Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PENJAGAAN PESAKIT DI WAD DAN PREMIS KESIHATAN:

Tanggungjawab Anggota Kesihatan

PENGENALAN
Penjagaan pesakit di wad dan premis kesihatan bermula daripada pesakit
melangkah kaki dan mendaftar di mana-mana Pusat Kesihatan tidak mengira
samada dari pihak kerajaan mahupun swasta. Pengurusan yang efisien dan
selamat membolehkan pesakit dapat menjalani rawatan dengan lebih
sempurna dan berjaya. Pengurusan yang lancar terutamanya di dalam wad
dapat mengelakkan daripada berlakunya kecuaian yang boleh menyebabkan
pesakit hilang keyakinan kepada sesebuah agensi kesihatan.

Berkaitan dengan pengurusan wad dan premis kesihatan,


tanggungjawab anggota kesihatan kepada pesakit dari segi kebajikan dan
rawatan juga merupakan perkara yang sangat penting. Antaranya ialah,
penjagaan keselamatan pesakit di wad mestilah di ambil berat oleh semua
anggota kesihatan dalam sesebuah wad. Ini dapat mengelakkan daripada
terjadinya kecederaan kepada pesakit yang boleh menyebabkan pesakit
mengalami komplikasi dan menjejaskan intervensi rawatan yang akan
diberikan.

1
PENJAGAAN PESAKIT DI WAD DAN PREMIS KESIHATAN:
Tanggungjawab Anggota Kesihatan

PENCARIAN LITERATUR

“Rakyat negara ini bertuah kerana kerajaan berupaya menanggung kos


rawatan yang tinggi, semata-mata bagi mengelakkan rakyat daripada terbeban.
Kerajaan turut memperuntukkan RM1.6 bilion bagi menanggung kos rawatan
40,000 pesakit buah pinggang menerusi rawatan haemodialisis di pusat dialisis
yang ditubuhkan di hospital dan klinik kesihatan, dengan kekerapan pesakit
datang ke Pusat Dialisis seramai 2.4 juta orang.”

Pengarah Perubatan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia


Dr Murallitharan M
KUALA LUMPUR, 2 April 2018 (Berita Harian)

"Baru-baru ini juga, saya ada baca perkongsian di media sosial mengenai
bagaimana Klinik 1Malaysia menyelamatkan nyawa pesakit akibat alahan
kepada lebah, melalui diagnosis tepat keadaan pesakit dan bermacam-macam
lagi,"

Bekas Perdana Menteri Malaysia


Datuk Seri Najib Razak
KUALA LUMPUR, 10 Oktober 2017 (Bernama)

2
PENJAGAAN PESAKIT DI WAD DAN PREMIS KESIHATAN:
Tanggungjawab Anggota Kesihatan

PERBINCANGAN
Penjagaan pesakit di wad dan premis kesihatan yang berkesan dapat
menjamin seseorang pesakit itu mendapat segala jenis kemudahan dan
rawatan yang sempurna. Pengurusan wad bertujan untuk menghasilkan dan
memberikan penjagaan terutamanya penjagaan kejururawatan sepanjang
proses pesakit mendapat rawatan. Kecekapan anggota kesihatan dalam
menguruskan pesakit dapat mengelakkan daripada terjadinya gejala yang tidak
diingini kepada pesakit. Di antara objektif utama bagi penjagaan pesakit di wad
dan premis kesihatan ialah : -

Objektif penjagaan pesakit di wad dan premis kesihatan


 Menyediakan perkhidmatan perawatan kejururawatan dengan
menitikberatkan aspek promotif, preventif, kuratif dan rehabilitasi.

 Menjalankan strategi untuk meningkatkan kualiti dan jagaan cost


effective kepada pengguna.

 Membantu pesakit meneruskan rawatan dan penjagaan di rumah


sebagai kesinambungan rawatan selepas discaj dari hospital.

 Memberikan kemudahan asas yang terbaik seiring dengan kehendak


serta keperluan pesakit tanpa menimbulkan kesulitan kepada semua
staff.

 Memberi panduan dan tunjuk ajar kepada pesakit dan keluarga bagi
meningkatkan penjagaan kendiri.

 Menggalakkan penyertaan keluarga dan masyarakat dalam


pengendalian pesakit terlantar bagi mengurangkan kemasukan semula
ke hospital.

3
PENJAGAAN PESAKIT DI WAD DAN PREMIS KESIHATAN:
Tanggungjawab Anggota Kesihatan

Pengurusan wad yang cemerlang semestinya menuntut kecekapan kepada


seluruh ahli anggota wad. Ianya bermula daripada pihak pendaftar pesakit,
attendan yang membawa pesakit ke katil, jururawat yang menjaga keperluan
kejujurawatan, doktor yang melakukan intervensi rawatan hinggalah kepada
pakar dalam sesebuah bidang itu. Terdapat beberapa komponen-komponen
yang sangat penting yang perlu diambil berat oleh semua anggota yang terlibat.

Antaranya ialah :-

Komponen-komponen pengurusan wad


i. Penjagaan pesakit.

a. Penjagaan pesakit yang merangkumi aktiviti penjagaan


kejururawatan terbaik kepada pesakit. Perawat mestilah peka
dan mengambil berat mengenai keselesaan dan kesesuaian
pesakit kepada keadaan di dalam wad.

b. Selain itu, keperluan dan perjalanan rawatan atau penjagaan


kepada pesakit juga perlu di titik beratkan.

c. Mengambil tahu dalam perjalanan sesebuah intervensi rawatan


perubatan kepada pesakit. Perawat mestilah membantu dan
bekerjasama dalam melakukan prosedur, menyediakan dan
menyiapkan peralatan perubatan, membantu dalam memberikan
ubatan kepada pesakit dan berkerjasama dalam mengadakan
rawatan kepada pesakit.

d. Mengadakan perbincangan sesama staff di dalam wad mengenai


keadaan semasa pesakit dan wad untuk mengetahui sebarang
masalah dan berusaha untuk menyelesaikannya tanpa
melibatkan sebarang komplikasi terutamanya kepada pesakit.

4
PENJAGAAN PESAKIT DI WAD DAN PREMIS KESIHATAN:
Tanggungjawab Anggota Kesihatan

e. Malahan, ahli keluarga pesakit juga akan dimaklumkan mengenai


keadaan semasa pesakit untuk mengekalkan dan
menambahbaik kesihatan pesakit terutamanya dalam menjalani
rawatan perubatan pesakit ketika di rumah.

ii. Pengurusan oleh personnel kesihatan


a. Personnel kesihatan seperti pakar, pegawai perubatan, ketua
jururawat dan jururawat mempunyai waktu dan masa masing-
masing untuk melihat pesakit. Sebagai contoh, “ward round” yang
dilakukan oleh pakar pada setiap hari akan diberi keutamaan
sebelum keputusan bagi sesebuah intervensi rawatan diberikan
kepada pesakit.

b. Personnel sokongan seperti unit-unit luar antaranya unit jantung,


unit hemodylisis, unit hematologi dan sebagainya akan
membantu dalam perawatan pesakit jika diminta oleh pihak yang
berkaitan dan berautoriti.

iii. Bekalan dan peralatan yang mencukupi di dalam wad.


a. Setiap hospital di Malaysia mempunyai organisasi masing-
masing yang berkerjasama dalam menguruskan keperluan alatan
dan bekalan yang mencukupi.

iv. Pengurusan penjagaan kebersihan persekitaran di dalam wad.


a. Kebersihan dalam wad sangat penting kerana ini akan membantu
dalam kesembuhan pesakit. Ini kerana, tempat yang kotor akan
mempunyai mikroorganisma yang boleh menyebabkan jangkitan
kepada pesakit.

b. Pihak yang ditugaskan contohnya seperti pihak Faber Medical


Serve di Hospital Raja Permaisuri Bainun menyediakan
keperluan keseluruhan kepada pesakit.

5
PENJAGAAN PESAKIT DI WAD DAN PREMIS KESIHATAN:
Tanggungjawab Anggota Kesihatan

v. Pengurusan barangan domestik


a. Pengurusan barangan domestik seperti sisa bahan klinikal,
pembekalan air yang selamat, pencegahan daripada radiasi, dan
sebagainya akan dipantau untuk menjadikan kawasan wad
menjadi selamat dan kondusif.

TANGGUNGJAWAB ANGGOTA KESIHATAN


Peranan anggota kesihatan kepada pesakit di wad sangat penting dalam usaha
untuk menjadikan perawatan kepada pesakit dapat dijalankan. Sekiranya
pesakit tidak mendapat rawatan yang betul ketika berada di wad atau premis
kesihatan, ini akan menyebabkan banyak komplikasi yang akan berlaku
kepada pesakit. Sebagai contohnya, sekiranya pesakit mempunyai luka seperti
kudis tekanan, peranan anggota kesihatan adalah untuk melakukan cucian
pada luka tersebut supaya dapat mengelakkan sebarang komplikasi yg lain
berlaku . Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia telah
merangka skop tugasan yang perlu di lakukan oleh seluruh anggota kesihatan
yang berdaftar sama ada di sektor kerajaan atau swasta.

Antara peranan dan tanggungjawab anggota kesihatan:-


 Pegawai bertanggungjawab di wad atau premis kesihatan (contoh:
Pengarah Hospital dan ketua jabatan) hendaklah memastikan semua
anggota penjagaan kesihatan di fasiiti kesihatan tersebut mengetahui
kewujudan garis panduan ini.
 Memastikan semua kebajikan pesakit yang berada di wad dalam
keadaan yang baik supaya pesakit sentiasa yakin dengan perkidmatan
yang diberikan.
 Saling bantu-membantu dalam melakukan rawatan kepada pesakit
supaya memberi kesan positif pada penyakit yang dihidapi.

6
PENJAGAAN PESAKIT DI WAD DAN PREMIS KESIHATAN:
Tanggungjawab Anggota Kesihatan

RUMUSAN
Pengurusan wad yang cemerlang dan efisien dapat memudahkan seseorang
pesakit untuk mendapatkan rawatan. Kemudahan kepada pesakit akan dapat
menjadikan pesakit lebih bersedia untuk diberikan intervensi rawatan. Selain
itu, semua komponen-komponen dalam pengurusan wad mestilah diambil tahu
oleh semua staf-staf yang berkaitan.

Selain itu, anggota kesihatan sedaya upaya untuk menyediakan rawatan


yang terbaik kepada pesakit di wad atau premis kesihatan. Ianya juga
memerlukan sokongan dan kerjasama dari semua rakyat supaya
keberkesanan rawatan dan kepuasan dari perkhidmatan berada dalam tahap
yang maksima.

(1042 PATAH PERKATAAN)

7
PENJAGAAN PESAKIT DI WAD DAN PREMIS KESIHATAN:
Tanggungjawab Anggota Kesihatan

RUJUKAN

1. An introduction to ward management by Elizabeth Hardman. 1970


Oxford Production.
2. www.bernama.com.my
3. http://www.pshgroup.com/Website%20Batu%20Pahat%2025052007/B.
M/Admission.htm
4. http://www.pso.ahrq.gov/
5. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/406582/khidmat-
kesihatan-kita-antara-terbaik
6. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/10/335730/kerajaan-
belanja-rm1789b-untuk-kesihatan-pm
7. FB Kementerian Kesihatan Malaysia

You might also like