan menjadi
pemangkin kepada proses untuk memiliki lebih golongan yang Berjaya di Negara
ini.

Unit Uniform Kadet Polis SMK Kampung Gelam telah ditubuhkan pada
________ selaras dengan misi kokurikulum sekolah iaitu Penubuhan PKP yang
merupakan salah satu kegiatan kekurikulum sekolah menengah sebagaimana
yang ditakrifkan dalam Akta Pelajaran 1961 mengikut Ordinan No. 2 (Kuasa-
Kuasa Perlu) Darurat 1969, P.K.(A) 487 bertarikh 20 November 1969 yang
diselaraskan oleh PDRM.

Pengambilan ahli kadet pada tahun ini disaring dengan terperinci dalam
memastikan nama baik persatuan dijaga dengan baik. Aspek disiplin, kekemasan
diri, dan mutu pelajaran pelajar diambil kira di samping ujian fizikal dilaksanakan
sendiri oleh PDRM dalam pemilihan ahli kadet.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memantapkan lagi matlamat kokurikulum iaitu mewujudkan minat serta


emningkatkan keupayaan murid SMK Kampung Gelam bagi menceburi
badan beruniform dari peringkat sekolah sehinggalah meninggalkan alam
persekolahan.

3.2 Memberi suntikan motivasi yang konsisteen kepada murid SMK Kampung
Gelam supaya mereka terus mantap dalam aktiviti luar yang dianjurkan
oleh PDRM.

3.3 Memberi bantuan kepada ahli kadet yang tidak mempunyai kelengkapan
uniform lengkap untuk mewakili sekolah.

4.0 ANGGARAN PERUNTUKAN YANG DIPERLUKAN


HARGA
BIL ITEM KUANTITI JUMLAH
SEUNIT
Uniform Kadet 1 Set (Lelaki)
1. 10 RM100.00 RM1000.00
- Upah Jahit
2. Beret Kadet Polis (Lencana Polis)
Pelapik Merah

JUMLAH

5.0 PENUTUP

Saya amat berharap permohonan ini mendapat kerjasama dan


dipertimbngkan dengan sebaiknya. Diharapkan dengan adanya bantuan ini, Unit
Uniform Kadet Polis SMK Kaampung Gelam akan muncul sebagai sebuah
pasukan yang dikagumi ke pringkat yang membanggakan.

Disediakan oleh : Diluluskan oleh : Disahkan oleh :

…………………………. ……………………….. …………………………….


(En Kamis b. Kapil) (Pn Sri Dewi bt Saiful Nathan)
Guru Penasihat PKP PK Kokurikulum Pengetua
SMK Kampung Gelam SMK Kampung Gelam SMK Kampung Gelam

You might also like