Oral Malay7

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Diskriminasi kaum di Malaysia

Kebelakangan ini, terdapat beberapa peristiwa yang telah berlaku yang


menyebabkan saya tertanya-tanya, adakah Malaysia negara yang harmoni
dan aman damai seperti yang kami belajar di dalam buku teks? Selepas
beberapa pertimbangan dibuat, saya dapat menyimpulkan bahawa dengan
sedar ataupun tidak, diskriminasi kaum adalah wujud di dalam negara yang
berbilang kaum ini.

Antara diskriminasi yang ada terhadap kaum bukan bumiputera seperti Cina
dan India ialah kuota program matrikulasi yang berfungsi secara berat
sebelah. Sebagai ilustrasi, kuota pengambilan pelajar ke program kolej
matrikulasi dibuat pada kadar 90 peratus untuk bumuputera dan 10 peratus
kepada pelajar bukan bumiputera. Memang tidak dapat dinafikan bahawa
majoriti rakyat Malaysia, iaitu orang Melayu berpendapat bahawa tiada
salahnya memperkenalkan sistem kuota ini yang lebih memanfaatkan
bumiputera, tapi persoalannya, adakah ini adil

Kuota pengambilan pelajar ke program kolej matrikulasi dikekalkan pada


kadar 90 peratus untuk bumiputera dan 10 peratus kepada pelajar bukan
bumiputera.

Pejuang

Pada pendapat saya, satu-satunya cara untuk menghapuskan ideologi yang


bersifat perkauman ini ialah menghapuskan sistem kuota.

Berdasarkan maklumat sedia ada pada masa ini, Matrikulasi merujuk kepada
proses kemasukan rasmi ke universiti, ataupun proses kelayakan untuk masuk
ke universiti.
Pada awal tahun 1999, pengambilan perintis program Matrikulasi di kalangan
pelajar Sekolah Berasrama Penuh dan MRSM telah dilakukan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia, dengan tujuan mengatasi masalah
ketidakseimbangan kaum di universiti dan membantu pelajar Bumiputera
dalam melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah pertama dalam bidang
sains, teknologi, kejuruteraan, matematik (STEM) profesional.
Walaubagaimanapun, konsep matrikulasi ini yang bersikap perkauman ini
menyebabkan saya tertanya-tanya, adakah sistem kuota ini adil terhadap
pelajar bukan bumiputera?

Bukan nak mengata, tapi hakikatnya sistem kuota dan agama Islam serta
bangsa Melayu sering dikaitkan dan dijadikan sebagai alat politik untuk
mendapatkan sokongan daripada sebahagian orang Melayu yang berfikiran
sempit dan ekstrem. Dasar itu, katanya, tidak perlu diubah bagi memastikan
golongan Bumiputera terus dapat menikmati peluang melanjutkan pengajian
di peringkat prauniversiti, khususnya dalam bidang sains dan teknologi.
Hakikatnya,

Bagaimanapun, persoalan kini ialah kenapa

Persoalan kini ialah kenapa perlu kami mengekalkan sistem k

Pada pendapat saya, sistem kuota metrikulasi mesti digantikan dengan kuota
berasaskan keperluan yang menekankan pencapaian akademik, latar
belakang ekonomi dan pertimbangan lain yang berkaitan, bukan sahaja
memberi fokus kepada bumiputera, memandangkan pelajar miskin tidak
terhad kepada mereka sahaja.

Contohnya, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui sistem


Matrikulasi memang diwujudkan untuk menjadi "pintu belakang" buat orang
Melayu memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Berdasarkan fakta ini, Maszlee sepatutnya tidak menimbulkan isu keperluan


bahasa Mandarin tetapi dengan lembut mengingatkan para pemimpin politik
bahawa hak-hak istimewa orang Melayu dan bumiputera lain dilindungi dan
termaktub dalam Perlembagaan - menolaknya sama seperti mempersoalkan
kesucian undang-undang tertinggi Persekutuan Malaysia.

Katanya, isu sistem kuota matrikulasi dan sebagainya tidak harus


dibangkitkan lagi sekiranya peluang pekerjaan kepada bumiputera masih
sering dinafikan semata-matanya kerana mereka tidak boleh berbahasa
Mandarin.

Jika kita melihat isu ini dari perspektif orang bumiputera, memang tidak
dapat dinafikan bahawa mereka mahu mempertahankan hak mereka juga,
Kuota matrikulasi 90 peratus adalah sebahagian daripada hak istimewa untuk
orang Melayu dan bumiputera lain seperti yang ditetapkan dalam Perkara
153 Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa
setiap pelajar berhak mendapat hak pendidikan tanpa diskriminasi tanpa
mengira kaum mereka. Program metrikulasi ini sepatutnya menggunakan
sistem berasaskan merit dengan mengkhususkan kuota untuk pelajar dari
keluarga berpendapatan rendah.

Selain itu, kuota berasaskan kaum itu tidak adil kerana pusat-pusat
matrikulasi dibiayai oleh pembayar cukai. Adakah orang Melayu sahaja yang
membayar cukai? Bayangkan mereka yang berusaha dan cemerlang tidak
mendapat apa-apa, sedangkan yang mendapat 3A pula mendapat tempat,
di mana keadilan. Beberapa penyokong

Selain itu, sistem kuota matrikulasi tidak relevan kerana sudah capai tujuan
asal. Hal ini demikian kerana tujuan asal bagi mengimbangi agihan kaum di
universiti sudah ditangani. Hakikatnya, sistem kuota ini pada masa kini telah
dijadikan sebagai. Contohnya, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad
mengakui sistem Matrikulasi memang diwujudkan untuk menjadi "pintu
belakang" buat orang Melayu memasuki institusi pengajian tinggi awam
(IPTA). Kesannya, matrikulasi menghasilkan pelajar Melayu yang hanya
bergantung kepada kuota dan kurang kompeten. Bak kata pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara, kuota matrikulasi harus dihapuskan supaya
anak-anak muda Malaysia boleh menjadi lebih berdaya saing dalam negara,
dan seterusnya antarabangsa.

Selain itu, dengan sedar ataupun tidak sistem kuota matrikulasi merupkan

Menurut bekas Menteri Pendidikan Mazlee Malik, sistem kuota akan


diteruskan sehingga kerajaan Berjaya mengatasi masalah ketidakadilan
pasaran kerja dalam pengambilan graduan Bumiputera.

You might also like